Tuesday, April 13, 2010

TETAMU MENGEJUT

Hati Mamma at Tuesday, April 13, 2010
Lama dah rasanya tak tepek gambar-gambar makanan yang siap di masak untuk lunch or dinner...Lepas waktu kerja Mamma kelam kabut pergi pasar malam untuk beli sayur (dekat dengan PID sajer) pastu kelam kabut pulak balik memasak sebab tetiba dapat panggilan dari Pak Rozak & Mak Ton (bapa saudara Mamma) nak datang jalan rumah..Ini 1st time sedara mara Mamma yang belah Terengganu nak datang lepas pindah rumah baru ni..jadi tu yang Mamma rasa nak masak spesel siket.....Dorang datang atas urusan perniagaan (pengedar keropok ikan dari besut) bagi menghantar keropok-keropok itu ke pasaraya seantero Melaka (waahh..boleh tahan besar bizz dorang ni..nape la Mamma tak tahu..nanti dh kena fire dari PID boleh belajar bizz dgn dorang [Mamma berangan lagik :p ]....)
Gigihlah Mamma kat dapor tadi..
Nasib baik lauk memang dah ada dalam peti..
Tak ada la sebuk nak siang-siang bagai kan..

Dapur yang sgt bersepah kurang ditunjukkan
(sebab masa bersepah tu tgh kelam kabut nak amik gambar camne..tak koser dah)
Sempat tunjuk sepah siket2 sajer..(konon Mamma masak bertata tertib gitu)

Hokolloh ikan ni..nak kena goreng

Agak-agak korang..apa korang pikir tentang Mamma bila tengok ikan dalam kuali inni??

Hahahaha...minyak tak panas lagi tapi Mamma dah taruk…(lantak la..janji cepat!)

Tengah kena goreng.. Lama-lama garing la tu :p


Hasil kegigihan tadi tu…
Dalam masa sejam Mamma siapkan semua neh…
Menu :
Ikan Masin Masak Lemak Dengan Nanas
Sotong Goreng Kunyit
Ikan Goreng (yang minyak tak panas tadi tu..hah kan dah garing!)
Sayur Kobis Panjang Goreng
Sambal Belacan (memang dah ada dalam peti!)
Ulam Kacang Botol



Diorang tengah terjah lauk pauk tadi...
sangat berselera..
uikss nape la gambo tak lawa neh...

2 Tukang Tambah:

MR on April 14, 2010 at 10:54 AM said...

aku tengok pon berselera! masak lemak tu yg aku kagum sgt tu. aku kalau bab2 menggulai, masak lemak semua nih..sokmo fail!

nnt aku pi melaka, singgah umah hang... hang masak lauk lemak ni ekk..heheh nenas jgn lupa tau. i like!

Mamma on April 14, 2010 at 12:38 PM said...

hahahaha...aku tak lopa!..sila la dtg..

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting