Monday, April 12, 2010

KIMI KE KEDAI

Hati Mamma at Monday, April 12, 2010
Coklat bungkusan syiling emas..
1st time Kimi pergi kedai on 19 mac 2010..
Masa tu baru balik kerja amik dia dari rumah Cik Misa..
Kimi cakap nak pergi kedai nak pergi beli coklat..
Mamma punya la penat..
Mamma amik keputusan mendadak..parking kereta betul2 depan kedai runcit amoi kat depan Taman kitorang..
Kimi turun kedai terus masuk kedai sementara Mamma dalam kereta..hahaha
Mamma kasi duit RM1..suruh pergi beli sendiri la pulak...
Dari dalam kereta Mamma nampak Kimi terus terjah ke coklat yang bungkus ala-ala duit syiling kaler emas..(memang dah lama kimi aim coklat tuh, Mamma je tak kasi beli)..
Mamma nampak Kimi kasi coklat beserta duit skali kat amoi tu konon-konon nak bayar..
Kimi amik 2 keping coklat tu...
Aaaiiiii dalam kereta Mamma nampak amoi tu pergi tambah lagi 3 keping coklat tu kasi Kimi..
Konon-konon nak cukupkan RM1 la tuh! sebab sekeping 20 sen aje..
Cari pendapatan lebih nampaknya amoi neh..getus Mamma dalam kereta..
Tercengang-cengang Kimi Mamma tengok..agaknya kenapa la amoi ni kasi lagi kat aku neh..
Nak aje Mamma jerit kat amoi tu..Weh Moiii..kasi 2 keping sudah la!!!! tapi malu lak rasanya sebab bukan dekat..dorang kat dalam kedai, Mamma kat luar dalam kereta lak tuh..huhu
Pasrah ajer la..kalu dah malas nak keluar kereta kan....

0 Tukang Tambah:

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting