Sunday, April 18, 2010

KIMI LAPAR

Hati Mamma at Sunday, April 18, 2010
Adohhh Mamma sakit pinggang..tolong wehhh..sakit sangat..
Sarapan pagi tadi makan biskut jagung dengan nasi goreng..
Masa menyediakan sarapan keadaan masih okey lagi..
Lepas En. Papa pergi kerja
Mamma kena sakit ni masa nak kemas pinggan sarapan tadi..
Tetiba je sakit tu datang menyerang..
Makanya Mamma amik keputusan tidak mau masak lunch neh..
Tapi memang tak ada makanan kecuali roti..
Ingat nak makan roti cicah air je la sementara tunggu En. Papa balik kerja pastu makan kat kedai aje la...(bukan malas nak masak tau)
Lepas sapu rumah je (tu je kerja Mamma buat dalam sakit pinggang tu sebab Mamma tak soka rumah sepah, perot lapar tak per ngeeee :p )
Mamma lepak tengok TV je..
Kimi bangun lambat jugak dan tanak sarapan masa Mamma suruh makan tadi...
Tengahari sikit..Kimi ke dapor dan buka peti ais..
Sekali Mamma terdengar Kimi cakap...
Kimi : Alah tak de pape la dalam peti ni..haaaiiihhh (mengeluh)
Mamma : ~Alamak..anak aku lapo la..adooo aku ni dah la tak larat..~(Dalam hati)
Sakit ke tak Mamma kena lopakan..
Mamma keluar jugak pergi Pasaraya Bintang beli sayur..
Dalam peti ikan/ayam takde..Jadi Masak ringkas-ringkas aje la
Janji lepas perot Kimi tuh..

Ni adalah lauknya..
Masak sempoi camni pun makan masa sampai sejam...erkssMana taknya..pergerakan Mamma sangat terbatas
Nak bongkok tak boleh langsung...kalu nak jugak terpaksa duduk teruss..adoooiii
Menu : Telor Dadar
Sosej Ayam goreng
Sawi Masak Air bersama Fish Ball

Serius Mamma bagitau ni..
Ini adalah resepi yang kurang sehat sangat sebab ada sosej dengan fish ball
Ini 1st time Mamma masak macam ini ropa..

Tapi Kimi tetap makan denga seleranya..
Habis jugak la coma yang tinggal telor dadar aje dengan sikit nasi..
Makan sambil tengok NONA kat TV3




0 Tukang Tambah:

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting