Friday, April 23, 2010

AKHIRNYA KELAS MANDARIN TERJAWAB

Hati Mamma at Friday, April 23, 2010
Tak puas hati dengan Kelas Mandarin Kimi!!!
Asyik duk teringatkan pasal kelas Kimi neh..
Mamma nak masukkan jugak Kimi ke Kelas Mandarin..
Salah satu sebab adalah Mamma tengok progress Kimi dalam subjek lain
Macam Bahasa Inggeh (kata Kimi), dengan Bahasa Malayu sangat memberangsangkan (accehhh..)

Pagi tadi hantar Kimi ingat nak jumpa Mrs. Principal...
Nak tanya la kenapa Kimi nak masuk Kelas Mandarin tak boleh bagi
Walaupun dan belajar buku 3 dah..boleh ajar lagi kan..
Lagipun dalam kelas tu tak semua yang sama tahap kan??
Lagi pun saya kan bayar!!!
Itu baru hajat nak tanya la...

Sekali lewat pulak..
Dah nak keluar Kimi pulak request secara terhormat nak ber*k dulu!
Lambat la pulak kan...

Makanya Mamma sempat tanya kar Ms. Teacher dia kat pagar aje..

Mamma : Kenapa Kimi tak masuk kelas Mandarik yek?? Saya kan nak dia masuk kelas Mandarin..
Ms. Teacher : Eh Kimi masuk la..hari-hari pun dia masuk Kelas Mandarin. Dari awal April lagi Kimi dah masuk sebab kak mintak hari tu kan???
Mamma : Eh! Ye ke?? Kenapa Papa Kimi kata tak masuk?? Lagipun Papa Kimi kata masa bayar hari tu Papa cuma bayar jumlah macam biasa aje (RM290)..tak termasuk Kelas Mandarin fees pon??
Ms. Teacher : Kelas Mandarin memang tak ada bayaran Kak..Eh..saya rasa memang tak bayar (keliru plak dia neh)
Mamma : Ye ke free?????????????? (takkan la..)...okey la nanti saya jumpa Mrs. Principal...Satu lagi, kalau Kimi masuk kelas, dia tak ada buku ke?
Ms. Teacher : Memang tak ada buku kak..permulaan ni oral dulu.. (budi bahasa elok dia neh..hehe)
Mamma : OoOOoOOoOOoo oraallll..okeh tak pe la..tenkiu..

Dalam kereta Mamma teringat kat En. Papa..
Mesti En. Papa tak tanya masa buat pembayaran RM290 tuh..
Tiada penambahan bayaran makanya En. Papa ingat Kelas Mandarin tak ada la..rupanya free..
Mamma sangat pasti akan hal ini sebabnya En. Papa tak siasat hal ini dengan Mrs. Principal masa buat pembayaran..
En. Papa memang selalu macam itu, kalau orang kata A dia terima bulat-bulat yang itu adalah A..
Kalau Mamma pulak akan siasat sampai ke lubang yang paling halu kenapa dia mesti A!

So nampaknya En. Papa salah faham di sini..
Patut la masa Mamma siasat En. Papa kenapa Kimi tak boleh masuk Kelas Mandarin even dah buku 3..
En. Papa banyak tak boleh nak jawab..katanya alah lagipun dah buku 3 la..dah terlepas!
Senang aje jawapan En. Papa..huhu
Mamma terdiam tapi tak puas hati sebab tu nak juga jumpa Mrs. Principal
Tapi tadi dah jumpa Ms. Teacher lega sikit..
Tapi Mamma nak follow up juga dengan Mrs Principal....

0 Tukang Tambah:

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting