Friday, April 30, 2010

ABANG BESOR

Hati Mamma at Friday, April 30, 2010
Petang semalam lepas balik kerja, ingat nak masak tapi air plak tak ade. Air dalam bilik air adalah, air tangki. Jadi Mamma keluar la rumah sebab nak tengok Kimi ntah mana hanyut.

Sekali pergi dia tengah maen ngan keter menan dia la. Sambil Mamma jalan sambil-sambil la duk tengok kiri kanan, mana tau kot ada neber2 kat luar, leh lepak jap :p (jarang dilakukan)

Sekali tengok Kimi, dia tengah main tolak-tolak manja kat lengan ngan Abang Besor neh. Mamma tak kesah lagi dan nama budak-budak. Jalan lagi sambil mata meninjau..

Sekali pandang Abang Besor dah kata 'adehh!!' Kimi gigit lengan dia... Dari jauh Mamma jerit 'Kimi!'.. Sekali Abang Besor tu tunjal kepala Kimi sambil cakap 'Sakitlah bodohh!'. Mamma sempat jerit 'Wehhh...' pastu diam jer sambil jalan ke Kimi (adeh jauh betol la, bila nak sampai kat Kimi ni kan)

Adehhh dehhh dehhh menyirap tul darah Mamma. Abang Besor pandang Mamma terus tunduk. Memang bajet Mamma nak marah dia la tuh! Tapi Mamma tak marah dia sebab Mamma tak tahu sapa yang mulakan dulu. Mamma tak soka nak marah membabi buta cam tu. Jadi Mamma amik Kimi terus blah je lah. Tapi nak sound deret boleh je kan? Tapi sempat lagi pikir masa dalam duk jalan tu, kan Mamma saoud kan takut gak jadi gaduh ngan mak bapak dia neh. Dah la baru setaun jagung duk taman ni. Adeh, mak bapak dia dah la otai dah (umur dalam awal 40-an).

Mamma menyirap bukan apa, kalau dia pukul Kimi Mamma tak kesah lagi. Yelah budak-budak gadoh. Yang jadi masalahnya bila dia TUNJAL kepala Kimi tuh. sambil pulak cakap BODOH!!. Kureng sunggoh Abang Besor ni. Umur dalam 10-11 tahun cenggitu ler. Nak banding Kimi yang baru 3 1/2 tahun tuh!

Malam tadi asyik duk pikir hal Abang Besor ni ajer. Sampai jadi temper Mamma dibuatnya. Malam lak tidur pun duk teringat tunjal tadi. Terjaga dari tido kul 5 pagi terus tak leh tido dah. Terbayang lagi pasal petang semalam. Bukan pikir apa, kalau dipikir logiknya, Kimi takkan gigit orang kalau tak ada sebab kan. Tapi tak leh nak cakap sebab Mamma memang terlepas pandang masa kejadian sebelum Kimi gigit dia. Kan kalu cakap nanti kata Mamma bela anak kan tapi semua parent pun protect anak memasing tapi Mamma tak membabi buta. Salah tetap la salah jugak x kira sapa.

Tapi tak pe la, untuk 1st time ni Mamma boleh amik tak kesah kot, tapi nanti kalu Kimi tengah main pastu Abang Besor tu ada sekali, Mamma kena perhati betol-betol la. Abang Besor jangan ada silap masa tu., kalau ada silap masa tu, Insayaallah akan ada taklimat percuma untuk Abang Besor dan kemungkinan entry ni akan ada Part II. huhu

Apa yang Mamma boleh katakan kat Kimi cumalah 'Kimi jangan dekat dengan Abang Besor tu tau, nanti dia tunjal lagi kepala Kimi'. Kimi angguk.

2 Tukang Tambah:

makcikrehan on May 1, 2010 at 12:49 PM said...

aku bayangkan abang besor tu terrrsangat besor! hahaha

Mamma on May 4, 2010 at 10:28 AM said...

wet rehan..budak tu memang la besar dari umur dia..hehe
badigol suggoh..kalu pikir smapi juta kali timbul bengkek aku neh

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting