Monday, August 15, 2011

HARI PERTAMA KIMI PUASA

Hati Mamma at Monday, August 15, 2011 2 Tukang Tambah
Ini budak kata nak puasa malam semalam
Siap layan dia me'mancake' malam tuh
Lepas makan pancake, layan cerekarama
Lewat gak tidur

Kejut bangun sahur pukul 5.15 pagi
Tanak bangun, nak tido katanya
Paksa gak bangun tanak makan pulak
Siap ada lauk Masak Lemak Cili Api Daging Panggang

Sekali Mamma cakap
Makan la sikit,esok kan lapar

Sekali bujang jawab
Tanak makan la Mamma, nanti kimi gemuk
Adehhhh

Dah tidor lewat kan, bangun pun lewat la
Pukul 11.30pagi baru bangun
Mamma tanya bujang

Kimi puasa tak??

Sekali dia jawab
Puasa la, apalagi????

Pukul 12.30 tghr
Mamma nak makannnnnnnn

Selamattt la
Puasa 1/2 jam bukan 1/2 hari hehehehe


Saturday, August 13, 2011

PSYKO BUJANG SURUH PUASA

Hati Mamma at Saturday, August 13, 2011 0 Tukang Tambah
Itulah, anak makin besar
Mamma makin terasa makin banyak dugaan nak kena tempuh
Ni kali nak suruh bujang puasa

Masa pertama Ramadhan suruh puasa
Boleh bujang jawab

Tak nak puasa lah Mamma, nanti kena sunat

huhu
Mamma tak terkata la dah dia kata macam tu

Tapi petang tadi psyko lebih dari biasa
Suruh dia puasa kalau nak masuk syurga
Malam karang Mamma kejut sahur
Bujang kata nak bangun sahur macam Upin Ipin :D

Pastu sebagai menggalakkan lagi bujang untuk puasa
Mamma layankan aje dia nak makan pancake tetengah malam huhu
Sebab petang semalam memang Mamma ada sebut nak buat pancake
Bujang pulak tersebut2 sampai harini

Kita layan bujang dengan pancake dulu la :D
Punyalah nak suruh dia puasa kan
Pancake malam2 buta pun layan!!!
Ko hader???!!! ;p

Paling depan tak sabar tunggu pancake

Makan dengan coklat cair
Nak makan dengan madu mana nak cekau memalam ni kan

Gelojoh sungguh la bujang ni
Habis dekat 2 keping gak la dia telan
Esok ko tak puasa siap!!!

Sahur karang nak kejutkan dia untuk puasa yang pertama esoknya
Ntah apa la jadi agaknya ;p
Harap semua dipermudahkan amin..

Thursday, August 4, 2011

KIMI DAH MASUK TASKA

Hati Mamma at Thursday, August 04, 2011 0 Tukang Tambah
Phewwww
Dekat 3 bulan jugak melayan Kimi kat opis
Terpaksa bawak Kimi datang opis lepas waktu sekolah dia
Tapi nak buat macamana kan
Kena la harung jugak dah nama anak

2 Ramadan 1432 H bersamaan 2 Ogos 2010
Sama tarikh Mamma buka Nurza dan meniaga kat Param Cheng *nanti riview pasal PARAM lak
Mamma taruk dia kat Taska Universal


Survey dari Julai lagi
Taska Universal ni baru buka awal Julai la
Masa Mamma anta Kimi, budak yang ada cuma 3 orang je termasuk Kimi
Mamma suka je sebab tak sesak sangat

Taska Universal ni ada cawangan satu Malaysia
Kat Melaka ni salah satu cawangan dia la
Paling banyak kat Selangor la kalau tak silap
Universal jugak ada Tadika selain Taska :)

Paling Mamma suka sebab kat sini ada mengaji sekali
Ingat nak amik Bahasa Arab sekali
Saja la kan, penuhkan masa si bujang Mamma
Tapi lak tak ada pulak
Cuma mengaji je la
Tak pe la kan, janji lepaskan yang penting dulu
Mengaji tu lah

Kat rumah Mamma ada ajar
Tapi time tak boleh ajar susah jugak
Sampai quran kecit Kimi tah ke mana Kimi letak
Phewww ajar mengaji sampai hilang surat ngaji Kimi kekekeke
Mengaji la sangat ;)

Lega sangat-sangat
Lepas la satu tekanan kat dada ni ;D

Mana-mana nak survey taska atau tadika
Boleh layan web universal kat SINI

Wednesday, August 3, 2011

MAKAN-MAKAN TANDA TERIMA KASIH KAMI

Hati Mamma at Wednesday, August 03, 2011 0 Tukang Tambah

Cerita 19 Julai lepas keh keh keh *lagi cerita lama
Tapi menten nak jugap terbit kasi ada entry kan keh keh keh


Bersempena Mamma meminjam kereta kontot Hacik Nurul *rakan kongsi Nurza hari tu kan
Selama hampir 2 bulan jugak kereta ni duduk dalam car porch Mamma ;p

Ni kereta Hacik Nurul kita tu

Sebabnya kereta Mamma masuk bengkel repaint balik
Haaaiiisshhh lama betul amik masa pomen tu nak cat kereta Mamma kan

Apa yang dia duk kelebek kuda hitam Mamma hari tu erk

Ni kuda hitam Mamma yang bercapok2 tu ;p
Sampai tompok2 cat digunakan kereta ni hehe
Sampai naik malu la jugap nak drive hahahahaha
Tu yang anto masuk bengkel cat tu

Ada sesapa tak malu nak drive kereta ni??? ;p

Sebagai tanda terima kasih kami laki bini kan ;p
Mamma dengan Papa belanja rakan kongsi Nurza ni makan ikan bakar
Dekat Muara Sungai Duyung
Makanan semua sendap-sendap

Makanan sampai satu-satu haiissshhh
Maka kami makan pun satu-satu lah
Sebab masing-masing dah kebulur
Termasuklah yang tukang belanja hehehe ;p
Dah tak sanggup nak menunggu lagi dah

r
Hasil kerasukan kekebuluran kami jelas terbukti nyah! hahahaha


Apapun makanan dekat sini memang super sendap ;)
Mamma memang selalu lepak sini kalau makan ikan bakar

Sapa terliur nak makan
Nanti Mamma bawak kan, buleh buleh ;p
Tapi kamu bayor yerp ;D
Anyone?????!!!


NURZA SUDAH BEROPERASI ;)

Hati Mamma at Wednesday, August 03, 2011 3 Tukang Tambah
Syukur kehadrat Ilahi
Nurza Shop dibuka jugap ;p

Semoga perjalanan Nurza Shop diberkati
Seiring dengan tarikh pembukaannya iaitu 1 Ramadhan 1432H
Bersamaan 1 Ogos 2011 (Isnin)

Maknanya sudah 3 hari beroperasi meh
Harini baru nak buat review keh keh keh
Apa punya pemalas daaa


Jom terjah jalan-jalan sekitar Nurza Shop


Kerongsang pun mak jual nyah ;)

Pekerja mak tengah mengemas kat dalam kedai


Meh nak cerita sket
Yang sebetulnya
Nurza Shop nak buka bulan lepas
Tapi dah ada aral dengan pekerja
Awal2 buat hal

Patutnya setiap Isnin tunggu pekerja masuk bekerja
Hari ahad diorang bagitau tak dapat datang kerja esoknya

Minggu depannya pun sama
Berlarutan sampai 3minggu
Maknanya 3 orang pekerja yang buat spoil awal lagi

Tapi takpe
Semoga terselit hikmah disebaliknya
Dan semoga Nurza Shop boleh bersaing dengan sihat

Nurza Shop menyewa sementara di Giant Klebang
Awal-awal ni kami cuma amik sewa sementara dulu
Sebab nak tengok jualan kat area situ memberangsangkan atau tidak
Kalau ada rezeki kami tidak ke mana ;)

Nurza Sho berhampiran dengan rumah Mamma jugap
Senang nak pantau kalau malam2 kan hehehe

Pada yang nak buat pilihan online
Sila ke page kami

http://www.facebook.com/NurzaShop
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting