Monday, November 1, 2010

GILA KENTANG HARI TERAKHIR

Hati Mamma at Monday, November 01, 2010
Mana tak gila kentang noks!
Dah la malam tadi tengah syok ngabiskan duit yang cinonit tu (hari ke2)
Masa nak balik lepas shopping kunci keter hilang
Mamma tak cerita lagi yang hari pertama tu kereta sewa kong kan??
Sumpah sungguh tensen

Mamma sewa kancil je
Cukup la bertiga kan
Kimi duduk belakang

Lepas hari pertama kereta kong
Dorang datang tukar kancil jugak
*jangan berangan dia nak kasi avanza! dia banyak stok kancil yang tak sewa lagi hehe


Dah dapat keter lain
Lepas kejadian saket pala semua tu
Malam tu la yang kunci keter hilang pulak
Dorang datang lagi tukar
Tapi kali ni dorang kasi wira ")
1st time datang bercuti kereta tukar hari2 kekeke

Ni hari ketiga
Ingat tak membeli lagi
Rupanya sambung lagi membeli untuk kesekian kalinya
Memang dah gila kentang Mamma kat sana
Dengan nak bondong barang
Dengan Kimi buat peel nak mendukum saja
Dengan stroller yang dah biol2 alam tu
Sebab stroller tu dah kecik, nak tampung bapak Kimi tu

Letih badan tak terkata
Duk pikir camne malam ni nak drive balik Melaka
Dengan jam lebih kurang pukul 12.00 tghmlm
Masa ni redha dah ni

Dalam duk membeli
Lupa la pulak
Semua barang yang dibeli sudah oevrweight!!!
Tengahari tu pergi epot jap
Tambah berat
Jadinya pergi punggah barang untuk timbang dulu
Boleh la dapat agak2 nak tambah berapa kg kan
Sekali timbang
Amik ko 78kg!!
Terbang RM100 untuk tambah lagi 60kg!!!!!!
*beli pyrate pun bagus tau
Berat sedia ada 15kg je
Lagi 3kg hand carry la pulak *3kg ni cuma berat coklat saja ;p

Ni gambar sekitar epot yang kata gila kentang tu!!

Atas : Kimi sedang buat onar guna stroller dia. tak kose dah nak layan.letih!
kiri kanan bawah : Mak tengah baiki2 barang2 yang tak muat troli dah tu
Masa ni nak pergi tambah kg kat kaunter airasia

Gambar ni masa betul2 dah nak balik
Flite jam 9.10 malam
Sampai 2 troli noks!
En. Papa ada 3-4 kotak aje membelinya
*cakap la ko takut kene sekeh ngan papa kan?? ") kekee

Ingat En. Papa tadek nafsu membeli pun tadek la
Rupanya lagi teroks

Masa ni sangat tak larat dah Mamma
Dengan barang kalau dimuat dalam lorii
Memang ngam2 soi kan

Gambar bawah tu pulak
Dalam surau epot
Tengah tunggu flite kitorang solat kat situ
Kimi buat onar dalam surau pulak
Nasib umat tak ramai

Okeh untuk sekian kali lagi
Mamma tak pandang corelle kat sana
*cis! ko sombong ye noks!
Bukan bukan
Sebab kat rumah bukan kata ada 3 set wahai Cik Lady SS
Tapi ada 4 set!
Mungkin bunga aje yang lain
Sampai nak beli cawan yang pecah hari tu pun tak terbeli

Jadinya masa kat sana
Mamma layan Set buffet pyrate!
Kekekkee

Sampai sana Firdaus datang jemput Mamma
Pastu hantar dia ke Bangi semula
Singgah makan kemudia terus bedesup balik Melaka
Bagi mengelakkan mengantuk
Mamma nak beli Pearl cafe
*alah, yang Linda Onn sama Fara AF tu duta dia

Mamma kena minum tu kalau jalan jauh dan nak drive
Memang tak ngantuk
Korang try la

Sekali habis pulak kat pam minyak tu
Terus Mamma rembat Power Root Cafe + Ginseng!!

Sampai rumah dalam pukul 2.30 pagi
Buka pintu terus cari toilet
Muntah kebabo semua!!!

***kat sana saket perot takada "))
Tapi penyakit lain pulak timbul tu

Tenkiu kepada rakan blogger yang mendoakan Mamma sepanjang percutian di Langkawi
Sayang korang muachh muachhh muaaacchhhh

9 Tukang Tambah:

Lady SharpShouter on November 2, 2010 at 12:44 PM said...

over siot beliau punya sopping.sakan sungguh. kl tak silap aritu cerita macam duit ade celah kak bedah je, ni beli mcm bawa riban riban je. hahaha

Mamma on November 2, 2010 at 1:09 PM said...

ye tak tipu sayam..duit celah bedah tu cuma tggal kangkang bedah je..duit dh nehi dah! :p

*tu guna duit spare yg patut guna time nazak pun licin!

NichKhun on November 2, 2010 at 10:37 PM said...

mamma !!! banyak nye beli barang !!.. uwaaaaaa

Mamma on November 3, 2010 at 8:54 AM said...

semua tu terbeli tu
wooot wwooooottt

-NiD's- on November 3, 2010 at 4:03 PM said...

TUDIAAAAAAAAAAAAAAAA kalo dapat soping..penuh troli...jenuh berat pesawat baawak ole-ole dr langkawi nieh..hahahahahhaa....

Mamma on November 3, 2010 at 5:19 PM said...

hahahahaha...risau gak takot pesawat tak leh fly masa mula tu *poyo!

alinac lover on November 6, 2010 at 3:13 AM said...

sakan punya shopping ek

nasikputeh on November 6, 2010 at 9:51 AM said...

mama.. nk cekelat... heee

Mamma on November 6, 2010 at 11:40 AM said...

yong : boleh tahan jugak la ;p

nasikputeh : cekelat ada ni dalam peti, tak makan2..dtg melaka sggah la makan cekelat umah mamma ;p

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting