Sunday, October 3, 2010

HADIAH BARU SAMPAI

Hati Mamma at Sunday, October 03, 2010
Dah penuh rasanya telinge Mamma
Dengan perkataan Basikal ke Mamma?

Mana tak nya
Kami anak banak kan selalu bertukar2 hadiah
Dengan coklat, gula, remote tv, getah rambut Mamma pun
Boleh jadi hadiah jugak
Selalunya kamiorang cakap macam ni kalu nak kasi hadiah

Kimi ada hadiah untuk Mamma ;))
tak pun camni
Mamma ada hadiah untuk Kimi tau sebab Kimi baik

Pastu kasi la apa yang ada
Gula ke atau apa yang dah disebut kat atas nun

Tapi selepas hari lahir Kimi yang lepas
Mamma pun dah janji nak kasi basikal
Setiap kali Mamma cakap ada hadiah
Setiap tu Kimi tanya balik

Apa dia Mamma? Basikal ke Mamma?

Masa ni mulut dah bertabngkup ke belakang dah
Hidom kembang kempis dah
Mata kerdip2 manja dah

Tensen Ai tau
Kalu bercakap mesti selit word basikal
Pastu kalu tanya pun mesti soklan basikal jugap
Psiko sungguh Mamma rasa ;p
Asyik ngeng ngeng ngeng pasal basikal
Tengahari semalam Mamma bawak jugak Kimi
Ke kedai beskal
Sejak hari tu, Kimi memang tak dek basikal dah
Kali ni pun beli la sekali lagi basikal
Ganti yang hari tu yang kena jual tu

Sampai je kedai beskal
Terus jadi cam excited tak tentu harah semacam
Suh try yang ni
Ada 3 kaler
Merah, hitam & hijau

Suruh buat pilihan
Dia berkenan merah jugak
Hati merah rupanya Kimi ni
Basikal yang lama pun merah jugak

Lepas tu pergi tengok helmet
Helmet lama boleh terjatuh dari atas motor masa dia naik motor ngan Papa
*Tatau la cane leh jatuh. Punya la buas atas motor

Tapi tak beli pun helmet tu
Sebab material dia gabus aje
Harga pulak RM45
Tak sesuai naik motor jadi tak beli la

Sebelum angkat balik
Condition basikal kena cek dulu kata tokey tu

Dalam kereta ingat kecoh pasal basikal
Tapi tidak
Dia mengamuk nak air
Haus sangat2 sebab lepas Kimi bangun
Lepak jap terus ajak pergi beli basikal
Tanpa makan ke apa hahaha
Memang la mengamuk
Tambah lagi dalam kereta
Dia dah mencekik cikkedis Chezel keju tu

Mamma benti kat Coconut Shake ni
Orang toksah kata la
Macam selalu ramai dia
Kamiorang tunggu dalam 15 minit gak

Mamma suruh makan haram tanak
Air pertama sampai je terus sedut tak ingat dunia
Mak dia lak makan tak ingat dunia
Sama tak makan pagi tadi kakaka

Pastu air extra sampai lagi
Saja minta lebih sebab dua2 kebulur
Pas makan terus balik tidur
Malam karang taman Mamma buat open house
Ingat nak kasi sedekah kek gula hangus sebijik

Ini dia beskal Kimi
Dikunci sekali dengan motor Papa dia
Hadiah paling mahal pernah Kimi ada
Mahal2 pun golongan mesekin lagi la haha
Setakat ini ;p

2 Tukang Tambah:

Lady SharpShouter on October 3, 2010 at 3:28 PM said...

"pas makan terus balik tidur" hahaha.dasar penidur betul le. haha.

tp bes le kimi dpt basikal.esok beso sket minta bas pulak ye.haha

Mamma on October 4, 2010 at 11:29 AM said...

konon nk suh dtg merombong masa ko kawen ke apa beli bas tu?

p/s : ada udang balik kek span aku ke apa ko ni? ;p

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting