Monday, July 19, 2010

MACAM-MACAM HAL LA PULAK

Hati Mamma at Monday, July 19, 2010
Minggu lepas hari Khamis tu kan
Lepas makan nasi dengan sambal sotong masakan En. Papa hari Khamis tu jugak
Mamma terus pergi Imigresen
Kan dah bagitau kerja sekerat hari *mcm la korang pedulikkan??

Sampai je Imigresen
Mamma terus terjah kaunter yang nak collect paspot
Ye la, kan Mamma dah buat Jumaat lepas hat yang satu lagi tu
*kan senang cakap jumaat 2 mggu lepas :p

Okeh paspot Mamma dah setel :))
Yang Kimi dengan Papa dia je belum
Sebab yang 2 minggu lepas tu surat beranak kimi tertinggal
Manakala En. Papa pulak tetiba je chip kat IC tu xboleh baca
So yang Mamma aje sorang boleh proceed
Tu yang datang collect Khamis lepas!
Jadi buat untuk yang 2 orang ni sekali

Papa dengan Kimi tengah tunggu giliran nak buat paspot
Untuk percubaan kali kedua!
Dari kaunter tu Mamma sempat snap gambo Kimi
Nampaknya diorang berposak gaduh2
Sebab yang kecik nak turun tapi kasut takde
Sebab masa keluar kereta dia tertidur
Makanya kitorang dukung je la
Yang tua bangka tu mesti la menghalang perbuatan si kecik tu!

Dari kaunter Mamma collect paspot tu
Suara Kimi aje yang kedengaran!
Aissh Kimi3


Dah setel collect paspot tu
Mamma pergi la kat diorang
Terus je Kimi jadi baik kejap
Takut kena debik :p


Tiba giliran Kimi
Mamma kena dukung
Papa pulak dah pergi kaunter lain sebab nombor dia pun dah kena panggil
Dah lenguh dukung
Mamma taruk atas kaunter tu
Kimi tetap nak turun
Bukan apa, kalu dah lepas turun
Takut nanti tak cukup Imigresen tuh dia lari
Pastu yang tanaknya
Mamma pun sekali turut lumba lari dengan Kimi!
Pemenang dia mesti la Kimi kan
Kalau Mamma menang nak jugak belumba kat Imigresen tu haha :D


Mamma cuba tolak Kimi ke belakang supaya tak terjun turun
Sekali dia boleh buat kuak lentang ke belakang pulak


Untuk setakat Khamis lepas,
Cuma Kimi sahaja yang berjaya buat paspot
En. Papa still x boleh buat
Bukan sebab chip IC lagi
Sebab IC dia dah buat baru dah

Tapi sebabnya
En. Papa pernah ada paspot sebelum ni
Pergi ke Republik Czech dekat Eropah Tengah
Tapi lepas balik dari Europe tu dia dah hilangkan paspot tu
Orang kaunter imigresen dah dapat tau dia pernah ada paspot by IC dia jugak

Makanya banyak procedure kena lalui
Kena buat repot polis pastu nak salinan surat beranak
Pastu kena buat angkat sumpah lagi
Setel dalam sebulan
Camne ni nak fly in 3 weeks aje lg neh

6 Tukang Tambah:

Iman's Umi on July 19, 2010 at 11:00 AM said...

X thn ngan ayat mamma yg ni
"Terus je Kimi jadi baik kejap
Takut kena debik"...hahaha...mmg bosan tahap cipanlah tu smpi dh kuak lentang Kimi buat....nk fly g mana sbnrnya ni mamma?

Mamma on July 19, 2010 at 11:43 AM said...

Imans Umi : pergi dekat2 aje umi tp kita story kendian ek..nnt takde modal entry lak hahaha tungguuu :-*

-anidaothman- on July 19, 2010 at 12:04 PM said...

wah pasport nieh....saheh nak p obersie nie.....jgn lupa ole-ole untuk aku beb....ekekkekee

Mamma on July 19, 2010 at 12:16 PM said...

hahaha..
obersie yg dekat saja..
xsmpai europe pun heh :p

Lady SharpShouter on July 19, 2010 at 12:31 PM said...

ala Mamma, kl Mr Laki nye paspot tak bleh buat jugak, kabo la ai ye. Ai pun buleh tulun jaga kimi kat sana nanti.hahaha

Mamma on July 19, 2010 at 2:59 PM said...

Lady SS : Hari tu Mamma dh kata, kalu paspot yu x setel, Ai pergi without yu lah! Muka laki Ai dah pucat..

*ada harapan yu nk ikut ai tlg gaduh ngan kimi nnt kat sana...sbb ai dh sebuk jakun kan hehehe

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting