Tuesday, July 27, 2010

NASI BLUE

Hati Mamma at Tuesday, July 27, 2010 11 Tukang Tambah
Nasi Blue kata Kimi
Ha ha ha
Biasalah kan
Mak Pak dia kan buta BI

Ni Nasi Kerabu yang dah tinggal sikit
Sebab dah let go kat neber2 Taman Pasir Emas
Dibuat masa Ahad lepas
Harini baru dapat post


Gila tak gila Mamma
Siap beli pembungkus ko
Pastu Mamma makan dalam pembungkus
Sebab biar ada feel ala-ala kat pasar malam nun ;-p

2 bungkus jugak Mamma makan
Lunch + Dinner


En. Papa tak makan
Sebab macam biasa la
Memilih tak sudah-sudah kalu bab makan ni
Kimi pulak makan sikit2 je nasi blue ni

Sekian terima kasih

Sunday, July 25, 2010

PENAT

Hati Mamma at Sunday, July 25, 2010 0 Tukang Tambah
Hari ini hari ahad kan??
Kejap je kan
Tambah pulak minggu lepas minggu yang memenatkan palotak!

Kaki Mamma sakit la
Tapi dah urut guna minyak gamat
Lega dah sket

Sakit2 kaki pun
Mamma dah buat Nasi Kerabu tadi
Ni malas nak post lagi
Karang kalu dah free2 post la kalu rajin

Skang ni mata ngantuk gila
Badan lak letih sama je gila ngan ngatuk tu
Nak tido je rasanya

Tapi tak boleh sebab Kimi takkan tido
Kalu dia tak tido tapi Mamma dia tido
Bangun tido mesti ada je benda yang memenatkan Mamma semula
Nak kena kemas mungkin jugak lap2 lantai atau mungkin jugak nak susun
Uuurgghhhh

Jadi kalu tido2 ayam saja boleh kot

*Tunggu Nasi Kerabu Mamma karang tau!

Thursday, July 22, 2010

TESTER! TESTER!!!

Hati Mamma at Thursday, July 22, 2010 5 Tukang Tambah
Ini la pembantu yang Mamma cakap semalam
Dari kiri Mak Cik dan kanan Kak Yanti
Hari ini Mamma cuti lagi
Sebab nak buat tester untuk kuih raya
Nanti senang nak buat marketing!


Masa ni tengah celop2 coklat
Buat Almond London
Dan hasilnya
.

.

.

.

.

.

Sila rasa terliur nak order
Tapi pos leceh kan??

Pastu Biskut Sarang Semut
Macam kat bawah
.

.

.

.

Untung tak pikir sangat buat masa ini
Cuma harap balik modal
dan
Lepas biskut raya kat telap sendirik! haha

Wednesday, July 21, 2010

TAK SEMPAT SIAP

Hati Mamma at Wednesday, July 21, 2010 8 Tukang Tambah
Hari ni Mamma cuti
Sebab Mamma pergi beli barang nak buat kuih raya

Heboh nau kawan Mamma sorang ni
Nama dia Kak Yanti
Suruh Mamma amik tempahan
Maknanya biz kuih raya la taun ni

Mamma dah bgtau yang Mamma tadok masa kan
Dah keje kata kooo
Alih2 dia kata

"Takpe, aku akan jadi pekerja ko"

Hahahahha
Dia dah berjaya pujuk Mamma
So start biz kuih raya taun ni

Dah cuti-cuti macam ni
Masa pn banyak lagi
Terus ingat nak buat kuih untuk tester aje
Masa nak buka tin planta

Sssrrrreeeetttt

Nah amik ko

Dalam jugak luka ni
Dalam dekat 3 jam jugak darah tak henti mengalir
Itu pic sudah taruk iodin

Makanya kuih tester tak sempat buat
Terus pergi klinik
Pastu singgah rumah kawan Mamma
Orang panggil dia Mak Cik
Aporah padahal muda lagik! :p

Tanya dia nak tolong Mamma siapkan tempahan tak
Dia SETUJUU
Suka suka suka

Makanya boleh amik tempahan lebih sikit
Sebab dah ada 2 orang pekerja yang dedikasi

Tester kuih raya esok la siapkan
Pekerja datang tolong buatkan

Oh ya lupa nak cakap
Mamma amik tempahan kuih biasa2 saja
3 jenis kuih saja
Kan banyak2 takut tak larat

Almond London
Sarang Semut
Crunchy Choc

Semua harga biskut adalah sama iaitu RM20 untuk 50 pcs
;-)

Tuesday, July 20, 2010

WEEKEND LEPAS

Hati Mamma at Tuesday, July 20, 2010 12 Tukang Tambah
Ahad lepas
Mamma buat ni

Resepi kat internet

Tata :p

Mamma pandai masakkan??? ngeh3

Abang, Yu nyesal tak amik Ai jadi bini yu??? :p
*Awas tengah sengal

Peace no war!

Monday, July 19, 2010

DAGING SALAI MASAK LEMAK

Hati Mamma at Monday, July 19, 2010 8 Tukang Tambah
Sabtu lepas punya story
Bangun tidu buatkan air terus untuk En. Papa pergi kerja
Dicecah dengan roti yang hampir nak bekulat macam roti ko jugak :-p
*mesti korang nk tanya muka basuh dok?
Mestilah TAKKK ngeh3


Lepas En. Papa pergi kerja
Dengan sepantas lipas kudung Mamma kemas rumah
Sebelum Kimi bangun kekdahnya
Pastu tambah pulak rajin lebih
Pukul 10 pagi dah nak standby masak untuk lunch *bravo!

Menu istimewa ko
Daging Salai Masak Lemak

Daging salai ni beli kat Negeri Sembilan tau
Tu sebab Mamma kata spesel
Beli hari Jumaat lepas masa En. Papa pergi buat paspot kat Putrajaya
Masa balik tu En. Papa singgah beli daging salai ni kat Pedas, Negeri Sembilan
Aisshh tadok harapan nampaknya Si Dia nak jaga Kimi nanti kat ober the sea *haks
Sebab En. Papa sedang usaha sedaya upaya untuk join kitorang ngeh3

Tambah pulak dengan 3 butir telur dadar


Dengan Kacang Goreng
*corak pinggan Mamma cam sama je nge kacang tu

MACAM-MACAM HAL LA PULAK

Hati Mamma at Monday, July 19, 2010 6 Tukang Tambah
Minggu lepas hari Khamis tu kan
Lepas makan nasi dengan sambal sotong masakan En. Papa hari Khamis tu jugak
Mamma terus pergi Imigresen
Kan dah bagitau kerja sekerat hari *mcm la korang pedulikkan??

Sampai je Imigresen
Mamma terus terjah kaunter yang nak collect paspot
Ye la, kan Mamma dah buat Jumaat lepas hat yang satu lagi tu
*kan senang cakap jumaat 2 mggu lepas :p

Okeh paspot Mamma dah setel :))
Yang Kimi dengan Papa dia je belum
Sebab yang 2 minggu lepas tu surat beranak kimi tertinggal
Manakala En. Papa pulak tetiba je chip kat IC tu xboleh baca
So yang Mamma aje sorang boleh proceed
Tu yang datang collect Khamis lepas!
Jadi buat untuk yang 2 orang ni sekali

Papa dengan Kimi tengah tunggu giliran nak buat paspot
Untuk percubaan kali kedua!
Dari kaunter tu Mamma sempat snap gambo Kimi
Nampaknya diorang berposak gaduh2
Sebab yang kecik nak turun tapi kasut takde
Sebab masa keluar kereta dia tertidur
Makanya kitorang dukung je la
Yang tua bangka tu mesti la menghalang perbuatan si kecik tu!

Dari kaunter Mamma collect paspot tu
Suara Kimi aje yang kedengaran!
Aissh Kimi3


Dah setel collect paspot tu
Mamma pergi la kat diorang
Terus je Kimi jadi baik kejap
Takut kena debik :p


Tiba giliran Kimi
Mamma kena dukung
Papa pulak dah pergi kaunter lain sebab nombor dia pun dah kena panggil
Dah lenguh dukung
Mamma taruk atas kaunter tu
Kimi tetap nak turun
Bukan apa, kalu dah lepas turun
Takut nanti tak cukup Imigresen tuh dia lari
Pastu yang tanaknya
Mamma pun sekali turut lumba lari dengan Kimi!
Pemenang dia mesti la Kimi kan
Kalau Mamma menang nak jugak belumba kat Imigresen tu haha :D


Mamma cuba tolak Kimi ke belakang supaya tak terjun turun
Sekali dia boleh buat kuak lentang ke belakang pulak


Untuk setakat Khamis lepas,
Cuma Kimi sahaja yang berjaya buat paspot
En. Papa still x boleh buat
Bukan sebab chip IC lagi
Sebab IC dia dah buat baru dah

Tapi sebabnya
En. Papa pernah ada paspot sebelum ni
Pergi ke Republik Czech dekat Eropah Tengah
Tapi lepas balik dari Europe tu dia dah hilangkan paspot tu
Orang kaunter imigresen dah dapat tau dia pernah ada paspot by IC dia jugak

Makanya banyak procedure kena lalui
Kena buat repot polis pastu nak salinan surat beranak
Pastu kena buat angkat sumpah lagi
Setel dalam sebulan
Camne ni nak fly in 3 weeks aje lg neh

Friday, July 16, 2010

BUKTI BERGAMBAR!!!

Hati Mamma at Friday, July 16, 2010 13 Tukang Tambah
Semalam dah kecoh
Laki mak masakkkkk!

Sekarang sila lihat
Bukti bergambar

|
|
|
V

Lepas2 korang dah tengok tu kan

Sila la korang cakap

Alahaii Mamma..sedapnya nampak..Aii terliur laaa..
*Ambik la hati laki Mamma skett :-p
**Kalu nak jek sket, sila bedesup mintak resepi ini!!

Sampai rumah
Sambil amik pinggan cedok nasi
Basuh salad sepiring
Sambil JEKKKK JEKKK JEKKKK <-- yang ni penting untuk masa depan :D
Sambil2 ngap!

Tapi sempat lagi la kerling ke mamat sebelah Mamma tu
Kembam kempis idom dia!! hahahaha

Wallawehhhh
Lady SS, ko jangan tanya sedap ke tidak!

Thursday, July 15, 2010

TETIBA DAPAT SMS

Hati Mamma at Thursday, July 15, 2010 4 Tukang Tambah
Tengah2 restock tudung bibik
Bak kata Iman's Umi
Tetiba dapat SMS

Masak semua da setel.
Tggal nk kemas rmah. Mmg

power gle abg masak. Mmg mlm nie
ayang x boleh tdo abg rase :p <--- text ni tak hengattt. mcm binik dia jugak. sndiri masak sndiri puji..keji jugaks :p

Mak sukaaaaaa sebab masak dah setel ;==))

Luv Yu Abang Bukan Sket2 <--- sengal!

Mamma nak balik sekarang!!!!
Lapor laaa :D

PAPA TAK KERJA HARINI

Hati Mamma at Thursday, July 15, 2010 2 Tukang Tambah
Tajuk sudah jelas
Papa kan keja 4 hari je seminggu
Off 3 hari seminggu

Mamma dah pasang niat awal2
Mintak tolong masakkan Sambal Sotong pulak :p
Tapi dah jek siap-siap malam tadi haha

Abang, Esok Ayang kerja
Abang masakkan le

Camne ni, sorang2 takut tak jadi kan

Alaaaaaa..
Sama aje kekdahnyaaaaa macam buat Sambal Kupang itu hari <--- masa ni pala aku liuk lintok la *tipu!!
Sotong ada 4 ekor saiz sedam2, tapi
Abang buat 2 ekor je
<--- risau takut semua kena buang, bazir jerk :p

Ye lah, Abang try la karang

Karang tak jadi jangan marah

Takkkkkk <--- masa ni senyum mulut aku dah bertaut kat belakang kepala dah... idom kembang kempis dah... janji ko ada rasa nak buat *wink wink

Petang ni Mamma kerja sekerat hari
Pukul 12.15 tengahari Mamma dah chowww!!
Nak pergi jemput Kimi balik sekolah
Pastu terus balik makan yang oredi siap!!! :D

Pastu nak pergi Imigresen

*Nanti Aii update lauk Sambal Sotong tu
Jadi tak jadi kendian citer <-- ntah2 dia bantai tidur kat rumah hujan2 lagu ni *tidakk!!!!!

Wednesday, July 14, 2010

KIMI SAKIT MATA

Hati Mamma at Wednesday, July 14, 2010 6 Tukang Tambah
Pagi semalam Kimi tak pergi sekolah!
Sakit mata tapi bukan yang merah-merah berair tu
Tapi kelopak mata dia bengkak sebelah kanan atas

Dia kata sakit
Jadi Mamma kesian pulak
Masa mandi melalak la <-- ke sekadar lakonan??
Jadi lepas mandi anta umah Cik Misa aje

Masa anta Cik Misa tershock la
Kimi tak sekolah ke?

Takk.. Mata dia sakit dan bengkak
Ni kira sakit mata ke???
Jangkit tak???

oOOoo
Yang ni tak jangkit
Biasanya bakteria tu yg bengkak2 tu

oo okk <-- angguk je la
Obat mana? <-- dalam hati je. konon2 jumpa real doc la ni :p

Rasa Mamma la
Dulu-dulu Cik Misa ni lulusan medic
Tapi somi dia tak kasi keje lepas kawin
Kawin pulak usia muda lagi haha :p
*apakah motip Mamma berkata demikian pada Cik Misa
* ampun ye Cik Misa :D

Pagi tadi Kimi pergi sekolah jugak
Mamma paksa tuh!
Sebab bengkak dia dah surut
Mengikut kata Doc tak jadi tu
Bengkak ni tak jangkit :p

*Snap2 tadok. Masalah teknikal *teknikal la sgt :p

Tuesday, July 13, 2010

TAG DARI IMAN'S UMI & NID'S

Hati Mamma at Tuesday, July 13, 2010 6 Tukang Tambah
Tenkiu terima kasih graciassss
Kepas Iman's Umi dan NiD's
Kasi Award ineh :))

1: Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.
Olosss depa ni baik betul..dua-dua orang ni punya blog suggoh comeiyyy heh :p
Sokmo kasi Mamma Award dan macam-macam..punya lah baik kan kan kan???
kekekeke

2: Sila beri award kepada 10 blogger yang lain
Tadok idea nak kasi tag ni kat sesapa
Kasi tag sebelum ni tak ramai yag buat **kes kecik ati la konon neh hekhek porrahhh!!!
kasi can depa rehat dulu
Maklom la bulan ni bertag-tag dorang dapat :')

3: Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ini
Tak tag sesapa cane nak bgtau. bagi tau tok ngulu (penghulu) boleh??

4: Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?
Tanyalah pada yang kasi kat Mamma ni. Iman's Umi & NiD's
Sebab orang lain saja akan memberi penilaian yang tepat.
Kalu sendiri nilai, manjang je nak bakul pastu masuk dan angkat. Kalu angkat rendah2 takpe.
Ni kalu nak angkat, mesti nak siap guna kren saja supaya tinggi! ngeh3

Monday, July 12, 2010

2ND PAJERI NENAS

Hati Mamma at Monday, July 12, 2010 6 Tukang Tambah
Balik rehat tadi
Sekali lagi
Sempat lagi Mamma masakkan Pajeri Nenas
Untuk kali ke-2
Sebab hari tu makan cam selesa sangat2 je ngan anak perut

Siap masak je
terus terkam makan cam singa lapar kekdahnya
Dengan nasi panas

*xleh nak snap gambo.
Sebab camera phone dah tadok bateri.
Chager pulak rosak.*


Pastu siap ulam dengan kacang botol
4 botol gak Mamma telan *erkss

Makan macam tu je
Tadok ikan ke apa ke sebagai sumber protin
Tibaiiii jugak sampai licin

Tapi tengah makan duk bercakap gak sengsorang

Nape tak wape nak kittt neh??
Takkan buat kali ke-2 lagi kurengg dari yang pertama buat dulu tuuuu
Ke sebab aku guna rempah Kari
Ikan Cap Adabi
Dulu guna rempah Cap Bunga Ros import dari Terengganu

Korang tengok la weiii
Salah rempah lagi
Tadok salah badan yang tak pandai masak nehh :-p

Siap makan terus basuh tangan
Pastu rasa mata nak tengok arah dapur sendiri yang baru lepas lap tadi
Pastu ternampak cantik je kerisik duduk sebaris dengan garam kunyit Aii

Laaa patut la tak wapee kitttt
Kerisik aku tak tarukkk!!!!

Ko tengok lagi sekali
Kerisik pulak yang jadi punca tak kittt

Kalu taruk kerisik mesti dah perghhh ni

Aii sangat-sangat terlupa yu!!
Lain kali Aii buat sedap-sedap gitu!!
Pastu taruk kerisik banyak-banyak!!

Pas entry ni keluar
korang buat-buat la mintak resepi ni
Ambik la ati aii skett!!!
wawawawawawawaw!!!!!

MASAK -MASAK MAKAN-MAKAN

Hati Mamma at Monday, July 12, 2010 3 Tukang Tambah
Jemahat lepas Mamma masak ni masa balik tengahari tu
Kalau dapat udam
Balik-balik Masak Lemak Udam dengan Nenas
Itu je la yang Mamma masakkan
Tak pon sambal, sambal dan sambal

Tak pandai sangat nak pelbagaikan masak udam ni
Pastu nampak tak sepinggan Sambal Kupang
Yang kamis punya

Alah
Yang En. Papa masakkan ler
Boleh mamam lagi walaupun yang semalam punya
hakss jangan membazir kata ko!! :')
Yang taun lepas kalu boleh makan, kita makan lagi *yewww

Yang ni jangan kata laki mak yang masakkan tau!
Yang ni aii yang masakkan
En. Papa pergi semayang semua dah setel
Balik semayang jemahat tu terus ngap aje katanya :-p

Makan dengan sayur bayam masak air

Pagi sabtu pulak
Aii masakkan nasi lemak sambal bilis petai
Mamma kalu jumpa petai
Manjang imejin sambal bilis dengan petai aje
Pastu makan dengan nasik lemak!
Nape ek selalu imejin camtu?

En. Papa makan pun biasa2 aje
Biar pun Kimi sekali makan siap tambah lagi satu sunduk!
Pelik jugak
Sekarang budak Kimi kuat makan

Pastu siap topup makan roti lagi sapu choc butter
2 keping yu!!

Papa dia kata

Nape Kimi tuh?? Bela hantu raya ke apa???

Sunday, July 11, 2010

PAPA & THE SUNDUK!

Hati Mamma at Sunday, July 11, 2010 8 Tukang Tambah
Ini kali kedua En. Papa berjinak-jinak dengan sunduk
Kan dah bagi tau
Sebelom ni tatau pape
Sunduk pun tak kenal tau
Maklum anak bungsu *sekali lagi mention anak bungsu. Apa kes!

Ini bukan main-main sunduk haha
Sebelom ni memang En. Papa asst. yang sgt dedikasi time di dapor
Tak puas hati jadi asst. aje katanya
Skang kena promot diri sendiri jadi Chef Manager pulak!

Main sunduk yang pertama dulu jadi la Sambal Udang
Tapi tak sempat nak snappp :'(

Kali ni main sunduk supaya jadi Sambal Kupang
Ajar sundukkan sambal-sambal dulu
Nanti dah terer Mamma suruh sunduk gulai pulak
Ada brann??? haks

Mamma balik kerja kamis lepas
En. Papa dah belikan kupang
Angin lintang En. Papa datang
Katanya dia nak main sunduk-sunduk :-p
Maka Mamma kena redha dan hoyyeyyy

Betol la korang cakap
Kali pertama atau kali kedua main sunduk
Takkan dah pandai teruskan
Nak nak lagi dia tak kenal sunduk selama ni

Okey
Dari kupas bawang sampai la tumis
Semua Mamma cakapkan
Tapi menggunakan tangan dan kaki En. Papa haha
Kalau main cakap je mana boleh siap
Perut pun takkan kenyang

Jadi hasil kena sunduk tadi tu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sambal Kupang
Seumur hidup Mamma, 3 kali baru makan mende ni
Tu pun masak sambal aje

Maka Mamma siapkan sayur dengan masak nasi aje
Rasa dia
Hurmm boleh celen kedai bakar depan taman haha
Boleh la dari kebulur tunggu cakap je tapi tak siap-siap!

Senang la Mak lepas ni
Rasa malas sket je terus ngelat sakit pala!

hahahahha *gelak nyah* awwww

Friday, July 9, 2010

MAK SAYAM LAKI MAK!

Hati Mamma at Friday, July 09, 2010 6 Tukang Tambah
Dulu bakpak la malas!
Dulu bapak la tak reti buat keja apa pun!
Dulu semua kena ketuk baru bergerak!
Semua nak kena tempik dulu!
Maklom la
Anak bungsu Intan Payong!!!
Anak kesayangan Mami dia!!!

Sekarang tidak lagi
Lepas mak brainstorm laki mak
Bila mak kuarkan hujah-hujah bab2 kawen
Bila mak ugut banyak2!

Sekarang Mak lega banyak!
Mak pergi keje
Bila laki mak tak keje
Maklom la laki mak off time orang keje
Biasa la laki mak keje buruh je!

Semua keje rumah setel!
Mop lantai, basuh baju siap jemur!
Basuh puyuk belanga semua!

Mak suka!
Balik senyum leborr je

Ni gambar curik!
Laki mak tengah buat keje


Bila laki Mak sedar je
Dia marah. Katanya sambil muncung2

Tak payah la amik..
Nak masuk lam blog la tu

Mak kata

Ye bang
Ayang nak rekod aje
Dulu malas skang sangat rajen
Tak payah suruh


Mak tau laki korang semua dari dulu dah rajen kan kan kan??
Laki mak baru nak rajen
Tu yang jakun sket hehe

Apa-apa pun

Mamma sayam Abang tauuu :')

Thursday, July 8, 2010

PAJERI NENAS

Hati Mamma at Thursday, July 08, 2010 6 Tukang Tambah
Okey
Mukaddimah yang pendek sajer

Round2 belog kawan2
Termasuk blog ko Rehan <-- padahal setiap entry baru yg ko post aku terus masuk. motif bosan Ko kata nak buat Pajeri sebab terbeli santan + terung Baru Mamma teringat yang Mamma buat Pajeri Nenas minggu lepas Tapi lupa nak Snap
Jadinya gambar diambil kat alam maya
Gambar yang diambil ni sama warnanya dan rupanya
RASAnya Mamma tak tau

1st time buat pajeri ni
Tapi Mamma main bedal aje resepinya

Rasa nak taruk apa
Mamma campak aje tapi campak mana yang logik la
Jangan la main campak sampai buah rambutan pun campak dalam jugak :')
Tapi kerisik mau lebih

Lepas buat terus je makan
Mamma tak nafi sedap wakakakaka

Sendiri masak, sendiri puji, sendiri makan!

Pastu kasi kat Mak Mentua
Biar tambah sayam lebih sket kat menantu dia neh :-p

BALIK KAMPUNG - LAST

Hati Mamma at Thursday, July 08, 2010 4 Tukang Tambah
Lepas ni korang tadok la nak muntoh hijau lagi
Duk baca pasal entry balik kampong neh
Sebab yang ni dah last untuk trip hari tu :-p

Masa ni Mamma jumpa kawan lama Mamma
Dekat Mekdonel Mydin Mall

Nama dia Fara
Tokey cotton tuh!
Classmate masa sek menengah dulu2
Skang dah berapa belas tahun dah tak sekolah :')
Lama gila tak jumpa dia

Pulak tu dia dgn family dah pindah UK
Lepas balik sini ada la jumpa sekali
lepas tu harremm

Sekali jumpa tengok dah beranak tiga ko Fara!! haha

Kitorang duduk depan playroom
Kimi dgn anak2 Fara main dalam tu
Dah jadi geng sekejap


Lepas dah makan semua
Nak balik
Sesi bergambar as kenangan WAJIB la kan
[padahal ko nak buat modal entry. betul tak nyah??]


Malam tu pulak
Rushing jumpa lagi 2 orang member
Kat Uncle Sheikh Corner

Waa dah bukakedai la pulak ko Jaja
Jadi bini pada chef
Memang bertuah badan mek weh!

Ni signboard kedai dia
[Nyah! aku cilok gambo ni kat fb mung! haha]
Jangan maroh heh! aku tolong promosi neh

Sesapa nak datang Terengganu
Jangan lupa singgah sini
Makan semua lazat2 mabeles!

Yang Mamma pulak
Kat rumah dah makan
Datang sini order lagi melantak!

Memang tak nafi SEDAPP!! :'))
Kimi pun akui jugak
Sekali dia suap mee goreng tu kat mulut
Sekali dia jerit

TOKEY SEDAP LAAAA :'))


Ini dia kawan Mamma
Yang sebelah kiri tu la bini Chef tu a.k.a Tokey Besar
Yang sebelah kanan tu
Kawan jugak
Tapi bukan tokey, datang makan macam Mamma jugak haha

Nama Tokey Besar ni Jaja
Yang sebelah pula Effa

Dengan Jaja Mamma pernah jadi classmate dia
Lepas tu Mamma tak berapa pandai kan
Turun kelas haha

Yang Effa ni merangkap Schoolmate saje

Dah la
Nak publish pulak
Titik!

Wednesday, July 7, 2010

BALIK KAMPUNG - IV

Hati Mamma at Wednesday, July 07, 2010 2 Tukang Tambah
Lagi gambar oredi snap!
Jadi buat la entry kan :-p

Ajak mak buat paspot
Dok haih
Saja saja je buat
Ada ke saja

Mamma nak bawak Mak Mamma ni fly2 lerr
Pergi mana?
Nak bawak pergi jalan pastu kenal tempat orang
Nanti dah pergi Mamma buat full story kat hangpa semua!


Masa balik hari tu setelkan yang Mak punya saja dulu
Paspot Mamma and family mana?
Belom buat lagi wehh
ha ha ha

Sekali Mak Mamma aje yang fly
Jangan ko bedah!!
Nanti Mamma buat la dalam sari dua ni
Tadok masa la nak pergi buat


Ni tuan punya paspot tu
Senyum sampai tinge masa amik gambar ni
Makan kat kantin imigresen sementara nak tunggu paspot tu siap dalam sejam
Kejap je buat paspot!
Meh la ramai2 buat paspot :-p

Perjalanan masa fly dan buat paspot adalah dibawah tanggungan!
Untung badan mak tau :))

TAG DARI IMAN'S UMI - TOP BLOGGER 2010

Hati Mamma at Wednesday, July 07, 2010 3 Tukang Tambah
Tag terkumpul
Rasanya dah lama Tag ni dapat
Tapi macam biasa la
Tadok masa nak buat

Tenkiu pada Iman's Umi dan Leeza
Sebab kasi Award yang besor maknanya ni
Aisehh
Dan Awardnya macam kat bawah


Ucapan
"Mak tak sangka dapat Award ni
Terima kasih pada Mak, Ayah yang tak sudi dan jemu menyokong saya selama ni.
Mak bersyukur pada tuhan sebab segala usaha Mak sudah terbayar, tak lupa juga pada penerbit, produser bla bla bla...."
bluwekkkkk perasa artis jap
ha ha ha

Merapu pun dalam blog pun dapat award dok?
Mak baru je merangkak2 dalam dunia ni..
Camne yang dh pioneer dalam dunia ni??
Tak tau tak tau

Jomla layan soklan dorang ni


1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
- Sebab ni pasal yang ada kat dalam hati mak ajerr

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
-http://hatimamma.blogspot.com
-Tak pikir panjang dgt se
bab dia adalah spontan!

3. apa method dlm penulisan anda?
- Ringan dan tak guna ayat sastera serta sanskrit

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
- Belom lagi walaupun rasa malas memuncak setinggi KLCC


5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
- Selalu la sangat. Adik mak kat Sabah dengan Adik kat Terengganu.
- Sepupu pun ada. Kakak ipar ada jugak kot. Baca aje la bukan mak mengutuk mak mentua dia pon kan haha

7. bila blog anda diberanakkan?
- 14 Nov 2009

9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
- Mak akan cakap " Uiks sampai ke sekolah dah blog haku??"

10. sepuluh org sterusnya bakal di tag.
SEMUA PIDnian's BLOGGER!!!

Tuesday, July 6, 2010

BALIK KAMPUNG - PART III

Hati Mamma at Tuesday, July 06, 2010 2 Tukang Tambah
Lagi gambar buat modal entry aje :-p

Ni time tak tau dah hari ke berapa kami kat kampung
Uwan memang tak masak hari ni
Sebab kamiorang sibuk berjalan

Makanya malam tu
Pergi beli sebungkus nasi lemak kat gerai depan
RM1.50 - 2.00 camtu lah harge sebungkus
Kasi makan kat yang kecik-kecik aje

Isi dia banyak tau walaupun hage dia cuma takat tu aje
Kira cukup la sebungkus untuk budak 3 org ni makan

Pastu Mamma punya lak
Nasi minyak dan nasi lemak
Sekali makan 2 bungkus!

Dorang pakat makan
Seronok plak Mamma tengok
Makan ramai2 macam ni sambil rebut2
Pastu tak cukup!

Tengah Mamma suap nasi minyak ke mulut
Tetiba Kimi cakap

Dah habis
Mamma nak lagi!!!


Waaaaa akhirnya Mamma makan sebungkus
Budak 3 orang ni makan 2 bungkus nasi lemak!

BALIK KAMPUNG - PART II

Hati Mamma at Tuesday, July 06, 2010 2 Tukang Tambah
Balik kampung masa zaman jepun hari tu!
Hari ni baru ada kelapangan nak wat entry

Layan gambar Kimi dengan kazens dia aje la kat kampong
Masa duk kampong macam terlepas tali plak Si Kimi ni

Kazens dia memang duk umah Uwan pun
Si Haneef dengan Si Irah
Sebab mak mereka duk situ sekali dengan Uwan

Masa ni tengah main gaduh2
Ala-ala otomen
Masing2 jadi otomen
Mamma plak yang tepekik telolong dah macam rasaksa
Sebab suruh diorang jangan main macam tu
Nanti kalu kena betul2 tak ke haru

Kena melengging macam ni
Sebab sudah bagitau
Cuaca kat Terengganu sangat panas

Lepas main2 otomen
Main buaian pulak
Si haneef suka la main sebab ada geng nak membuas
Si Irah tak ketinggalan
Dia sama naik!!

Sampai kusi sezen Uwan pun dia wat main
Siap tonggang2 macam balik2kan mainan kecik gayanya
Menatam tu kan beso!

Aiisshh macam manalah Uwan tak pening dengan Si Irah dengan Si Haneef ni
Yang sedia buas tuh!
Tambah lagi dengan buas Si Kimi
Lagi saru la Uwan dibuatnya!

Monday, July 5, 2010

JADI GURU PID ADA GANJARANNYA

Hati Mamma at Monday, July 05, 2010 7 Tukang Tambah
ka ka ka ka
Nak gelak plak rasanya
Selama 7 tahun mengabdikan diri kat PID ni
Jadi guru cabuk aje ponn
Minggu lepas rasa best sekali (30 Jun 2010)

Sebabnya kan
Student Mamma belanja makan ini barang jugak
Mamma tak mintak okayy
Tapi kalu nak kasi
Apa salahnya
Sangat dialukan lagi
Lepas dah lunch tuk sehari kan :')

Lepas aje siap ajar modul terakhir dengan buat ujian
Student Mamma sangat la teruja sebab tak payah datang lagi PID kan
Dah habessss

Beriya diorang nak belikan KFC
Yang sememangnya 2 jengkal dari PID neh!
Masa diorang pergi
Rasanya nak pesan camni tau

Semua DRUMSTICK yerk! :-p

Tapi takkan la pulak kan
Malu ah Mamma
Air muka kena jaga ha ha ha

Makan la apa yang student tu belanja
Dapat set ayam yang 3 ketul
Dapat gak la seketul drumstick pastu kat bahagian punggung ayam aiishhh
Final ketul tu dada tau <-- yang ni mak tak suka nyah!
Berchinta nak abiskan bahagian dada yang penuh isi tu
Nak buang sayang pulak!

Mamma bukan tak biasa dapat buah tangan dari student
Selalu gak la dapat
Macam buah-buahan ke, kuih-muih ke etc la
Amik berkat katanya student Mamma tu!
Maklomla semua student Mamma tu tua bangka semua!

Tapi hadiah yang ni je yang yummy delicious sket dari buah-buahan kan :-p

Makan kena betul2 menikmati makanan tu
Macam atas

Ini adalah gambar student
Masa Mamma suh beratur nak tangkap gambor ni
Mamma tipu dorang
Kata saya nak buat report!
Jadinya kena amik gambor la huhu
Padahal Mamma nak tepek sini

Terima kasih yerk korang
Belanja Mamma
Caya tak yang dorang dah bangka?
Macam kelas dalam citer P. Ramlee plak :p

Nanti kalau tak reti lagi
Meh la sini
Mamma ajarkan lagi!

Saturday, July 3, 2010

KIMI KENA APA TAH SAMPAI DARAH

Hati Mamma at Saturday, July 03, 2010 4 Tukang Tambah
Tak tau la Kimi main apa
Mamma check tempat dia main rasanya tak ada mende tajam!
Dia main sorang-sorang dalam bilik
Maklum la takde adik kann

Mamma pulak tengah masak ke apa tah
Yerla, kenanya ahad lepas
Sabtu hari ni baru nak buat entry

Konon sebuk dengan masuk contest sana sini la :p
Tapi harem nak menang haha
Memang tak harap pun nak menang
Sebab semua yang masuk pun bukan calang2

Masa kena Mamma biarkan dulu
Siap snap sana sini lagi
1st time la dia berdarah laju macam ni

Kimi meraung dah satu taman
Sebab panik tengok darah
Masa taruk ubat gamat
Darah pun dah berenti
Mamma lap2 siap picit lagi tempat luka tu
Tak nangis pulak

Lepas balut dengan tisu campur ubat gamat
Jari dia asyik tunjuk je
Dah yang kena pun jari telunjuk kan :')
Konon tanak langgar apa2 la kan

Esoknya pun
Jari dia tetap tunjuk jugak lagi walau dah tak balut dengan tisu
Aiishh
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting