Thursday, June 24, 2010

CERITA KAMPONG - PART I

Hati Mamma at Thursday, June 24, 2010
Biasanya macam ni lah Kimi
Kalu balik kampong Uwan kat Terengganu
Buaian ni akan menjadi perhatian dia
Gila buaian sangat dia kat kampong
Yang sedihnya tuan punya buaian pulak terpaksa merempat :p

Sebabnya kan
i. Kat rumah Mamma tadek buaian
ii. Dari kecik sampai la bangka mcam ni takdek buaian sendiri

Sebab utama Mamma malas nak ajar dia tido buaian
Tak ada lah time balik kampung atau pergi memana berangkut buaian sampai separuh keter!

Dia naik buaian ni sambil nyanyi lagu ni
Tu mulut muncung-muncung tengah nyanyi la tu

Buai laju-laju
Sampai sebelah sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cine!


Lagu ni boleh didengar time kat kampong saja yerk..
Dan time naik buaian saja
Bukan time tengok tv atau mandi atau lain2
Kat rumah Mamma nehi!
Sebab buaian tadok ha ha

Dah letih nyanyi sakan memekik melolong dalam buaian
Dengan lagu yang diulang rekod sampai 18 juta kali
Time tido plak..

Syiok Kimi dapat tido dalam buaian
heaven!!

Kena buka baju sebab rumah Mak Mamma sangat panas
Sampai Mamma tak boleh nak berbelog time kat kampong hari tu
Ni yang baru nak buat entry masa kat kampong hari tu

Nasib baik Mamma pun tak bukak baju macam Kimi jugak
Ngeh!

3 Tukang Tambah:

Ir.Ladybird on June 24, 2010 at 7:03 PM said...

hoho..comel!

-NiD's- on June 26, 2010 at 10:24 AM said...

hahahha....memula nyanyi..dh tuh penat lelap ......

Mamma on June 28, 2010 at 10:32 AM said...

masa kejadian letih nak kawal..
lepas kejadian suka plak bila diigt2kan :p

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting