Tuesday, June 29, 2010

CONTEST BERSAMA SI COMEL

Hati Mamma at Tuesday, June 29, 2010 10 Tukang Tambah
Sekarang Mamma sebuk di tag masuk contest
Kali ni CONTEST BERSAMA SI COMEL
Tuan penganjur dari RinaMrsBifa
Di tag oleh Nid's lagi dan lagi :p
Tenku tenkiu tenkiu :D

Bahagian nak mempromosi tuan penganjur plak
Pestime Mamma masuk blog RinaMrsBifa ni
Saja la kan
Ushaaarr blog tuan penganjur sebelum join contest dia kan
Takkan main masuk je
Mana nak perghhhh :))

Lepas baik punya ushaaarr tuh
Baru Mamma tau yang dia ada blog yang cantik
Ada love-love terbang sana sini
Aku geram tengok. sungguh.

Pastu ushaarrr lagi
Dapat tau dia ada Online Bussinees
Tang ni aku dah kelabu mata
Baju dia lawa-lawa. sungguh.
Sekali lagi gaji kompem aku pergi balik kat biFA's colleczion
Sebab gaji yang hari tu dah habis!! nehi! nehi!

Okey
Yang kat bawah ni banner contest tu
Dan sudah dilink ke tuan penganjur :)


Jom layan tuan penganjur punya syarat :-

1- contest ni terbuka untuk semua peringkat umur....

2- mesti jadi my follower...tapiiii untuk 2blog..

3- wat 1 entry khas utk join contest ni, copy paste banner rasmi tu, pastu link kan terus ke sini yer...

4- 1 penyertaan, 1 pic sajer ok...no over2 pcs..nnt byk2 kite jadi miong nk pilih..

5- gambar mestila bersama si comel..mcm gambar kite kat bwh 2...
xkisahla..adik ke, jiran ke, pinjam ank sesape pun..hehehe..janji chummmelll...

6- senang bukan??? n 1 more thing!!! jangan lupe tag rakan anda sekurang2nyer 3orang..
make sure la ye org yg anda tag 2 tau yg die telah ditag...hehehe...
wokehh????

Senang jer kan syarat2 die?? ape lg..mai ler joinn.....
hadiah 2pcs clothes from bIFA'S collezion

knape sampai 2pcs?? sbb u'all kne jadi follower utk 2blog..

mudah sajer.....tarikh penyertaan tamat pada 30 june 2010...so,cpt2la yer...

u'all boleh ler informkan penyertaan anda tu kat my comment box..dun forget utk tgglkan link anda ye..if not, cane kite nk tau sape masuk kn???woraittt...

.
.
.
.
.
.
.
.

Makanya Mamma pertaruhkan gambar terlama ni :p
v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Masa ni Kimi 5 bulan
Sudah lapuk kan
Tapi tuan pengajur tak cakap gambar masa bila :p
Janji bersama si comeyy
Dari aku dukung anak orang lain kan
Aku tepek la gambo Kimi nak nangis neh :p

Nak tag dia nih!
i. Mamma Qaisara
ii. Mamma Ezey. <--erks br="">iii. Mamma Azrin

Sila buat yer..esok dah tutup

Monday, June 28, 2010

CONTEST GAMBAR BEST BY ASADA

Hati Mamma at Monday, June 28, 2010 5 Tukang Tambah
Hip hip hoorreeeyyyy!!!
Mamma di Tag oleh Nid's untuk menyertai contest macam kat tajuk
Di anjurkan oleh Asada tau

1st time Mamma masuk contest!
1st time jugak Mamma nak meraban dalam contest ni :p

Nak taruk gambar mana yang best agaknya
Mana ada best sangat tapi bolehlah layannn

Kita tengok syaratnya dulu :))


Syarat-syarat adalah sangat mudah!!
  • Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST milik anda.
  • Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti.
  • Copy banner contest. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke ENTRY CONTEST.
  • letakkan link atau url entry anda di RUANGAN KOMEN ENTRY CONTEST untuk diterjah. selesai..
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010..
Gambar Mamma pertaruhkan macam kat bawah
v

v

v

v

v

v

v

v

v

  • Mamma tadok gambar lawo2 mcm org lain, cuma ada gambar bushuk lagi bau ayam ni! Nak dipertaruhkan :p
  • Kejadian berlaku pada 25 Jun 2010 (jumaat) Gambar ni panas lagi taww
  • Anak jiran kawen. Nampak sgt jiran Mamma tu dah kertu kan ha ha ha
  • Mamma selaku AJK Taman (baca tuh!) kenalah tunjuk muka dan suka sgt nak tolong! aisehh
  • Kena basuh ayam! Masa ni Mamma pura-pura suka sangat basuh ayam waaa
  • Minyak ayam kat lengan dah tebal tahap 2 Inc! Sapa nak lebatkan rambut meh la sini :p
  • Keje2 lain x sempat nak snap sebab sibuk sangat! (kalahkan tuan rumah plak :p)
  • Mamma yang pakai baju hitam tu tau!! tuan penganjur jangan salah pulak :p
  • Menang ke kalah 40x la tuan penganjur kira yerk! hehe
HABIS SUDAHHH

Saturday, June 26, 2010

PENGURUS BARU

Hati Mamma at Saturday, June 26, 2010 2 Tukang Tambah
Semalam ku bermimpiiii
Eh bukan bukan!!!
Tetiba menyanyi plak

Semalam Mamma menerima panggilan

Daripada bakal Pengurus PID ko!!!!

Katanya dia akan masuk 1 Julai kemungkinannya

Orang kelate

Waaa cayalah
Boleh wat teman Zell makan budu!

Baru la
Inn :p
Kan Zell??

ha ha ha


Dan Mamma pulek

Bakal kerja berdua la lepas ni

Adakah sama
weng macam Mamma jugek??
Atau memang xboleh masuk
wengnya dengan Mamma???
Takkot Ai tau..


Katanya lagi

Dia memang pekerja kat Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
Pekerja Kontrak SPS
oOOooOOOoo ajelah kannnn

Lepas ni lega la Mamma banyak!

Sebab sudah tidak menyandang 2 jawatan

Yang selama ini Mamma la pengurus dan Mamma jugak la Penolong Pengurus

Pastu yang lagi best
Mamma jugak la pencacai!
Lepas ni kita jadi la pencacai bersama-sama yer Cik Pengurus!


Ko jangan memilih kerja udah ler tau

Mamma siku ko!

Lepas ni siap la
Pen. Pengurus siku Pengurus sendiri!

Thursday, June 24, 2010

CERITA KAMPONG - PART I

Hati Mamma at Thursday, June 24, 2010 3 Tukang Tambah
Biasanya macam ni lah Kimi
Kalu balik kampong Uwan kat Terengganu
Buaian ni akan menjadi perhatian dia
Gila buaian sangat dia kat kampong
Yang sedihnya tuan punya buaian pulak terpaksa merempat :p

Sebabnya kan
i. Kat rumah Mamma tadek buaian
ii. Dari kecik sampai la bangka mcam ni takdek buaian sendiri

Sebab utama Mamma malas nak ajar dia tido buaian
Tak ada lah time balik kampung atau pergi memana berangkut buaian sampai separuh keter!

Dia naik buaian ni sambil nyanyi lagu ni
Tu mulut muncung-muncung tengah nyanyi la tu

Buai laju-laju
Sampai sebelah sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cine!


Lagu ni boleh didengar time kat kampong saja yerk..
Dan time naik buaian saja
Bukan time tengok tv atau mandi atau lain2
Kat rumah Mamma nehi!
Sebab buaian tadok ha ha

Dah letih nyanyi sakan memekik melolong dalam buaian
Dengan lagu yang diulang rekod sampai 18 juta kali
Time tido plak..

Syiok Kimi dapat tido dalam buaian
heaven!!

Kena buka baju sebab rumah Mak Mamma sangat panas
Sampai Mamma tak boleh nak berbelog time kat kampong hari tu
Ni yang baru nak buat entry masa kat kampong hari tu

Nasib baik Mamma pun tak bukak baju macam Kimi jugak
Ngeh!

SIAN KAWAN MAMMA TAWW :P

Hati Mamma at Thursday, June 24, 2010 10 Tukang Tambah
Betol la weh korang
Dia membazirkan usia dia selama 30 tahun tanpa mende ni (rasanya la :P )
Kawan Mamma ni tak pernah makan mende ni
Sampai la dia preggy kali ke2

Nasib la dia preggy
Kalau tak preggy mungkin kawan Mamma ni tak mengidam nak makan mende ni :p
Dan dengar kata kalu preggy mengidam budu dapat anak pompuan
OooOOooo apakkahhh...
ha ha ha ha

Semalam tengah Mamma menyandar kat dinding
Lepas berbuka puasa ganti kan (kecoh lagi)
Kekenyangan sangat sebab melantak tak ingat donia kan
Tetiba dapat SMS dari kawan Mamma ni

Nak pengsan pny sedap

pastu Mamma balas SMS dia

Hantu ko Zell!! Tahap meroyan betol ko ni :)

Mamma sampai gelak tergolek-golek ko :D
Sambil tengok gambo yang di hantar sekali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ba Wau Dal Wau kooo
Ha ha ha ha

Budu ini memang la sedap
Sapa kata tak sedap??

Kawan Mamma ni siap hirup dengan sudu makan budu ni
Punyala sedap kan
Sebab kawan Mamma ni baru jumpa budu ni sejak 2 hari yang lalu :p
Siap kecoh lagi kat facebook dan blog dia
Jom la korang baca blog dia sini
Dan dengan kes budu ni jugak unique dia melonjak riang tauu :))

Baru dia taww penangan budu
Ha ha ha ha

Wednesday, June 23, 2010

TAG DARI MAMI AHMAD & MAMA ATIE

Hati Mamma at Wednesday, June 23, 2010 12 Tukang Tambah
Tag sesajer
Sini sana kena tag huhu

Tag ni pulak dapat dari Mami Ahmad
Saja Mamma wat tukun dulu tag ni
Tetiba Mama Atie pun tag Mamma dengan tag yang sama

Makanya
Jawablah tag secara bergabung gitu

Tu dia..
Online Best Friend Award
Tempat pertama lagi :p


Meh listkan senarai yang deme mitok ni

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award

Mami Ahmad
1. Suka nak diet berjemaah tapi skang ni dh preggy. So no more diet!
2. Anak dia banyak cakap
3. Pernah tidur umah dia dan tengok segunung kain yang belum lipat. Real!
4. Agak demand time preggy kali ni. Mak suka nyah!
5. Mamma rasa dia sangat happy this preggy! kan kan

Mama Atie
1. Sama jawatan dengan Mamma kat PID Simpang Empat, Perlis.
2. Kecik je orangnya ni. Tak payah diet macam Mami Ahmad! :p
3. Ada kereta persona haha
4. Ada 2 org puteri. cepat la buat putera pulak!
5. Dah tubuh blog baru pulak!

* x pasal2 kena jawab double hu hu

Jots down 10 interesting facts about yourself and your hobby


1. Suka makan nasi! Tak makan lain pun tak pe. entahlah!
2. Suka masak tapi sejak sakit pinggang dah kurang masak. pergerakan terhad!
3. Suka masak suka makan sendiri!
4. Suka sangat shopping. Tau2 dalam dompet tinggal xsmpai RM10!
5. Suka kalau En. Papa ada rumah. Pastu buat aktiviti bersama walaupun takat minum air!
6. Suka berangan!
7. Suka tengok gambar. Gambar orang pun bedal tengok!
8. Suka sangat terbawak kereta laju2!
9. Suka buat apa2 pun dengan tangan sendiri!
10. Suka duduk saja!

Pick your most 10 deserving recepients and describe them

1. Ezey - Suka meniaga
2. MR - Suka masak kan
3. Umi Iman - Suka mak baca blog dia!
4. Nasikputeh - Suka dengan jiwa yang berterbangan!
5. Lady SS - Suka baca entry dia yang ngeng. nak nak pasal nyamok!
6. Ratu Syahadah - Suka baca blog dia gak!
7. Lovelylady - Suka tengok Kimi dia!
8. Nichkhun - Suka dengan nama blog dia!
9. Alinaclover - Suka dengan kaseh sayang!
10. Ir.Ladybird - Suka nak jadi engineer!

* Orang yang ditag tu memang patot dapat Online Best Friend Award sebab selalu dan masuk blog Mamma serta menjadi pengomen entry Mamma. Ikhlas dari Mamma taww :))

Tuesday, June 22, 2010

ANAK DARA LAGI

Hati Mamma at Tuesday, June 22, 2010 8 Tukang Tambah
Ni lah anak dara kakak Mamma
Lahir 10 Jun 2010
Nama dia kan
NUR AMNA WADDAR
Masa Mamma balik kampong hari tu
Tak jumpa dia
Sebab dia kena tahan wad sebab kuning
Tinggi plak tu
Sian kakak Mamma kena berkampong kat wad tau :(
Masa nak balik Melaka semula baru dapat jumpa WADDAR :)

Cucu yang ke6 untuk Uwan dikampong
Yeeaasss

Tapi skang NUR AMNA WADDAR sudah bebas dari kuning
Dia sudah sihat tapi asek nak tidur saja
Orang kata budak kena kuning memang suka tidur
Ye ke???
Mamma tak tau sebab Kimi tadok kuning masa lahir

Mamma dah lupa camne nak pegang baby
Lama dah tinggal rasanya


Kimi pun teringin
Soalan cepumas mesti la Mamma dan Kimi korang dapat :p

Eh ko bila lagi nak tambah?? Dah boleh dah ni
Eh Kimi nak adik tak???
Kimi nak adik ni tak wat balik Melaka??

Aduu banyaknya soalan

Kimi sangat suka dapat riba WADDAR
Berlagak kejap jadi abang
Siap cakap kat Mamma

Kimi nak adik la Mamma

Siap bawak tido la pulak
WADDAR sangat baik dan tidak melalak cam budak lain
Pendek kata payah nak dengar suara WADDAR
Tapi Si Kimi sudah buat budak WADDAR ni menganga :p

Nah nah amik balik ler huhu

Dan untuk pengetahuan korang
Suatu ketika dulu
Kimi pernah cakap kat Mamma masa Mamma tanya Kimi nak adik tak

Mamma belilah adik kat Bintang banyak-banyak tau

arksss :o
mamposss

*Bintang ialah pasaraya kat taman kitorang

1st TIME

Hati Mamma at Tuesday, June 22, 2010 5 Tukang Tambah
Tak sangka mak
Akhirnya akur dengan tudung neh
Mulanya tetap dengan bawal batu
Tapi Masa mak balik kampong hari tu kan
Tudung bawal batu no.1 sangat sukar dicari untuk sendiri punya

Akhirnya mak pakai jugak tudung ni yang berlambak kat pasaran
Dan senang cerita mak skang ni pun jual tudung ni
Tapi tak masukkan kat sayangcollections pun
sayangcollections pun agaknya dah reput sebab tak jenguk langsung dah

Korang musti gelak kan??
Yelah tudung ini korang mesti dah reput
Ai pulak baru nak pakai
Pastu siap kepochi kat donia lagi :p

Hari ni stock tudung baru yang mak jual baru sampai dari KL
Masa saparate stock tu kan
Sambil2 tu la ai cuba :p
Terus sambar 6 pasang dan yang di atas salah satunya
1st time tawww!!!!
Jakun kan????? ngeh3

Pagi pakai bawal batu lagi
Sto k 6 pasang tu terus bawak balik dengan harapan nak tunjuk kat laki mak
yeeehhaaawww laki mak tak kesah :)

Tu yang masuk opis lepas lunch terus pakai
Tak basuh pun :p

megah!!!

WIIIHHHAAAA :)

Hati Mamma at Tuesday, June 22, 2010 0 Tukang Tambah
Salam semua
Kembali semula dalam dunia blogging
Ingat nak setat semalam lagi berbelognya
Tapi satu hari suntuk opis tadok internet
Makanya di'cancel' kan

Mamma pulak malas nak balik amik beruk biru
Walaupun rumah tak sampai sejengkal dari opiss
Dan hari ini pun sama
Internet tetap tadok jugak
Tapi Mamma dah standby awal-awal
Bawak beruk biru awal-awal lagi dari rumah :))

Dah alang-alang duduk saja kan kat opis tanpa internetkan
Makanya berlakulah kerja-kerja

Pembakaran segala mak nenek kat opis Mamma
Yang sudah tidak digunakan lagi
Dalam satu lori kecik jugak la banyaknya
Korang bayangkan lah sendiri yerk

Apa yang Mamma bakar??
Biarlah Rahsia ala-ala lagu Siti gitu :))
Tapi mende itu pastinya bukan opis Mamma sendiri
Kalau tidak mana Mamma nak kerja nanti kan huhu :p
Yang pasti menda tu adalah menda yang sangat menyakitkan hati Mamma
Dan paling kuat sangat membuatkan....
HatiMamma menjadi sangat kering terhadap pekerjaan sendiri hukhukhuk

Malamnya pulak
Sangat letih sebab kerja-kerja pembakaran siang tadi
Makanya Mamma berfacebook saja
Bloggerdotcom Mamma tak buka langsung
Sebab memang tiada niat langsung nak belogkan cerita
Pastu tidur awal lepas sejam berfacebook titik!

Monday, June 14, 2010

DI KAMPUNG NI

Hati Mamma at Monday, June 14, 2010 6 Tukang Tambah
Tajuk dah sangat jelas taww
Ai sekarang di kampong terchenta yerkk
Makanya aktiviti berbelog amat la terhad
Sebabnya sibuk ke sana ke mari
Dan aktiviti ini tentu tentunya jarang dilakukan
Dan apabila dapat dilakukan sangat la lupa dunia!

Satu lagi sebab yang sangat kuat adalah
Rumah Mak ai ni sangat la panaszz
Maklomla rumah mak ai rumah kampong
Pastu ekon tadok kan
Jadinya macam ini lah kekdahnya
Tapi malam sejuk dan sangat heaven!

Nak berbelog ni pun sangat tidak selesa
Bila dok selesa makanya mood tu lari terus la kan
Tambah lagi cuaca di Terengganu sekarang ini (bukan salah rumah mak ai jugak tau :p)
Musim kemarau kan.. (ye ke weh?)

2 hari pertama sampai kampong
Kepala ai berdenyut macam nak pecah
Sebab situasi cuaca yang sangat lain dengan Melaka
Kat Melaka panas jugak diselangi dengan hujan
Terengganu ni panas terus, bayang hujan pun tadok :(

Time tulis entry ni pun palotak ai dah cair tau
Peluh jangan la citer
Celah kangkang lagi la kan :p
Sila sabar nak baca blog ai tau (sila kasi penendang sedas dua kat ai)
Konon la sangat kan

Lepas blog ai yang kepanasan kat rumah mak ai ni kan
Lepas ni korang layan la pulak cerita ai kat kampong
Banyak pic sudah di snap tapi tak diblogkan lagi
Sila sediakan baldi barang sebutir dua
Takut2 korang nak termuntah baca story ai kat kampung yang banyak tu

Weh korang
Ai sangat tidak tahan dah ni nak blogkan cerita panas ai ni kan
Makanya lepas taip ni Mamma nak publish terus la
Pastu nak katup blogger.com ni
Pastu nak lepak kat beranda pulak

Thursday, June 10, 2010

HAL DALAM KELAS KIMI

Hati Mamma at Thursday, June 10, 2010 8 Tukang Tambah
Sambungan dari entry bawah
Sebelum amik Kimi dan terus balik
Mamma kan dah kecoh kat korang
Nak jumpa Teacher dia nak tanya pasal pembelajaran Kimi kan
Makanya haruslah dipublish entry ini :p

Satu lagi sebab dah nak cuti sem kan
Maka kena siasat untuk kes awal sem ni dulu :)
Nanti dah masuk sem ke2, cerita lain la plak

Lagi la suka Kimi Mamma lepak lagi lama
Siap masuk terjah bilih darjah dia lagi ko
(Haram Mamma tak pernah nak masuk)
Amik2 gambar bilik darjah
Dengan alasan kat Teacher dia nak tunjuk kat Papa Hakimi :p
(benonya mak malu sebab Teacher tu pandang mak cam pelik je :p )

Inilah keterupaan bilik darjah Kimi
Green kallerrrr
Alahai comeynya Mamma tengok
Semua kecik-kecik je
he he he he


Ini tempat Teacher diorang meraung-raung
Mengaum-ngaummmmm pun ye gak rasanya :p
ha ha ha ha


Okeh lepas je cek & snap semua tu
Masuklah pulak fasa Mamma nak tanya tentang kerja-kerja Kimi
Dan ini hasilnya
(snap sambil tanya)

Ini Math
Mamma cakap

Mamma : Macam standard 1 kan??
Teacher : Ahah kak

Tulis huruf kecik

Yang ni pulak
Ikut garisan putus-putus tu

Yang ni padankan suku kata yang sama

Lepas tengok semua tu
Mamma try bilang berapa bijik buku dia
Mak aihhh
Sampai 7-9 buah buku latihan dalam kelas (x igt dah, kejadiankan minggu lepas :p)
Perghh banyaknya
Itupun Teacher dia cakap nak kena beli lagi buku naik sem ni dalam 3-4 buah buku baru
aiyakksss
Takkan tadika pun buku sampai berbelas-belas buah beb! ~phewww~

Pastu Mamma tanya lagi

Mamma : Eh takkan semua betul?? (boleh plak aku x percaya keupayaan Kimi)
Teacher : Memang ada salah tapi tak banyak kak..Kalau salah saya terus padam pastu saya terangkan balik pastu dia baiki la balik
Mamma : oOooOoo semua dalam kelas la..
Teacher : Iyer kak

Padankan gambar yang sama

Yang sebelah kiri
Kasi kaler sama untuk sama bentuk
Yang kanan pulak
Kalau gambar tu sepadan kena kalerkan :)
Kalau gambar tu tak sepadan kena kalerkan :(
ha ha ha ha
Macam ni pun ada

Yang ni plak
Sebelah kiri kena cross
Sebelah kanan kena tik (rait)

Dalam duk leka amik gambar tu kan
Teacher Kimi ada cakap yang buatkan Mamma tergamam

Teacher : Kak, Hakimi ni top student kat kelas dia kak
Mamma : Haaaahhhhhh (mulut Mamma melopong-lopong masa tu tak caya..oh anankkuuu...)
Teacher : Ye kak..Nanti lepas cuti sekolah 2 minggu ni, Hakimi naik kelas no 1 la yang lagi laju tau kak. ..
Mamma : Tak taaooooo...Eh ada 2 kelas ke? Saya tak taaoo pun. he he he jadi anak saya duk kelas no 2 la selama ni. Ingat 1 kelas je. Haram saya tak tau la keh :p
Teacher : Memang ada 2 kelas kak. Hakimi tu sebab dia tak pernah sekolah sebelum ni, jadi dia kena masuk kelas ke2 la. Kelas yang pertama tu diorang laju sket dan pernah sekolah sebelum ni..
Mamma : OooOOooo...ye lah..Hakimi kat sekolah macam mana?
Teacher : Sudah banyak berubah dah kak..
Mamma : Camne? (soalan menduga :p)
Teacher : Kalau dulu dia ni playfull tapi skang dah ok..rajin jugak..lepas tu dia selalu cakap yang dia selalu tolong Mamma dia kat rumah
Mamma : Huhhhhh..he he ye lah Teacher..memang ada tolong pon (cover aje tuh depan teacher dia! paling2 besar pertolongan ialah tolong buang sampah lepas anak tekak Mamma dah kuar jatuh kat lantai dah..yang lain tu tolong kepahkan ada la teacher oiii..pandai la ko Kimi,!)...Okey lah Teacher saya nak balik dah..eh mana kelas Kimi nanti??
Teacher : Kat luar tu...dia tak ada bilik..
Mamma : OooOOoo yang kat luar ni ni ke? (dalam gambar)


Dah dah Kimi
Jom la kita chalo balik rumah
Lewat sangat dah ni

Nak balik tido aje :p




Pendedahan diatas cuma untuk rekod HatiMamma sajerr... No heart feelling neh :p

KAWAN BAIK

Hati Mamma at Thursday, June 10, 2010 0 Tukang Tambah
Huh dah dekat seminggu dah kan coti sekolah??
Kejap aje
Last day sekolah hari tu (Jumaat-4Jun2010)
Mamma pergi jemput Kimi kat Wonderkids

Saja la kan..Mamma pun sekerat hari je kerja...
Tunggu punya tunggu
Terpacul jugak Kimi macam kat bawah ni

Tengah seret beg dia yang besar tu
Dia orang yang pertama keluar kelas sambil berlari-lari erksss
Rupa dah macam monyet keluar kandang terlompat-lompat kan
(Apolah Mamma neh :p)
Aiisshhh Kimi neh..

Macam biasalah Kimi
Sangat suka bila Mamma amik dia
Nak lagi kalau Mamma stay lama sket kat Wonderkids tu nak bayar yuran ke etc
Semua orang dia bagitau

Nilah Mamma saya :)

Sambil senyum sampai telinga
Macam la ko sorang ada Mamma nak oii

Gambar bawah ni adalah gambar geng dia
Yang duk tengah pakai baju oren tu sangat suka kat Kimi
Nama dia pun Hakimi jugek tapi umur 5 taun la
Kelas tentu-tentunya lain kan
Sebab Kimi baru 4 taun
Jadinya Kimi panggil Abang saje..
Teacher's kat situ pun pernah bagitau Mamma
Diorang sangat kamceng!

Mamma perasan jugak time hantar Kimi pergi sekolah
Kimi masuk je gate Wonderkids tu
Si Abang dia ni berlari tempa ke arah Kimi
Dan akan pegang tangan Kimi heret ke tempat letak kasut
Pastu siap buka kan kasut Kimi taruk atas rak
Pastu heret tangan Kimi masuk kelas plak
oooooh apakah

Yang sebelah kiri pakai baju biru
Ntah anak cina mana pon
he he he
Kawan Kimi jugak
Nama Ang Jeng Hang (bunyi macam ejaan la ye :p)
Pun baik jugak dengan Kimi

Kalau kat rumah selalu sangat sebut nama kawan-kawan dia kat Mamma
Yang lainnya macam John, Alfred, Tan Nyak Yoe, Putri
Dan tah sapa2 lagi Mamma tak ingat :p

Pernah kalau Kimi tanak pergi sekolah
Maka berposak la pagi-pagi Mamma nak kejutkan dia kan
Jadi Mamma pasang strategi la

Kalau tanak pergi sekolah, tak payah la jumpa Abang!

Dan dan time tu Kimi akan melalak sebab Mamma tak kasi jumpa Abang
Jadi Mamma kena saiko dia macam ni la kan
Sebab Kimi punya peel lak
Apa yang kita tak kasi tu
Itulah dia nak sangat
Selalu bertentangan dengan arahan Mamma Si Kimi neh
Semua dalam poket la beb!
Dah tu susah sangat kan???
Mamma buat-buat tanya balik

Dah tu nak pergi sekolah tak?
Kalau tak pergi sekolah camne nak jumpa Abang?


Kimi mampu angguk je la
Masuk bilik air terus!

Dia pun suka gila kat Mamat ni sorang
Tah pape je tapi salute jugak
Sebab kecik-kecik pun friendship dah kuat :p

Ni yang duduk semua ni yang naik van la nak balik kan
Sebab diorang memang dah diajar macam ni
Jadinya tunggu van secara duduk la
Tanak berlari la konon tapi ada jugak yang terlepas
Pergi panjat slide macam kat playground tu

Wednesday, June 9, 2010

5-FIVE-KHAMSAH

Hati Mamma at Wednesday, June 09, 2010 2 Tukang Tambah
Tag 2

Ingat nak tajuk sebagai
TAG DAR I IMAN'S UMI (PART II)
Tapi kena tajuk di atas jugak
Sebab dah syarat dia kan..terima aje lah

Jom layan tag ini pulekk

a) Copy Award - done!


b) Beritahu siapa & link pemberi Award ini
Iman's Umi.
Tak caya klik kat http://imansumi.blogspot.com

c) Tajuk post mesti 5-five-khamsah
Done!

d) Sila jwb 10 soalan dengan 5 jawapan
Maknanya 2soalan satu jawapan ni kan??

1- 5 names that people call you -
Zamila
Zamilo (kazen pggil aku camni,jahat gila kan?)
Mila
Ila
Mamma

2- important dates in your life -
Semua sibling's birthday
Wedding aku ler
No phone dgn akaun no. ko tanak tanya ke? Ingat apa :p

3- 5 things you did yesterday -
Update blog lerr
Check nuffnang dah cecah jutawan ke blom
Drive pergi kerja
Makan nasi lemak
Minum pearl cafe lagi

4- 5 ways to be happy
Think +ve je walaupun dikelilingi perkara2 -ve
Cakap sorang dgn nada yg slow pastu gelak la (tapi bukan gila lagi)
Nyanyi (karaoke)
Tengok Fukuchan dengan Hagemaru
Outing

5- 5 favourite movies
Tah la..semua bantai tengok camne??

6- hobbies
melancong
shopping (nape ek..tak lari dgn tabiat huduh ni)
menonton
tidor
on9


7- 5 favourite peoples
org yg baik hati gila sbb automatik aku jadi baik. segan nak wat jahat kat dia :p
orang yang kelaka habis
sekepala buat jahat pun best gak
sempoi..tak de nak menunjuk2
senang citer org yg tak hampeh la :p

8- 5 favourite place for vacation
byk tempat shopping
kawasan sejuk dan panas pun ok
Tak semestinya obersi
Janji tempat nak tidur tu sangat best
wajib ada kolam untuk Kimi berkubang

9- 5 reason you answered this survey
Sebab nak jawab
Tanak dikata tak support member blogger lain kan
Suka nak jawab
tambah koleksi tag
sukatilah!

10- 5 person to tag
Tanak tag sesapa sebab tau diorang bz

TAG DARI IMAN'S UMI

Hati Mamma at Wednesday, June 09, 2010 4 Tukang Tambah
Perghhh
Sian Iman's Umi nak tunggu Mamma jawab Tag yang beliau kasi ini
Tag ini diberi masa zaman batu lagi pun ada nya
Pastu minggu lepas beliau kasi lagi
Tag terkumpul dari Iman's Umi dah jadi 2
Sebelum naik 3 kan, baik Mamma setelkan dulu yang ini

Jadi minggu ni Mamma nak selesaikan semuanya
Supaya nanti dah mati tak dianggap berutang! :p
ha ha ha ha

Jom layan jawab tag dengan hati yang gembira
la la la a

Tag 1
23 PERKARA RANDOM TENTANG MAMMA

Suka gelak besar!! Sangat menjaga sesuatu perhubungan Kalu boleh elak dari orang rasa benci kat kita Menyampah gila dengar orang makan kuat melecap lecup bunyinya Nampak garang dan ganas tapi jiwa pinky! Bercinta selama 7 taun tau :p Elak dengan manusia pembawa masalah Straight Foward Manja dengan mak dan arwah ayah Bertolak ansur gila Pendengar yang setia Cepat marah cepat sejok Sekali terkena sentiasa aku ingat! Boleh memaafkan sesiapa tapi sentiasa aku ingat apa yang pernah dia buat kat aku 1 April 1992 is my 1st peyot..erkss Selalu bergaduh dengan Ustaz masa form 4 & 5 Agak keras kepala Pernah mengamok dalam kelas siap baling kusi dgn meja :p Suka sangat memasak pastu sendiri makan Pandai naik motor masa darjah 4 Pandai bawak kereta masa form 3 1st time dapat hadiah masa darjah 6 kat perhimpunan pagi Tak suka kucing pehhlissss la

Perghh..
Letih nak mengarang ni
Jangan tak caya

Tuesday, June 8, 2010

HADIAH UNTUK MAMMA

Hati Mamma at Tuesday, June 08, 2010 6 Tukang Tambah
Kimi kasi Mamma hadiah?????
Ada duit ke dia beli hadiah????
Mana datang duit dia?????
Kecik-kecik duit dah tebal ke duit dalam poket???

ha ha ha ha ha
Mana ada...

Selalu sangat kasi Mamma dia hadiah
Bukan hadiah mahal pun
Kadang gula-gula orang kasi kat dia
Kadang barang Mamma sendiri
Pastu dia jadikan hadiah untuk Mamma dia

Contoh macam kat bawah ni
hi hi hi hi

Ini la hadiah yang Kimi kasi tu
Masa ni dah 2bulan dah kot
Mamma dapat gula ni masa amik dia dari rumah Cik Misa
Lepas waktu kerja la kan

Masuk dalam keter je
Tetiba Kimi cakap

Kimi : Mamma, Kimi ada hadiah untuk Mamma
Mamma : Ye ke? Apa dia

Terus selongkar zip beg Ben 10 dia

Suka sangat bila Mamma dapat hadiah tu
Walaupun ianya cuma sebungkus gula-gula aje pon
Pastu gula-gula tu pulak atok (panggilan untuk laki Cik Misa)
Yang kasi kat di kat dia

Gula-gula tu atok kasi 2 biji
Sebijik dijadikan hadiah untuk Mamma
Sebijik lagi untuk mulut dia la!
Yang sebijik tu kat bawah ni

Pandai betul la
Yang sedap dia punya
Yang rupa klasik kat atas tadi tu Mamma punya
Tapi takpe sebab nilai disebalik tu yang penting kan????

Inilah tuan punya hadiah free tu
hi hi hi hi
Muka sembap sebab tengah tidur masa amik dari rumah Cik Misa
Suka sangat tidur time Mamma dah nak balik kerja
Awal-awal tanak tidor

Pernah jugak kasi hadiah lain
Macam getah ikat rambut Mamma
Tengah-tengah main dia ternampak ke terpijak ke getah tu
Terus dia sambar amik
Pastu sorok dengan tangan kat belakang dia
Pastu jalan terkedek-kedek kat Mamma yang tengah meniarap berbelog
Pastu cakap mende yang sama la kan

Ada jugak Mamma buat baik kat dia
Macam cium Kimi ke, kasi dia air ke bila dia mintak etc la kan
Pastu dia tak ada apa2 nak kasi time tu
Kimi akan cakap

Mamma baik la...Saya sayang Mamma
Nanti Kimi beli hadiah untuk Mamma tau

Tetiba je kan
Tapi tak tau la taun bila ;)

Sekali tu hadiah yang tak terjangkau dek fikiran

Mamma..saya sayang Mamma..Mamma baik la
Nanti bila dah besar, Kimi beli laptop untuk Mamma ye..

Waaaarrghhhhhh
Ko perli Mamma ke Kimi asek ngadap laptop jer wehhhh!!!

Kimi pandai cakap macam ni bila dia start sekolah awal taun hari tu
Mamma juga yang selalu cakap kat dia

Esok Kimi pergi sekolah
Balik sekolah Mamma kasi hadiah tau

Bila waktu balik sekolah
Mamma dah standby chewing gum ke gula-gula ke
Sebab Kimi sangat suka dan sudah sangat pandai makan chewing gum
So Mamma tak kesah kasi dia makan

Bila dah dapat hadiah dari Mamma
Segala puji-pujian hanyalah untuk Mamma la kan :p
he he he he

Tapi dalam Feb ke Mac nampak dia sangat addicted dengan chewing gum
Jadi Mamma kasi strategi lain
Mamma cakap makan chewing gum nanti sakit perut
Mamma cakap masa tu dia memang kena cirit birit
Pastu skang ni dah kurang makan chewing

Kimi sangat percaya apa saja Mamma kelentong
Senang kata mudah terpedaya gitu
Tapi bila masa Kimi teringin sangat dia langgar jugak!
Ces

Monday, June 7, 2010

HARI INI SANGAT SAIKO

Hati Mamma at Monday, June 07, 2010 0 Tukang Tambah
Sejak Mamma mengamok marahkan Kimi
Tetiba lak rasa tensen
Rasa bersalah, kesian
++ lagi rasa macam ada yang tak kena
Tapi tak tahu lah apa yang tak kena
Campor2 semua tu jadi la Saiko

Pagi tadi lagi la
Rasa sedih sebek aje
Tag yang diberikan oleh member bersusun
Lepas ni entry tag aje la korang layan

Lunch time tadi
Pergi meniaga pulak
Bawak kain sebab kawan-kawan nak tengok
Sebab Mamma dah canang awal-awalkan
Hehehe
Saiko camne pun meniaga come 1st kan :p
Satu lagi sebab tanak layan perasaan sangat
So buat2 la bz

Yang bab kain ni satu hal
Malas sangat nak masukkan dalam sayangcollections
Sebab utama adalah malas nak lipat balik kain tu masuk pastik lepas snap :(
Sapa nak part time ngan Mamma do contact me yeaahhh!!!!
Tapi gaji kat akhirat. Bolehhh?????????

TAG DARI MAMA QAISARA

Hati Mamma at Monday, June 07, 2010 0 Tukang Tambah

3 names in your message inbox
laki mak, adik
badik mak ngan kawan2 mak!


Your main ringtone
tut tutt je


What u did at 12 last night?
tidor dah



Who was the last person you went out with? Where?

dengan Nurul..pergi KL semalam amik stok kain pasang nak raya ni..


The color of t-shirt you're wearing now?
cuklat



The last thing you did?
minum air pearl cafe dari power root



3 of your everyday favourite items?
blog, rehat smbil baring (kadang telelap) & outing dengan kimi dan papa


The colour of your bedroom?
kerim


How much money in your wallet now?
tah wape sen tah se
bb smlm dah wat modal beli kain..sungguh ni ;(


How's life?
secara total
bertmbh happy sejak duduk rumah sendiri ni..

tapi saat ni mcm ada gangguan mental sket..saiko kan??



Your favourite song
aku suka semua lagu yang SEDAP SAHAJA


What will you do next weekend
aku nak
balik kampongggg yeaaaayyy

jumpa my lovely makkk


When wast the last time you see your mum?
3
bulan lepas..


Where is she now?
kat ruma terengganu..

tengah duduk kat tangga tunggu aku balik minggu depan :p



When was the last time you talk to your parents?

malam tadi by phone dengan kakak no.2..

cakap hal2 tanya khabar aje



Who is the last person that talked with you last night?
kimi..
bangunkan dia untuk kencing jam 5.25 pagi


The last surprise you got?
malam tadi oleh kimi

dia selalu cakap Kimi ada hadiah untuk Mamma tau. ..

alah..getah ikat rambut yang selalu aku guna aje pun..

dia nampak getah tu terus dia amik pastu dia sorok kat belakang dia sambil cakap cam tu

pastu aku kena wat terkejut la..

nanti aku belogkan cerita ni yerk...



Last thing you borrowed from your friend?
dengan cik eze y..ekceli
bukan pinjam tp terpinjam

masa pergi tg. malim kan aku tumpang kete dia jd kena kasi duit minyak kan???

pastu masa nak balik melaka tu nak kasi duit ezey, dia kata dia x kira lagi

so dah balik umah tggu dia kira total RM38 aje

dekat smggu++ gak nk tggu dia kira..so dlm smggu++ tu kira pinjam la kan

lepas dia kira mamma bayar by meben2u



Who is your bf/gf/husband/wife?
has
ben aku cik laki aku la merangkap kekasih aku jugak..en. hamdan
* gila ko dah ada laki nak ada kekasih lain lagi..so kena anggap laki is kekasih

What do you feel right now?
saiko..tah ler



Wanna share with who?
tak tau nape teti
ba lak saiko..so nak citer pun tak tau..jadi nk share kat sapa pun lagi la tak tau


Who know your secrect?
dah rahsia sapa
boleh tau..apo lah!

tapi wat masa sekarang rahsia admire kat seseorg dr tadika ada la

tapi laki mak tau sapa..huhu



They keep your secrect?
rahsia mak laki mak simpan tau


Are you angry with someone?
walaupun tgh saiko ni..tapi rasa tak dek kene ngena ngan sesapa pon



What do you order at Mc'D?
kalu lapo
biasa aku oder yg paling beso dan bertingkat-tingkat double haha

mcm bigmek, double cis, double mekciken etc la..


The last time you feel so sad?

lastime tu skang ni la..skang ni kalu minit ke depan jd last time kan??

korang paham ke?


AKU TANAK TAG SESAPA!

Saturday, June 5, 2010

SAKIT TAUU

Hati Mamma at Saturday, June 05, 2010 12 Tukang Tambah
Malam ni..
Sunyi sepi..
Lepas Kimi tidor memang la
En. Papa kerja malam kan
Tinggal la Mamma sorang2
Layan citer mayu yang mak dia kaki jantan tu
Dan satu lagi, lepas 2 hari tak ada entry barukan
Jom layan entry Mamma yang kejam dan sangatt emo
Pastu panjang gila babas

Mata tengok TV
Tapi pale duk teringat tadinya hal

Hari ni memang sangat letih
Mana taknya
Seawal 6.30 pagi dah bangun sapu rumah
Buat nasi goreng untuk diorang sarapan
Sebab Mamma ada program
Sempena Sambutan SUKMA kat Melaka
Peringkat DUN
Mamma tukang jaga pertandingan mewarna dan cabutan bertuah

Lepas tu pukul 1.00 petang lak
Lari ke Alor Gajah member sekolej kawen
Jauh beb dari Klebang ke Alor Gajah!

Pastu dalam pukul 3.00 petang cenggitu
Layan JUSCO Member Card Plak
Habes duit Mamma lah!

Balik aje terus bawak Kimi ke Playground yang baru siap kat Taman Mamma ni
Pastu balik nak masakkan untuk dinner plak!
Tu lah Papa..ajak dinner luar tanak
Lagi lak hari ni kan Father's day
Huh
Letihnyaa

Tiba time nak makan
Ni lah ceritanya
Mamma masakkan Kue Teow Hong Kong (kot!)
Taruk dalam mangkuk untuk Mamma dan En. Papa
Kimi lak seboleh2 nak makan nasi goreng pagi tadi
Tapi masih elok la
Mamma cakap tunggu dulu Mamma siapkan masak dulu
Nak makan jugak tapi Mamma dah panaskan dah
Sabar lagi
Sekali tu dah siap
Mamma hidangkan 2 mangkuk Kue Teow Hong Kong yang kononnya tu
Sekali Kimi nak jugak
Ok fine!
Mamma amikkan mangkuk kecik
Tarukkan yang Mamma punya sikit kasi kat dia
Sekali Kimi cakap

Alaa....Kimi nak yang pinggan Mamma jugak (arahan)
80 kali dia ulang nak yang Mamma punya
Aduh hangin jugak
Mana boleh sebab mangkuk Mamma punya heaven gila
Sebab lainnya...kalau Mamma kata tak boleh
Payah la nak boleh
Dan Mamma punya prinsip
Mamma takkan kasi semata-mata nak diamkan Kimi dari menangis..learn!
Biasanya Mamma akan kasi bila Kimi dah diam dari menangis
Masa ni heaven la kot Kimi rasanya

Dah la letih
Tengok pinggan dalam sinki lagi la..
Masa tinggal pagi tadi sebijik aje rasanya
Lepas balik plak kenapa sampai nak penuh sinki??!!

Ni yang buat aliran darah dalam badan tak berapa nak elok mengalir ni
Kimi dah start menangis dah buat perangai
Mamma dah tensen
pooookkk!!!! Mamma tepuk mulut Kimi
Makin kuat lak
Suara dia dah satu taman dah ni
Semakin letih rasanya

Sekali Kimi buat perangai dia kencing dalam seluar sikit
(time buat perangai selalu sangat macam ni)
Dalam besar duit seposen basah nya
Tapi kadang Mamma rasa Kimi sengaja!
Sebab dia dah pandai cakap nak kencing ke ber*k!
Warrghhhh


Bayang kan kalu sabtu ahad kalu sehari dalam 4-5 helai baju tukar
Gara2 terkencing sikit dalam seluar
Kalu suruh kencing sesaja je haram dia tanak!
Hah time camni memang tempah cubit la Mamma rasa kan..
Mana tak tambah bengkak sakit pinggang gua beb!
(tetiba plak jadi gua)

Time macam ni la Mamma betul2 dah naik hantu
Sekali Mamma cubit dia
Tepuk mulut Kimi
Pastu tak cukup dengan itu dan ini
Mamma tambah lagi debik kat lengan dia

Bawak masuk dalam toilet
Pegang dia cengkam-cengkam
Geramnya pasal

Pastu masa basuh kencing tu
Boleh lak Mamma cubit boboi dia
Sambil tu Mamma meraung macam orang histeria!
Pastu cubit kaki dia
Lagi dan lagi
Masa tengah geram kan

Kimi lak meraung terus dan terus
Tanpa ada sebarang ucapan MAAF dari mulut kecil tu
Selalunya macam ni la bila kena pukul

En. Papa diam aje sambil makan tanpa rasa
Tekanan gua beb tengok keadaan ni!
(hamek ko.. gua lagi)

Bila semua dah reda
Dah tak ada apa nak buat selain layan TV kan
En. Papa pun dah pergi kerja
Rasa sayu datang plak bila tengok Kimi tengah main sorang2 tanpa adik :p
Macam tak ada apa yang berlaku tadi
Sangat gembira gitu!
Pastu Mamma panggil Kimi

Mamma : Kimi mari sini, meh Mamma tengok Mamma pukul Kimi tadi
Kimi : Sakit tauuu (selalu nya macam ni la kalu Mamma tanya soalan di atas)

Sambil tunjuk kat mana kena dera tadi
Ok fine sekali lagi..tak ada kesan
Sekali terjumpa kat kaki..

Waaaaa..kejamnya Mamma
Tapi..

Mamma : Mamma cubit tadi ke? (rasanya macam tak kuat sangat tadi)
Kimi : Iyerlah..sakit tauuu (Mamma tau sayang)
Mamma : Dah tu Kimi degil sangat tauuu..
Kimi : Kimi mintak maaf ye Mamma..Kimi buat Mamma marah tadi
Mamma : ~diam~

Perghhh dengar ayat di atas, gua terus (gua lagi skali)
Waaaaarrgggghhhhhhh
**google

Siyesss Mamma meraung kuar air hidung lagu tu..
Kimi sambung cakap lagi

Kimi : Kimi mintak maaf tau..tauuu..Mammmaaaaa...mintak maaf tauu

Kimi memang selalu minta maaf masa aku tengah tenang
Dan selalu sangat2 minta maaf time nak tidur dan waktu yang hening2
(Macam orang besar kann?? siyesss)
Dan TAK PERNAH minta MAAF time dia kena sebat masa buat salah!

Bila Kimi tengok Mamma meraung dengan air mata menjejes-jejes
Dia pun menangis jugak sambil mintak mahap

Mamma : Yerlah..lain kali Kimi tanak degil lagi..
Kimi : Okey la Mamma
Mamma : Kimi, Mamma pun nak mintak maaf jugak sebab pukul Kimi tadi tuuuu

Untuk pengetahuan korang
Mamma pun selalu sangat mintak maaf dengan Kimi
(korang2 kan jangan segan jatuhkan ego sket kat anak ke adik untuk minta maaf kalu kita yang salah)

Kimi : Yer la Mamma..Kimi sayang Mamma tau
Mamma : Mamma pun sayang Kimi sangat2

Kimi terus main game kat laptop yang memang ter'ON' dari tadi lagi
Tunggu Mamma blogkan entry
Sampai sudah...

Korang mesti cakap Mamma kejam kan
Yerrr...Mamma mengaku sangat
Dan ini bukan yang pertama untuk Kimi :(
Mamma bukan Mamma yang terbaik untuk anak kecik macam Kimi
Yerla...dengan kes kecil macam kat atas tu pun
Boleh jadi gila macam hantu naik hantu
Mamma sangat tidak sabar orangnya
Sangat garang orangnya
Time Kimi buat hal aje tambah dengan pakej2 persekitaran sekali

Kimi sangat lasak dan sangat nakal
Ezey dan Suriyati sangat arif dengan kebuasan Kimi
Sebab diorang pernah jumpa Kimi
Bila kimi melompat-lompat dan terkinja-kinja..non stop!
korang tak percaya??? Sila lah percaya

Tapi kalu Kimi sangat baik
Mamma adalah orang yang Kimi paling dan sangat suka..
Dan Kimi adalah anak yang paling baik pernah Mamma ada
Sumpah!
Kimi sentiasa ucapkan kata sayang Mamma etc
Seperti Mamma tidak pernah melakukan kekejaman ke atas dia
Kenapa erk..
Sebab Kimi sangat pemaaf orangnya
Sebab tu dia mudah lupa apa yang Mamma pernah buat kat dia
Mamma pasti!
Dan lepas minta maaf biasanya dia sangat gembira bila bermain

Untuk Kimi..
Mamma sangat sayangkan Kimi like crazy
Sangat sangat
Tak ada tandingan
Cuma mahu yang terbaik untuk Kimi
Itu saja
Cuma mungkin cara Mamma sangat kasar dan keras
Tauu sangat!!!
Banyak lagi cara yang elok dan sesuai untuk mendidik anak kan??
Tauuu...Mamma tengah berusaha untuk berubah
Setakat hari ini, bila satu hari suntuk Mamma tak tangankan Kimi
Mamma rasa success gila
Tapi 2-3 hari datang lagi tabiat pukul Kimi dengan tak sengaja tinggal kesan
Adehhhh...

Kimi..Mamma cuba untuk jadi Mamma yang sangat-sangat sabar
Dan yang terbaik untuk Kimi
Selalu berdoa lepas semayang tau... :(
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting