Wednesday, December 29, 2010

SUDAH SELESAI SATU

Hati Mamma at Wednesday, December 29, 2010
Okey ini adalah keadaan semasa
Selamat di operate sebelah kanan
Kata pukul 2.00 ke 3.00 petang
Tapi pukul 6.00 petang baru stat
6.30 petang setel!

 

Sebelum kerja2 menarah dilakukan
Doktor Lui sempat terangkan kaedah pembuangan selaput tu
Sini Mamma lukis kan bentuk mata rectangle tuk korang biar lagi jelas
Asyik bentuk mata aje mesti bulat, tak paham lah! kekeke
Malam2 tadek kerja ni kena rajin kan
Sampai hospital pun kelek laptop lagi! huh!!!
Doktor kata, bayang kan ini mata awak
Yang kaler bintang2 oren A tu selaput kamu
Kita akan gunting selaput kamu tu
*Seriyes weh, masa ni dia gunting bunyi krap krap krap macam gunting kain!! ngeee

Lepas tu saya akan gunting bahagian sel mata kat atas yang tanda B coklat tu
Pastu tampal kat bahagian A semula lepas tu akan dijahit
Sel mata yang tanda B tu akan tumbuh yang baru la

Lepas Dr. Lui terangkan, terus masuk bilik kecit dia
Tak masuk bilik bedah yang besar pun

Masuk je Mamma ketar satu badan
Dari mata bawak ke gigi, turun ke badan sampai ke kaki
Sejuk satu badan!
Kejung semua bende!

Mula tu dia bius tepi mata
Lepas tu....
Mamma dapat rasa dia gunting
Mamma dapat rasa dia burn tempat dia buang selaput tu dengan elektrik!
Agaknya masa ni dia nak kasi kemas macam kelim kain tepi baju tu!

Pastu Mamma nampak darah2 lagi atas mata ni
Rasa macam dia buat atas cermin
Dan cermin tu pulak dia letak atas mata Mamma
Dengan maksud lain, satu lapisan jernih atas mata ni

Pastu pulak lepas Dr. Lui gunting buang yang siap bunyi krap krap krap tu
Dia gunting Sel yang ok nak kasi tampal kat yang dah kena buang tadi
Pastu siap jahit 7 jahitan tepi2 sel tu
Ala-ala sembat2 baju kurung korang la
Tapi rasa macam buat mata lalat pun ye!

Pastu siap semua gunting menggunting
Sembat menyembat bagai tu
Mata Mamma siap dalam 1/2 jam saja
Masa buat tak sakit tapi ngilu la dengar semua benda kan
Pastu siap tayang2 benda2 tajam depan mata tu
Nama pun buat pembedahan mata kan!

Mamma pulak dah nak kancing gigi rasanya duk menahan kacip gigi
Tangan pulak duk kiam je
Rasa nak tersembul urat lengan Mamma genggam!
Kaki pulak rasa nak kejang je duk bersatu semua!

Lepas 1/2 jam siap baru timbul rasa sakit dalam mata
Mak datuk! sakit weh
Rasa tajam2 benangnya,rasa senak2 bagai

Sekarang ni mata tadi dah ditutup kapas putih
Esok dah boleh buka yang ni
Sebelah kiri punya buat lusa pulak
Kalau buat dua belah boleh je tadi
Tapi Mamma la pulak susah nak gerak kalau dua2 dah balut kan!

Tadi Kimi datang dengan Papa pukul 9.00 malam
Terperanjat dia tengok
Terus macam2 janji tanak nakal la apa la
Tapi Ai tau, itu semua janji2 kosong!
Skang dia dah balik, sunyi pulak

3 Tukang Tambah:

Iman's Umi on December 30, 2010 at 9:58 AM said...

Mamma, cerita operate mu membuatku ngilu...gerun dri awal bc smpi akhir...eeee...smg cpt sembuh dan segalanya berjalan dgn lancar ok!

Lady SharpShouter on December 30, 2010 at 2:36 PM said...

erkk, ngilu ai baca.rasa nak terkncing pun ada.muga lancar2 belaka la ye.baguih gak dia wat seblah2, dpt gak update blog.hehe. take care kak, terima je la janji2 palsu kimi tu.hahaha

Mamma on December 30, 2010 at 6:25 PM said...

umi : baru baca kan..cuba meh duk atas katil aku lak huhuhu..anyway tenkiu fren!

lady ss : ke ko dh kencing??!!! baik ko ngaku hahahahhaa
ye la, wat sblha2 leh update blog, kalu x mana ko nk tau progress mata biru tu kekeke

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting