Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

PERSIAPAN SUDAH ADA WALAUPUN INGAT-INGAT LUPA

Hati Mamma at Wednesday, August 01, 2012 0 Tukang Tambah


 Persiapan untuk 'orang dalam' sudah ada walaupun ingat2 lupa
Jenuh tanya kat ahli keluarga pasal persiapan ni
Hahahaha boleh ke macam tu???

Tema untuk 'orang dalam' ialah hijau kuning
Ada jugak terselit biru 2-3 helai 
Macam bujang dulu semua biru 
Dah rasa macam bn sama sangat pulak ;p
Jadi kalini amik kaler lain sikit la

Mamma sebut biru  korang dah agak apa jantina dia kan kekeke
Yer! 'orang dalam' ni berjantina LELAKI okey
Sebut elok2 LELAKI stop ;))

Hasil 2x scan lelaki dan bersyukur plus redha
Macam bujang jugak
Terima jelah katanya!! :))

 Kesemua orang disekeliling Mamma mengandaikan 'orang dalam' ni perempuan
Tak tau apa punca dorang  andai macam tu
Mungkin terlampau rajin mengecis dan mengekek kot
Alah biasa la kan..perempuan ke dapur jugak tak kira lah masak apa pun :)


Okay ini adalah hasil membeli semalam
Tambahan je pun dari stok gambar bawah ni


Ini hasil membeli mula2 masa kandungan 7 1/2 bulan
Rasanya semua cukup kot
Baju tido dalam 6-7 helai
Baju basahan dalam belas2 helai
Semua Mamma amik saiz 6-12 month ;))
Ke ada korang nampak macam yang tertinggal
Antaranya :-
  • lampin
  • sarung tangan & kaki dan topi
  • tikar getal
  • serkup bayi
  • tisu lembap
  • selimut
  • toto 
  • pampers
  • minyak angin
  •  kelengkapan mandian
  • putik kapas dan kapas
  • baju-bajan
Semuanya adalah serba baru
Sebab yang bujang hari tu Mamma tak simpan
Semua kasi kat sedara mara
Kecuali tilam dan bengkung bayi
Itu pun ada dekat kampung dengan kakak Mamma

Sekarang Mamma sudah mengjangkau 9 bulan seminggu bersamaan 37 weeks
Adoiii takut pulak rasanya huhu
Kesihatan pulak terumbang ambing ni
Sekarang ni sakit tekak datang balik
Camne ni???

  Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amin.

Tuesday, July 31, 2012

SAKIT BILA RAMADHAN MENJELANG

Hati Mamma at Tuesday, July 31, 2012 0 Tukang Tambah
Alhamdulillah Mamma dapat puasa macam biasa
Rasa pedih tekak dan kembang tekak dah hilang sejal Ramadhan ni
Hikmah semua tu kan :))
Cuma
Dah seminggu lebih Mamma batuk
Dari jumaat 2 minggu lepas Mamma rasa nak demam tapi tak jadi
Lepas tido kejap demam tu cam tak jadi singgah
Tapi Selsema dan batuk yang singgah

Senin lepas pergi check up dapat MC
Sebab batuk yang menggila dan selsema yang berombak kat dalam hidung
Sampai harini batuk masih lagi duk melekat tapi selsema dah ok
Sampai keras kerentung perut Mamma sebab duk menahan batuk
Sakit beb!!!!! Ada tu sampai terkencing2..adesshhhh

Masa pergi check up hari tu hb tetap low dengan bacaan 10.8 tak gerak2
Berat badan naik cuma 100gm je
Makk!!!! hari tu bukan main mencanak2 naik
Ni tak naik2 pulak 
Sian aku wehhh
Tapi memang patut tak naik sebab selera makan cam kurang dh skang ni
Makan nasi sepinggan je
Kalau amik sesenduk makan sesenduk je
Malas dah nak tambah

Sakit bahagian tapak kaki pulak dah macam apa dah
Sebab berdiri kan
Tak la lama sangat berdiri cuma setakat nak siapkan masak untuk berbuka je pon
Tu pun sakit sampai 2-3 hari
Pastu nak hilangkan kena tidur seharian ;p haha

Sakit bahagian kelengkang pun satu hal
Sakit sangat2 kalau buat kerja banyak2
Sampai payah nak berjalan
Nak2 kalau duduk pastu nak bangun
Memang makan masa ler

Hari tu dah pergi berurut
Tapi tak hilang jugak
Apa lagi mau buat???

Wednesday, July 11, 2012

KEMBANG DAN PEDIH ANAK TEKAK

Hati Mamma at Wednesday, July 11, 2012 0 Tukang Tambah
Lepas dah masuk trimester ke-3 ni
Kembang dan pedih tekak datang balik
Nak2 kalau makan pedas dan masam-masam
Letih jugak nak melayan tekak ni

Sekarang ni kena la makan dari sumber tenusu dan sup2 ke
Atau senang cerita yang tak pedas2
Rasa macam budak umur 3tahun pulak

Lepas tu pulak kan dekat tulang pangkal rahim tu sakit gila
Sampai kalu nak berjalan punya la payah nak melangkah
Rasa macam umur 89 tahun la pulak!!!!
Kalau nak bangun tok sah cerita la..memang 30saat masih tak terangkat lagi punggung nya kekeke

Kalau duduk atas kerusi takpe senang je bangun
Cuma tinggal nak melangkah laju2 tidak la kan ;p   
 Makan pulak sekali je sehari skang ni
Pastu terus jengah ke dinner
Kalau tak masak alamak kedai je la ;)
Tengahari tak makan sangat sebab dah kenyang makan pagi

Makan megi cam dah kurang
Tapi suka pulak nak makan jajan atau cikedis, adoiiii
Kan anak kuar dengan macam2 penyakit baru nak menyesal adehhhh
Camne wehhh???!!!!

Hb masih lagi rendah
Walaupun dah ada peningkatan bacaannya tapi masih rendah yakni 10.8 jerk  

 Orang kat dalam sihat2 saja 
Semua ok dan harap2 lepas keluar nanti pun sihat jugak la
Jauh la dari segala penyakit 

Tak sabar nak tunggu orang dalam keluar
Tapi kadang2 datang pulak rasa takut ;p


Tuesday, July 3, 2012

KEADAAN SEMASA MAMMA

Hati Mamma at Tuesday, July 03, 2012 0 Tukang Tambah
Tak ada pape yang peliknya buat Mamma yang preg dh masuk bulan ke8 ni
 Tapi sangat2 perasan sekeping gambar pun tak ambik 
Tak ada mood langsung nak posing2 amik gambar
 Tapi tak jadi hal pun kan
Sebab itu bukan masalah orang preg! kehkehkeh

Perut Mamma dah membesar
Dah santak sampai ke dada
Kadang2 rasa mengah jugak

Kalau duduk susahnya nak terus
bangun
Kena angkat punggung sebelah pastu gerak perlahan-lahan
Pastu sambung angkat sebelah lagi
Memang berat gila rasanya ;p

Pastu baby pulak bukan main lasak main kat dalam sana
Sekali bergerak sampai terangkat perut Mamma
Dia punya ngilu jangan cakap
Kadang tu sampai Mamma terkeluar 'Ouucchhhh'
Terperanjat ko!!!

5-6 hari lepas kaki bengkak
Kelangsungan dari buat cistat yang berlarutan
Tapi pagi ni kaki dah xbengkak lagi
Dah surut lega la sikit kan ;)

Skang ni  dah tak boleh makan  masam2 dan pedas
Kalau makan jugak siap la lepas makan
Tekak macam pedih dan kembang
Korang pernah tak rasa muntah pedas???
Hah macam tu  la rasa...pedih dan pedas je rasa huhuhu
Walaupun tak muntah sebenarnya tapi rasa dia memang menyengat kat lubang tekak ni
So sekarang ni kalau nk makan kena la amik lauk2 yang tak pedas 
Dan minum aor2 yang tak masam macma milo ke susu ke
Tak macam masa mula2 preg dulu..setiap hari teh limau ais ;))  

Pastu makan macam kurang je skang ni
Sepinggan je tak tambah2 dah  dan sekali sehari jerk
Minggu lepas pergi check up berat badan turun 800gm
Pastu hb maintain rendah dengan bacaan setakat 10.0
Patut la badan rasa panas jer walaupun hujan lebat kat luar sana rupanya itu simptom hb rendah huhu

Dan minggu ni Mamma agak rilek sikit
Ada tempahan kek sebiji ajer
Takder job bosan lak kan?? ;p
Dah ada tak menang tangan dibuatnya :)
Tapi apa yang penting seronok dapat memuaskan hati orang dengan makan2 ni

Okeh!! cau dulu tata ;))

Friday, June 15, 2012

RASMINYA ALONG

Hati Mamma at Friday, June 15, 2012 85 Tukang Tambah
Sabtu lepas lagi sudah official panggil Along untuk bujang
Tergeliat jugak lidah Mamma satu hari nak dapat tune 
Manjang tergeliat lidah jugak panggil Along
Manjang tersasul panggil Kimi!! OOOiiii!!! Wehhh!!! kekekekek
Tapi dia bahasakan diri dia Abang Long ;)

Excited dia kalau  Mamma panggil Along
Terus je menyahut tau ;p
 Dalam hati Mamma kadang2 tu 'hekellehhhh' je budak ni tau hahahaha
 
Panggilan ni atas permintaan bujang jugak
Mamma turutkan aje sebab nak pupuk rasa kasih dia kat adik sendiri 
Dalam 2bulan sehingga delivery ni Mamma kena psyko bujang jugak pasal adik dia ni
Nanti tak la terkejut sangat
Kalau tiba2 ada adik semua nak kena perubahan drastik jadi abang yang baik2
Dari sekarang Mamma dah start mengingatkan dia pasal adik setiap hari
Dapor adik, nak makan minum adik, tengok tv adik, nak tido adik, dalam kereta adik, dalam bilik air pun adik ;p 

Ye la mana taknya
Kenalah hari2 ingatkan dia tak lama lagi dia dah ada adik
Kena sayang adik
Tak mau gaduh ngan adik
Kena tunjuk sikap baik kat adik
Tak boleh pukul2 adik 

Kimi jugak tak kisah dapat adik boy ke girl
Sebab satu hari yang lepas Mamma ada tanya dia

Along! Kalau dapat adik girl camne???
Amik je lah!!

Kalau dapat adik boy???  
Amikkk je lah!!! dia kan adik Along
**Dengan mata2 sekali berkerut tau mandang Mamma
 ** Agak bujang kata 'Mamma aku neh pehal agaknya ntah!'

Jadinya, takkan lah Mamma nak berkesah sangat dapat anak boy ke girl kan
Sebab anak sekecit tu pun redha jerk kan
Jadi Mamma kena belajar dari perbualan di atas
Tak kisah sangat dengan jantina janji sihat sejahtera tau 
Itu sudah cukup menggembirakan dan sangat bersyukur
  
Perangai bujang skang ni masih jugak lagi mengada-ngada
Kadang lemas jugak nak layan
Tapi sekarang Mamma macam dah kurang marah dekat dia
Cuma cakap elok2 pastu psyko sikit2 ;p
Sebabnya Mamma dah tak larat nak menjerit2 dah
Tegang urat perut rasanya

Mamma tak harap lain
Harap bujang jadi abang yang baik untuk adik dia je
Dan anak2 Mamma jadi anak yang soleh ;p

Wednesday, June 13, 2012

ASTHMA MENYERANG LAGI

Hati Mamma at Wednesday, June 13, 2012 0 Tukang Tambah
Banyak perkara yang berlaku dalam 3-4minggu ni
Tapi tak sempat nak update

Sekarang kandungan Mamma sudah nak masuk 30 minggu
Bermaksud dalam linkungan 7 bulan 2 minggu
Lagi sebulan lebih je nak delivery
Itu kalau beranak on time
Buatnya beranak awal camne
Sebab hb Mamma rendah sangat iaitu 10.0 je bacaannya
 Bila bacaan hb rendah, risiko beranak awal dan tumpah darah lepas bersalin
Na'uzubillah!


Dah masuk 7 bulan hari tu (3rd trimester)
Asthma Mamma datang menyerang balik
Masa 2nd trimester asthma hilang sekejap

Sekarang ni setiap malam mesti dada ada bunyi
Lagipun Mamma kena selsema dan batuk masa nak masuk 7bulan hari tu

Tadi pergi klinik doktor kasi inhaler warna biru ni
 Inhaler ni dos paling rendah dalam kebanyak inhaler
Guna time asthma datang jer kata doktor


Ini kali pertama nak guna inhaler ni
Jakun jugak masa memula guna tu
Mamma cuma harap takde pape yang tak diigini berlaku
Semoga semuanya selamat sampai melahirkan
Amin
**takut oiii


Thursday, May 31, 2012

KEADAAN SEMASA MAMMA

Hati Mamma at Thursday, May 31, 2012 0 Tukang Tambah
Cakkk!!!!
Ngeeeee ;p
Tenggelam timbul je Mamma  pregnant kalini hehe
Bermakna bukan takde masalah
Tapi terlalu bizi dengan urusan harian dan mingguan
Mana nak buat tempahan kek, mana pergi kelas kek weekend nya
Kelas kek lak boleh dikatakan hampir setiap minggu ;p
Pastu mana nak melayan badan yang cepat penat ni lagi
 
Tapi Mamma pelik jugak, penat2 badan pun
Macam2 jugak aktiviti yang Mamma buat
Rajin la sangat tapi bab urusan rumahtangga dan masak2 lauk nak isi tangki sendiri adalah sangat malas!

Harini dah genap 7 bulan usia kandungan Mamma
Lagi lebih kurang 2 bulan lebih lagi
InsyaAllah Mamma menimang cahayamata yang ke 2 :D
Eeeiiiii tak sabar meh :)
Tak sabar la sangat tapi scan pun tidak nya lagi!!! chooiiiii

Semalam pergi check-up dan minum air gula
Aisehhh 
Berat badan yang patut naik 2kg sebulan
Tapi Mamma cuma mampu naik 500gm untuk 2minggu pulak
Masa trimester pertama dulu
Boleh je naik 1kg seminggu dengan selambanya adehhh ;p
Dah terbalik kot jadinya
 
Tapi ini mungkin kerana sebab Mamma ada puasa 
Maklom ler..puasa ganti dok abis2 lagi 
Lagi baki 3 hari lagi
Ingat nak setel minggu ni
Tapi ni datang pulak asma, selsema dan batuk
Sangat2 la tidak larat nak berpuasa woooohhh
 
Pastu pulak masa misi rasa perut 
Kedudukan baby adalah seongsang
Kepala baby berada bawah tulang rusuk kiri Mamma
Tapi takpe sebab kemungkinan baby akan berpusing lagi
Alah malam  tadi kepala baby dah duduk ke kedudukan asal :)

Pastu bila cek hb pulak (kepekatan darah kan)
Adalah di paras bahaya lah jugak bawah bacaan 11.0
Mamma punya bacaan cuma 10.8 ;(
Kemungkina bahaya hb rendah ni
Menurut misi kemungkinan bersalin tidak cukup bulan
Dan pendarahan selepas bersalin
Mintak jauh la semua tu kan. Amin.
 
Ni kerana ubat homeopathy yang Mamma amik dah kehabisan seminggu lalu
InsyaAllah minggu depan sambung balik ubat tu
Bila Mamma makan ubat homeopathy tu
Mamma tak makan dan fokus sangat dengan pengambilan semua zat besi, sayuran hijau lain sangat
Sebab ubat tu cukup segala dalamnya ;)
Tapi ni dah habis jadi kena la sambung kan
 
Mintak la jauh dari segala kemungkinan yang tak baik
Mak takut nyah!

Thursday, May 3, 2012

KEPUTUSAN DARAH

Hati Mamma at Thursday, May 03, 2012 2 Tukang Tambah
Ramai jugak yang nak tengok  pic Mamma yang latest
Sabor2 lah wahai peminat **puuiiii
Mamma skang sekarang tak berminat nak bergambar dengan peminat **kahkahkah
Kenapa ntah 

Semalam pergi klinik untuk check up
Sambil2 tu akan dimaklumkan keputusan ujian tiroid haritu

Keputusan adalah agak mengecewakan
Apabila dimakulmkan bahawa hormon Mamma agak rendah
Namun tak membimbangkan

Tapi Mamma tak pasti sebagaimana yang dikatakan hormon rendah
Mamma agak keberatan nak bertanyakan kat doktor
Sebab dah letih dan terlalu lama menunggu
Sampai doktor tu Mamma rasa membebel sorang2
**ahlantaklah!

Masa doktor cakap tu Mamma cuma nak balik tidor je
Pastu cuma tangkap hormon rendah je
 Lepastu berat Mamma naik macam biasa
Tak pernah menghampakan
Sampai 2kg dalam masa 2minggu
Dan bahananya Mamma kena minum air gula hujung bulan neh
Yeaaayyyyy!!!! **Ciss!!

Pagi tadi pukul 5.20pagi Mak datang dari Terengganu
Dengan Kak Na dan anak2nya
Nak shopping raya katanya
Awalkan??? **cessss ko kakak haha!!
Dan2 rasa hormon tinggi
kahkahkahkah

Sempat Mamma masakkan nasi dagang kegemaran
Untuk santapan mak dan sekeluarga kami pagi ni
Next Mamma up gambar Mamma Nasi dagang yang hot tu ;p
tata

Wednesday, April 18, 2012

LEPAS SATU SEKSAAN

Hati Mamma at Wednesday, April 18, 2012 2 Tukang Tambah
Dah kalau nama kene ulang alik klinik 2-3x seminggu

Mana tak seksanya kan


Semalam pergi Pakar ENT sebab selsema tak baik2

Gatal pulak mata hidung telinga dari Oktober 2011 lagi

Korang kira la sendiri lama mana nak tanggung

Tapi doktor kata ini kemungkinan hormon yang berlebihan ketika mengandung

Tu yang payah nak baik


Lepas pergi pakar ENT

Petang tu pulak pergi check up

Lepas tengok laporan tekanan darah tinggi

Mamma rasa lepas satu hazab

Sebab tak payah ulang alik klinik 2-3x seminggu

Sebab tekanan darah Mamma puratanya 100-120/60-70 je

Cantik kan walaupun berat badan naik tak hengat ;p

Diabetes pun tak sangkut lagi

Buat masa ni la ;p

Dan harap tak sangkut la


Cuma skang ni tengah tunggu keputusan tiroid je

Salah satu sebab badan naik boleh kena tiroid jugak nurse kata

Lahhhaiiii camtu pulak kan

Tapi Mamma tak tau la simptom ni untuk orang preggy je ke apa kan


Start minggu ni dah boleh pergi klinik 2minggu sekali je

Dan bukan lagi 2-3x seminggu :D

Baru nak rasa normal cam orang lain

Ikutkan bulan macam Mamma ni (51/2bln)

Pergi klinik sebulan sekali je


Tapi masalah berat badan

Menyebabkan Mamma kena pergi klinik 2minggu sekali

Pastu 2-3x seminggu

Ni baru nak balik 2minggu sekali semula


Kandungan berusia 5bln kebawah

Cuma dihadkan naik berat badan cuma 500g sebulan

Lepas 5bln baru boleh naik berat 2kg sebulan

Sekarang ni memang sangat lega sebab selama Mamma preggy

Berat badan naik purata 2kg sebulan ngeeee

Tak perlu lagi la nak diet sangat :))


Preggy kalini tak rasa macam2 sangat nak makan apa

Tak macam masa preggy bujang dulu

Asyik nak cekik mende manis je

Cuma yang agak pelik sebab suka sangat makan megi kari

Rebus camtu je pastu taruk telur pun dah cukup menggiurkan hehehe

Tapi Mamma makan tak selalu

Haiiishhh tak selalu ko kata Jah???!!!!!

Memula sebulan sekali
Pastu turun jadi 2minggu sekali

Skang ni plak rasa cam tetiap minggu lak Mamma cekik megi kekekek


Dan malas tu tetap melekat lagi ;p

Sabar lah wahai Papa yerk :)

Sebab segala hal2 kemas umah Papa yang kena hadap

Dari menyapu, mengemop, membasuh, menyidai semua Papa buat

Cuma kadang2 hari minggu je Mamma buat


Tapi menyapu je walaupun hari minggu Papa jugak yang kena buat

Sebelum Papa pergi kerje dia kena sapu rumah dulu

Yang lain2 ditanggung beres lagi

Nape ntah menyampah benau nak menyapu

Yang lain2 tu boleh lagi pejam mata walaupun malas


Mungkin badan Mamma cepat penat

Pastu kalau penat tak hengat macam angkat bukit je

Pastu tak boleh nak berdiri lama2

Tapak kaki sakit sangat2

Tu mungkin salah satu sebab kot nape malas

Cewassss hak tuiii!!! kalau Papa baca neh hehehe


Okeyy cau dulu

Sayang kamu semua!! :)

Friday, March 30, 2012

MACAM-MACAM DALAM SEBULAN

Hati Mamma at Friday, March 30, 2012 2 Tukang Tambah
Sebulan dah tak update blog

Banyak perkara jugak yang berlaku

Terutamanya hal-hal pregnancy Mamma


Masa checkup bulan 2 lepas

Mamma naik 3kg sebulan

Penangan makan mee goreng kat kedai setiap hari ;p

Lepas tu perah limau masam2 ;p

Start hari tu Mamma terpaksa menanggung bahana pulak


Mamma dah minum air gula seawal kandungan 15minggu

Lagi seminggu nak 4bulan



Dan pulak


Setiap minggu 2x kena ulang alik klinik untuk check tekanan darah

Kalau pergi checkup boleh jadi sampai 3x seminggu ke klinik

Huwaaaaaiiiii demam mak!

Dah la lambat, korang tau2 je la klinik gomen ni


Sekarang bagi mengurangkan berat badan naik mendadak

Mamma terpaksa tahan makan malam

Tapi ada jugak terlepas 2-3 kali dalam 3mggu ni ;p

Ni semua atas nasihat Sue Jusoh

Nasib baik ada geng pregnant

Thanks Sue :)

Dan sekarang berat naik tak mendadak lagi

Naik lah jugak tipu la tak naik hehe


Perihal mabuk pulak

Masuk je minggu ke 16 (4bulan)

Mabuk seolah2 menjauhkan diri

Cuma sikit2 je lagi nak hadap


Tapi ni nak masuk 5bulan dah usia kandungan Mamma

Terasa seperti dah tak ada mabuk

Cumanya kemalasan tetap setia dalam diri

Dan badan pulak cepat penat

Tapak kaki cepat sakit kalau berdiri lama2


3 minggu lepas

Asthma Mamma agak teruk

Salah satu sebab Mamma kurang aktiviti di alam maya

Sampai pergi berubat homeopathy

Sebab dah banyak sangat makan dadah tapi tak baik2 gak

Takut nanti effect kat baby

Sebelum apa2 xelok Mamma amik alternatif lain dulu :)


Dari scan klinik tersebut,didapati buah pinggang Mamma agak bengkak

Kerana Mamma kurang minum air masak

Dan selalu minum minuman 3 in 1 kat opis

Mungkin sebab mabuk, air masak pun rasa payau ;p




Lepas tu doktor homeopathy kata

Ada tanda-tanda nak kena batu karang

Tapi baru lagi dan sangat kecil serta berbentuk kristal

Belum lagi menyerupai batu



Doktor nasihatkan supaya Mamma minum air masak banyak2

Kalau boleh 1.8 liter sehari

Sebab takut, Mamma minum air sebotol besar sehari

Siap bawak opis sekali ;)

Mesti lah takut kau

Gila ko tak takutt!!


Bertapa Mamma tak sihat mengandung kali ni

Rasa letih sangat2

Tambah penyakit baru

Semoga Mamma sentiasa redha dan bersyukur



3hari lepas

Mamma call Doktor Homeopathy tu

Untuk sambung ubat asthma, bengkak buah pinggang dan batu karang
Dia kata buah pinggang dan batu karang sudah beransur baik

Ada sikit lagi


Teruskan makan ubat dan minum air masak kata doktor untuk kesan yang cepat

Air masak tu supaya dia dapat menolak batu karang yang bentuk kristal tu keluar

Insyaallah semoga Mamma cepat sembuh



Perihal baby pulak

Start 2 1/2 buan lagi

Mamma perasan sangat2

Isi perut Mamma (baby tu la) dia mengeras secara mengejut

Seolah2 kejang tapi dia datang xsampai 2saat

Tapi tak tau lah keadaan mengeras tadi tu di panggil kejang

Memang sekejap sangat sakit dia tu


Bila sakit tu datang

Mamma akan terkejut sangat2

Sehari 3-5x gak dia datang macam tu

Kenapa ekk????

Sapa2 pernah kena macam tu tak????

Masa pregnant kan bujang

Tak ada pulak macam ni


Harap2 tak ada apa2 la yang berlaku kat baby ni

Risau sangat2

Dan doakan sekejahteraan Mamma jugak :)

Friday, February 10, 2012

SAYA LAYAKKAH???

Hati Mamma at Friday, February 10, 2012 3 Tukang Tambah
Apa saya nak kata ek...
Eh eh mana kata ganti nama Mamma????
Ah tak pe la, kalini saya nak berbahasa 'saya' pulak ;p

Tengah duk melayan loya penim2 soram diri di pagi selasa hari tu
Datang sorang tua perempuan mintak tolong faks dan faks dan faks dan tulis pos laju bagai
Sambil saya pula sampai berair mata laya sakit kepala
Tapi layan tetap layan dan berbahasa yang baik sambil suruh makcik tu duduk bagai

Dah semua siap setel dalam 20 minit gak layan kerenah makcik tu
Makcik tu tanya saya berapa servis faks tadi
Saya kata RM5 saja makcik sambil senyum
Dia hulur bayaran tadi sambil hulur bayaran ekstra sebanyak RM20

Saya tanya Eh kenapa ni makcik???????

Eh nak amik la..makcik sedekah kat kau
Amiklah

Sambil tolak2 ke saya sambil tangan saya pulak tolak2 tangan dia sambil berkata

Eh makcik tak payah lah
Lagipun saya tolong saja makcik tadi tu ikhlas
Lagipun saya dah ada gaji bulanan

Eh bukan nak menunjuk saya ada gaji tauuu
Saya cakap mende yang betul saja ;p
Tah macamana saya mengalir air mata
Kenapa saya yang patut dapat ek???
Sedangkan dah ada gaji tetap setiap
bulan
Bukan maksud saya tak nak terima sebab duit saya banyak sangat ke apa ke kan
Bukan bukan bukan bukan sangat sangat
Sementelah gaji sendiri pun kena potong hampir RM800 sebulan kan huhuhu
Kalau kasi makanan tu ramai sangat la yang kasi
Ni duit beb! duit beb!!
Ntah la..rezeki ke apa ke apa????

Amik la nak, kalau anak tak amik nanti makcik menangis
Amik la..makcik kan kalau tengok permpuan sebaya kau ni
Makcik sayang sangat sebab makcik ada sorang je anak perempuan macam kamu ni
Tapi duduk kat KL
Duit ni anak beli la makanan berkhasiat ye

Sebab dia dah interview saya masa memula dan dia tau saya tengah preg
Saya tersentak dan mengalah dalam menerima duit itu
Untuk melegakan hati tua sorang ni
Lantas dia berlalu dengan saya pula duk kesat2 air mata nih

**Saya yakin rezeki Allah dah janjikan untuk setiap umat walau apapun terjadi terhadap kareer saya sekarang...chhaiiihhh kareer la sangat khenn

Wednesday, February 8, 2012

ASTHMA YANG TERUK

Hati Mamma at Wednesday, February 08, 2012 1 Tukang Tambah
Sepanjang preg
Dah nk masuk 2 orang anak
Ni la asthma paling teruk Mamma kena

Minggu lepas minggu paling hazabedah sepanjang preg
Dengan Asthma, selsema, pening, loya, demam dan batuk
Semua bersatu sampai Mamma pergi jumpa pakar bidan huhu

Mamma dinasihatkan untuk berehat dan jagan stress sangat2
Doktor dah saran makan ubat yang dibekalkan sebeban untuk Mamma
Semua 5 jenis ubat untuk ditelan huhuhu
Sunggu melarat rasa hati masatu

Makan ubat semua ni terutama ubat asthma ni, dan jangan pikir pasal anak sangat, anak leh wat lain, nyawa ibu penting...
Kata doktor

Haukam you doctor kata macamtu
Nak dapat yang seken ni wape lama ai nak tunggu
Ni pulak dia ckp jgn pikir pasal anak warrghhhhh
Desis dalam hati jerkk huhu

Dia cakap macamtu sebab Mamma risau
Takut2 effect makan ubat sebeban tu
Mak mana yang tak risau kan

Lepas seminggu makan ubat tu
Alhamdulillah Mamma beransur ok
Cuma tinggal batuk2 kahak dan asthma yang xberat sangat
Dan mabuk2 yang sentiasa pening2... normal kan???
Tapi kadang2 raa macam tak normal dah Mamma ni ..adehhh

Semalam pergi buat buku
Ada tanda hijau sebab risiko keguguran
Sebabnya lagi Mamma pernah ada sejarah keguguran

Alhamdulillah lagi syukur lagi
Sebab Mamma dan kandungan sihat
Walaupun wengggg sikit akibat meloya dan pening ;)

Wednesday, February 1, 2012

SAKIT LAIN PERGI, SAKIT LAIN LAK DATANG

Hati Mamma at Wednesday, February 01, 2012 0 Tukang Tambah
Biasalah, dah nama pun tengah membawak kan
Tengah tetapkan hati kuatkan semangat aje ni

Ahad lepas cair mulut tiba2 hilang tau
Mestilah hati berbunga riang :)
Rasa macam ada selera balik nak makan
Tapi malas tu tetap ada lagi
Baru je nak meraikan keadaan ni

Papa tiba2 demam yang maha panas
Pergi klinik, lepas tu
Tup-tup semalam Mamma pulak sakit kepala
Malam pulak menggigil-gigil demam
Pastu diiringi dengan batuk2 yang menekan perut ;(
Tambah lagi sakit badan macam buat kerja berat sangat2
Padahal xbuat kerja pun satu

Suruh Papa urutkan badan bahagian belakang
Lega sikit namun datang balik sakitnya
Nak kerja mood dah terbang ke mana
Tadi pun masuk kerja sekerat hari je huhuhu
Petang ni nak pergi klinik..

Harap baby tak de pape
Sebab Mamma duk makan ubat selsema untuk orang preg
Namun hati tetap gusar :(

**Rasa nak balik kampong mengadu kat mak...huwarrghhhhh

Thursday, January 19, 2012

SAYA DAH OK :)

Hati Mamma at Thursday, January 19, 2012 0 Tukang Tambah
Mamma saya pergi scan saya isnin lepas lagi
Dah 4 hari dah kan??? huhu
Kan masa saya 6 minggu saiz saya agak kecit
Masatu Mamma saya bimbang jugak

Sian Mamma saya
Penyakit dia malas datang la tu sebab tu baru harini dia up entry ni

Ok, sekarang saiz saya sudah seiring dengan bilangan minggu
Masa Mamma saya pergi scan kali ke2 ni, saya dah 8 minggu
Saiz saya sudah acceptable dengan minggu kata doktor
Sukanya saya :))

Ye la, tiap2 hari saya tengok Mamma saya duk telan folic tu
Pastu setiap pagi minum anmum
Sebab tu la saya membesar bagai juara
Sebab saya tau Mamma sayang saya :))

** Thanks God!

Monday, January 16, 2012

PENYAKIT BARU PULAK DATANG

Hati Mamma at Monday, January 16, 2012 0 Tukang Tambah
Penyakit baru datang
Sejak wiken lepas ni la
Datag rasa mual2 kat lubang tekak
Pastu siap pakej sakit kepala

Tadi balik lunch muntah buih seround
Makan asam pun xjalan
Kena tukar asam lain ke apa???anyone???
Mamma takdek pengalaman bab2 asam ni
Masa tak preg tak pernah terlibat langsung dengan dunia asam ni ;p

Pastu mata nak katup je kejenya
Wiken 2hari kan??
Padahal dalam sehari setengah tu keje Mamma tido je ;p

Malas tetap bersarang kuat dalam diri
Camne nak buat lagi
Buat2 rajin pun tak jalan
Dia rajin 2jam je lepas tido 4jam ;p

Monday, January 9, 2012

MALAS LAGI

Hati Mamma at Monday, January 09, 2012 4 Tukang Tambah

Kalau aku boleh halau MALAS tu kan senang :)
kredit to google

Malas malas malas
Tu jela yg bermain dalam palotak sejak 3minggu lepas
Pastu mata lak asyek nak katop je
Padahal baru bangun tido 30minit lepas

Haaiishhh tak tahan Mamma rasa
Sampai nak makan pun malas nak masak
Kadang2 Papa yang masakkan
Lauk yang Papa masak pun Mamma malas nak snap
Camnee???? dah tak ada bukti Papa masak huhu

Kalau nak makan kedai
Takkan hari2 nak gi kedai punggah anak laki kan
Tambah lagi makan kedai bukan memenuhi citarasa
Tambah lagi duit poket cepat ranap

Cepat la waktu berlalu pergi
Semalam punya malas
Lepas subuh terus tido balik
Bangun pukul 10.30 pagi pastu 11.00 pagi bongkang lagi smpai jam 2 petang
Pukul 6.00 ptg golek2 kejap smbil tido jaga tido jaga
8.45 mlm (lepas isyak) terus tido sampai pagi pergi kerja
Korang kira sendiri la 24 jam, wape jam je Mamma celik mata
Tu pu mata celik tapi badan baring atas sofa ;p

Bila malas asyek nak tido je la
Bila dah tido pulak, sakit habis satu badan sebab tido tadi
huhuhu

Tekak pulak asyek cari masam je
Serba serbi tak selesa
Cepat la masa berlalu huhuhu

Tuesday, January 3, 2012

REZKI PERTAMA 2012

Hati Mamma at Tuesday, January 03, 2012 3 Tukang Tambah

Lupa nak wish
Welcome 2012!!!
Okey dah wish pendek2 cukup la :)

Pagi tadi duk layan kecur liur
Datang Timb. Pengerusi PID
Bawak nangka dan kalendar 2012 yang kecit
Alhamdulillah


Memang rezeki anak dalam perut kan hehehe
Tak keluar lagi dah ada rezki
Bila dah keluar nanti
Harap2 lagi melimpah ruah dengan rezeki yang HALAL
Sehingga kami tidak memerlukan rezeki yang HARAM
Amen.

**tengah menikmati nangka, kurang sikit kecur :)

KECUR AIR LIUR & MALAS

Hati Mamma at Tuesday, January 03, 2012 0 Tukang Tambah


Mamma perasan sangat
Sejak cuti 3 hari lepas (sabtu lepas kot)
Air liur Mamma kecur sekecurnya
Sampai naik kembung perut duk telan air liur ni
Pastu cair secairnya
Kalau dibiarkan meleleh
Mau basah baju Mamma pastu mesti laju je dia mengalir cam bawah ni hehe


Jenuh la duk rumah s
epanjang cuti lepas
Makan-makan kasi perut penuh
Lepas makan datang balik

Sebenarnya kalini Mamma preg tak mengidam nak makan apa2 pun
Lepas makan nasi kecur jugak lagi
Siap rasa perut tu kosong je macam padang bola, macam tak makan lagi
Maknanya kecur air liur ni tak jalan dengan nasi la kan!
Yang susah nak hilang kecur ni sebab Mamma tak mengidam nak makan apa2 pun!

Petang semalam pergi pasar malam cari jeruk!
Beli sekali limau mandarin tu
Mana tau kot2 jalan kan

Malamnya duk ngoyeh itu la kami anak banak
Hilang jugak la barang sejam dua
Pastu datang balik erks!
Sekarang memang tengah mencari jatidirimengandungkalikedua hahaha

Okey tabiat yang JELAS dan NYATA pulak bila preg kalini ialah MALAS

Sepanjang 3 hari bercuti duk lepak rumah je
Nak kemas rumah adalah sangat hazab
Kalau biasa cuti2 macamni
Kurang2 pukul 8 dah setel sapu/lap rumah
Ini sampai jam 3.00 ptg pun duk berkungfu lagi kemas rumah

Lepas subuh tido balik
Pastu pukul 9.00 bangun la
10.30 pagi rasa nak tido lagi!!!

Nak masak pun sangat la MALAS!
Asyik terbayang sofa nan empuk je depan hall nuh!
Penyakit baru yang teruk rasanya
Tapi redha saja lah

Cepat2 la masa berlalu
Tak tahan jugak tengok rumah lintang pukang!
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting