Banyak perkara yang berlaku dalam 3-4minggu ni
Tapi tak sempat nak update
Sekarang kandungan Mamma sudah nak masuk 30 minggu
Bermaksud dalam linkungan 7 bulan 2 minggu
Lagi sebulan lebih je nak delivery
Itu kalau beranak on time
Buatnya beranak awal camne
Sebab hb Mamma rendah sangat iaitu 10.0 je bacaannya
Bila bacaan hb rendah, risiko beranak awal dan tumpah darah lepas bersalin
Na'uzubillah!
Dah masuk 7 bulan hari tu (3rd trimester)
Asthma Mamma datang menyerang balik
Masa 2nd trimester asthma hilang sekejap
Sekarang ni setiap malam mesti dada ada bunyi
Lagipun Mamma kena selsema dan batuk masa nak masuk 7bulan hari tu
Tadi pergi klinik doktor kasi inhaler warna biru ni
Inhaler ni dos paling rendah dalam kebanyak inhaler
Guna time asthma datang jer kata doktor
Ini kali pertama nak guna inhaler ni
Jakun jugak masa memula guna tu
Mamma cuma harap takde pape yang tak diigini berlaku
Semoga semuanya selamat sampai melahirkan
Amin
**takut oiii
0 Tukang Tambah:
Post a Comment