Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

NASI DAGANG DALAM RUMAH!!!!!

Hati Mamma at Thursday, May 03, 2012 2 Tukang Tambah
Harini masak nasi dagang sempena mak datang dari Terengganu
Meraikan kedatang ibunda katakan
Banyak jugak Mamma buat nasi dagang
Dalam 2 kg

Ni gambar amik time balik lunch
Dah tinggal secoit je lagi ;)
Pagi tadi xsempat nak ambik masa tengah penuh lam peyuk kan 
 Adik kecit dari KL pun datang siap amik cuti lepak sama2 rumah Mamma
Dia kata macam hari raya lak rasanya
Sebab buat nasi dagang banyak2 hekhekhek


Sangat nyummmeh!!!!
Dah lama tak pekena nasi dagang
Sekali kena memang terangkat :)

~~ nyum-nyummm ~~

Mamma perasan sangat-sangat
Mood memasak macam dah datang balik setelah lama ke laut ;p 
Lagi gambar makanan bakal menyusul :))

Thursday, December 29, 2011

MALAM TADI PERGI KLINIK

Hati Mamma at Thursday, December 29, 2011 0 Tukang Tambah
Pemeriksaan awal
Mamma pergi Klinik Maiza dekat Cheng talam tadi
Saja nak tengok isi dalam dah setara mana ;)

Hasilnya kat bawah

Doktor kata

Kandungan awak dah masuk 6 minggu
Tapi saiz janin baru 4 minggu

Mau taknya
Mamma bukan makan banyak sangat
Susu ke segala mak nenek vitamin pun tak start makan lagi ;p

Dan sebagai permulaan pagi tadi nak pergi kerja
Mamma buatkan nasi goreng kampong beserta telur mata kerbau
Sama air milo


Menu nasi goreng ni biasa je bagi Mamma dan korang korang jugak kan ;p
Kalau tak pregnant
Mamma cuma amik sepiring nasi goreng dan air saja
Ini adalah langkah menjaga/mengawal berat badan yang biasa Mamma amalkan
Tak adalah sampai tak amik langsung
Makan jugaklah minyak2 tu tapi dengan kuantiti yang sedikit

Tapi bila dah preg kalini
Tambah pulak saiz janin yang kecit 2minggu
Langkah permulaan harini
Mamma makan nasi goreng kampung siap ada telur mata kerbau
Lagi siap tambah lagi sepiring

Banyak minyak telur mata tu
Sampai rasa geli kat anak tekak masa suapan last tadi hehehe ;p

** petang ni nak pergi cari susu untuk ibu2 lak :)

Thursday, November 10, 2011

ROTI CANAI VERSI MAMMA

Hati Mamma at Thursday, November 10, 2011 1 Tukang Tambah
Ini roti canai entah zaman dinosour bila Mamma buat
Ini 1st time Mamma
buat
Se
belum2 ni cuma tolong sepupu uli dan meniaga roti canai je


Bahan-bahan dia mudah je
Kadang tu memang ada je
bahan2 tu dalam rumah kita
Macam gandum, telur, majerin dan garam
Semua tu disatukan sekali arung pastu gaul dengan air
Gaul sampai tak melekit kat tangan
Bahan2nya pulak Mamma campak sukati je tak ikut sukatan pun


Lepas dah gaul tak melekit tu
Bulat2 kan doh jadi camni pastu lumur dengan majerin lagi
Taruk dalam peti esok pagi leh tebau ;))

Skang ni meh Mamma tunjukkan skill hehehe ;)



1st time Mamma menebau roti canai ni
Memang takdak skill langsung! hahaha

bunyi dia kecepek! kecepek! kecepek!

Ini antara yang paling lawa tak koyak
Yang lain mostly ra
bak! bukan koyak dah kekeke


Hasil lepas digoreng oleh Papa
Roti telur hangit!
Kalau Mamma goreng mesti lawa ;))


Ini roti kosong pulak
Ala-ala hangit jugak
Rasa tuh korang pikir la! ;))


Siap kari jugak deyyyyyyy


Jemput makan roti canai meh! ehehehehe


Sekian cerita makanan yang entah bila bulan dari Mamma ;))

Wednesday, November 9, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hati Mamma at Wednesday, November 09, 2011 0 Tukang Tambah
Ye lah ;)
Sebab masa raya korbang yang pertama ta wish lagi kat korang hehe ;p
Jadi Mamma amik kesempat wish
Selamat Hari Raya Korban yang terakhir untuk harini ;))
Korang korban tak taun ni

Hajat Mamma tak kesampaian tahun ni
Tapi InsyaAllah taun depan kalau ada kesempatan

Lewat kebelakangan ini terlalu banyak ujian yang melanda
Tapi bukan itu sebabnya Mamma tak ber'korban' tahun ni yerk

Malam raya berangkut balik rumah MIL
Pagi raya Mamma cuma siapkan Sambal Daging sama Serunding Ayam
Pastu beli lemang buat makan kami anak beranak

Ini Sambal Daging
Papa tak suka sangat makan rendang
Dia lagi berselera dengan Sambal Daging
Ikutkan aje rentak Papa sebab dia jugak nak mengabiskan semua ni

Ini la Serunding Ayam Mamma
Malas nak carik2 isi ayam tu halus2
Semuanya kasar2 tapi menten

Menten apa????
Korang pun dah agak Mamma nak cakap apa ke??
Hahahahahahaha

Menten sedap la kan
Biar la kan
Mamma macam biasa jugak
Sendiri naik lift sendiri tekan butang hak hak hak
Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji kekeke
Memang tak boleh dipisahkan ;))

Akhir kata
SELAMAT HARI RAYA KORBAN UNTUK KORANG SEMUA
Hari ni raya last tau ;))

Monday, September 26, 2011

MOKTEH DATANG RUMAH ;)

Hati Mamma at Monday, September 26, 2011 0 Tukang Tambah
Phewww lama tak update blog
Sekarang dah tak jadi blogger tegar
Sebab lepas aje puasa hari tu
Mamma diserang asma dan batuk sampai suara sakit
Mood pun terbang
Minggu ni baru rasa ok sikit
Tapi bukan itu Mamma nak ceritakan

Ni nak cerita pasal semalam
Bilamana rumah didatangi sanak saudara

Seronot bila sedara mara datang bertandang
Menziarahi Mamma yang jauh diperantauan
Ye la, nak tunggu diorang datang susah
Sebab diorang jauh nun di Terengganu
Sementara Mamma menetap di Melaka

Semalam adik kecit dan Idah datang bawak Mokteh sama Mira
Diorang ni tak pernah sampai rumah Mamma sejak 6 tahun Mamma jadi orang Melaka ;p

Harap ada kelapangan diorang sampai lagi rumah Mamma ni

Mamma sempat masak yang simple aje
Sebab Mak Saudara Papa meninggal tengaharinya sebab angin ahmar
Jadi rancangan masak memasak ditunda selepas menziarah si mati. alfatihah.

Masakan simple saja seperti menu


- Ikan goreng
- Sambal Sotong
Pajeri Nanas
- Kobis Masak Lemak Putih
- Sambal Belacan

Cukup untuk mengalas perut sebab malam tadi jugak diorang naik bas balik ke Terengganu
Tujuan Mokteh datang Melaka ni pun singgah je sebenarnya
Hantarkan anak bongsunya Si Mira ke Johor, rumah sewanya di Pasir Gudang
Sebab Mira sudah dapat kerja di sana selepas tamat pengajiannya di UTP

Tu yang Mokteh singgah Melaka
Walaupun sekejap jadi la kan
Terubat jugak rindu kat sanak saudara

Ada kelapangan sila datang lagi Mokteh!
Gambo adik kecit dengan Idah tadop
Sebab Mamma tak amik gambar
Gambar yang ada pun dari album facebook Idah
Kredit to Idah heheh ;p

Saturday, August 13, 2011

PSYKO BUJANG SURUH PUASA

Hati Mamma at Saturday, August 13, 2011 0 Tukang Tambah
Itulah, anak makin besar
Mamma makin terasa makin banyak dugaan nak kena tempuh
Ni kali nak suruh bujang puasa

Masa pertama Ramadhan suruh puasa
Boleh bujang jawab

Tak nak puasa lah Mamma, nanti kena sunat

huhu
Mamma tak terkata la dah dia kata macam tu

Tapi petang tadi psyko lebih dari biasa
Suruh dia puasa kalau nak masuk syurga
Malam karang Mamma kejut sahur
Bujang kata nak bangun sahur macam Upin Ipin :D

Pastu sebagai menggalakkan lagi bujang untuk puasa
Mamma layankan aje dia nak makan pancake tetengah malam huhu
Sebab petang semalam memang Mamma ada sebut nak buat pancake
Bujang pulak tersebut2 sampai harini

Kita layan bujang dengan pancake dulu la :D
Punyalah nak suruh dia puasa kan
Pancake malam2 buta pun layan!!!
Ko hader???!!! ;p

Paling depan tak sabar tunggu pancake

Makan dengan coklat cair
Nak makan dengan madu mana nak cekau memalam ni kan

Gelojoh sungguh la bujang ni
Habis dekat 2 keping gak la dia telan
Esok ko tak puasa siap!!!

Sahur karang nak kejutkan dia untuk puasa yang pertama esoknya
Ntah apa la jadi agaknya ;p
Harap semua dipermudahkan amin..

Wednesday, August 3, 2011

MAKAN-MAKAN TANDA TERIMA KASIH KAMI

Hati Mamma at Wednesday, August 03, 2011 0 Tukang Tambah

Cerita 19 Julai lepas keh keh keh *lagi cerita lama
Tapi menten nak jugap terbit kasi ada entry kan keh keh keh


Bersempena Mamma meminjam kereta kontot Hacik Nurul *rakan kongsi Nurza hari tu kan
Selama hampir 2 bulan jugak kereta ni duduk dalam car porch Mamma ;p

Ni kereta Hacik Nurul kita tu

Sebabnya kereta Mamma masuk bengkel repaint balik
Haaaiiisshhh lama betul amik masa pomen tu nak cat kereta Mamma kan

Apa yang dia duk kelebek kuda hitam Mamma hari tu erk

Ni kuda hitam Mamma yang bercapok2 tu ;p
Sampai tompok2 cat digunakan kereta ni hehe
Sampai naik malu la jugap nak drive hahahahaha
Tu yang anto masuk bengkel cat tu

Ada sesapa tak malu nak drive kereta ni??? ;p

Sebagai tanda terima kasih kami laki bini kan ;p
Mamma dengan Papa belanja rakan kongsi Nurza ni makan ikan bakar
Dekat Muara Sungai Duyung
Makanan semua sendap-sendap

Makanan sampai satu-satu haiissshhh
Maka kami makan pun satu-satu lah
Sebab masing-masing dah kebulur
Termasuklah yang tukang belanja hehehe ;p
Dah tak sanggup nak menunggu lagi dah

r
Hasil kerasukan kekebuluran kami jelas terbukti nyah! hahahaha


Apapun makanan dekat sini memang super sendap ;)
Mamma memang selalu lepak sini kalau makan ikan bakar

Sapa terliur nak makan
Nanti Mamma bawak kan, buleh buleh ;p
Tapi kamu bayor yerp ;D
Anyone?????!!!


Sunday, May 8, 2011

LAMA TAK MASAK

Hati Mamma at Sunday, May 08, 2011 2 Tukang Tambah
Memang rasa lama sesangat tak masak
Sebab manjang je tak sihat sejak kebelakangan ni

Alah, bukan kebelakangan ni la
Sejak Januari lagi, masuk hospital operate mata la
Pastu ada je agenda yang berterusan kan
Agenda yang meminimakan Mamma ke dapur sendiri

Pastu pulak, Mamma rasa sejak awal tahun ni
Terlalu banyak perkara yang menyesakkan jiwa
Pembukaan tahun pun dah kureng, terus je kureng sampai sekarang
Tapi Mamma terimanya sebagai dugaan Allah mengasihi Mamma

Jadi nak kongsi sikit hal masak2 harini
Sebab harini (7mei2011) Mamma rasa sihat sket dari hari lain
Tadi buat Sup Ikan Jenak
Sama kacang goreng sambal
Sambal ikan bilis kering

Hambek, Papa makan tak hengat dunia
Lama tak tengok Papa makan macamni
Si bujang teruna pulak belasah 3 senduk!
Mamma pulak 3 pinggan!

Erks kenyang.Alhamdulillah syukur
Walaupun dalam keadaan berdugaan macamni
Nikmat rezki sentiasa ada dan tidak putus2
Itu tandanya, Allah masih menyayangi Mamma
Moga Mamma pun tidak kufur dengan nikmayNya!

Wednesday, March 30, 2011

LAMA TAK TEPEK

Hati Mamma at Wednesday, March 30, 2011 2 Tukang Tambah
Kann????
Lama betol tak tepek mende2 yang menjejes air liur ni ;p
Ini semalam punyak cerita

Menu :
Masak lemak pucuk paku
Ikan selayang goreng
Budu!


Masak semua ni masa balik rehat tengahari
Sempat la Mamma makan dengan Kimi
Kimi makan pulak pucuk paku tu
Sampai 2 senduk dia balun nasi tu ;))


Selera cerewet Papa mana nak masuk pucuk paku budu bagai kan

Ikan selayang goreng sama
Sotong sambal semalam!

Katanya :
Takpe semalam pon Janji makan!!! ngeeee

Friday, January 14, 2011

YONG TAU FOO

Hati Mamma at Friday, January 14, 2011 8 Tukang Tambah
Semalam orang tak sakit mata mengidam nak makan Yong Tau Foo
Punya mengidam macam la orang sakit mata tak sakit mata
Pikirkan sorga di wajahmu bawah tapak kaki orang tak sakit mata kan ;p
Pastu orang sakit mata buat la ni

Ini
baru 1st time orang sakit mata buat
Nasi
b baik Jadi

Orang tak sakit mata yang 2 orang tu makan tak hengat
Sam
bil2 tu orang sakit mata dapat pujian2 dari orang tak sakit mata kekeke

Yang tak boleh blahnya
Orang sakit mata pun ti
bai ni
Tak pantang dah, siap tam
bah mee hoon lagi dalam ini Yong Tau Foo ;p

Pagi tadi orang tak sakit mata sarapan ni
Le
bih yang semalam punya kekekeke
Orang sakit mata dapat lagi pojian keh keh keh

* Harap korang tak
biol baca entry orang sakit mata hari ni. Arios!

Saturday, November 27, 2010

HARI TERAKHIR DI WONDERKIDS

Hati Mamma at Saturday, November 27, 2010 3 Tukang Tambah
Patutnya entry ni nak post malam tadi
Tapi Mamma dah lalok telan ubat selsema
Tetiba selsema datang dengan lelehan cecair yang sangat maha
Makanya pukul 9.30 mlm sudah melayari bahtera
Jadi entry semalam disambung hari ini

Hari terakhir di Wonderkids
Mamma yang jemput sendiri Kimi dari sekolah
Tapi tak terus balik
Lepak dulu tunggu Kimi puas main dengan kawan2 ;p


Ini sarapan kitorang pagi semalam
Juga bekalan hari terakhir Kimi pergi sekolah
Sebenarnya menu ni banyak je sayurnya
Tapi untuk Kimi dah kena asing siap2
Kalau tak Mamma kena marah nanti
*Motip takut anak sendiri???


Dah nama hari terakhir sekolah
Mamma baru teringat pasal keychain benten ni
Lama dah belinya
Terus teringat kasi je Kimi bawak pergi sekolah
Sodakah kat kawan2 dia ;p
Ada dalam 20 biji *betul ke biji?? ke ketul??
Sekali sampai Wonderkids
Teacher ntah apa nama sambut Kimi
Mamma tak pernah borak dengan Teacher ni
Sekali Mamma nak pesan kat Teacher ni

Ini ada barang ...
*tak habis cakap lagi tetiba Teacher ni potong gua punya cakap

ooOOOOooo kasi kat Teacher ke?

Glurrpppp... a'a eh a'a
Kasi la kat Teacher dia pastu yang lebih kasi kat kawan2 Kimi
*huh lantakla Teacher dapat keychai benten ;p
Yang betul benonya, hadia untuk Teacher takde pun


oooOOoo ok



Suasana balik dari Wonderkids
Sebuk semua parent bersalaman dengan semua guru2

Mamma ada tanya
Untuk budak empat tahun tak ada penyampaian apa2 ke??
Teacher Marry kata budak empat tahun tak ada apa2
Yang ada cuma budak lima dan enam tahun sahaja

Woot wooottt
Weh korang
Ni lah Teacher Marry kesayangan Kimi ")
Dia sangat baik tau
Suka borak dengan Mamma
Masih single dan available dan berumur 32 tahun ")
kekeke


Ini antara kertas kerja Hakimi
Yang lain banyak lagi sebenarnya
Tapi yang ini semalam baru dapat


Ini timbunan buku2 Kimi sepanjang setahun Kimi kat Wonderkids

Gambar kaki mesti nak masuk jugak dalam pic
*motip??

Kalau disusun setinggi ini
Pheww banyak jugak
Tak sedar ko belajar sampai banyak ni bukunya nak ")


Lepas Mamma salam, comolot dengan semua Teacher
Mamma pun blah

Jumpa next year kat Wonderkids Yeahh!!
Untuk next year, Kimi akan tetap berada dalam kelas Teacher Marry "))

Wednesday, November 24, 2010

NASI TOMATO

Hati Mamma at Wednesday, November 24, 2010 7 Tukang Tambah
Semalam pose ganti
Tinggal lagi 7 hari nak kene setel ~phewwww
Pastu teringin nak makan ni

Apalagi, balik kerja terus menggigih kat dapor
Perlu siapkan semua ni sebelom nak berbuka
Dah la berbuka 6.59 ptg
Ada masa 1 1/2 jam nak kene setelkan

Takpe, sebab tekak nak makan
Teruskan usaha sampai siap!

Nasi tomato, Acar Timun, Gulai Daging dengan Salad
Erkkkk alhamdulillah

*Pagi tadi sarapan Nasi Tomato
Sebab semalam buat petang kan, pagi tadi masih panas dalam rice cooker
Erkkkk kenyang lagi sekali ")

Sunday, November 21, 2010

ISTIMEWA EIDUL ADHA - PUN BASI JUGAK DAH!!!

Hati Mamma at Sunday, November 21, 2010 4 Tukang Tambah
Yer laaa!!! citer basi !!!!
Ai tau sangat tapi nak taruk jugak
Apa apa apa ?????
Tak puas hati???????
Meh sini nak tutup mata korang hahahaha

Ni juadah Eidul Adha hari tu
Nasi Dagang Terengganu
Ai buat 2k beras
Mak banyak nak menghabiskan
Tapi tetap jugak la habiskan
Tapi bukan la Mamma cekik sorang2 2kg tu!
Hagak2 la weiiii!!!! ;p

Atas : Nasi Dagang
Bawah Kiri : Acar Timun
Bawah Kanan : Menyelerakan!!!!
*Lupa nak snap kuah nasi dagang dalam peyuk!!! huwa huwa huwa

Juadah untuk Papa
Nasi Himpit sama Sambal Daging

Sangat simple
Kali ni En. Papa tak banyak ragam nak makan itu ini
Mamma nak buatkan serunding daging
En. Papa kata tak payah
Sian kat aku katanya
*Abang sayang Ai yerrr???? hehehe ;p
Semalaman nak buat serunding weh!!!!!

*bila la Papa nak makan masakan timur ni. Adehh

Wednesday, November 17, 2010

SALAM EIDULADHA

Hati Mamma at Wednesday, November 17, 2010 2 Tukang Tambah
Korang korban apa taun ni???
kekekke
Mamma tak korban apa2 yang jelas lagi nyata
Korban yang tak jelas banyak la

Nasi dagang sudah siap
Untuk En. Papa cuma ketupat sama sambal daging
Cuma itu yang Papa request untuk di makan di pagi eiduladha ni ;p
Apa2 hal nanti Mamma update dalam next entry yerk

Apa2 pun saja nak ucapkan
Selamat Hari Raya AidilAdha kat teman blogger semua
Serta teman facebook jugak yang datang melawat melalui networkblog tu
Maaf Zahir & Baten

Shayam korang :*

Tuesday, November 16, 2010

SEKITAR HARI LAHIR MAMMA

Hati Mamma at Tuesday, November 16, 2010 2 Tukang Tambah
13 November 2010
Kami tak kemana pagi tu
Lepas kemas rumah
Makan ala kadar
Petang baru kami keluar anak beranak
Adik kecit dah balik Terengganu

Maka kami decide nak makan
Kat Restoran Beriani Power Batu Pahat
Bertempat di TESCO aje pon

Ini kek sponsored by Papa
Cheese Marshmallow Strawberry dari SR
Tak pernah cuba kek ini
Asyik je makan Indulgence tu *eh betul ke eja tu
Sangat biasa je rasanya, lagi sedap Yogurt Cheese tu
Tak apa, janji orang sponsor kita tibai je huhu

Order dah sampai
Mamma makan Nasi Beriani Kambing
Papa makan Nasi Beriani Ayam
Kimi kongsi dengan Mamma

Sebab banyak sangat nasi dia
Yang betulnya nak mintak Nasi Beriani Gam
Tapi dah habis pulak
Makan nasi beriani biasa saja
Lauk2 semua tersorok bawah nasi
Nanti ada kata Ai makan tak berlauk pulak kekeke

Birthday girl yang dah ganyut rupanya hahaha
Dengan Si Bujang Teruna yang tak beradik huhuhu
Pun dah makin membesar
Kali ni tak dek lilin bagai dah
Sebab *******
Malas la nak taip banyak kali kan ;p


Thanx Papa sponsor semua makanan di atas

Semua makanan tidak habis
Sebab tak sendap woiiiiit!!!
Lain kali tobat tak datang dah kekekeke
Dah la nak makan tadi nasi tak masak lagi
Terpaksa tunggu 1/2 jam baru leh makan!!!

Kena round2 dulu kat TESCO
Pastu siap kopak dalam TESCO lagi
Ko punya pasal la ni tau!!!

***Nasib la birthday Ai tau
Jadi Ai berhati mulia hari tu, Lu tak kena marah dengan Ai!!!

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting