Sunday, May 1, 2011

MAKIN BAIK

Hati Mamma at Sunday, May 01, 2011
Harini dah 5hari kena chicken pox
Semua biji2 air yang memecing semalam dah nampak kehitaman
Tanda nak baik ke weh???

Semalam biji air yang memecing tu takut pulak Mamma tengok
Kalau usap kulit Kimi
Rasa macam kulit buaya dah
Seriyau je pastu dalam hati pulak rasa sedih je Mamma
Mintak janganla kekal macam ni kan
Dah la sorang je anak aku!

Tapi tu semalam
Hari ni rasa lega sket sebab biji air tu tak kelihatan harini


Teringat lagi masa dalam bilik air petang semalam masa nak mandikan Kimi
Dia cakap

Kenapa jadi macam ni???
Kimi nak jadi Kimi balik
Waaa waaa waaa

Sedih aku dengau ler
Sambil Mamma jawab sambil tu Mamma psyko
Biasala, nanti boleh guna balik apa yang Mamma psyko tu untuk kebaikan

Takpe, Kimi sabarlah
Nanti dia baik la tu
Itulah.. Kimi ni naughty sangat
Lain kali jangan naughty2, skang ni biji2 dah naik sapa susah???
Biji2 ni naik sebab Kimi tak dengar cakap Mamma la ni

Hambek ko, punyalah psyko kan kekeke
Tapi masa kena chicken pox ni
Kimi nampaknya dengar kata jugak la

Chicken pox kan gatal plus miang amat2 kan
Mamma kata gosok je, jangan garu

Tengah2 duduk tengok TV tu
Nampak la tangan dia merayap gosok2 mana yang gatal
Kalau banyak sangat terpaksa dia pinjam tangan Mamma
Gosok2 belakang depan semua

Hambek, semalam menggosok sampai pukul 3pagi
Sampai la Papa shift dengan Mamma
Papa amik bedak johnson sapu satu badan Kimi
Yang bestnya, terus tak gatal hahaha

Moga Kimi cepat sembuh ye
Nanti boleh ke sekolah balik
April ni banyak betul absent

4 Tukang Tambah:

Lady SharpShouter on May 2, 2011 at 10:58 AM said...

Kimi, mamma tipuuuuuuuuu! hahaha

Mamma on May 3, 2011 at 10:09 AM said...

ko memang xsayang mulut tau!!!! haha

Norul Azwa Bt. Hassan on May 3, 2011 at 12:30 PM said...

ala kesian nye anak teruna ko mila... teringat kata org2 lama... ambik daun cermai renjis2 kat badan tu utk ilang gatal... ko ader pokok tu?? hahaha

Mamma on May 4, 2011 at 10:08 AM said...

Yo : tu ater..sian pulok aku tgk ke ye..daun cermai tu la tadok..payoh dh nak cari pokok cermai lenim

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting