Wednesday, May 18, 2011

CUKUP 3 HARI 3 MALAM!

Hati Mamma at Wednesday, May 18, 2011
Bila dah kata malang tak berbau kan
Ni tetengah malam Mamma terima malang! huhu

Mak baru je sudah lap kencingan Kimi satu romah!
Basah ketiak belum reda terus blogkan saja
Yang benonya nak taip entry lain
Meh kongsi entry kencingan Kimi dulu la. Chill!!! haha

Sejak 3 hari 3 malam lepas
Bujang teruna kalu tidor je merti kencing
Apa kesss???

Tido siang, tido tengahari, tengah malam
Dibantainya kencing cukup2!
Sampai lebam urat keting Mamma terkinja2 atas tilam sebab nak serap air kencing punya pasal dengan tuala
Kalau tak tekan kuat2, nanti busuk! yaks!!

Petang kelmarin, kami tido petang lepas Mamma balik dari hospital
Mamma pulak selsema, elok la layan lalok panas2 macamni kan
Kami 3 beranak bantai la tido sebab penat
Siap tido atas tilam
Mana nak layan tido depan tv kan ekeke
Sekali petang tu dibantainya kencing
Sebeban berangkut dengan cadar dan comforter

Malam tu jugak dibantai lagi sekali kencing
Sebeban jugak cadar dengan comforter

Yang petang belum pun jemur lagi
Sihat lagi dalam washer
Nak kena basuh lagi sebeban

Ni baru pukul 11.25 malam
Dibantai lagi kencing
Kalau takat duduk diam atas katil pastu panggil Mamma tak apa la jugak
Di harung nya satu romah sebab nak datang kat Mamma yang dekat hall
Tangan tekepit2 kat boboi, nak kencing katanya
Mau tak satu romah mak kena lap

Yang peliknya, dah kencing atas tilam
Datang kat Mamma tengah layan poker
Siap kata tak tahan nak kencing lagi aduh!

Sekali pegang seluar dia
Lenjun satu badan bawak ke kepala
Apalagi, mandi tengah malam la kan
Elok la cuaca pun panas

Tok laki lak keje malam
Memang nasib ko la bang keje malam!!
Mamma kena lap rumah sorang2!

Hari ke-3 dahsyat sket la banding 2 hari lepas
Orang kata dah cukup 3 hari tu
Hari seterusnya elok dah kan kan kan???
*angguk la weii...aku tengah penat ni, kan tak pasal2 aku kecit hati ;p

Ni tengah elok je Kimi layan tido atas toto depan tv walaupun lepas kena jirus!
Tadi tadok kelas sangat tido depan tv kan huhu
Apa2 pun Mamma blah dulu la wehh
Mak letih!!!

2 Tukang Tambah:

Lady SharpShouter on May 19, 2011 at 12:26 AM said...

aku angguk angguk ni haa, nak bg ko tak kecit ati.sian bebeno.kimi, ko kencing sbb tension tgk mak ko layan poker kan?kan?hahaha

Mamma on May 19, 2011 at 10:02 AM said...

muahahahaha angguk angguk konon..aku tau xikhlas tu ..sambil ko angguk sambil ko gelak guling guling kan ;p

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting