Saturday, January 29, 2011

KIMI SEDANG

Hati Mamma at Saturday, January 29, 2011
Sakit 'boboi' skang ni?
Huh??? 'boboi' tu apa???
Ganti nama untuk burung kecit yang belum disunatkan lagi

Aku tak tau mulanya yang boboi dia sakit
Masa memula perasan tu pagi semalam la
Nak mandikan dia, masa nak basuh boboi dia tu
Sekali dia mengelak pastu dia sound aku

Sakit la boboi Kimi

Aku musykil jugak, apsal pulak kan
Pastu nampak bengkak dah macam huruf 'b' pulak boboi dia
Dah agak bengkak hujung kanannya
Tak ke macam huruf 'b' gayanya hehee ;p

Tapi aku tetap la jugak tarik kulit lebih bahagian depan boboi dia tu nak basuh
Sebabnya aku memang basuh bahagian kepala boboi Kimi
Tak kira masa mandi atau lepas kencing
Takut bakteria sebab dia kan belum sunat lagi

Malam tu dia merengek sakit lagi
Aku sapu la minyak gamat kat bengkak tu

Pagi tadi masih bengkak dan merengek
Sapu minyak gamat lagi
Ingat nak pergi klinik je lepas kemas2 rumah

Sekali dia demam pulak tengahari tu
Siap batuk2 pulak
Muntah kahak jangan citer la
Nak penuh mangkuk kecit kat rumah ni

Terus kasi ubat yang amik kat klinik hari tu
Ubat tu pulak baru amik lagi masa hujung tahun lepas
Nak habiskan duit belen medical Papa kekdahnya
Kalau pergi klinik pun, doktor kasi ubat yang sama jugak
Tunggu demam dengan batuk dia ok sket baru pergi klinik check dia punya boboi tu
Kimi lak layan tido je belah petang ni

Aku tanak tepek gambar boboi dia
Nanti dia malu lak kan hehehe
Aku tepek gambar dia tido je la dengan muntah dia
Siyes aku tak pernah tengok muntah kahak macam ni punya banyak

Sekarang ni pun masih tido sehingga entry ini dipostkan
Sian dia
Lepas kena bambu dengan aku hari tu
Sekarang ni demam pulak

Ini adalah sebahagian muntahnya
Selebihnya dalam plastik lain
*muntah pun nak glemer

Jap baru ni ha
Aku check boboi dia dah ok
Tak bengkak lagi
Alhamdulillah

***Sihin, ni la sebab aku tak pergi umah ko, bukan aku tanak pergi tapi tetiba ada aral. Kalau aku pergi jugak, maybe aku akan susah kat tengah jalan dengan demam yang tetiba ini. Maaf sesangat yerk, biasa aku berjanji, aku usaha untuk penuhi apa yang aku kata..

2 Tukang Tambah:

-aNida OtHmaN- on January 30, 2011 at 12:46 AM said...

weh...anak ang kena tungau tuh....ermmmm amik sireh tepek kat kepala bOboi tuh...insya'ALLAH ooklaaa bengkak tuh....


alahaiiiii sian kimi, tak sihat erk.. syahdu tgk dia lena tuh haa...

Mamma on January 31, 2011 at 5:03 PM said...

aku taruk minyak gamat je, tp ni hilang bengkak dia tu. lepas hilang bengkak tu aku ada check, bukan tungau la nida tapi mcm ada luka kecit kat boboi dia. luka tu antara boboi dgn kulit lebih tu le...suyukur dh ok dah..thnx for tip ;))

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting