Tuesday, January 25, 2011

AKIBAT KECEDERAAN JIWA DARI KL

Hati Mamma at Tuesday, January 25, 2011
Jiwa dan raga terus bergoyang sampai hari ni!
Si Bujang Teruna jadi mangsa
Hurghhhhh!!!!

Itulah aku sejak seminggu 2 ni
Yang aku perasan sangat lepas-lepas
balik KL hari tu
Tekanan sungguh dengan nasib diri dan kawan yang lain
Walaupun berada dalam keadaan 'selamat'
Tapi berapa lamakah kamisebagai Penolong Pengurus akan 'selamat'?
Tak sapa boleh kasi jaminan tentang status kontrak kami kat PID nih

Udah ler penat
bukan main
Sampai rumah aje rasa nak marah ajerk
Itu akibat kecederaan jiwa lah tu

Isk rasa tak rasional langsung aku ni dalam menangani situasi terik cam ni
Si Bujang Teruna lak jadi mangsa
Kesyiannn kat dia weh

Satu hari keluar makan malam
Sebabnya tak masak sebab letih sangat2 balik dari KL hari tu
Seminggu gak layan kedai kamiorang
Dah makan kedai, Mamma tak duduk diam gak
Pergi amik tisu kat kaunter depan la
*Korang taruk la tisu kat setiap meja, kemut betul la

Pastu bangun lagi pergi amik mangkuk kosong untuk Kimi makan pulak
Pastu lupa amik sudu dengan garfu pulak
Letih la mak bangun duduk bangun duduk ni
Lagi bertambah terdera jiwa raga rasanya!

Sekali Kimi sound

Mamma nak kencing!!!

Adeh, baru nak suap makan kat mulut
Potong stim betulla
Memang tempat kami makan tu ada tandas awam
Dalam 20 langkag sampai la tandas tu
Tapi Ai dah penat sangat
Nak suruh Papa, dia tengah makan jugak
Sambil2 buat tak dengar kekdahnya khenn

Sekali aku sound balik dengan tuduhan yang tak berasas tau erk ;(

Nampak tandas dan2 tu jugak la ko nak kencing heh???
Dah tahan dulu Mamma nak makan ni
Nanti kencing

Alah Mamma, tak tahan ni nak kencing


Kimi tipu heh???
Dah makan jer dulu, tak pun kencing je dalam seluar

Baru je terlucut perkataan 'dalam seluar'
Cantik je seluar Kimi basah secara menurun!
Secara menurun ok!! bukan menaik ;(
Dia kencing dalam seluar!!!!!!!
* Lain kali jangan tuduh anak yang mukan2 ;p
Goshhhh!!!!!
Kimi tak pernah macam ni sebelum ni
Kalau kat shopping mall pun, ada barang yang dia nak pun tak mengamuk yang mukan2!
Ini kan pulak kencing merata-rata macam ni oiii

Sungguh mendengar kata anak aku kali nih!
Huduh meno perangai mak dengan anak ork???!!!
*ada ke suruh anak kencing kat situ jugek
Lagi bertambah kecederaan mak ko ni nak oiii!!!!
Makan tak habis apa tak habis
Terus je bayar masuk kereta

Nasib la kami duduk makan kat luar kedai
Pastu pulak, suasana cam gelap sket kan
Area parking tar depan kedai, mana lak tuan kedai nak sambung mentol sangat kan??
Tapi aku pasti, sorang pun tak sedar Kimi dah kencing kat kedai tu keke

Pastu kat atas lapisan tar cepat la serap air kencing kimi tu
Kalau kat simen mesti la air kencing tu bertakung meleleh siapkan???
Agaknya tar tu pun memang panas nak air
Nah amik Kimi kasi air kencing terus kekeke
Nampak kesan basah je la, tak ada lopak air tu

Dalam kereta pulak
Aku terpaksa tolak kusi depan tu ke belakang habis-habisan
Pastu aku angkat Kimi suruh dia mencangkung atas alas kaki getah tu tanpa bergerak!
Sambil mendengar bebelan aku sampai ke rumah
Nasib la kedai dengan rumah tu tak sampai 3 minit tau
*tangan aku ada jugak la bantai2 manja Kimi tu ~ tang manja jgn la percaya sangat!
Kalau dok, masak la ko duk dengar bebelan aku
Papa diam je dari tadi!
*selamatkan diri dari kena hambur sekali!

3 Tukang Tambah:

Lady SharpShouter on January 25, 2011 at 4:06 PM said...

dia mendengar arahan tuh,dah ko suruh kencing, dia kencing je la.hehehe

-aNida OtHmaN- on January 25, 2011 at 4:17 PM said...

kimI bertindak mengikut arahan mama weih.....hahahahahahaha....
siB bek tokei tuh tak perasan kalO dak jenuh kimi di sunatkan..hahahahha


beb ada GA untuk ang..lama sepi g mna???bz erk

Mamma on January 26, 2011 at 10:08 AM said...

lady ss : ye la..aku mmg 'suruh' x sangka lak dia buat betul adehhh

anida : lepas kencing tu cepat2 aku bayo weh keh3. xpe nnt aku amik TAG ko heh..tekanan jiwa sbb tu aku menyepi..

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting