Showing posts with label Babysitter. Show all posts
Showing posts with label Babysitter. Show all posts

Friday, December 7, 2012

BUJANG AQID BATUK BERKAHAK

Hati Mamma at Friday, December 07, 2012 0 Tukang Tambah
Kalut nya Mamma rasa
Sejak masuk kerja seminggu ni lagi kalut
Tak terkejar rasanya
Menambah kekalutan bila susu badan tak der sangat sebab Mamma kurang makan
Kalut la sangatt sampai xsempat nak makan
Pedih rasa masa nak perah susu macam perah kain je Mamma rasa huhu
 
Sejak balik dari KL hari tu
16 Nov, batuk masih duk ada lagi tapi dah under control
Masuk minggu kedua batuk Bujang Aqid makin teruk
Dah nak sampai lelah pulak budak ni
Tambah lagi hujan je tak henti2
Siap pergi neb 3 kali
 
Kali pertama neb baik je tido macam la gambo ni

 
Kalu kedua melalak sampai tak boleh nak amik gambar
Kalu ketiga baik semula
 
Time ni Bujang Aqid teruk ni
Susu pun sekali je sehari
Manjang tidor je
Kejut kasi susu pun tanak minum
Satu harinya pampes pun kering je
Sedih jugak time ni
 
Masuk minggu ni dah minggu ketiga
Payah kan nak hilang sampai 3 minggu ko
Tapi sudah under kontrol
Batuk dah tak ada cuma kahak tu ada sikit2 lagi dalam dada
 
Mamma mandikan dia Mamma sengaja jolok mulut dia kasi muntah
Hamek ko sekali muntah selambak kahak
Time ni Mamma lega sangat2 sebab tengok dia pun macam lega sebab kahak dah keluar
 
Harini dah masuk seminggu duduk dengan babysitter
Semua alhamdulillah lancar
Cuma rasa macam Bujang Aqid kuat menyusu
Stok EBM pulak tak banyak cuma seiring je ngan keperluan dia
 
Babysitter Bujang Aqid nama Kak Limah
Setakat ni rasa okey je
Sebulan RM300 untuk jaga Bujang Aqid
Takper la kan, janji selamat
 
Harini Bujang Aqid ikut Kak Limah pergi rumah saudara dia ada buat kenduri kawen esok
Jadi Kak Limah pergi tolong bawak sekali ler
Dah berjalan dah anak Mamma
Kak Limah bahasakan diri dia sebagai 'mama' untuk Aqid
Dah ada 2 mama pulak Bujang Aqid ;)
 
 Cepat2 la Bujang Aqid sihat

Monday, June 6, 2011

MAMMA SERAH JE

Hati Mamma at Monday, June 06, 2011 2 Tukang Tambah
Mana taknya kan
Mintak tolong sama manusia, manjang tak jadi *aiyakss
Sekarang ni cuma serah kat pencipta saja la

Jumaat lepas Mamma terpaksa tinggal Kimi kat rumah sendirian
Ye lah, dah nak pergi kerja
Nak bawak kerja bukan tak boleh tapi ..
Masalah penjaga Kimi berlarutan sampai sekarang

Papa kerja malam, masuk pukul 9.00 malam
Sementara Papa balik kerja pukul 9.30 pg sampai rumah
Mamma keluar rumah 8.20 pg keluar pergi kerja
Dalam masa lebih kurang sejam tu
Mamma terpaksa redha

Sebelum keluar rumah
Mamma siap 'on'kan TV cenel kegemaran Kimi
At least masa Kimi terjaga dan keluar bilik cari Mamma
Dia terpandang TVnya tu tengah on
Mungkin melekakan Kimi sekejap *harap

Pastu sebelum keluar
Siap pesan macam2 lagi
Jangan buka pintu keluar rumah
Jangan main kat luar
Jangan pergi dapur dan macam2 jangan lah

Pagi tadi kejadian sama berulang
Ditinggalkan lagi sementara tunggu Papa balik
Memang dia tidor je kan
Tapi tetap risau apa2 berlaku
Yelah, Kimi tak pernah sensorang kat rumah tu walaupun dah 5 tahun
Takut jugak apa2 yang jadi

Tapi nak buat macamana
Sungguh-sungguh Mamma dah tak ada arah lagi
Masa ni la Mamma mintak tolong Allah saja yang menjaga Kimi :|
Nanti dah sekolah dah senang la sket
Ni sebab cuti sekolah

Tuesday, April 5, 2011

KIMI DENGAN CIK JAI

Hati Mamma at Tuesday, April 05, 2011 3 Tukang Tambah
Semalam Kimi duduk dengan Cik Jai kan a.k.a teman segosip jugak haks
Semua berjalan lancar
Thumb up!


Lepas balik Mamma tanya dia

Camne duduk rumah Cik Jai
Okey je Mamma

Cik Jai garang tak
Tak la Mamma

Cik Jai ada marah Kimi tak
Tak ada pon
*hahahaha padahal Cik Jai dah citer yang ko kena marah. pandai dia cover line ko Jai!!! ;p

Tak pe la. Mamma lega seribu kali
Kalau ko marah demi nak mendidik kenakalan dia, aku tak marah Jai ehhehe ;p
Mamma terima yang anak Mamma agak nakal
Selagi ko tau cara nak handle dia, tegurlah selagi boleh ;))

Harap hari mendatang pun tak ada masalah yang timbul lagi
Letih mak nak mencari babysitter baru huhuhu

Tuesday, March 29, 2011

TINDAKAN KENA PANTAS!

Hati Mamma at Tuesday, March 29, 2011 4 Tukang Tambah
Bertitik tolak dari ketidaksanggupan Mamma membawa Kimi ke PID
Masa hari last (last wednesday) hantar Kimi ke rumah Cik Ilah tu
Bersamaan rimau dan mengaumkan

Balik kerja je Mamma amik Kimi terus hanyut ke luar tanpa arah
Hahahaha keluar makan sambil open table untuk kami anak banak la
*Lama sungguh tak open table sana sini kan ;p

Sekali pergi rumah rakan setaman, sejoggingdan segosip kan
Sebenarnya nak tanya kursus NIOSH
Mintak tolong tok laki rakan setaman ni la
Kursus yang mana satu sesuai untuk Papa
Sebab Mamma sudah paksa Papa amik kursus ni
Sebab tok laki dia lagi arif hal2 ni
*NIOSH tu kursus keselamatan. eh betul ke Jai??

*gambar cilok dr fb beliau

Sekali mak tertanya pulak hal Kimi
Sanggup ke dia jaga.
Dia kata no hal je boleh. Nanti tahulah dia cane nak handle Kimi. katanya.
Hahahahahahhaha tau yerkkk.... ;p

Dia dia dia
Apa tadok nama ke apa
Okeh Mamma perkenalkan
Rakan setaman, sejogging dan segosip heheh
Cik Ajai *layak dipanggil Kimi la. bukan aku.
Start April kalau tadok aral

Harap kalini tadok masalah
Tak lama Jai, 3 bulan je tau ;))
Senang Mamma nak set up apa yang patut dalam masa 3 bulan ni
Senang nak ke sana sini

Harap menjadilah apa yang aku angankan
Kalau menjadi, ko jaga terus la Jai hahahaha

Monday, March 28, 2011

MAMMATAK SANGGUP

Hati Mamma at Monday, March 28, 2011 2 Tukang Tambah
Mana taknya
Lepas hantar Kimi rumah Cik Ilah rabu lepas (last day)
Khamis dan jumaat Mamma terpaksa bawa Kimi ke PID

Apa segala bawak la kan
Siap beli mee goreng, download game
Jugak tak lupa download video upin&ipin, chugginton, pocoyo dll
Sampai Mamma melarat download cerita Hantu Kak Limah Go Back Home huhu
Semuanya makan saman sekejap2 saja
Sampai Mamma siap pegang ruler panjang untuk menjinakkan bujang teruna!
*sampai patah 2 ruler tu kena hempuk kat meja!
Suara Mamma jangan cakap
Dah macam tarzan dalam opis sendiri

Kebetulan tandas Mamma pintunya dalam PID
Tambah lagi air slow
Kejap2 bujang teruna nak kencing
Letih mak!!!!
*siyes tambah nak menangis tau

2 hari rasa macam 2 minggu dah
Cubaan kalini sungguh menambah tekanan dalam jiwa

Zell!!! aku tak sanggup dah rasanya

Wednesday, March 23, 2011

MAMMA KENA CARI BARU LAGI KALAU LAGU NI...

Hati Mamma at Wednesday, March 23, 2011 6 Tukang Tambah
Ingat kan Cik Ilah adalah orang terakhir jaga Kimi
Ini timbul pulak masalah lain adehhh

Rumah Cik Ilah ni ada beberapa ekor kucen
Sapa suka kucen
Mamma terus terang tak suka kucen
Tapi tak sampai nak pijak sampai mampuh makhluk sekor ni kalau bertentang mata ;p

Salah satu sebab bulu dia la kan melekat sana sini
Lagi satu sebab dia tak basuh kaki masa nak masuk rumah ;p

Masa deal dengan Cik Ilah ni pulak
Kalau dia jaga Kimi, dia akan halau la kucen tu suh main kat luar
Masalahnya dia tak buat macam tu
Masa Mamma amik Kimi lepas kerja
Kucen tu cantek je melepap kat tengah rumah
Ada satu hari yang lain, kucen tu meleseh2 lagi kat kaki Cik Ilah

Itu tak apa lagi kan
Tuala Kimi yang buat lap mandi, siap bersepah celah kusyen2 yang agak kepam
Mamma dah mula geli, yelah tuala tu patut sidai supaya bakteria yang ada tak membiak bersama bulu2 kucen yang berterbangan :(

Takkan Mamma nak paksa Cik Ilah halau kucen yang sememangnya dia sayang
Korang yang suka kucen pun tak sanggup kan kan kan
Takkan semata2 Kimi, Cik Ilah sanggup nak halau kucen yang dah bertaun bertapa kat rumah dia kan
Kimi tu bukan sesapa pun kat Cik Ilah
Seminggu ni aje pun baru kenal waaaaa

Masalah besarnya sekarang
Asthma Kimi datang balik
Siap bunyi lagi dada bujang teruna Ai tau
Macam nak roboh tau ;(
Sekarang ni dah dekat seminggu kena cam tu
Ye la kan, Cik Ilah jaga Kimi pun dah seminggu lebih

Sesapa takkan tak tau
Kalau asthma kena jauh2 dengan kucen
Ini kan pulak kalau memang dah ada
Yang tak ada asthma pun boleh ada
Lain la ko kuat sangat, cium kucen cane pun tetap tak kena jugak

Kimi tu masa lahir sampai umur 3 tahun memang ada asthma
Tapi sejak setahun lebih jugak tak kena asthma
Lega la kan
Ini kena balik la pulak

Masalahnya sampingan pulak
Cik Ilah dah janji nak halau kucen time Kimi kat rumah dia
Rupanya dia tak halau siap kantoi ngan Mamma dua kali lagi
Dia tipu tipu tipu lagi waaaa

Adakah patut Mamma cari pengganti Cik Ilah demi kesinambungan hidup Kimi yang lebih sejahtera??????
Kesian pulak Cik Ilah tu, macam mengharap Kimi duduk situ ;(

Rasa stress sungguh la dengan masalah tak sudah2 ni
Yang majikan ni satu, bila nak bayar gaji ai??????

Monday, March 14, 2011

BABYSITTER BARU LAGI

Hati Mamma at Monday, March 14, 2011 6 Tukang Tambah
Fuhh kami tiga banak dilanda demam masa weekend haritu
Mula Papa demam hari Rabu sampai jumaat lepas
Pastu Jumaat Kimi pulak sampai terpaksa hangkut ke hospital pukul 1.00 pagi
Sebab panas melampau
Sabtu pulak, Mamma pulak menyusul sampai Ahad *cis! ngam2 esok kena keje!
Sepanjang 'weekend fever' kami ni, Papa la segalanya
Tenkiu Papa!

Selepas 2 minggu kehilangan Kak Nor yang baik hati lagi budiman huhuhu
Selama 2 minggu jugak la Mamma kerja sekerat hari
Lagi makan gaji buta sebab balik tengahari nak mengasuh anak hua hua hua

Hari ni Kimi duduk dengan babysitter baru
Lagi berkarisma *apakah??
Namanya Cik Ilah *layak dipanggil Kimi, bukan Mamma ;p
Atau nama penuh Kak Fazilah
Umur lingkungan awal 40-an
*Sungguh gagah lagi nak mengejar Kimi hahahahha

Alah Kimi suka lompat-lompat je
Tak ada la lari macam anak rusa masuk kampung
Saja je taip lagutu kekeke

Agak happy hari ni tapi tidak menaruh sepenuh kegembiraan itu dalam hati
Takut2 kecundang ditengah jalan *haktuih!
Senang kata macam kisah Kak Nor hari tu la
Lega seluas alam, tetiba tanak jaga wawawawa
Sedih tigaluas alam! *ko paham tak???

Kimi start duduk rumah Cik Ilah hari ni
Sat ni Mamma lepas call Cik Ilah
Dia ok dan cepat mesra kata Cik Ilah tambah lagi Kimi ada kawan
Sebaya dan sejantina lagi
Lagi tengah main2 berdua tadi
Kawannya itu merupakan anak belaan jagaan Cik Ilah sejak 5 tahun lepas
Namanya Arif

Harap sangat la kalini kali terakhir Mamma mencari babysitter
Letih wehhhh

Mana yang mendoakan Mamma masa hari tadok babysitter hari
Masa tengah stress gila
Diucapkan terima kasih *sungguh formal dan bertertib jugak! ;p
ailebiu!

Thursday, March 3, 2011

NO MOOD

Hati Mamma at Thursday, March 03, 2011 5 Tukang Tambah
Senang kata tengah moody la ni

Ni pasal babbysitter Kimi tak setel2 lagi la ni
Mana tak moody kan, semua mak pun akan moody kalau masalah babysitter nih!

Kak Nor yang kata setuju nak jaga Kimi tu
Tanak jaga pulak

Masa nak amik Kimi petang balik dari KL tu
Tiba-tiba kata tanak jaga Kimi pulak
Dia jaga sehari je la masa Mamma ke KL

Mamma dapat agak dah
Ni sebab dia kalah dengan Kimi la ni
Ye la, Kimi tu lasak kan
Lari sana sini
Si Kak Nor pulak lembut sangat

Marah orang pun macam pujuk orang ;p
Memang terlalu lembut Kak Nor ni
Korang sendiri pun tau anak Mamma camne
Sampai kadang Mamma sendiri boleh hilang sabar
Ni pulak orang yang lemah lembut macam Kak Nor ni adehhhh
Pastu tak reti nak marah2

Masa Mamma datang amik Kimi petang tu
Kimi macam monyok je, ntah nape dia
Dia ada cakap kat Mamma
Tanak duduk kat rumah Kak Nor lagi
Tatau kenapa

Tapi petang tu dia ada cakap kat Mamma
Cik Nor tu baik sangat huwaaaaaa
Dah tu nape tanak duduk sana lagi?????

Jadi Mamma pasrah dengan keadaan Kimi
Petang semalam pulak
Ada sorang kakak ni kata nak jaga Kimi siap dah janji bagai
Petangnya pulak siap sms kata tak dapat jaga pulak
Tatau la apa dugaan kali ni

Nampak gaya Mamma kena kerja sekerat hari je la sehingga dapat babysitter baru ;(
Moga Mamma tavah menghadapi dugaan ni

Sekarang Mamma memang tadok mood
Walaupun kontrak ada lagi 6bulan
Eh bukan setahun tau macam dilaung2kan dalam blgog sebelum ni!


Monday, February 28, 2011

LAST DAY

Hati Mamma at Monday, February 28, 2011 3 Tukang Tambah
Mamma tak pergi memana
Jangan nak speku banyak sangat yerk

Cuma hari ni hari terakhir Cik Misa jaga Hakimi
Tapi tanak hantar Kimi harini sebab Mamma kerja sekerat hari je harini
*untung sapa jaga Kimi sebab banyak cuti tau selain weekend ;p
Dengan alasan dia sakit lutut dah dah tak larat
Masa hari dia bagitahu tanak jaga tu hari Isnin lepas
Menjajau Mak ko ni ha nak cari babysitter baru

Aissshh masa memula dengar Cik Misa tanak jaga Kimi tu
Mamma dah la tengah tension dengan masalah kontrak yang tak berkesudahan
Ini Cik Misa lak wat hal
Pastu bagitau lak last minute kata februari last dia nak jaga
Mamma ada 7 hari sebelum menjelang Mac
Rasa nak lembik lutut gak la
Tekanan menimpa-nimpa kan kan kan???
Januari dan februari yang penuh dugaan rasanya

Tapi dipikirkan balik
Kalau kontrak dah tamat nehi kami nehi
Apa susah kan
Mamma jaga sendiri la Hakimi
Mamma sebenarnya tidak bersedia untuk jadi surirumah-tanggabatu
Tapi cuba untuk mempersiapkan diri untuk ke arah itu

Mamma buat2 cool se'cool'-'cool'nya
Datang kerja macam la Mamma ni gaji tiga pat kali ganda pulak dari biasa
Padahal 2bulan dah tadak gaji huhuhu

Sekali pagi semalam teringat kat jiran ni
Nama dia Kak Nor
Dia sama je taman dengan Mamma tapi lorong rumah dia agak jauh dari kitorang
Jadi kurang bergaul dan kurang kenal la sket kan

Lepas tanya itu ini gedebuk gedebak kan
Makanya Kak Nor setuju untuk menjaga Kimi

Ala bukan susah sangat
Jaga sekerat hari lepas waktu sekolah je
Paling busuk 6.30 petang Mamma datang amik
Kalau tak kadang pukul 4.00, 5.00 kadang sekerat hari je ;p
*untung lagi ;))
Pastu pulak, babysitter Kimi ni
Tak payah dukung2 dah Kimi tu
Tak payah makan suap2 dah Kimi tu
Tak payah 'ba chak' - 'ba chak' dah kat Kimi tu
Senang kan????
Rugi la sapa tanak jaga Kimi tu muahahahaha

Esok Kak Nor start jaga Kimi
Harap2 la tak ada apa2 yang tak diingini dan disenangi berlaku khennn
fuh fuhhh fuuhhhhhh

*** Esok Mamma ke KL
Untuk men'yain' kontrak baru untuk setahun lagi
Sebab tu Mamma macam orang gila gak cari babysitter baru!!
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting