Kalut nya Mamma rasa
Sejak masuk kerja seminggu ni lagi kalut
Tak terkejar rasanya
Menambah kekalutan bila susu badan tak der sangat sebab Mamma kurang makan
Kalut la sangatt sampai xsempat nak makan
Pedih rasa masa nak perah susu macam perah kain je Mamma rasa huhu
Sejak balik dari KL hari tu
16 Nov, batuk masih duk ada lagi tapi dah under control
Masuk minggu kedua batuk Bujang Aqid makin teruk
Dah nak sampai lelah pulak budak ni
Tambah lagi hujan je tak henti2
Siap pergi neb 3 kali
Kali pertama neb baik je tido macam la gambo ni
Kalu kedua melalak sampai tak boleh nak amik gambar
Kalu ketiga baik semula
Time ni Bujang Aqid teruk ni
Susu pun sekali je sehari
Manjang tidor je
Kejut kasi susu pun tanak minum
Satu harinya pampes pun kering je
Sedih jugak time ni
Masuk minggu ni dah minggu ketiga
Payah kan nak hilang sampai 3 minggu ko
Tapi sudah under kontrol
Batuk dah tak ada cuma kahak tu ada sikit2 lagi dalam dada
Mamma mandikan dia Mamma sengaja jolok mulut dia kasi muntah
Hamek ko sekali muntah selambak kahak
Time ni Mamma lega sangat2 sebab tengok dia pun macam lega sebab kahak dah keluar
Harini dah masuk seminggu duduk dengan babysitter
Semua alhamdulillah lancar
Cuma rasa macam Bujang Aqid kuat menyusu
Stok EBM pulak tak banyak cuma seiring je ngan keperluan dia
Babysitter Bujang Aqid nama Kak Limah
Setakat ni rasa okey je
Sebulan RM300 untuk jaga Bujang Aqid
Takper la kan, janji selamat
Harini Bujang Aqid ikut Kak Limah pergi rumah saudara dia ada buat kenduri kawen esok
Jadi Kak Limah pergi tolong bawak sekali ler
Dah berjalan dah anak Mamma
Kak Limah bahasakan diri dia sebagai 'mama' untuk Aqid
Dah ada 2 mama pulak Bujang Aqid ;)
Cepat2 la Bujang Aqid sihat
0 Tukang Tambah:
Post a Comment