Thursday, December 29, 2011

AKTIVITI BALIK KAMPUNG

Hati Mamma at Thursday, December 29, 2011 0 Tukang Tambah
Hari tu kan bawak bujang balik kampung jumpa Uwan dia
6 hari jugak kat sana
Pengalaman 1st time drive balik kampung tanpa Papa
Di temani adik kecit
Sangat mencabar weh
Dan sangat pengalaman semestinya ;p
hahaha

Duk kampung sibuk tak jugak
Tapi rasa macam banyak mende yang tak sempat buat hehehe

Hari pertama sampai kampung
Mak sambut dengan pulut kuning
Mamma makan sampai nak pecah perut hahahaha
Pulut kuning mak memang terbaik walaupun masin sikit hari tu
Hari lain tak masin hehehe
Layan pulut kuning sampai malam :)

Hari kedua kitorang keluar rumah kakak
Lepastu singgah taman mainan dekat masjid terapung tu

Kimi adalah makhluk paling gembira dengan sepupu sepupunya

Gambar ikhlas dari tuan punya blog mesti tak tinggal punya ;p
kekekeke
Muka sangat pucat dan beberapa makhluk jugak ada tegur pasal ni



eh eh kat Terengganu pun dah ada i-City ke????
La baru Mamma perasan dah malam last berjimba kat sana la ramai2 dengan mak
Tapi tak banyak amik gambar sebab malas sangat2!!

Dan yang ni satu lagi Mamma nak kongsi kat korang
Kat tapak tangan Mamma ni adalah seketul EMAS!!!
Harganya kalau dijual adalah 2k++
Dan telah dijual punnn ;p
Sila percaya :)

Sebabnya Mamma memang tinggal dikawasan mendulang emas di Lubuk Mandi, Rusila :)
Teringat dulu2 time kecit pergi mendulang emas hehehe
Emas kat tangan Mamma tu dah diasingkan dari pasir dan dileburkan jadi seketul macam tu
Pastu boleh la dijual

Emas ni adik lelaki Mamma yang punya
Dia memang executive pencari emas sekarang ni
hahahahaha

Amaran!!! Ini adalah emas tulen!!

Balik ke Melaka jam 5.11 pagi
Time balik kami kongsi drive dengan adik kecit
Mamma kenapa ntah rasa penat gila

Sampai rumah terus rasa cam nak demam
Rupanya lepas di check tettttttttttttttt hehehe

MALAM TADI PERGI KLINIK

Hati Mamma at Thursday, December 29, 2011 0 Tukang Tambah
Pemeriksaan awal
Mamma pergi Klinik Maiza dekat Cheng talam tadi
Saja nak tengok isi dalam dah setara mana ;)

Hasilnya kat bawah

Doktor kata

Kandungan awak dah masuk 6 minggu
Tapi saiz janin baru 4 minggu

Mau taknya
Mamma bukan makan banyak sangat
Susu ke segala mak nenek vitamin pun tak start makan lagi ;p

Dan sebagai permulaan pagi tadi nak pergi kerja
Mamma buatkan nasi goreng kampong beserta telur mata kerbau
Sama air milo


Menu nasi goreng ni biasa je bagi Mamma dan korang korang jugak kan ;p
Kalau tak pregnant
Mamma cuma amik sepiring nasi goreng dan air saja
Ini adalah langkah menjaga/mengawal berat badan yang biasa Mamma amalkan
Tak adalah sampai tak amik langsung
Makan jugaklah minyak2 tu tapi dengan kuantiti yang sedikit

Tapi bila dah preg kalini
Tambah pulak saiz janin yang kecit 2minggu
Langkah permulaan harini
Mamma makan nasi goreng kampung siap ada telur mata kerbau
Lagi siap tambah lagi sepiring

Banyak minyak telur mata tu
Sampai rasa geli kat anak tekak masa suapan last tadi hehehe ;p

** petang ni nak pergi cari susu untuk ibu2 lak :)

Wednesday, December 28, 2011

KALINI MAMMA AGAK KALUT

Hati Mamma at Wednesday, December 28, 2011 2 Tukang Tambah
Memang kalut sikit pregnant kalini
Maunya tak
Hampir 6 taun rasa tu telah pergi
Kalini jenuh duk perah palotak nak ingatkan balik semua tu ;p

Tapi agak excited dari yang pertama dulu ;p
Dah rasa macam tak pernah pregnant pun ada hehehe
Agak lucu rasanya perasaan Mamma kalini :)

Tengah2 borak dengan Sue Jusoh yang mana dia pun dah nak masuk 6 bulan esok
Mamma try usha2 dia pasal pregnant2 ni la
*Ada lak Ai yang nak masuk dua ni usha orang yang baru 1st time pregnant hahaha

Sekali dia suruh cek kalkulator tarikh bersalin ni
Rupanya kandungan Mamma dah nak masuk 6 minggu esok :)
Alhamdulillah
Jangkaan Mamma agak meleset
Ingat baru masuk 4 minggu ;p
Kira pun dah lupa. cane???? kekeke

Rujuk kat bawah ni
Baru Mamma tau cane nak kira

Syukur sangat2 sebab dah nak masuk 2 bulan lagi 2 minggu
Sekejap pulak rasa

Harapan Mamma kalini biarlah terpelihara
Kalau sebelum2 ni Mamma pernah jatuh
Agaknya rahim Mamma ni manja

Ikutkan Jun lepas Mamma dah lekat tapi keguguran
Frust masa tu tapi kuasa tuhan sapa boleh halang
Redha dan pasrah aje

Kalini Papa dah sound

Jaga elok2 dan rehat banyak2

Papa pun agak excited walaupun pada mulanya cukup dengan bujang sorang katanya
Berkat pujukan maut Mamma, dia redha hahahaha ;p

Kimi pun excited nak dapat adik
Dia sangat harap dapat adik laki supaya ada geng membuas :)

kalendar kuno cina

Kalau ikut kalendar kuno cina memang anak laki
Tapi Mamma tak taruk 100% kat kalendar ni
Mamma taruk 100% kat penciptaNya

Masa bujang dulu memang kena laki
Tapi Mamma tetap percaya yang ianya cuma kebetulan
Mamma cuma merujuk sahaja dan tak akan lebih dari itu :)

Samada laki atau perempuan Mamma sangat Redha
Dalam keadaan Mamma ni
Adalah tak baik memilih sangat :)

**masaklah korang asyek makan entry pregnant je la kalini hahaha :D

Tuesday, December 27, 2011

KEPADA SEMUA FANS :)

Hati Mamma at Tuesday, December 27, 2011 2 Tukang Tambah
Berita yang sangat gembira untuk dikongsikan bersama
*tiba2 kan, dh 2mggu x hapdet blog, konon2 fans tertunggu2 kemunculan daku haha ;p

Terutama kepada orang2 yang selalu tanya Mamma

'bila nak tambah2?? bila nak tambah??'

Sekarang Mamma sudah 2 line
*bukan 3 line tau ;p
Bujang bakal dapat adik. InsyaAllah :)

Tak tahu berapa lama kandungan ini
Cuma rasa hati baru 3minggu kot
Tapi tanak pergi klinik lagi

Harap2 semuanya selamat
Tak ada kejadian 'jatuh-jatuh' lagi

Mamma cek semalam
Terus call Papa bagitau
Papa cakap 'elelelelele'
Dia ingat Mamma tipu dia chaiihhh :)
Terus Mamma cakap

'eh betul lah nim!!!'

Baru nak percaya hehe
Mak dan adik kecit antara orang yang gembira menerima berita ini :)

Kalau tak ada aral September 2012 insyaAllah :)

Wednesday, December 7, 2011

SUKA-SUKI BUJANG TIME CUTI

Hati Mamma at Wednesday, December 07, 2011 2 Tukang Tambah
Tunggu Mamma nak bawak kan
Payah la walaupun bujang cuti sekolah kan

Nasib Universal sediakan mainan yang suka-suki macamni
Seronok la sikit bujang time cuti ni

Hantar Universal ada la aktiviti sikit
Main pool dalam plastik (xtau panggil apa heh)
Aktiviti buat kad, buat topeng *yang ni Mamma xamik gambar lagi
Takde lah bayar sesaja jerk

Untuk musim cuti ni
Selalu jugak main air ni
Universal panggil aktiviti Water Splash

Gambar ni Mamma amik pagi tadi masa hantar bujang
Berseronoklah ye sayang!

Nanti 20-26 Dis 2011 kita balik kampung jumpa Uwan!!!
InsyaAllah.

Monday, December 5, 2011

DAPAT KAD DARI BUJANG

Hati Mamma at Monday, December 05, 2011 1 Tukang Tambah
Seminggu lepas kan Mamma demam
Seminggu lepas 3 hari MC
Nak buat entry pun x lepas rasanya

Hari Selasa
Mamma MC
Tapi tetap antar Kimi ke Universal
Mamma duduk rumah lepak2 saja la

Petang masa amik Kimi
Dia kata

Mamma, Kimi ada present untuk Mamma

Sekali dia tunjuk la present dia tuh


Waaaahhhhhhhhhh!!! catiknya Kimi buat
*
belakon kena over kannn?? ;p

Bujang suruh
bukak sampul tu
Sekali tertera perkataan

"Mamma cepat sem
buh"


Adehhhhh rasa terus baik pulak selsema, batuk dan asma ni
Walaupun esoknya Mamma MC lagi hehehe

Sekali
buka lagi kad tu


Sangat suwik walaupun coreng2 dengan pensil warna je :)
Anak korang mampu?????
keh keh keh

** Ada orang dengkikan aku dengan uninstall printer opis
Tp xlepas se
bb aku dh dapat install balik dah :)
..setakat itu je ke mampunya????

Thursday, November 24, 2011

KEPUTUSAN AKHIR KIMI SUDAH KELUAR

Hati Mamma at Thursday, November 24, 2011 2 Tukang Tambah
Minggu lepas sudah keluar
Tapinya minggu lepas Mamma meroyan Kek Coklat Kukus ;p
Entry ni ditangguhkan hehehe

Ini dia keputusan yang baru
Ada peningkatan yang agak ketara walaupun
bukan 100%
Namun Matematik menjunam dunggg!!!!
he he he



Ini keputusan pertengahan haritu


Mamma ada tanya jugak kat bujang

Kenapa Matematik ni makin teruk pulak

Bujang kata
Alah Mamma, semua tu kan dapat A

Menjawa
b meh ;p

Ranking dalam kelas tetap kenyang se
bab banyak :)
13/17 gagagagaga

Monday, November 21, 2011

BERSEDIA UNTUK SIBUK

Hati Mamma at Monday, November 21, 2011 1 Tukang Tambah
Seperti kata tajuk :)
Mamma bersedia untuk sibuk menerima tempahan yang menggunung hua hua hua


Ini kerana kad yang tertera tajuk kek dan no telefon Mamma
Akan diedarkan sekitar Melaka
*Marketing Plan katanya :)

Harap success!
Bismillah ;)

Thursday, November 17, 2011

KEK COKLAT KUKUS MAMMA - SILA BELI :)

Hati Mamma at Thursday, November 17, 2011 2 Tukang Tambah
Sekarang Mamma kalut buat ni pulak

Tajuk resepi : Kek Coklat Kukus Mamma :)



Saiz : 6Inci x 6Inci x 2Inci
Harga : RM15 yang kosong tak bersalut coklat macam ni ;)

Yang bersalut coklat macamni RM20 je
Murah meh!

Lai lai lai beli Kek Coklat Kukus Mamma meh! :))

Tempahan buat masa ini cuma tertumpu kepada masyarakat majmuk Melaka dahulu hehehe

Tuesday, November 15, 2011

BEG KOYAK!!!!

Hati Mamma at Tuesday, November 15, 2011 0 Tukang Tambah
Beg sekolah bujang dah koyakkk!!!
Mamma kena sedia!!!
ehem ehem ehem

Beg sekolah ni beli kat Tesco Melaka
Beg yang kedua jugak la dalam tahun ni
Harga RM19.90 menggantikan beg yang pertama beli harga mau cecah dekat seratus
Tapi sayang tak tahan
Beg yang pertama tu dapat pakai sekejap saja


Beg cap Tesco ni pulak yang tahan even dia murah kan ;p
Tapi bukan itu ceritanya

Yang nak dihebohkan kat korang ni ;)
Beg Tesco ni dah koyak
Aiii macam tau2 saja bujang dah nak habis sekolah kan
Banyak jasa kamu wahai beg Tesco ;))

Bujang pulak dah mula request beg Ben 10 yang ada troli tu ;))
Perasan ala2 pramugara tarik beg turun dari katebang ke apa hek hek hek
Nak tarik2 la konon

Alah tengok bujang pun dah tau yang bujang sangat2 kepingin
Nak tarik2 beg sekolah tu sebab kat Wonderkids memang ramai bawak beg jenis tu

Dan sekarang sudah ada wishlist akhir tahun pulak bujang teruna ni aiiiii

*kredit to google

Harga beg ni sendiri mau ingat la
Memang kerat leher punya harga la

Tapi takpe sebab
Yuran sekolah taun depan cuma RM150
Bukan RM1050 macam taun2 sudah hehehehe
Mamma tetap senyum bayar harga beg tu ;D

Monday, November 14, 2011

HARIJADI YANG PENAT

Hati Mamma at Monday, November 14, 2011 2 Tukang Tambah
Kisahan birthday semalam disambut dalam keadaan cukup sederhana ;)
Tapi Mamma sangat gembira walaupun sedikit penat
Sebab dari pagi sampai rumah pukul 7.15 petang baru balik dari kursus insurans
*agak komited disitu ;))

Kek hari jadi Mamma taun ini
Tanpa lilin seperti selalu ;p
Dah semakin tua malu pulak nk tiup2 lilin bagai khennn
*Ustaz Azhar kata dosa pun yerk ;))

Kek Volcano dari Pizza Hut
Sangat yummy rupanya eh siap ada eskrem ;)


Kalau dah kek rasmi dari Pizza Hut
Maka makan2 kami pun kat sanalah
Simple hidangan untuk kami yang bekeluarga dan berbadan kecil2 semua ;p

2 hero Mamma sudah ngap dulu
Love both of u!

Dah kenyang semua
*hidangan kecit je pun tak habis nak makan
Tapi yang licin lincau tak hengat sampai lintang pukang tulang belulang ayam tuh ngeh ngeh


Mak aihhh
Rupa birthday girl kelam meh
Kamera cap ayam khennn
**penat aku mekap tebal2 hahahaha


Semoga Mamma terus di panjangkan umur untuk terus beribadat kepadaNya
Untuk terus mendidik anak Mamma ke jalanMu dan menjadi anak yang soleh
Di murahkan rezeki yang halal dan diberkati di dunia dan akhirat.
.Amin.


Thursday, November 10, 2011

ROTI CANAI VERSI MAMMA

Hati Mamma at Thursday, November 10, 2011 1 Tukang Tambah
Ini roti canai entah zaman dinosour bila Mamma buat
Ini 1st time Mamma
buat
Se
belum2 ni cuma tolong sepupu uli dan meniaga roti canai je


Bahan-bahan dia mudah je
Kadang tu memang ada je
bahan2 tu dalam rumah kita
Macam gandum, telur, majerin dan garam
Semua tu disatukan sekali arung pastu gaul dengan air
Gaul sampai tak melekit kat tangan
Bahan2nya pulak Mamma campak sukati je tak ikut sukatan pun


Lepas dah gaul tak melekit tu
Bulat2 kan doh jadi camni pastu lumur dengan majerin lagi
Taruk dalam peti esok pagi leh tebau ;))

Skang ni meh Mamma tunjukkan skill hehehe ;)



1st time Mamma menebau roti canai ni
Memang takdak skill langsung! hahaha

bunyi dia kecepek! kecepek! kecepek!

Ini antara yang paling lawa tak koyak
Yang lain mostly ra
bak! bukan koyak dah kekeke


Hasil lepas digoreng oleh Papa
Roti telur hangit!
Kalau Mamma goreng mesti lawa ;))


Ini roti kosong pulak
Ala-ala hangit jugak
Rasa tuh korang pikir la! ;))


Siap kari jugak deyyyyyyy


Jemput makan roti canai meh! ehehehehe


Sekian cerita makanan yang entah bila bulan dari Mamma ;))

Wednesday, November 9, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hati Mamma at Wednesday, November 09, 2011 0 Tukang Tambah
Ye lah ;)
Sebab masa raya korbang yang pertama ta wish lagi kat korang hehe ;p
Jadi Mamma amik kesempat wish
Selamat Hari Raya Korban yang terakhir untuk harini ;))
Korang korban tak taun ni

Hajat Mamma tak kesampaian tahun ni
Tapi InsyaAllah taun depan kalau ada kesempatan

Lewat kebelakangan ini terlalu banyak ujian yang melanda
Tapi bukan itu sebabnya Mamma tak ber'korban' tahun ni yerk

Malam raya berangkut balik rumah MIL
Pagi raya Mamma cuma siapkan Sambal Daging sama Serunding Ayam
Pastu beli lemang buat makan kami anak beranak

Ini Sambal Daging
Papa tak suka sangat makan rendang
Dia lagi berselera dengan Sambal Daging
Ikutkan aje rentak Papa sebab dia jugak nak mengabiskan semua ni

Ini la Serunding Ayam Mamma
Malas nak carik2 isi ayam tu halus2
Semuanya kasar2 tapi menten

Menten apa????
Korang pun dah agak Mamma nak cakap apa ke??
Hahahahahahaha

Menten sedap la kan
Biar la kan
Mamma macam biasa jugak
Sendiri naik lift sendiri tekan butang hak hak hak
Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji kekeke
Memang tak boleh dipisahkan ;))

Akhir kata
SELAMAT HARI RAYA KORBAN UNTUK KORANG SEMUA
Hari ni raya last tau ;))
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting