Wednesday, September 29, 2010

KEMARUK

Hati Mamma at Wednesday, September 29, 2010 4 Tukang Tambah
Sekarang ni
Orang tua kat bawah ni
Tengah kemaruk huhuhu


Kemaruk apa????
Tengok nih


.

.

.

.

.

.

.

.

Main poker
Adehhhh
Memang Mamma tengah kemaruk
Kadang sampai pukul 3 pagi layan ni
Esok nak keje neh

Memang diperakui
Telah menjadi taik judi hahahaha
Memang dasar tau!


Bukan apa sangat pun
Buat layan badan yang tak berapa sihat ni
Nak buat kerja rumah lebih-lebih tak larat
Layan aje kepala

Sekarang ni pulak
Setelah mc hampir 2 minggu lepas raya hari tu
Ni selsema datang balik
Sampai basah tuala kecik Mamma
Buat lap hingus cair masin meleleh2 ;p

Uhuk-uhuk-uhuk

Tuesday, September 28, 2010

KAWEN

Hati Mamma at Tuesday, September 28, 2010 4 Tukang Tambah
Dengar tajuk best jerk ek
Sapa nak kawen???? kekekeke
Lady SS? Cane? ;p

Ni lah punca utama
Kenapa Mamma tak boleh lelama kat reunion hari tu
Anak Sepupu Mamma kawen

Mamma sebuk membantu mana yang perlu la
Kat dapur tuh
Orang dapur mana leh lawa2 ;p
Kena selebet baru nampak kerja teruk haks


Ini budak sudah lebam sana sini
Apa taknya sudah terbiar kekdahnya
Kurang kasih sayang la sikit masa hari tu

Ni nak kencing pulak
Baru nampak muka
Kalu tak tah mana hanyutnya


Pengantin yang kaler merah


SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA


Thursday, September 23, 2010

HAKIMI DALAM GAMBAR

Hati Mamma at Thursday, September 23, 2010 3 Tukang Tambah
Pagi 2 hari lepas
Macam biasa
Kimi nak pergi sekolah baru Mamma check beg dia
*orang check bila anak balik sekolah huhu

Mamma jumpa ni dalam beg dia
Nak kata gambar konvo macam bukan
Sebab tak pakai topi huhu ;p

Dah dapat gambar untuk sesi 2010
Di Tadika Wonderkids a.k.a Tadika Klebang Ria
Cepatnya Teacher dia kasi
Ni belum masuk Oktober lagi kan?

Itu hakimi pakai baju kawan dia
Sebab masa hari sesi fotografi
Dia cuma pakai t-shirt dan jeans pendek dengan selipar aje
Jadi dengan geliga kepala otak Teacher Marry
Dia pinjamkan ntah baju sapa sarung kat kimi

Ini dia budak menyemat dengan baju kawan dia!
Siap tangan dalam poket kakaka
Dari baju sampai la kasut
Semua pinjam!

Tapi spender sendiri la sebab pagi nak pergi sekolah
Dia pakai spender! syhhhhhh

Dah ada tu tegak kan aje atas side table

Patutla masa hari sesi fotografi tu
Mamma anta hakimi Teacher Marry tanya kenapa pakai seluar pendek
Ada la dalam sebulan 2 lepas kejadian ni
Mamma terpinga kenapa pulak kan
Teacher Marry kata ada sesi fotografi hari ni
Tapi saya tidak tahu pun dan tidak diberitahu
Teacher Marry pasrah aje la
Dan itu lah hasilnya

Pastu pulak semalam petang
Dia bawak balik gambar ni
Dan kat bawah tu rakan sekelas Kimi la tu
Kelas 1, 18 orang
Yang berdiri kat belakang tu semua Teacher2 yang terlibat mendidik Kimi

Korang jangan terpedaya
Itu bukan bingkai kayu yang mahal
Itu cuma cetakan kertas jugak muahahahaha

Dalam ramai2
Hakimi duduk tepi
Dan ini membawa maksud anak Ai kementot aje
Anak bapakkk ;p


Teacher Marry yang pakai kurung purple
2 dari kiri korang

Wednesday, September 22, 2010

REUNION SMCKT 2010

Hati Mamma at Wednesday, September 22, 2010 4 Tukang Tambah
Aktivit raya belum habis update
Ni baru nak tempek kat blog

Raya ke-3 Mamma ada Reunion SPM Batch 1997
*huh korang dah boleh start kira umur Ai skang hahaha ;p
Yang perempuan cemok ni je yang datang
Yang lelaki pun tak ramai
Maklom la kan, raya2 ni banyak komitmen lain selain reunion ni
Takpe lagipun ni 1st time buat

Berdiri Kiri : Ezzanne, Intan Faizura, Norul Azwa
Duduk kiri : Zuriyati, Sya. Rozihezlin & Mamma


Reunion ni bertempat di Sheikh Corner a.k.a kedai husband Ezzanne
Merangkap lagi kedai sendiri la kan hahahaha
Yang lelaki pun tak berapa nak kerat jugak
Semua yang hadir sekali dengan anak dan pasangan
Dalam 20 orang ajer tapi still happening jugak

Gitar menan anak Intan jadi hak Kimi kejap tapi
Sempat la dengar Kimi goreng seround hahaha
Layannnn ;p

Tapi Mamma tak sempat nak lepak lama

Mamma ada kenduri kawen sebenarnya
Anak sepupu Mamma kawen
Tapi Mamma lari kejap kenduri tu semata nak pergi reunion ni
Tepukan gemuruh untuk Mamma ;p
yeahhhhh!!!

Tu yang dapat lepak kejap aje
Takpe la kan lain kali Mamma berumah tangga gitu kat sana haha

Ini adalah makanan yang disediakan oleh Cheh Zal a.k.a husband Ezzanne
Sodap!!!
Tercacak ibu jari Mamma tunjuk atas tau ;))
Menunya biasalah kan
Nasi minyak melambangkan orang Terengganu ;p
Itu adalah lauk pauknya sahaja
Gambo nasi tak amik huhu


Rasa dessert yang secantik rupanya ;))
Tak tau la nama desset ni apa
Makan ajer la orang dah sediakan hehe

Yang ni Mamma tak makan pun
Tak sempat sangat dah
Tak pe, kedai cina depan taman Mamma pun ada jual ni hehe ;p

Tapi memang best dapat jumpa kawan-kawan lama
Yang dulu selim tapi sekarang montel-montel
Harap tahun depan jumpa lagi ;))

Monday, September 20, 2010

MAMMA MEROYAN NAK JUGAK SATU! ;P

Hati Mamma at Monday, September 20, 2010 7 Tukang Tambah
Sejak2 terjebak dengan blog Kakak Melben tu
Sejak itu jugak la pasang anganan nak meroti macam dia
Nak jugak beli maid yang pandai buat roti cam kat bawah ni

Pastu pulak
Tau2 feremfuan itu pun sama berangan sama Mamma
Tapi masa ni Mamma pendam jauh dilubuk hati saja
Tapi anganan feremfuan itu sudah terrmakbul ;p
Skang tinggal Mamma aje yang berangan menatam ini ;) sorang2

Melihatkan kejayaan feremfuan itu terhadap mende ni kan
Mamma pulak cemburu hati kan
Takkan dia aje sorang nak meroti kan
Ai pun nak jugak tau
Terus je siasat feremfuan itu cane leh dapat mende ni

Pastu pulak skang ni baru Mamma nak kecoh
Yang Mamma idamkan mende ni
Itupun atas nasihat feremfuan itu la jugak
Supaya di upkan ke blog
Apa guna ada blog kan??

Mana la tau kot ada feminat2 Mamma
Yang nak pergi ke ober the sea ke
Sedara mara kat sana ke kan
Buleh la tulum belikan kat Mamma kan

Inilah dia anganan Mamma tu
Breadmakers Machine (BM)
Model dari Kenwood BM450
Sama sebijik macam feremfuan itu tau ;))

Kat Mesia bukan tadek mende ni
Tapi mahal capai nak cecah dekat 1k kata feremfuan itu tau
Kalu kat ober the sea baru RM450 katanya
Mak aih murah heh

Tu la kan
Mintak tulum kat sesapa
Yang boleh dapat kan BM ni untuk Mamma
Bukan free pon kan
Nanti Mamma bank in kan duitnya taww
Mamma akan sayam korang as a feminat Mamma tau
*Ai tau korang rasa nak cencang2 je Mamma ni kan ;p
Stetmen tu feremfuan itu jugak yang hajar ;))

Ni cukup dulu sekeping gambar ihsan dari google kan
Kan banyak2 meleleh plak kome ;p

Nanti kalu dah ada BM
Bukat takat roti yang ala2 kat bakery Mamma buatkan tau
*belom pape pun dah perasan diva roti huh
Roti dari semua negara pun boleh hahaha

2 SYAWAL HAKIMI 4 TAHUN

Hati Mamma at Monday, September 20, 2010 4 Tukang Tambah
Ok saya dah tau ;p
Mende dah basi
Tapi tapi tapi
Nak jugak tau tepek kat sini

Sementara dah sihat siket ni ;p

2 Syawal lepas bersamaan 11 Sept 2010
Hakimi sudah 4 tahun genap wo woo wooo
* ikut bulan omputih ye hadik2 ;))

Dalam kelam kabut beraya
Mana sebuk nak melayan jem atas jalan
Mana nak lari cari kedai kek buka masa raya2 ni kan

Ingat nak cari kek biasa2 aje
Duit dah tenat katakan ;p
Sekali semua kedai kek yang biasa2 tutup
* raya jugak ke cina2 nih??
Try jenguk kat SR, aik bukak pulak
Makanya kena beli la jugak khennn??

Okay
Kek menten senget
Macam kek Mak Ai taun lepas ;p
Ni gara2 terjatuh lagi dibuat oleh adik kecit Mamma
Tapi dimaafkan sebab dia sponsor separuh kek ni ;p

Kali ni beli kek Ciss! Ko Cheese pulak tapi lupa dah nama penuh kek ni
*Short term memory la katakan ;p
Asek nak telan chocholate aje kalu SR ni kan
Ini adalah 1st time sambut birthday Kimi kat kampong
Dengan cousin's & family Mamma yang tak besar
Ada siap nyanyi2 tau hahaha

Kimi gigil2 potong kek senget ;p
*Mamma perasan yang Mamma sgt kurus
Kerana Nasi biru punya hal neh


Sambutan macam biasa
Tak ada makanan sampingan2 pon
Cuma kek semata kalu sambut kat rumah
*Kalu kat kedai boleh order macam2 ;p
Tak layan nak buat roti jala, puding marbles tengit bagai
Tak reti nak buat nak2 lagi tang tengitnya tu ;p
*MR sila hempuk aku hahaha

Meh Mamma sumbat lam mulut kimi ;p



Sebuk melayan nephew's yang kecit2


Ini budak meraung2 nak tiup jugak lilin 'Abang' haha


Hakimi with his cousin's
Ni sikit aje
Lagi 3 lagi mana pergi tah

Selamat Hari Lahir Sayang Kimi
Semoga kita dipanjangkan umur dan kita dapat meluangkan masa lebih panjang
Semoga anak diberkati dan dilindungi
Serta dimurahkan rezeki. Amenn

Saturday, September 18, 2010

SUDAH DAPAT VOUCHER AIRASIA ;))

Hati Mamma at Saturday, September 18, 2010 8 Tukang Tambah
Semalam Mamma dapat email voucher dari AirAsia
Tapi hari ini baru Ai claim

Sudah lama Mamma tunggu ini voucher
Sebab orang yang senangtiasa free ini kata
Kalau flite kita delay lebih 2 1/2 jam akan dapat voucher bernilai RM200

Sebab flite Mamma memang delay lebih 2 1/2 jam
Masa nak pergi Ho Chi Minh, Vietnam hari tu
Mamma tunggu la voucher ini sampai cerah
Ingat tak dapat dah
Ye lah kan, pergi Veitnam Ogos lepas ni dah nak tengah Sept dah
Ingat tak dapat dah atau Mamma terdelete email voucher tu
Sebab Mamma akan delete terus je
Email yang tidak penting tanpa membacanya dulu ;p

Masa tu duk korek balik kat trash kot betul2 la terdelete kan ;P
Sebab email tu tak tulis daripada AirAsia
Dia tulis daripada noreply
Siap call service center AirAsia lagi untuk pengesahan
Tapi tak pernah dapat pulak
Tu yang putus asa rasanya masa tu

Rupanya memang Ai tak terima lagipun email tu
Phewwww lega :D
Hari tu Melben macam tinggal harapan je
Sekarang ni rasa Melben dah melambai2 balik :p

Ini emailnya :


Hari tu pergi 5 orang
Makanya setiap orang dapat voucher tu
Jadi dapat 5 la email tu kan



1st time dapat voucher ni
Macam ni rupanyaaa
Buka dulu amik password untuk redeem :)

Sudah Redeem dengan jayanya


Dan ini lah vouchernya
Setiap orang dapat RM200
Maka Mamma ada Voucher AirAsia yang bernilai RM1000

*p/s : Ezey!! Melben apa citer???
Tapi Voucher RM1000 macam aku sorang je yang pergi.
Yang lain tinggal. Jahat jahattt jahatttt ;p

Friday, September 17, 2010

MAMMA SAKET

Hati Mamma at Friday, September 17, 2010 2 Tukang Tambah
Raya kat Terengganu sampai raya ke-4
Pagi2 Raya ke-5 dah bertolak balik ke Melaka
Dalam pukul 1.15 am cam tu la

Petang raya ke-4 tu adik lelaki Mamma bertunang
*Nanti Mamma cerita semula


Balik dari bertunang tu
Kat dalam kereta Mak Mamma cakap

Kalu Mak ikut ko balik Melaka malam ni okay jugak
Boleh raya kat sana pulak


Mamma cakap
A'a la Mak

Malam ni siap2 kita balik la

Senyum leborr ko :))

Sampai je Melaka dalam pukul 9.30 am
Banyak sangat berentinya
Tak pe, janji selamat sampai time raya2 ni kan :p
Mak bawak haneef sekali
Sepupu Kimi ler
Kat Terengganu Isnin ni baru start sekolah

Sampai rumah je Mamma tak duduk
Terus kemas rumah, mop lantai bagai
Supaya Mak Ai selesa kan

Badan dah mula rasa gigil
Malam tadi masa nak bertolak balik Melaka dah bersin2 nak selsema

Ni selsema tak hilang lagi
Rasa sakit tekak pulakTerus jangkit batuk pulak
Yang tak bestnya
Pakej sekali dengan Asthma la pulak :((

Call ejen insurans
Esok nak pergi sepital
Kalu admit pun tak pe
Mak dah cuak
Ye lah kan, dia datang anak pulak duk sepital

Esoknya pergi lah sepital tu (Mahkota Medical Centre)
Sekali keahlian Mamma belom cukup 120 hari
Baru dalam 110 hari camtu
Hari tu ejen Mamma cakap kalau keahlian dah cukup 90 hari
Boleh la guna medical card tu

Tanya punya tanya
Kalau Asthma, Resdung keahlian kena 120 hari
Kalau demam ke selsema keahlian boleh guna yang 90 hari
Kalau accident imidiately boleh guna mediacal card tu
Pastu pulak
Kalau pergi sepital kena admit sahaja baru insurans cover
Kalu pergi sepital tapi tak admit sendiri tanggung la
Macam kes Mamma sekarang ni jugak
Plus lagi keahlian xcukup untuk Athma :(

Masa nak suruh Mamma join
Tak cakap pulak ada sakit yang kena tunggu sampai 120 hari

Rasa nak marah sangat
Sebab Mamma kena bayar sendiri bil sepital tu RM234.00 tunai
Budus betul la
Kalu Mamma tau Mamma pergi klinik panel Papa ajer

Ikut kes Mamma ni memang kena admit
Tapi keahlian belom cukup la xboleh admit
Kalau nak admit jugak kena bayar sendiri
Tak kowser la Ai kan
Baik duduk sepital kajaan kelas 1

Dah bayar RM234.00
Mamma dapat ubat seNdut Turbuhaler ni
Untuk Asthma

Datang sekali dengan ubat tablet selsema, batuk, kahak & antibiotik
Untuk kali ini, Mamma MC sampai 3 hari

Mak Mamma datang sini tak ke mana-mana pun
Duduk lepak je kat rumah
Makan tidur je la

Sekarang ni
Mamma perasan sangat2
Asthma Mamma datang tetiap bulan
Sekali datang teruk jugak
Asthma ni dapat masa pregnant kan Kimi
Lekat sampai sekarang

Kalau Mamma pregnant sekali lagi
Sakit apa pulak yang lekat gamaknya
Gerun sekali duk memikir nak tambah anak
Tapi kena tambah jugak

Yang diluar sana termasuk sanak saudara serta taulan
Sabar menunggu adik Kimi yerk :)

Sekarang tengah melepek je kat rumah
Tapi alhamdulillah sudah beransur pulih
Mak Mamma pun dah balik pagi tadi
Hantar Mak kat Melaka Sentral naik bas pukul 9.30 am

Kimi pun demam, selsema sama cirit pulak
Sangat tidak bermaya rasanya
Mana tidaknya nak ulang masuk tandas
Malam tadi dah jumpa doktor amik ubat

Minta maaf ye mak
Tak dapat nak layan Mak sangat
Mana yang terkurang minta dihalalkan
Bulan depan kita jumpa lagi InsyaAllah
Kita holiday kat Langkawi ye Mak ye :D

Monday, September 13, 2010

NASI SOTO DI PAGI RAYA SUDAH SIAP TAPI MAMMA TAK SIAP!

Hati Mamma at Monday, September 13, 2010 1 Tukang Tambah
Siap!!
Meh makan
Mamma sediakan Nasi & Mee Soto di pagi raya
Tahun ni Mamma tak buat rendang pon
Rasa macam tanak makan rendang
Lagipun sebelah timur mana main dengan rendang2 ni haha :p

Siap dengan kuah soto sekali
Tapi kenapa Mamma tak siap2???

Meh la korang tengok weh

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Huwarrgggghhhhh!!!!!!

.

.

.

.

.


Kenapa Mamma tadok kat bawah ni??
Yang ada muka2 tak glamer ni aje...


Sebabnya kan sob sob sob

.

.

.

.

.

.

.

Baju raya Mamma tak siappppppp
huwarghhh la kan

Lepas siapkan soto tadi
Mamma naik mandi
Pastu terus je sarung kain batik dengan tshirt
Amik gambar macam lepas pantang je lah!

Semangat tau
Jun 2010 dah tempah baju tu
Tapi tetap jugak tak siap2

Tailor Mamma kata pukul 10.00 am baru siap baju tuh
Dalam dekat pukul 11.00 am gak baru siap
Makanya

.

.

.

.

Tarrraaaa
Ni lah tokey Nasi Biru tu
hahahaha

Baju Mamma bukan glamer pon
Yang duk kecoh sesangat tu hehe
Tapi tu tetap Baju ai tahun ni

Kasut Mamma tinggi sangat
Tak ingat yang laki ai tu sama tinggi dengan ai :p

Lepas sembahyang Jumaat gak kitorang jalan2
hu hu hu hu

Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDILFITRI

Hati Mamma at Tuesday, September 07, 2010 6 Tukang Tambah
Tajuk dah nak raya sangat dah tu
hahahaha

Lagi 2 hari Mamma nak meniaga
Hari ni dengan esok
Harap-harap jualan mencecah ribu-riban la :p

Esok malam plak lepas meniaga
Dalam 3 pagi dah nak blah balik kampong dah
Harap2 jugak selamat sampai

Nasib la rumah Mamma bukan macam tongkang pecah
Walaupun meniaga siang malam
Rumah Mamma menten macam biasa
Macam tadok pape berlaku kekdahnya

Sebabnya lepas berlumuih dengan masak Nasi Biru
Mamma terus kemas je
Takdek la main tangguh-tangguh tu
Itu mencari nahas namanya ;)

Hari tu Mamma duk bising
Langsir tak sangkut elok lagi
Tapi semalam dah setel
Siap gosok lagi langsir tu :))

Malam tadi
Lepas balik makan dari kedai
Kimi terloncat-loncat <<-- mana pernah duk sopan santun dia nih!
Sekali dia tersembam kat car porch
Muka kat simen <<-- baik punya menepek kat simen tuh!
Mamma dengan En. Papa pergi bantai bambu kimi :p

Sekali Papa cakap kat Kimi
Eh Kimi, gigi Kimi patah
Tulah lain kali telompat-lompat lagi sampai jatuh
Toksah la duduk dendiam!

Mau tak melalak satu Taman Pasir Emas
Masa nak tidur tak habis lagi dia melalak
Asyik duk pegang gigi dia sambil cakap
Ni gigi Kimi ni Mamma

Mamma plak cakap
Tu bukan gigi, tu gusi tu ;P
Bantai melalak lagi kakakaka
Pastu suruh dia tidur
Sebab Mamma cakap
Kimi tidurlah! Kalu tidur gigi tu tumbuh balik pagi esok ;P
Menaya si Kimi aje mak pak dia kekekeke

Pagi tadi pulak
Bangun tidur aje
Kimi cakap
Gigi Kimi dah lumbuh Mamma :)) <-- perkataan tumbuh tu 1st time dia dengar pastu agak2 je lah dia sebut hehehe
Dia punya senyum seolah2 baru dapat gigi pelesu yang baru hahaha

Sebelom pergi kerja
Perabihkan menjemur stok baju bajan yang menimbun
Okey bukan malas lagi
Tapinya sebab hujan memanjang
Tu yang menimbun jadinya
Tapi Mak tetap suka hujan biarpun menimbun baju tuh tak kering :p

Dan sekarang ni pulak
Mamma tak sabar rasanya nak pergi meniaga petang ni
Sebab makin dah penghujung puasa ni
Nasi Biru Mak semakin mendapat sambutan
Tu yang duk beharap sangat tu dapat ribu-riban <<-- Takdek maknanya lah!!! Masak nasi biru takat 5kg pun angan cecah ribu piiirraahhh!!! :p

Akhir entry pulak

Mamma, Papa dan Kimi ingin mengucapkan;

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Kepada semua rakan blogger!


Mamma menyusun sepuluh jari dengan hati yang paling tulus
Memohon seribu keampunan sekiranya terdapat kesilapan
Sepanjang kita berborak, bergurau dan kenal ni

Thursday, September 2, 2010

NGANTUK WEIII!!!!!!!!!!!

Hati Mamma at Thursday, September 02, 2010 10 Tukang Tambah
Mak letih nyah!
Tak cukuo tidor!!!
Hari2 duk bangun kul 5.00 pagi
Tido malam plak pukul 12.00 tgmlm

Nasi biru punya penangan
Sadis betul kan???
hahahaha
Apa nak buat sebab mak jugak yang gatal nak meniaga kan????
Harung aje ler

Mak dah ada regular customer yu!!
Suka jugak kan
Ada jugak orang boleh terima nasi biru Mak ni kat tekak dorang
Mak perasan dalam 4-5 orang jugak asyik duk ulang datang beli
Yang lebih2 tatau dah
Sebab ramai sangat umat yang datang PARAM tu
Mana nak ingat sesatu :p

Walaupun tak sehebat Nasi Ayam Linda Onn
Orang beratur kan
Tapi sudah mencukupi untuk percubaan kali ini haha :p

Masa minggu kedua puasa plak kan
Mamma dapat booking untuk Nasi Dagang untuk 100 orang
Tapi sayang kena lepas kan
Sebab orang tu nak raya ke-3

Mamma pulak kat Terengganu masa tu
So tak boleh la nak amik tempahan tu
Kalu tak sonotnyaaaa
Dah berangan yang bukan-bukan dah hahaha :p

Ngantuk lar weii
Aduu lambatnya balik kerja
Bosan tahap gaban dah duk opis ni
Komputer semua rosak mampus jahanam dah
Cuma tinggal satu ketul je
Ni pun duk kelip-kelip tinggal nak mampus jugak

Hati duk runsing
Tingat kat langsir yang dah kering tapi tak sangkut2 lagi
Basuh hari merdeka tu hari
Tadok masa betul nak pasang pin tu
Padahal 2 panel aje pun

Tak semengah rupa rumah Mak tau
Kain langsir yang kering tu
Main sidai2 cam tu je kat grill
Kasi tutup isi dalam rumah hahaha
Dah macam rumah tumpangan bangla/indon dah gayanya
Kat rumah kedai 2 tengkat depan taman Mak tau :p

Raya ni pakai langsir itu la jugak
Taun lepas punya
Tak pelah! Janji ada kain kat setiap panel tingkap rumah Mak
Takdelah telanjang bogel rumah Mak tau :p

Mode : Nak tidor sampai seminggu boleh???? :p

Wednesday, September 1, 2010

ADA BUDAK MENYEBUK!

Hati Mamma at Wednesday, September 01, 2010 2 Tukang Tambah
Ini budak bangun pukul 5.47 pagi tadi
Masa Mamma berposak siapkan nasi biru dengan 10 geng kerabunya
Tahu-tahu dah terjegul kat dapur je..
Sampai Mamma kata

Opocot mak ko!!!!!!!..
Terperanjat Mamma tau!..


Budak ni boleh je sengeh
Katanya nak air

Kasi minum terus suruh dia sambung tidur
Atur dia kencen jap terus tepuk dia kasi tido

Lari sambung ke dapur
Tengah leka lagi
Dia datang dapur lagi kata nak tolong Mamma
Aduh sudah
Nak mengacau la gamak ni

Nak tolong sangat
Kasi dia serai masukkan dalam nasi
Suka la dia kita support dia tolong kita buat nasi biru

Sementara nasi biru masak tu
Mamma terus je masuk bilik nak tidurkan dia semula
Dalam hati

Aduuuu ada yang tak siap barang aku nak meniaga hari ni
Kena layan budak ini la pulak
Napa lah boleh jaga pepagi buta ni

Agak-agak dah tidur
Sekali dia cakap

Mamma, i can see the sun!!!!


Sudahh!!!
Dah terang ni
Dah dekat pukul 7 dah ni
Nanti nak pegi keje lagi kan
Lantak la Mamma nak siapkan yang belom setel lagi kat dapur nun
Tanak tido sudah!

Sampai dapur je
Rupanya budak ni membontot pulak
Tengok nasi dah kering dan masak
Boleh dia kata dia yang masakkan nasi tu
Adehhhh.... yolah!
Tolong campakkan serai aje pon nyeh!

Mamma kekelamkabut jugak
Buat keje sambil belari2 kat trek rasanya
Siap semua terus lari mandi
Pastu pecut keter hantar Kimi!
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting