Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDILFITRI

Hati Mamma at Tuesday, September 07, 2010
Tajuk dah nak raya sangat dah tu
hahahaha

Lagi 2 hari Mamma nak meniaga
Hari ni dengan esok
Harap-harap jualan mencecah ribu-riban la :p

Esok malam plak lepas meniaga
Dalam 3 pagi dah nak blah balik kampong dah
Harap2 jugak selamat sampai

Nasib la rumah Mamma bukan macam tongkang pecah
Walaupun meniaga siang malam
Rumah Mamma menten macam biasa
Macam tadok pape berlaku kekdahnya

Sebabnya lepas berlumuih dengan masak Nasi Biru
Mamma terus kemas je
Takdek la main tangguh-tangguh tu
Itu mencari nahas namanya ;)

Hari tu Mamma duk bising
Langsir tak sangkut elok lagi
Tapi semalam dah setel
Siap gosok lagi langsir tu :))

Malam tadi
Lepas balik makan dari kedai
Kimi terloncat-loncat <<-- mana pernah duk sopan santun dia nih!
Sekali dia tersembam kat car porch
Muka kat simen <<-- baik punya menepek kat simen tuh!
Mamma dengan En. Papa pergi bantai bambu kimi :p

Sekali Papa cakap kat Kimi
Eh Kimi, gigi Kimi patah
Tulah lain kali telompat-lompat lagi sampai jatuh
Toksah la duduk dendiam!

Mau tak melalak satu Taman Pasir Emas
Masa nak tidur tak habis lagi dia melalak
Asyik duk pegang gigi dia sambil cakap
Ni gigi Kimi ni Mamma

Mamma plak cakap
Tu bukan gigi, tu gusi tu ;P
Bantai melalak lagi kakakaka
Pastu suruh dia tidur
Sebab Mamma cakap
Kimi tidurlah! Kalu tidur gigi tu tumbuh balik pagi esok ;P
Menaya si Kimi aje mak pak dia kekekeke

Pagi tadi pulak
Bangun tidur aje
Kimi cakap
Gigi Kimi dah lumbuh Mamma :)) <-- perkataan tumbuh tu 1st time dia dengar pastu agak2 je lah dia sebut hehehe
Dia punya senyum seolah2 baru dapat gigi pelesu yang baru hahaha

Sebelom pergi kerja
Perabihkan menjemur stok baju bajan yang menimbun
Okey bukan malas lagi
Tapinya sebab hujan memanjang
Tu yang menimbun jadinya
Tapi Mak tetap suka hujan biarpun menimbun baju tuh tak kering :p

Dan sekarang ni pulak
Mamma tak sabar rasanya nak pergi meniaga petang ni
Sebab makin dah penghujung puasa ni
Nasi Biru Mak semakin mendapat sambutan
Tu yang duk beharap sangat tu dapat ribu-riban <<-- Takdek maknanya lah!!! Masak nasi biru takat 5kg pun angan cecah ribu piiirraahhh!!! :p

Akhir entry pulak

Mamma, Papa dan Kimi ingin mengucapkan;

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Kepada semua rakan blogger!


Mamma menyusun sepuluh jari dengan hati yang paling tulus
Memohon seribu keampunan sekiranya terdapat kesilapan
Sepanjang kita berborak, bergurau dan kenal ni

6 Tukang Tambah:

-anidaothman- on September 7, 2010 at 3:31 PM said...

hgahahahahah..noti tau mama kimi nie..tipu kimi..gg leh tumbuh kalo g tido...ahahahahahha..

beb, aku doakan bisz ang kencang...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...aku doakan semoga pejalanan ang SELAMAT PEGI BALIK...insya'ALLAH

Iman's Umi on September 7, 2010 at 3:38 PM said...

Slmt ari raya gak tuk Mamma & family...kelakar btl suami isteri ni ngenakan anak teruna mereka ye...sian Kimi bersedihan, klu btl2 patah, kena tggu raya korban la Kimi, ganti ngan gigi lembu (mau Kimi melalak lg)...tima kasih Mamma, dh smpi.

Mamma on September 7, 2010 at 3:40 PM said...

nid's : kalu aku noti, kimi dabel3 noti..pecayalah!

tenkiu nida mendoakan aku :))
ang pun sama semoga selamat semuanya

Mamma on September 8, 2010 at 9:06 AM said...

imans : dh sesiap gantung ke umi :p

Lady SharpShouter on September 8, 2010 at 1:43 PM said...

selamat ari raya gak cik kak.dah dpt ribu riban jgn lupa bg duit raya. alamat ada dah tu. nak nombot akaun pun den boleh bagi. hahahah

Mamma on September 8, 2010 at 2:43 PM said...

nak duit kena salam..
mana ada main tansfer2 neh :p

p/s : selamat hari raya jugak

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting