Friday, July 8, 2011

JUALAN KARNIVAL 1MALAYSIA

Hati Mamma at Friday, July 08, 2011 2 Tukang Tambah
Ini kerjaan minggu lepas punya
Mamma masuk Karnival Jualan 1Malaysia
Saja la kan, mana tau tudung2 Mamma boleh habis ;p

Karnival
berlangsung selama 3 hari
Rentung gak la Mamma kat sana



Mana la orang ni ;)
Selain tudung, sebagai penambah perisa jualan
Mamma ada jual kerongsang jugak

Jualan Karnival 1Malaysia tu dah selamat
Jualan agak boleh tahan

Mana yang berminat nak beli online barang yang Mamma jual
Sila add :-

http://www.face
book.com/NurzaShop

Selamat mem
beli belah ;))

Thursday, July 7, 2011

TRANSFORMERS III - DARK OF THE MOON

Hati Mamma at Thursday, July 07, 2011 2 Tukang Tambah
Semalam balik kerja awal sejam
Sebab nak persgi usha kereta yang jimat minyak kat Jasin
Tapi tatau lagi nak amik ke tidak

Lepas balik dari Jasin
Terus singgah Melaka Mall
Memenuhi tuntutan perjanjian yang telah ditandatangani dengan anak bujang
Menonton Transformer III
Thanks Papa for the tickets :))


Tiket pukul 8.00 malam
Cerita yang pada mulanya sangat bosan sampai Mamma ke tahap tak paham jalan cerita dah
Macam biasa, bujang teruna pun terjebak sama tak paham sehingga beliau pun hilang punca
Duk merayau dari satu kerusi ke kerusi yang lain
Sambil menjerit-jerit macam orang jual aiskrim pulak Mamma tengok ;p

Pertengahan sudah best sebab autobots dah banyak main peranan
Masa ni bujang teruna dah duduk diam
Mamma pulak sangat asyik tengok heroin dia yang superb seksi bibirnya
Mamma yang bukan jantan ni pun tergoda kehkehkeh
Badan dia pun menggiurkan sungguh hahaha

Rosie Hungtington Whiteley nama heroin dia
Korang search la sendiri kalau nak kenal
Tapi serius cakap memang lawooo

Satu hari tak makan kami anak banak
Cuma makan pop corn dalam cinema ajerk
Habis citer samapi 10.30 malam
Terus balik tido
Sangat leteyyyy

Wednesday, July 6, 2011

WELCOME BACK ;)

Hati Mamma at Wednesday, July 06, 2011 0 Tukang Tambah
Alah, buka pernah bersara pun kan hahaha
Saja kasi gempak kat korang
Dah 3 minggu lebih ek takde entry baru
Sibuk la tambah lagi bluetooth handphone Mamma mengong tahap langit ketujuh!
Jadinya kerja-kerja transfer gambar bermasalah ler
Tak syok la takdek gambar kan

Sejak-sejak format laptop 4-5 bulan lepas
Laptop cam ta tak boleh support untuk bluetooth lak
Tapi sebelum2 ni guna handphone cabuk boleh pulak
Skang ni tukau telefon canggih sket terus tak boleh **canggih la sangat kan hahaha

Tapi semalam teragak nak call kawan seperjuangan di PID
Pagi tadi dia try tengok tapi tak buat pape, boleh pulak bluetooth ni
Hahaha memang nak kena hempas kan!
Pape pun tenkiu Suhamdy!!

Takpe la, lepas2 ni bluetooth dah ok
Entry desup cam biasa la 3-4 kali post sehari ;p
**banyak la ko!!!!

Sebagai tak menghampakan kome
Dan membuktikan gambar dapat transfer melalui bluetooth talipon
ekekeke

Anak bujang Mamma dengan rambut sebelom potong haritu ;)

Sunday, June 19, 2011

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

Hati Mamma at Sunday, June 19, 2011 2 Tukang Tambah
Tadok kena mengena dengan pisang langsung hahaha

Okey serius
Ini bukan Inner yang hendal dijual
Jadi tak payah la nak tenung2 nak pilih kaler apa korang berkenan!

Ini adalah kapal yang kata nak bayar pisang pergi belayar tadi la
Tapi ini rupa yang belum dibuka dijadikan kapal

Lepas dibuka jadilah kapal kertas!
Hahahahaha

Hebat pujian yang Mamma terima dari Kimi gara2 kapal kertas ni

Tak sangka mamma boleh buat semua ni


Memang la kan
Mak orang lain paling2 hebat pun buat 2 je kapal agaknya
Pastu malas la nak layan hehehehe
*ye ke aku ni, ntah2 korang buat sampai xboleh bilang tak??!!!

Mamma je melayan sampai banjir opis Mamma dengan kapal2 kertas
Mau tak hebat kan kekekeke

Ini semua gara2 Kimi ikut Mamma pergi opis la musim cuti sekolah haritu
Habis kertas warna kat opis Mamma
Tapi tak pe, kertas2 warna tu semua Mamma beli dari duit poket sendiri ;)
Ada orang kesah ke??? ;)

Kapal2 ni dibawak baliknya ke rumah sampai karam isi rumah
Pastu bersepah2 sampai Mamma naik saru balik
Adehhhh

Saturday, June 18, 2011

PICNIC DAN KEJADIANNYA

Hati Mamma at Saturday, June 18, 2011 0 Tukang Tambah
pheeeew pheeeewwww phewwwww
Lama sgt tak masuk
Dengan kenkangan masa dan kerja yang menambah
Tapi yang pasti bukan kerja kat opis!
bhahahahaha ;D

Cuti sekolah lepas Mamma tak kemana2
Cuma ada je melepek kat rumah
Tapi kakak Mamma dari Terengganu menyerikan rumah ;p
Dengan anak2nya

Kimi girang tak terkata
Sebab ada orang yang dia boleh jadikan kawan ;p

Mamma amik keputusan bersama
Pergi picnic di pantai PD
Hari2 lain melangguk kat shopping centre aje lewr :p
Tapi yang beast, adik kecit Mamma pun ada
Dia amik cuti sama

Siap bawak makanan la kan
Dah kata pun picnic!

Kimi memang pantang dengan air
Bukan pantang apa
Tapi pantang jumpa terus je nak terjun
Sampai tak ingat makan semua
Nak berendam aje

Kalu kat rumah pun sama
Kalau serah dia mandi sorang
2 jam belum tentu siap, asek duk main air aje

Mamma tak mandi
Cuma serah tugas kat adik kecit pantau bebudak ni mandi
Time adik kecit pergi makan
Tinggal Kimi berdua dengan kazen dia ni
Cuma pantau dari darat je la sambil makan plus borak2

Kimi memang berani punya budak!
Tengah2 borak tau2 dia kat tengah dah sikit
Tengok muka dia tenggelam timbul

Kimi lemas!!!!!!!!
Punya gelabah sesekor!
Leka lagi!

Dua kali gak keadaan ni terjadi
Takut mak
Terus je ajak naik pastu balik
Kimi memang tak serik budaknya
Aishhhhh

Sebelum balik, snap2 tak dilupakan ;p


Ini dia Kakak dan keluarganya
Suami kakak tak datang, bz kerja katanya
Maklom ler, sorang je bekerja kan

Lepas pada tu, singgah kat pantai Teluk Cenang
Kat pantai ni memang ramai orang
Mamma lepak kat depan sket, tak ramai orang dan sesuai untuk bebudak
Lepak kejap terus je balik

Kakak, nanti datang lagi kalay free ye! ;p

Cuti sekolah berlalu
Rutin Mamma senang sikit sebab tak perlu usung Kimi pergi kerja pagi dan petang
Cuma sekarang ni usung belah petang aje
Terpaksa la kan


Tuesday, June 7, 2011

LAYAN

Hati Mamma at Tuesday, June 07, 2011 2 Tukang Tambah
Mamma suka sangat layan lagu ni
Masa pergi Bandung haritu la ni
Sana banyak penyanyi jalanan

Ariel Peter Pan dulu2 sebelum penyanyi jalanan macamni jugak
Suara memang layan abes ;))
Jom layan lagi



Biasanya memang diorang datang menyanyi depan tourist bagi mendapatkan sedikit tip
Kat sana dorang tak mengemis walaupun miskin
*memang ada yang mengemis tapi semuanya pendatang
Diorang akan buat apa saja kerja yang halal untuk mencari rezeki demi memenuhi perut
Sebab kebanyakkannya adalah Islam
Salute rakyat Bandung ;p

Monday, June 6, 2011

MAMMA SERAH JE

Hati Mamma at Monday, June 06, 2011 2 Tukang Tambah
Mana taknya kan
Mintak tolong sama manusia, manjang tak jadi *aiyakss
Sekarang ni cuma serah kat pencipta saja la

Jumaat lepas Mamma terpaksa tinggal Kimi kat rumah sendirian
Ye lah, dah nak pergi kerja
Nak bawak kerja bukan tak boleh tapi ..
Masalah penjaga Kimi berlarutan sampai sekarang

Papa kerja malam, masuk pukul 9.00 malam
Sementara Papa balik kerja pukul 9.30 pg sampai rumah
Mamma keluar rumah 8.20 pg keluar pergi kerja
Dalam masa lebih kurang sejam tu
Mamma terpaksa redha

Sebelum keluar rumah
Mamma siap 'on'kan TV cenel kegemaran Kimi
At least masa Kimi terjaga dan keluar bilik cari Mamma
Dia terpandang TVnya tu tengah on
Mungkin melekakan Kimi sekejap *harap

Pastu sebelum keluar
Siap pesan macam2 lagi
Jangan buka pintu keluar rumah
Jangan main kat luar
Jangan pergi dapur dan macam2 jangan lah

Pagi tadi kejadian sama berulang
Ditinggalkan lagi sementara tunggu Papa balik
Memang dia tidor je kan
Tapi tetap risau apa2 berlaku
Yelah, Kimi tak pernah sensorang kat rumah tu walaupun dah 5 tahun
Takut jugak apa2 yang jadi

Tapi nak buat macamana
Sungguh-sungguh Mamma dah tak ada arah lagi
Masa ni la Mamma mintak tolong Allah saja yang menjaga Kimi :|
Nanti dah sekolah dah senang la sket
Ni sebab cuti sekolah
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting