Saturday, April 30, 2011

Hati Mamma at Saturday, April 30, 2011 3 Tukang Tambah Links to this post
Ini gambar setakat malam tadi (3hari kena campak)
Bijik2 cacar air tu dah tumbuh melata dah
Bawah leher, atas kepala, tepi telinga, keliling boboi, atas belakang, aii semualah!

Mamma pulak demam dari malam semalam lagi
Pagi semalam demam makin teruk
Tapi tetap jua ke PID sebab Khairil KPKK nak datang
Nak amik report inventori

Nasib la Papa tak kerja
Jadi Papa lah segalanya
Dari melayan Mamma nak makan ubat sampai la ke bujang
Nak sapu2 calamine lotion kat Kimi
Lega la Mamma nak mengerang sakit kepala sorang2 diri pun ;p


Setakat malam tadi, bujang meraung sekali je
Itu pun agaknya tak tahan sangat gatalnya
Pulak tu sekarang ni bukan main susah nak makan ubat
Tak tau la kenapa, kecit2 dulu senang je sumbat ubat

Dalam pada gatal tu
Mamma mandikan jugak Kimi ni
Pas mandi dia tak menangis
Lega la gamaknya dari miang2 tu
Mandi siap sabun!

Ada gak tanya dia kot2 sakit ke pedih ke apa kan
Dia kata tak, lega la sket

Skang ni tengah telentang atas sofa
Mamma pulak, tengahari ni baru kurang sket sakit kepalanya
Tapi keneneng ada lagi

Ni pula Papa baru dapat sms dari kakak dia
Katanya malam ni nak buat majlis tahlil genap seminggu Abah 'pergi'
Rasa Mamma tak dapat pergi kot dengan keadaan Kimi yang makin tak keruan harini
Harap depa semua paham la tu
Mamma pulak badan tak berapa nak sendit lagi ni

Thursday, April 28, 2011

BUJANG KENA CAMPAK

Hati Mamma at Thursday, April 28, 2011 2 Tukang Tambah Links to this post
Dalam kalut2 ayah Papa meninggal hari tu
Letih buat tahlil 3malam hari tu pun baru kurang sikit aje
Ni pulak bujang Mamma sorang ni kena demam campak


Mulanya perasan masa nak mandi maghrib semalam
Ada biji2 air keluar 5-6 biji
Hari ni lagi banyak sampai nak penuh satu badan

Dalam rambut kat kepala semua ada
Petang tadi call Mocik Rehan cemana nak handle budak campak ni ;p
Dia kan berpengetahuan luas dalam campak2 ni sebab anak dia kena 20rang sekaligus haritu ;p
Rupanya jangan makan yang gatal2 macam udang sotong bagai kan
Cuma boleh kasi bubur, kasi ikan merah, selar kuning dengan ikan tenggiri

Setakat ni tak merengek lagi la
Mungkin sebab biji2 air tu tak pecah lagi
Mamma ada gak sapu calamine lotion tu
Malam tadi dah pergi klinik dapatkan ubat sket

Keadaan Mamma pulak macam harem
Perut kembung aje 3-4 hari ni
Semalam sakit belakang membawak sampai harini
Rasa badan letih sangat2
Sebab kurang makan rasanya sejak Abah meninggal hari tu

Letih sangat2
Cuma sekarang ni kena bertabah aje la
Dengan apa saja dugaan :|

Sunday, April 24, 2011

ABAH PULANG KE RAHMATULLAH

Hati Mamma at Sunday, April 24, 2011 7 Tukang Tambah Links to this post
19-22 April 2011 balik Terengganu
Kimi ponteng sekolah ajelah
Malas nak pikir dah pasal kerja dan babysitter

Mamma balik berdua dengan Kimi je
Masa kat Terengganu hari Khamis (21 april)
Papa cakap abah (FIL) demam, dah 3 hari tak boleh bangun
Mamma suruh pergi hospital tapi Papa cakap abah tanak

Lepak sana sampai Melaka pagi sabtu (23 april)
Sampai Melaka Sentral dalam 4.30 pagi, Papa jemput Mamma dengan Kimi terus ke hospital
Rupanya abah dah masuk hospital Jumaat malam (22 april)
Dalam kereta Papa tak cakap banyak, cuma rushing back to hospital saja

Kami sampai sana semula, abah dah meninggal
Terkedu Mamma tak tau nak kata apa

Perginya seorang insan menyahut seruan ilahi
Mamma tak sempat memohon kemaafan kali yang terakhir

Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Dan semoga segala kesalahan abah diampunkanNya

*Maafkan segala kesilapan saya terhadap abah selama ni ye abah :|

Thursday, April 14, 2011

LEPAS KONTRAK

Hati Mamma at Thursday, April 14, 2011 2 Tukang Tambah Links to this post
Kontrak tamat Jun 2011
Semua plan b macam tak smooth je
Semua angkara orang lain!

Apa lagi aku nak buat selain menunggu plan yang tersangkut tu??

BUNTU!!

Tuesday, April 12, 2011

SIGH

Hati Mamma at Tuesday, April 12, 2011 2 Tukang Tambah Links to this post
Kalini betul2 *sigh*

Sebabnya :

- Cik Jai tak jaga Kimi dah, dia dapat kerja lain
- Jemu dah cari babysitter
- Gaji lom masuk lagi *tiap2 bulan lambat
- Dada rasa sesak dan sarat
- Tambah pulak badan rasa nak demam *lagi tambah down
- Malas masak *sanggup je lapor
- Semua plan b tersangkut tengah jalan!!

Semua ni buat aku serabuk perok!!!
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting