Thursday, December 31, 2009

KESIBUKAN MELAMPAU DI HARI AKHIR 2009

Hati Mamma at Thursday, December 31, 2009
Mamma coti lagik hari ni..menghabiskan coti tahunan yang masih lagi berbaki 5 hari.. Banyak lagi kan kan kan?..So nak story sket, Mamma kalu coti sememangnya harap maklum...Busy sangat-sangat megalahkan kerja-kerja yang bersepah kat opish! (Bersepah ker??..ke memang tadok keje..hu hu hu)..teng teng teng....antara kerja yag telah dilakukan selepas sehari suntuk ber'busy'..kena amik gambar kalu tak korang mesti tak percaya...gambar kat bawah siap basuh garaj luar..sampai boleh tengok muka Mamma kat simen tu.. kalau korang tengok??...muka korang la yang nampak..apolah!


Tengok..tengok...basah lagik (maknanya korang kena percaya!)
Si Kuda Hitam kat luar tu..Mamma tak basuh, harap maklum (x rajin lagik ler hehe)



Percaya lagi yek...
Walupaun pelik kalu Mamma pakai kasut neh..
Tapi Mamma tebal jugak tangan menyapu kiwi pengilat kasut neh!! (siap kiwi kasut Papa..erks)


Masih lagi rajin..rumah Mamma dah jadi 2 dimensi dah (punyala rajinnn isk isk isk)
kalu tak takde la macam ni...hari biasa cuma 1 1/2 dimensi jerk..


Selepas mengemas, menyapu dan membasuh sebahgian rumah neh,
Mamma bergegas ke dapur lak nak memasak..
Tapi tak masak!!..(sila percaya ye..nanti korang tau..ceritanya kat bawah!)



Sambil Mamma memasak tapi tak siap tuh, hari ni Papa ada kat rumah, baru balik kerja malam..
Tengah duk melayan Kimi main game PS2, Papa terlelap (erkss...jaga ke macam neh??)



Mamma bergegas bersiap untuk isi borang pendaftaran Kimi untuk ke kindergarten... (huh sebab tu la Mamma tak siap masak tau...bukan malas heh)
Borang tu plak, dah berkurun ambik tapi tak isi (isk tak kose lah!)..
Mamma terpaksa bekejar untuk pendaftaran ni sebab esok 1 Jan 2010 (Jumaat) dah holiday, Isnin (4 Jan 2010) hari pertama
Kimi start ke sekolah..
Masa tengah isi form ni pun, jam menunjukkan pukul 3 lebih dah..
Masa Mamma kalut-kalut isi form tu, Kimi sama laju ngan Mamma sumbat beg dia ngan buku-buku yang sememangnya Mamma ada belikan untuk dia masa umur 2 tahun hari tu! (sila bayangkan punya la lunyai buku tu) sambil berkata
"Kimi nak g syekolah!"


Mamma : heh, beg tu simpan ler..(huh sambil merengus-rengus sebab dah lambat)
Kimi : alah, Kimi nak bawak, Kimi nak g syekolah..

Mamma : simpan lah! (kena tengking..erkss)
Kimi : yelah! syimpan lah!

Mamma kesian lak tengok tak dapat bawak beg tuh, alah apa la sangat bawak beg, motivasi sket kat budak neh nak menuntut ilmu (hati Mamma cakap sorang-sorang..gila ke??)

Mamma : pegi lah amik..Kimi bawak.. (deal..thumb up!)
Kimi : Bawak beg heh Mamma??????? (soke sangat!)
Mamma : yelah yelah (dah dapat bawak tanya lagik..kang tak kasik bawak kang!)



Disebabkan tadi dah masak tapi tak masak..
Masa on the way nak pergi ke kindergarten Kimi, kitorang singgah kat warung 'coconut shake' sambil pekena makan nasi lemak bungkus daun pisang panas...hehehe erkss


Ni lah dia Tadika Kimi.........
Namanya Tadika Klebang Ria ataupun dikenali sebagai Wonderkid..
Ponyalah makan laju-laju..ropa-ropanya Mrs Principal takdek..
Keluar sodah!

Punyalah duk kejarkan tadika tu (tapi tak berbaloi sebab tak masak apa yang Mamma bercita-cita nak buat waarrrgghhh..)
So kitorang ambil keputusan ke Melaka untuk membeli barang PID..(sempat lagi curik masa bekerja..barang opish!)


Balik dari Melaka, singgah Wonderkid lagik... ini kali Mrs Principal aderr..
Kimi memang disengajakan pakai selipar jepun cap spiderman..senang nak basuh kaki!
Baju Kimi pun tukar sodah sebab baju tadi dah basah kena air!


Mamma mendengar segala terma dan syarat yang sudah tertakluk ituh!..hu hu hu
Yuran untuk pendaftaran termasuk bayaran bulan Jan serta deposit November adalah RM1033.00 ...huk huk huk
Setiap bulan Mamma akan bayar sebanyak RM250.00 (start bayar Feb ni la sampai Okt)
Setel dekat pukul 7.00 petang..

Malamnya pulak, masa Mamma menulis n3 ini, Papa dan Kimi dah tido..
Kitorang memang sengaja tak pegi town untuk sambut new year..
sebab sudah pasti jem tahap gaban!
lepas je post n3 ini, Mamma nak tido..tata

SALAM TAHUN BARU DARI MAMMA DAN KELUARGA!

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting