Thursday, July 28, 2011

ENTRY BERGAMBAR VIETNAM

Hati Mamma at Thursday, July 28, 2011 1 Tukang Tambah
Dapat jugak gambar dari kamera canggih Makcik Rehan
Tunggu dia upload gambar kat fb sebenonya
Sebab Mamma tak amik gambar langsung walaupun dengan henpon sendiri

Gambar bawah ni masa kami sampai Saigon International Airport, Vietnam
Jam 5.20 petang masa Vietnam, 22 Julai 2011 (Jumaat)

Masing2 posing dulu
Travel bag Mamma sangat besar, sebab biasa holiday dengan mak dan adik
Tak ada beg kecit2
Mamma boleh masuk dalam tau hehe

Kamiorang duduk Boss Hotel
Walaupun hotel murah tapi sangat selesa berbanding hotel yang memula Mamma datang Vietnam
Bak kata Makcik Rehan, janji ada ekon muehehe


Line internet sangat hazab

 
Lepas shopping sikit2 untuk hari pertama
Kitorang Dinner kat V N Halal Restaurant, Vietnam
Sambil tunggu makanan sampai
Sempat la membatak kamera baru Makcik Rehan yang sanggih lagi bau kedai itu ;p

Posing dengan kopi ais yang sangat sedap
Pekat, manis dan kaw ;D

Mee Goreng Mamak Makcik Rehan
Tak sampai satu hari dah rindu mamak ke mocik??? haha

Menu kanan Mamma punya
1st time datang Vietnam dulu tak makan langsung cuisine tempatan
Kalini nak rasa jugak la sikit2

Mee Sup Vietnam, super banyak bawang nya
Tapi sup dia rasa manis2 bawang dan air daging
Sendap jugak! :)

Kopi Vietnam Mamma
Cara nak minum kopi ni sangat unik
Kena bancuh sendiri, rasa kopi yang sangat kaw dan pekat!
Terbaik meh!!

Hari kedua
Sebelum turun hotel shopping
Amik gambar depan hotel dulu


Lenjan sampai petang terus lupa amik gambar kami

Hari ketiga dah nak balik
Masa di habiskan sekitar hotel
Amik gambar sekitar Bent Thant Market saja ;)


Sapa suka cotton
Memang akak gila kentang datang sini ;)

Kredit tuk Makcik Rehan dengan gambar dari kamera sanggih lagi baru ;D

Tuesday, July 26, 2011

PERGI BALIK VIETNAM

Hati Mamma at Tuesday, July 26, 2011 0 Tukang Tambah
Pergi balik Vietnam haram tadok entry
hahahaha
Mamma nak demam tapi tak demam

3 hari 2 malam duduk Vietnam
Tapi tak dapat nak tidur pun
Tu yang lesu

Dah sampai rumah pun
Masih lagi lesu
Minggu depan nak
berniaga pasar ramadhan lagi hehehe

Hara2 cepat la sihat
Nanti rajin upload gam
bar sikit2 dari Vietnam
Itu pun Makcik Rehan saja yang duk snap sana sini
Mamma tak amik gam
bar dari kamera sendiri langsung
Nanti share gambar dengan Makcik Rean saja la

Friday, July 22, 2011

SUDAH ADA LESEN INSURANS

Hati Mamma at Friday, July 22, 2011 0 Tukang Tambah
Sebagai pekerja kontrak! ni kan
Plan sokongan bukan kena ada A dengan B saja
Malah plan mesti lah sampai ke Z! huhuhu

Jadinya sekarang Mamma tengah try banyak kerja
Yang mana masa pun sangat fleksibel dengan urusan harian Mamma nanti
Senang nak bergerak etc la kan

25 Jun 2011 lalu Mamma amik exam untuk lesen insuran
Nanti2 sapa yang nak buat insurans boleh call Mamma untuk rundingan konsultant
Pergi exam dengan harapan tak lulus
Sebab study cuma satu malam dengan tak kadar tidur yang minimum

Semalam dapat result dua paper ni semua takat lulus
Tapi tetap rasa puas hati sebab lama sangat tak amik exam dah
Rasanya dalam 10 tahun dah huhuhu

Okey paper bawah ni result untuk insurans motokar (PCEIA)
Rasa nak renew insuran kereta dan motor meh sini beratur meh ;)


Result paper bawah ni untuk insurans hayat (CEILI)
Pun mari beratur sini meh kalau nak join


Dengan ini Mamma mengumumkan
Lesen insurans Mamma dipertanggungjawabkan kepada syarikat insurans antarabangsa seperti dibawah
Lepas ni dah bebas buat insurans secara part time (buat masa ni)
Kalau sangat okey Mamma akan fokus dengan insurans

Kepada Perisai Hitam tenkiu atas support kamu
Siap duit tau! belanja aku makan

Kepada Ila dan Suhamdy
Dua orang ni yang bertanggungjawab membawa Mamma dalam dunia insurans 3-4 bulan lepas ;)
Semoga kamu terus menyokong aku!

Thursday, July 21, 2011

APA MAMMA NAK KATA NIE

Hati Mamma at Thursday, July 21, 2011 3 Tukang Tambah
Dah 2 bulan jugak la Mamma kerja bawak Kimi datang opis ni
Huru hara jugak tapi tu lah kan
Hadap je lah!

Dalam lepak opis selama 2 bulan ni macam2 la
Malas je nak taip banyak-banyak
Tapi hari ni dia main cop-cop atas meja Mamma
Macam kat bawah ni


Sekali dia pergi cop muka dia daaa...


Nak marah pun tak jadi nak marah
Nak suka pun ada tapi kena tahan
Last sekali eksperesi muka separuh marah, separuh seringai
Cane tuh???

adehhhhh lantak la kan..
Malas sungguh dah nak layan

APAM POLKADOT JADI POLKAPENYET ;)

Hati Mamma at Thursday, July 21, 2011 6 Tukang Tambah
Saja la buat apam ni selasa lepas sebab jumaat malam mak mentua nak buat kenduri arwah
Memandangkan Mamma akan fly ke Vietnam dan tidak
bersama dalam kenduri tersebut
Makan tercipta la idea nak
buat apam bagi menutup rasa bersalah! ;p

Muaahahahahahhaha Mamma nak gelak dulu ;p
Geli rasa hati tengok apam mak ni hah
Nak polkadot la sangat
Last jadi PolkaPenyet!

Ni masa nak kukus


Dah siap kukus Jadi macam bawah ni
Bukan masalah dari hijau dah masak jadi
biru ;p
Yang hijau ni kukusan pertama
Apam yang
bawah ni kukusan kedua

Yang jadi masalahnya
Jadi penyet2!
Dot-dot yang cantik semua meleret jadi panjang2


Mula tu tatau kenapa jadi camni kan
Esoknya tanya jiran
Dia kata kena taruk dalam acuan lompang yang kecit2
Nape la tak terpikir pulak haisshhhh

Walaupun dah jadi polkapenyet
Tapi rasa sangat meletopszz tau
Bujang suka giloss
Siap diberi puji-pujian lagi
Ai sungguh terharu walaupun apam Mamma sungguh tak semengah!

Siap bawah apam penyet ni sebekas besar pergi sekolah
Semua kawan-kawan kata sendap
Lapor
bujang teruna la ;D kekeke

Sepulangnya dari sekolah tetiba bujang pulak sakit perut
Sekali melepas t*ik kaler hijau!!!!
Kimi kata

Nie makan kuih Mamma la ni!!

Hahahahahahaha

Tuesday, July 19, 2011

BILA BUJANG MERUNGUT

Hati Mamma at Tuesday, July 19, 2011 2 Tukang Tambah
Pagi tadi adalah pagi yang paling tenang
Apabila bujang dikejutkan dengan ayat psiko

"Cepat bangun, kan Mamma campak dalam toilet kan'

Tanpa lengah bukak butang baju melayu, lucut seluar
Terus lari ke bilik air sambil bogel-bogel ;p

Dia tak perasan ke, kalau Mamma tak campak pun
Last sekali ke bilik air jugak kekekeke
Memang kena mandi kan ;p
Agaknya jadi takut sebab perkataan 'campak' gamaknya ;D

Dan sekarang ni, hanya stetment tu aje digunapakai untuk kejutkan bangun pagi ke sekolah
Tak tau la sampai bila boleh guna stetment tu hehehe

Mamma suruh mandi sendiri sementara nak siapkan sarapan
Lepas mandi terus pakai baju sendiri
Sambil pakai baju bujang tanya Mamma

"Papa mana Mamma???'"

"Papa kerja la, karang pukul 9.00 pagi balik "

"Alah Papa ni, asyik kerja jeeee"

Tersentap jugak Mamma
Memang sejak dua menjak ni Papa asyik kerja ajer
Kalau off day pun Papa akan overtime

Ye la dengan bulanan Mamma yang tak menentu
Lagi mau fix hutang Mamma yang Papa ambil alih semua kecuali MARA dan potongan angkasa
Nanti kalau Mamma dah betul2 hilang punca pendapatan
Semuanya dah fix dari awal kan
Jadi tak kelam kabut sangat

Sungguh sentap la pepagi tu
Dan-dan Mamma terasa Kimi ni nak bermanja dengan Papa
Agaknya dia pun dah rasa lama dah dia tidak bersama dengan Papa dia kot
Tapi memang ye pun

Terus je Mamma jawab

"Memang la kena kerja, nak beli toys, tengok wayang, pergi fun fair lagi
Semua kena duit jadi Papa kerja la nak cari duit"

"oooo ye lah..."

**bungkam

Monday, July 18, 2011

RISIK-RISIK DENGAN TEACHER MARRY PULAK ;)

Hati Mamma at Monday, July 18, 2011 2 Tukang Tambah
Mamma tak puas hati betul dengan Ms. Lee hari tu
Tadi tengahari kebetulan Teacher Marry tepi gate
So Mamma tanya la

Eh itu Ms. Lee kenapa tak kasi Kimi bawak bekal huh???
Saya pelik tau, masa U jaga Kimi last year tak macam ni
Hari tu komplen tak kasi bawak Nasi Lemak ok la
Ai terima sebab dia kata Nasi Lemak tak bagus
Tapi sekarang Mee Goreng ke, Nasi Goreng ke semua dia tak kasi bawak
Ai taruk bekal Kimi tanak bawak
Sampai sekarang dia langsung tanak bawak bekal
Kimi kata Ms. Lee marah, cuma boleh bawak biskut dengan roti saja

Ayooooo Kakak
Mana ada sekolah larang budak bawak bekal
Saya punya kelas (4tahun) hampir separuh bawak bekal
Dia ar (Ms. Lee) suka bising-bising tau
Itu ar, nasi jatuh satu saja, dia kata jatuh semua
U paham ke??

oooo maknanya dia suka besarkan mende kecit la
Cepat mau marah saja la
Eh dia tu kan, ramai parent komplen kan??? <-- ayat kepoh kekeke
Dia sendiri cakap hari tu

Ye la Kak
Dia kalau mengajar dalam kelas, lepastu kalau marah2, semua cikgu2 lain boleh dengar
Lepas tu, semua budak yang kena marah semua datang sama saya
Lepas tu saya pujuk2 okey la
Kimi kan Kak, dia memang nakal
Suka lari2, tapi biasa kalau saya cakap mesti dia dengar
Saya tengok dia treat budak2 tak bagus tau Kak

Itu la, U kan, 10x lebih baik dari dia tau
U treat budak tak sama langsung dengan Ms. Lee
Hakimi kalau balik rumah kan
Saya tanya Ms. Lee ada cakap apa2 tak??
Dia cakap tak ada
Masa U jaga last year ada jugak U pesan dia untuk tolong mak, jangan lari2 etc kan
Jadi budak ikut apa yang teacher dia pesan
Ms. Lee kan, never!
Eh dia tu bekas cikgu ke?
Apsal U tak komplen pasal dia meraung dalam kelas huh??

Dia bukan sapa2 la Kak
Kaum diorang ni mana boleh komplen Kak

Eh itu Mss. Ong kakak dia kan?? (principal)

A'a itu Mss. Ong kakak dia la
Tapi Mss. Ong tak ada, duduk wad sebab dia operate hari tu

oooo patut la
Adik owner
Eh dia kan, jenis tak mengaku kesilapan sendiri tau
Ramai parent komplen pun susah nak terima
Yang dia tau, budak2 ni yang salah
Dah nama budak nak kira apa
Dia la patut terima komplen tu positif kan

Eh kak, karang orang lain tanya cakap pasal apa
Akak cakap la kita borak pasal lain tau *eh eh tetiba pulak Marry kan

Rupanya Ms. Lee asyik tinjau2 je dari jauh Mamma tengah berbual dengan Teacher Marry
Hahahahaha
Ms. Lee pun adik principal

Okey3
Ai balik dulu la yerk

** sudah jelas dan terang
Yang Ms. Lee ni nak monopous!
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting