Thursday, January 26, 2012

ALHAMDULILLAH YA RABB :))

Hati Mamma at Thursday, January 26, 2012 1 Tukang Tambah
Lepas meroyan pasal nasi goreng tadi
Ni nak kongsi cerita Papa sket
Lama dah Papa menyepi khenn ;p

Masa memula dapat call dari pihak Astro dari selatan
Perkataan pertama terpacul keluar
ALHAMDULILLAH :))

Khamis lepas Papa ke Johor untuk menandatangi perjanjian
Antara pihak MEASAT Broadcast Network System Sdn Bhd dan Papa
Sebab Papa sudah sah bergelar sebagai authoriser bagi pihak Astro

Walaupun gaji Mamma dah kena potong hampir RM800
Memula sedih yang amat. Kejam meh!
Tapi tuhan tetap dengan janjinya
Syukur Ya Rabb :))
Rezeki anak baru meh! :))

Tak lupa juga pada Mamma punya kawan
Mid dan Nolee sekeluarga
Sebab dorang ni la yang guide kitorang cara nak apply jadi authoriser astro neh
Bulan depan dorang ni nak berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah
Semoga dorang selamat pergi dan balik
Mamma mendoakan kesejahteraan dan kemudahan untuk kamu di sana.amen.

Jadinya sekarang ni
Ini adalah part time job untuk Papa
Kena rajin2 kerja
Ahli keluarga bakal bertambah
Harap kami sentiasa bersyukur atas rezki serta limpah kurniaNya

Okey
Apa fungsi authoriser astro neh????
Job dia merangkumi kerja2 pemasangan astro untuk setiap rumah yang membuat permohonan
Tapi Papa bukan buat sale kat shopping2 tu
Papa cuma pergi pasang aje selepas mendapat pengesahan/kelulusan dari pihak astro

Pada sapa2 nak pindah
Papa boleh jugak pergi cabut piring astro kat rumah lama
Pastu pergi pasang balik kat rumah baru korang
Nak convert beyond ke, nak yang pakej PVR pun termasuk sekali :)

Lai lai lai
Sapa nak pasang astro keh keh keh
**ini sale Mamma yang buat!!

SALAH SATU SEBAB TANAK MAKAN LUAR!

Hati Mamma at Thursday, January 26, 2012 0 Tukang Tambah
Tadi lunch makan Nasi Goreng Ayam
Tapi sayang seribu kali sayang
Depa tumis cili tak masak
Mengakibatkan mulut Mamma yang cair ni terasa makan cili boh semata!

Huh! kat tepi nasi tu ada sup
Sup macam air masak beb!

Nak tulis ke tanak
Tapi tulis takut Mamma termengutuk kaw-kaw pulak!
huhuhu

Okey macam ni la
Mamma nak kongsi jugak rasa hati neh
Dah nama blog pun hatimamma meh! keh keh keh
Dengan bahasa yang puitis sekali ;p

Sebenarnya Mamma dah terperuk kat Melaka dah 13 tahun nak oiii!!!
Bukan jangka masa yang pendek atau kementot kan????
Sebahagian dari umur ni duk makan orang melaka masak aje la
Sampai 'tersihat tak semengah' pun makan hasil air tangan orang melaka jugek! ;p

Kat Melaka masakan Asam Pedas memang sendap! mantop! superb!
Sampai jilat pinggan meh! betul ni :))
Korang2 yang luar dari Melaka jangan ada ahti nak 'celen' taww ;p

Tapi kalau masak2 lain semuanya adehhh malas nak cakap
Dari kajian peribadi selama 13 taun Mamma menetap Melaka
Orang Melaka kurang pandai masak selain asam pedas!
Kebanyakan kedai penduduk tempatan yang Mamma masuk
Apabila minta menu masakan panas, hasilnya macam kat atas sinun!

Eh eh eh jangan la melenting macik kakak adik oiii :)
Bukan semua la kan
Ada jugak orang Melaka pandai masak meh!
Sedap tu
bak kata lain memang SEDAP lah!
Huh dah dapat beza dah kekekeke

Kalau ikut Mamma ni, kalau makan kedai tatkala tak masak
Mamma akan pergi kedai yang dah biasa sangat Mamma pergi
Pendek kata takut nak masuk kedai yang tak pernah pergi!
Kalau dah bosan sangat nak pergi kedai yang sama

Tak ada pilihan lain
Mamma jengah kat fast food tak pun kedai tomyam!
Ini adalah selamat untuk nilai duit poket kamiorang
Sementelah Papa pulak seorang yang cerewet makannya yang juga berasal dari Melaka
Jugak mengiyakan pendapat peribadi dari Mamma :))

Bukan tujuan nak menjatuhkan ekonomi penduduk melaka
no no no no tidak sama sekali
Nama kedai pun Mamma tak taruk taww~~~~
Tapi ini cuma ahtimamma saja

Kalau ada yang terasa, mahap la
Pastu kebetulan pulak ko ada kedai makan kan kan kan
Sila amik secara positif dan tingkatkan skill memasak
Takmo la masak membabi buta! takmo! takmo! takmo!!
Harapan semoga kedai kamuorang laku
Dan Mamma jadi pelanggan tetap kamuorang! :))

Pada pelanggan macam Mamma ni
Bukannya nak merungut rezeki depan mata
Apatahlagi kalu teringatkan penduduk dunia di somalia pun belum tentu dapat makan nasi goreng cili tak masak camni kan ;p
Tapi kami para pelanggan cuma mengharapkan pulangan nilai di atas wang yang kami laburkan!

**peace no war!

Thursday, January 19, 2012

SAYA DAH OK :)

Hati Mamma at Thursday, January 19, 2012 0 Tukang Tambah
Mamma saya pergi scan saya isnin lepas lagi
Dah 4 hari dah kan??? huhu
Kan masa saya 6 minggu saiz saya agak kecit
Masatu Mamma saya bimbang jugak

Sian Mamma saya
Penyakit dia malas datang la tu sebab tu baru harini dia up entry ni

Ok, sekarang saiz saya sudah seiring dengan bilangan minggu
Masa Mamma saya pergi scan kali ke2 ni, saya dah 8 minggu
Saiz saya sudah acceptable dengan minggu kata doktor
Sukanya saya :))

Ye la, tiap2 hari saya tengok Mamma saya duk telan folic tu
Pastu setiap pagi minum anmum
Sebab tu la saya membesar bagai juara
Sebab saya tau Mamma sayang saya :))

** Thanks God!

Monday, January 16, 2012

PENYAKIT BARU PULAK DATANG

Hati Mamma at Monday, January 16, 2012 0 Tukang Tambah
Penyakit baru datang
Sejak wiken lepas ni la
Datag rasa mual2 kat lubang tekak
Pastu siap pakej sakit kepala

Tadi balik lunch muntah buih seround
Makan asam pun xjalan
Kena tukar asam lain ke apa???anyone???
Mamma takdek pengalaman bab2 asam ni
Masa tak preg tak pernah terlibat langsung dengan dunia asam ni ;p

Pastu mata nak katup je kejenya
Wiken 2hari kan??
Padahal dalam sehari setengah tu keje Mamma tido je ;p

Malas tetap bersarang kuat dalam diri
Camne nak buat lagi
Buat2 rajin pun tak jalan
Dia rajin 2jam je lepas tido 4jam ;p

Monday, January 9, 2012

MALAS LAGI

Hati Mamma at Monday, January 09, 2012 4 Tukang Tambah

Kalau aku boleh halau MALAS tu kan senang :)
kredit to google

Malas malas malas
Tu jela yg bermain dalam palotak sejak 3minggu lepas
Pastu mata lak asyek nak katop je
Padahal baru bangun tido 30minit lepas

Haaiishhh tak tahan Mamma rasa
Sampai nak makan pun malas nak masak
Kadang2 Papa yang masakkan
Lauk yang Papa masak pun Mamma malas nak snap
Camnee???? dah tak ada bukti Papa masak huhu

Kalau nak makan kedai
Takkan hari2 nak gi kedai punggah anak laki kan
Tambah lagi makan kedai bukan memenuhi citarasa
Tambah lagi duit poket cepat ranap

Cepat la waktu berlalu pergi
Semalam punya malas
Lepas subuh terus tido balik
Bangun pukul 10.30 pagi pastu 11.00 pagi bongkang lagi smpai jam 2 petang
Pukul 6.00 ptg golek2 kejap smbil tido jaga tido jaga
8.45 mlm (lepas isyak) terus tido sampai pagi pergi kerja
Korang kira sendiri la 24 jam, wape jam je Mamma celik mata
Tu pu mata celik tapi badan baring atas sofa ;p

Bila malas asyek nak tido je la
Bila dah tido pulak, sakit habis satu badan sebab tido tadi
huhuhu

Tekak pulak asyek cari masam je
Serba serbi tak selesa
Cepat la masa berlalu huhuhu

Friday, January 6, 2012

PENGANKUTAN BUJANG DAH SETEL!

Hati Mamma at Friday, January 06, 2012 2 Tukang Tambah
Alhamdulillah syukur sangat2 sebab dipermudahkan kecelaruan hidup!
Sebabnya Kimi sudah ada orang nak amik dia lepas sesi sekolah

Petang semalam tanya Mamma nya jiran
Super Duper Ayu <-- heh x caya?? dia memang ayu lah!
Ini kat bawah muka dia anak banak :)


Tanya dia kalau2 dia boleh tolong amikkan bujang sekali
Sebab anak Ayu pun sekolah sama dengan Kimi cuma anak Ayu 5 tahun dan seorang dara ;)
Dia risau coz dia tak cekap dan jarang2 katanya bawak kereta
Tak apa..semua tu usah risau, urusan Allah pada Mamma
Kita uruskan mana yang depan mata ajer ;p

Malam tadi dia SMS katanya
boleh tolong
Lepas dah buat persidangan meja bulat ngan her husband
**eh ye betul katanya cam tu la...

Dah tu pagi masa nak pergi sekolah terus aku pesan2 kat bujang
Yang lepas sesi sekolah ni 'ibu Sara' <<- panggilan bagi Ayu untuk bujang
Akan amik kimi, jadi Kimi jangan lari2 sangat tunggu ibu Sara datang amik balik sekali
Pastu ibu Sara hantar pergi Universal

Mamma ulang balik ayat kat atas tu dari kotak suara Mamma
Dari nak masuk kereta kat rumah sampai la kat dalam kelas ;p
Agaknya letih tak Kimi dengau???? hahaha

Alhamdulillah semua success untuk harini :D
Thanks a lot Ayu..besar pertolongan kau tau time aku terdesak2 macam ni
Harap ko jadi pemandu yang hebat menjelang hujung tahun ni ;p
hehehe

Wednesday, January 4, 2012

HARI PERTAMA KIMI KE SEKOLAH TADIKA JAIM

Hati Mamma at Wednesday, January 04, 2012 0 Tukang Tambah
Haritukan Mamma dah kecoh2 nak hantar kat Tadika JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka)
Harini la sekolahnya dah bermula
Kimi nampak excited macam anak orang lain la jugak
Mau taknya, xsabar nak seret beg benten tu yang benonya ;p

Tengah siap2 pakai kasut sekolah
Di mana semuanya bertemakan benten seperti yang dah dijanjikan
Masa belom sekolah lagi beg dia tu asyik diheret je hari2 dalam rumah ;p



Duduk dalam kelas lepas sesi pendaftaran
Yuran tak mahal sangat cuma dalam sekitar RM180 siap 2 pasang baju sekolah dgn baju sukan
Okey la kan dari wonderkids :)

Sesi sekolah abis dalam pukul 12.00tghr
Mamma terpaksa keluar jap jemput Kimi sebab van takde
Pastu ternak bujang kejap dalam opis Mamma sampai jam 1.00 lunch
Sementara tu dia layan Youtube

Tapi masalahnya dia layan kejap je Youtube tu
Pastu dia mula terkinja2 panjat2 tau
Naik darah jadinya huhuhu

Masalahnya sekarang van xde yang boleh hantarkan Kimi terus ke Universal lepas sesi sekolah
Agak jauh dar Tadika JAIM tu nak ke Universal
Van hantar sekitar2 Tadika tu je
Cane ni??? stress ajer rasanya

Tuesday, January 3, 2012

REZKI PERTAMA 2012

Hati Mamma at Tuesday, January 03, 2012 3 Tukang Tambah

Lupa nak wish
Welcome 2012!!!
Okey dah wish pendek2 cukup la :)

Pagi tadi duk layan kecur liur
Datang Timb. Pengerusi PID
Bawak nangka dan kalendar 2012 yang kecit
Alhamdulillah


Memang rezeki anak dalam perut kan hehehe
Tak keluar lagi dah ada rezki
Bila dah keluar nanti
Harap2 lagi melimpah ruah dengan rezeki yang HALAL
Sehingga kami tidak memerlukan rezeki yang HARAM
Amen.

**tengah menikmati nangka, kurang sikit kecur :)

KECUR AIR LIUR & MALAS

Hati Mamma at Tuesday, January 03, 2012 0 Tukang Tambah


Mamma perasan sangat
Sejak cuti 3 hari lepas (sabtu lepas kot)
Air liur Mamma kecur sekecurnya
Sampai naik kembung perut duk telan air liur ni
Pastu cair secairnya
Kalau dibiarkan meleleh
Mau basah baju Mamma pastu mesti laju je dia mengalir cam bawah ni hehe


Jenuh la duk rumah s
epanjang cuti lepas
Makan-makan kasi perut penuh
Lepas makan datang balik

Sebenarnya kalini Mamma preg tak mengidam nak makan apa2 pun
Lepas makan nasi kecur jugak lagi
Siap rasa perut tu kosong je macam padang bola, macam tak makan lagi
Maknanya kecur air liur ni tak jalan dengan nasi la kan!
Yang susah nak hilang kecur ni sebab Mamma tak mengidam nak makan apa2 pun!

Petang semalam pergi pasar malam cari jeruk!
Beli sekali limau mandarin tu
Mana tau kot2 jalan kan

Malamnya duk ngoyeh itu la kami anak banak
Hilang jugak la barang sejam dua
Pastu datang balik erks!
Sekarang memang tengah mencari jatidirimengandungkalikedua hahaha

Okey tabiat yang JELAS dan NYATA pulak bila preg kalini ialah MALAS

Sepanjang 3 hari bercuti duk lepak rumah je
Nak kemas rumah adalah sangat hazab
Kalau biasa cuti2 macamni
Kurang2 pukul 8 dah setel sapu/lap rumah
Ini sampai jam 3.00 ptg pun duk berkungfu lagi kemas rumah

Lepas subuh tido balik
Pastu pukul 9.00 bangun la
10.30 pagi rasa nak tido lagi!!!

Nak masak pun sangat la MALAS!
Asyik terbayang sofa nan empuk je depan hall nuh!
Penyakit baru yang teruk rasanya
Tapi redha saja lah

Cepat2 la masa berlalu
Tak tahan jugak tengok rumah lintang pukang!
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting