Monday, April 30, 2012

BELAJAR BUAT KEK

Hati Mamma at Monday, April 30, 2012 2 Tukang Tambah
Sekarang Mamma agak kebizian
Dalam menjalani kehidupan seharian

 Dalam duni blog pulak
Mamma banyak menyepikan diri dari menziarahi kawan-kawan blog lain
Bukan sombong ke apa
Cuma Mamma preggy kalini mood sangat2 tak keruan
Semua blog Mamma tak ziarah
Namun Mamma tetap bersyukur sebab masih lagi menerima kunjungan dari beberapa rakan artis blog
Yang masih mengingati Mamma walaupun Mamma menyepi ke dalam laut!
Mamma sangat mengharapkan persahabatan yang dibina dalam alam maya ni berkekalan ke akhirat
Lepas semua okeh Mamma janji akan kembali dalam dunia hiburan blog dan melawat kamu okeh!

Buat masa sekarang Mamma cuma post entry pastu tinggal
Datang balik masuk blog sebulan kemudian untuk post entry lain
Sampai komen2 dr kawan2 pun tak perasan
 
Okeh sudah2 la tu
Jom dengar cerita merepek terbaru Mamma
Hahahaha

Semalam Mamma hadiri kelas buat kek dan cup cake
Sajalah kan buat persiapan bila dah kena buang kontrak tamat nanti
Ada gak aktiviti yang nak dibuat
Dari melopong je kan kekekeke

Neh Mamma upkan gambo semalam

 Ini cup cake
Deco ni cuma mengguna bahan lebihan dari kek yang besar
Insyaallah  deco akan lebih menarik dan kreatif


Mula-mula belajar buat bunga ros untuk dihias atas kek nanti

Kek yang Mamma dah siap topping kan

Hasil kerja tangan Mamma
Sebenarnya kek ni 2 tingkat


 
Yang 2 dr kanan tu Mamma punya la


Ni persediaan untuk buat kek bakul
Sesuai untuk hantaran
Hasil anyaman bakul Mamma
Tapi deco tu tak berapa nk cantik sebab guna lebihan icing yang tadi
Lagipun bukan Mamma yang deco
Wahahaha dan dan je

Ini Chocolate Fudge
Seronok sangat buat ni
First time buat
Biasa Mamma buat Ganachee je
Cantik jugak untuk hantaran kan??

Okeh, Sekarang Mamma sedia menerima tempahan selepas menghadiri kelas ini
Sila la tempah untuk menjaga hati Mamma yang pink neh ;p
wakakakaka

Friday, April 27, 2012

BOBOIBOY DATANG MELAKA

Hati Mamma at Friday, April 27, 2012 3 Tukang Tambah
Cerita neh 3 minggu lepas
 BoboiBoy ada datang Melaka
Kat Muzium Kapal Selam

Selama kapal selam terpacak depan rumah
Takmo pergi derr
Neh kebetulan BoboiBoy datangbuat aktiviti sini
Apalagi bujang, mengimol-ngimol la nak pergi
Dia bawak balik broshure BoboiBoy dari sekolah
Cikgu kasi katanya

Dasi hari selasa ke rabu camtu la lupa dapat brishure tu
Duk ingatkan Mamma setiap hari sampai Mamma naik saru

Masa hari kejadian
Sampai je Muzium kapal selam tu
Waaaaahh ni ke kapal selam nya huhu
Memang beso tapi tak boleh masuk dalam
Ingat boleh masuk dalam
Kitorang merayap je la bawah kapal selam tu huhu

 

Nak  tunggu BoboiBoy keluar punya la lama
Sampai bujang naik boring dah
Sekali terjumpa rak buku terus melekat kat situ je
Memang pantang jumpa buku bujang neh

 

Penat berdiri duduk pulak
Semua page dibeleknya

 

Bangun balik
Tapi Mamma pun dah naik boring jugak rasanya


Ingat banyak la khemah kan
Sebab tengok broshure tu cam gempak
Rupanya khemah BoboiBoy je kontang kanting tengah padang panas bedentum neh
Tak syok sangat pun


Masa BoboiBoy keluar excited jugak bujang
Sekali dia tenung BoboiBoy ni sampai BoboiBoy naik malu ;p



Last sekali BoboiBoy nak cover malu
Hulur salam kat bujang, terus sambut plak bujang
Pastu krew BoboiBoy nak wat aktiviti
Goya holla-hop
Kimi excited nak masuk kekeke
Mamma layankan aje


Sekali bujang tak memenangi  pingat emas ;p
Mamma ejek dia sebab kalah
Sekali dia cakap

"Dah Mamma tak belikan holla-hop camne Kimi nak berlatih
Memang la kalah tadi tu"

Nak cover malu ke apa cakap camtu kan
Hahahahaha

Last but not least
Bergambar kenang-kenangan dengan maskot BoboiBoy dan Yaya

Lepas 2 3 hari kemudian
Bujang cakap

"Takdelah best sangat BoboiBoy
Kalau benten datang lagi best rasanya"

Wahahahahahahaha
Ke ko frust ko kalah main holla-hop nak oiiii???

Wednesday, April 18, 2012

LEPAS SATU SEKSAAN

Hati Mamma at Wednesday, April 18, 2012 2 Tukang Tambah
Dah kalau nama kene ulang alik klinik 2-3x seminggu

Mana tak seksanya kan


Semalam pergi Pakar ENT sebab selsema tak baik2

Gatal pulak mata hidung telinga dari Oktober 2011 lagi

Korang kira la sendiri lama mana nak tanggung

Tapi doktor kata ini kemungkinan hormon yang berlebihan ketika mengandung

Tu yang payah nak baik


Lepas pergi pakar ENT

Petang tu pulak pergi check up

Lepas tengok laporan tekanan darah tinggi

Mamma rasa lepas satu hazab

Sebab tak payah ulang alik klinik 2-3x seminggu

Sebab tekanan darah Mamma puratanya 100-120/60-70 je

Cantik kan walaupun berat badan naik tak hengat ;p

Diabetes pun tak sangkut lagi

Buat masa ni la ;p

Dan harap tak sangkut la


Cuma skang ni tengah tunggu keputusan tiroid je

Salah satu sebab badan naik boleh kena tiroid jugak nurse kata

Lahhhaiiii camtu pulak kan

Tapi Mamma tak tau la simptom ni untuk orang preggy je ke apa kan


Start minggu ni dah boleh pergi klinik 2minggu sekali je

Dan bukan lagi 2-3x seminggu :D

Baru nak rasa normal cam orang lain

Ikutkan bulan macam Mamma ni (51/2bln)

Pergi klinik sebulan sekali je


Tapi masalah berat badan

Menyebabkan Mamma kena pergi klinik 2minggu sekali

Pastu 2-3x seminggu

Ni baru nak balik 2minggu sekali semula


Kandungan berusia 5bln kebawah

Cuma dihadkan naik berat badan cuma 500g sebulan

Lepas 5bln baru boleh naik berat 2kg sebulan

Sekarang ni memang sangat lega sebab selama Mamma preggy

Berat badan naik purata 2kg sebulan ngeeee

Tak perlu lagi la nak diet sangat :))


Preggy kalini tak rasa macam2 sangat nak makan apa

Tak macam masa preggy bujang dulu

Asyik nak cekik mende manis je

Cuma yang agak pelik sebab suka sangat makan megi kari

Rebus camtu je pastu taruk telur pun dah cukup menggiurkan hehehe

Tapi Mamma makan tak selalu

Haiiishhh tak selalu ko kata Jah???!!!!!

Memula sebulan sekali
Pastu turun jadi 2minggu sekali

Skang ni plak rasa cam tetiap minggu lak Mamma cekik megi kekekek


Dan malas tu tetap melekat lagi ;p

Sabar lah wahai Papa yerk :)

Sebab segala hal2 kemas umah Papa yang kena hadap

Dari menyapu, mengemop, membasuh, menyidai semua Papa buat

Cuma kadang2 hari minggu je Mamma buat


Tapi menyapu je walaupun hari minggu Papa jugak yang kena buat

Sebelum Papa pergi kerje dia kena sapu rumah dulu

Yang lain2 ditanggung beres lagi

Nape ntah menyampah benau nak menyapu

Yang lain2 tu boleh lagi pejam mata walaupun malas


Mungkin badan Mamma cepat penat

Pastu kalau penat tak hengat macam angkat bukit je

Pastu tak boleh nak berdiri lama2

Tapak kaki sakit sangat2

Tu mungkin salah satu sebab kot nape malas

Cewassss hak tuiii!!! kalau Papa baca neh hehehe


Okeyy cau dulu

Sayang kamu semua!! :)

Tuesday, April 10, 2012

BUJANG SAYANG

Hati Mamma at Tuesday, April 10, 2012 1 Tukang Tambah
Lama kan tak update pasal bujang :)

Tak lama lagi nak jadi abang dah

Tiap2 hari nak sayang baby dalam perot Mamma :))


Okeh perkembangan terbaru

Sangat suka baca komek

Opkos la komek benten hijau dia tuh

Komek ni dalam bahasa iggeris

Mana perkataan yang dia biasa okeylah

Mana yang dia tak pernah jumpa dia main hentam je sebut kehkehkeh


Setakat sekarang ni dah ada 2biji komek

Yang mana satu lagi komek sudah haru rupanya ;p

Anak aku memang careless!!!

Tak sayang barang2 dia!!
Suka campak rata2!!!

Satu komek cecah RM11.90

Mahal weh untuk Mamma yang gajinya kena poton separuh neh!!!!


Actually dia dah pandai baca 2-3 bulan lepas dah

Kalau masa 5 tahun dia terer baca suku kata

Macam SA, BA, CA


Tapi sekarang sudah di upgrade ke bacaan yang ada 3 perkataan

Apa orang panggil weh kekekeke

Macam KA+N =KAN, SA+M= SAM etc la
Sudah boleh baca surat maklum cuti yang Universal kasi

Mana yang dia tak reti sangat dia main hentam jugak bacaannya

Kadang2 Mamma tergelak sendiri dengat bujang baca


Apa2 pun Mamma harap bujang terus success dan berdikari

Sebab tak lama lagi nak dapat adik

Dah tak boleh nak duduk atas Mamma lagi

Nape??? tak percaya umur 6tahun masih atas pangku Mamma lagi :p
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting