Tuesday, February 14, 2012

KO MEMANG SUKA MENCABAR MAMMA KAN MIMI???

Hati Mamma at Tuesday, February 14, 2012
Kadang2 Mamma saja panggil Mimi hahaha
Saja Mamma sakat dia kehkehkeh
Ada tu dia suka, ada tu bujang marah gila-gila
Time ni Mamma suka gila-gila tengok bujang marah

Okey berkenaan tajuk kan
Selalu Mamma tanya dia????
Daripada Mamma cool akan sesuatu perkara
Kadang2 bujang seolah2 mencabar kesabaran Mamma dan Papanya
Itu tau, memang adat dalam mendidik anak

Semalam betul2 dia buat Mamma meradang nyeh!
Suruh dia buat homework dari jam 6.30 petang sampai dekat jam10 malam tak siap lagi
Homework pun bukannya apa
Kaler-kaler ajer meh!!
Ada la dalam 2 pages ajerkk

Tapi dia ni Mamma dah tau sangat dah
Kalau kerja-kerja mengaler dia MEMANG tak suka dan TAK AKAN PERNAH suka!!!

Dah macam2 gaya dia nak kerjakan colouring dia nih
Mamma dia tak yah la korang tanya lagi
Tahan jerk huhuhu tunggu nak meletops je

Aksi tonggeng-tonggeng, kuak lentang semua dah keluar
Bujang siap menangis nak siap colouring ni
Korang percayalah!
Colouring tetap tak berusik

Tengahari lepas makan nasi kat kedai
Kedai okay..mak tak masak dah 3bulan muahahaha
Tekak agak menjahat nak makan lagi
Bungkus set ini di tepi rumah

Tingg!!!!
Hayam sudah hilam
Yang belen tanak makan kita kasi bujang la habiskan malamnya kehkohkeh
Agak kejam ibu bujang di sini hakhakhak

Kimi makan tanpa menanya mana pergi hayam dalam kotak neh
Tang ni Mamma respek Kimi jugek :)
Sekali tengah2 makan homework tak jugak siap
Tak pe sebab kasi anak makan dan rehat2 kan

Dia makan coleslow atas sofa
Kentang putar dah habess dulu
Sekali sudu coleslow dah jatuh atas lantai
Mamma dah menyinga terus
Dia terperanjat terus terkebelakang mengakibatkan coleslow terpelanting atas sofa sikit
Mamma terus bertukar jadi dinosour
Bila-bila masa boleh mamam bujang ni

Bujang pulak memang tau sangat perangai gila Mamma dia
Kalau dah bertukar hakkkcaaaiiiii!!!!!!

**ok sini tukar nada sikit yerkkk

Aku terus capai dia terus henyak dia kat sofa sebelah
Kiri kanan tangan tak henti2 debik buntut dia
Dah la aku geram dia buat colouring sampai dekat 5 jam tak jugak siap2
Lepas tu ke sana ke mari boleh pulak
Lepas tu dah macam2 gaya dia present kat aku yg memang tengah penim2 melayan diri sendiri
Sambil mulut duk memetir tak renti2 tangan duk mengelap2 sofa dan lantai
Dia pulak nangis terisak2

Korang cakap aku
Budak mana tak nangis kalau dah kena cam tu kan huhuhu
Tengah2 meleter cam nenek kebayan tu

Aku cam tersedar tak baik beno aku buat camni
Dalam tak kesedaran menahan marah 5jam tadi tu
Last2 sekali terkeluar jugak amarah yang menggunung gitu
Tapi aku tak ada caci maki
Adat aku setakat marah ajer tapi muka memang kompom dinosour masatu ;p

Papa balik kerja semua dah cool down
Dinosour nya muka pun dah kembali bertukar muka Mamma balik muahahaha
Eh eh Papa yang habiskan coleslow tu kehkohkehkohkeh
Sebab bujang dah tak ada selera nak habiskan coleslow tu
Kesian pulak aku tengok

Lepas aku marah macam nak gila tadi tu
Bujang terus jadi baik
Kerja2 meng'colouring' terus jadi 10 minit je terus siap
Adehhhh Mimi ooo Mimi

Masa nak tido aku ada tanya sesuatu
Bujang kata

Masa Mamma henyak kat sofa tu tak sakit
Tapi masa Mamma debik tu sakit lah!

sob sob sob
Setahun mesti ada sekali pesen ni haaaiiisshhhh

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting