Wednesday, November 9, 2011

MINGGU FINAL EXAM

Hati Mamma at Wednesday, November 09, 2011
Hajat hati minggu ni nak balik raya haji kat Terengganu
Tiket semua dah beli tapi burn
Sebabnya bujang teruna ada final exam minggu
Dan harini hari kedua exam
Semalam paper bahasa malaysia
Harini bahasa inggeris


Exam?????
Bujang pun tatau apa itu exam
Apa yang boleh Mamma katakan

Alah..paper yang kaler putih yang Kimi kena jawab soalan2 tu
Nanti kalau semua betul dapat markah 100%
Baru hebatttt


Ini bujang sangat banyak main
Seakan tiada tekanan dan kegusaran
Mamma pulak yang tekanan

Mau taknya
Semalam masa jemput dia balik sekolah
Beg sekolah dia kawan dia bawak balik
Budak tu nama Wei Hang
Beg sekolah dia cantik je melepek tinggal kat sekolah adoyaiiii
Hakimi pun careless kan????
Tulah asyikkk main je bebel Mamma
Tak jaga barang!

Yang buat tertukar tu sebabnya
Beg sekolah kaler sama walaupun cap nya lain

Hangin je Mamma
Dalam tu dah la ada vitamin cap appetton yang baru beli dengan teacher dia
Karang hilang Mamma tak jamin nak beli lain!

Balik sekolah semalam lenggang2 je la
Tapi Mamma ada pinjam buku Bahasa Inggeri dari dalam beg Wei Hang tu
Sebab harini paper bahasa inggeris
Boleh gak buat baca2 malam tadi

Esok paper last
Matematik!

0 Tukang Tambah:

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting