Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA KIMI KE WORDERKIDS..

Hati Mamma at Monday, January 04, 2010
Pelik Mamma ni....tak risau sangat Kimi nak pegi tadika hari ni....Mamma tak risau dia menangis ke, tak biasa ke, takut ke apa ke....cuma satu jerk yang Mamma risau sangat-sangat..takut MELEPAS DALAM SEPENDERR...erkssss....yang ni Mamma cukup-cukup risau sebab Kimi kan baru jer PAMPERS FREE...so masa hantar dia, Mamma duk pesan sampai beribu-ribu lemon dah lam kereta kalau nak kencing ke b**** cakap kat teacher...dan Kimi lak beribu-ribu lemon cakap OK LAH!..Kimi lak lain halnya, semangat lain macam anak Mamma sorang ni nak ke Tadika..bangun awal..7.00 lebih gitu dah terpacak kat dapur memeranjatkan Mamma tengah buat nasi goreng untuk makan jap lagik..Lepas je goreng nasi tu..Mamma mandikan Kimi..dalam duk ghairah nak ke Wonderkids, Kimi cakap..Mamma..Kimi tak nak ke sekolah lah..slow je bunyi dia...hehehe Mamma cool jerk...takkesah....pastu Mamma jawab..Okeh! tak payah pegi sekolah lah! (suruh sungguh-sungguh neh!)...Kimi jawabb..Nak..Kimi nak pegi sekolah Mamma..nak nangis lak...(hik hik...menjadik pon..Mamma tau dah ko Kimi...apa yang Mamma tak kasi sangat-sangat, tu la yang ko nak buat sangat-sangat...keh keh keh)...lepas mandi sarapan terus gi Wonderkids..lepas hantar Mamma terus blah balik rumah dah..tak tunggu-tunggu dah macam parents lain..Kimi lak macam takder pape jerk yang berlaku..duk ghairah main buaian ngan gelongsor yang WONDERKIDS sediakan..yang buat Mamma tak risau bukan la sebab tak sayang, sebabnya Kimi ni dah biasa dengan keadaan ni mula dia dari lepas pantang lagik..asyik duk ngan orang tak pun nursery....gambar tadok sebab phone Mamma tak boleh BLUETOOTH dengan laptop hangit neh...sakit perut gamaknya dorang neh...Lain kali Mamma masukkan gambar Kimi 1st day at Worderkids...Tapi sebelum tuh nak story sket, Kimi dapat sticker SPIDERMAN yang ditampal kat baju menandakan Kimi tak menangis masa kat WORDERKIDS...huh agak dah kompom tak nangis nyerk..

0 Tukang Tambah:

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting