Friday, October 21, 2011

LAMA TAK TEPEK MAKANAN

Hati Mamma at Friday, October 21, 2011 0 Tukang Tambah Links to this post
a'a kan????
Lama tak tepek gambar makanan
Yang sendiri masak
Yang sendiri rasa
Yang sendiri makan
Yang sendiri kata sedap ;p

Ni Mee Hoon Sup sama sambal kicap meletups <-- hah tu kan dah puji meletops kekeke
Adalah dibuat last week tapi tak ingat hari apa
Tapi rasa hari Jemahat yang molia lepas ;)

Gambar yang close up ada
Tapi tak boleh nak bluetooth ke laptop pulak sekeping tu
Hadap gambor ni saja

Papa dan Kimi macam biasa
Tidak menghampakan
SEDAPP!!! katanya hehehe

Layan sampai esoknya sebab kuah sup ada banyak lebih
Lagi sedap rupanya sup dia kalau dihangat esoknya
Rempah sampai ke tulang daging hehehe

Thursday, October 13, 2011

AKHIRNYA LEGA HATI MAK!!!!

Hati Mamma at Thursday, October 13, 2011 2 Tukang Tambah Links to this post
Aippp entry ada gambar lak??? ;p
Dalam seminggu lepas entry mana ada gambo kan
Kamera henpon mengjahanam lagi sebenornya keh keh keh

Tapi dah godek2 semalam
Kamera agak waras harini :))
Haiissshhh bukan itu nak diceritakan

Ni hah, dah 3minggu biawak bermaharaja lela dalam PID ni
Geli gelemang kaki tatkala nak memijak masuk PID
Pepagi mari kerja kesan tapak kaki biawak je satu opis
Yewwwwwwww!!!! yucks!

Mula yang taunya biawak tu dalam lubang tandas
Masa Mamma nak masuk toilet dalam PID nak basuh tangan
Sekali nampak ekor ajernya dalam lubang tandas tu
Kepalanya dibenam masuk ke dalam lubang tandas yang berair tu
Terus dari hari tu tak guna tandas pun

Pagi semalam panggil bomba Melaka Tengah
Tapi datangnya cuma amik mozek yang 2kaki x 2kaki
Ditutup aje lubang tandas tu
Aiiiii macam tu Mamma aje pun boleh buat kan
Susah2 je call dalam ketakutan panggil bomba Melaka Tengah

Sekali harini pulak masa lepas lunch
Mamma duduk macam biasa la atas kusi Mamma nak sambung ngintai korang ;p
Sekali ada bunyi2 kat belakang rak yang mana ianya terletak belakang kusi Mamma
Melompat la Mamma terus terbayang biawak tu

Terus call bomba Tangga Batu pulak
Sekali hasilnya

Tak sampai 15 minit dah dapat tangkap
2 ekor biawak ternak ngkoooo
Geli gelemang Mamma tengokkan
Sekarang hati dah mula lega
Tahniah Bomba Tangga Batu :))

Nak pijak lantai PID pun dah konpiden balik dah rasanya
Harap2 lepas ni takde la kejadian serupa ni

*pelik jugak ntah mana datangnya
Opis Mamma bertutup je sebab pasang ekon
Tapi rasanya dari salur tandas yang menghubungkan ke loji kot
Tapi ntah lerrr....

KIMI DEMAM

Hati Mamma at Thursday, October 13, 2011 0 Tukang Tambah Links to this post
Dah seminggu Kimi demam
Dari Jumaat lepas lagi
Harini rak pergi sekolah
Duduk kat Universal ajer

Tadi kasi kat Kakak Fizah ubat demam botol kedua dah
Demam dia pergi balik lorrr
Kejap ok kejap datang balik
Tengok la petang ni
Kalau melarat demam dia kena pergi hospital la
Mak risau sangat

Tido tak pernah pun nak selimut
Tapi sejak demam ni
Terjaga je tangah malam
Mesti dia cari selimut

Kesian tengok dia demam
Harap Kimi cepat sembuh
Mamma janji bila Kimi dah baik demam
Mamma kasi hadiah
T-shirt Angry Bird..

Cepat sembuh ye sayang...

Tuesday, October 11, 2011

OOOO MAK AIIII

Hati Mamma at Tuesday, October 11, 2011 0 Tukang Tambah Links to this post
Semalam balik kerja
Mamma tak masak ;)
Nape la lepas raya ni sangat malas nak masuk dapo
Agaknya penangan PARAM hari tu tak hilang lagi ;p
Lepas solat maghrib desup start kerete cari kedai makan
Kena la awal sebabnya Papa nak terus pergi kerja lepas makan

Dalam kereta Mamma dengan bujang je
Papa naik motor senang terus pecut pergi kerja
Dalam kereta layan la alam fantasi budak kan
Seronok tau

Mamma.. Kimi tanak Papa pergi kerja ;(
*sejak akhir2 ni sayam beno dia kat Papa dia, xboleh berenggang langsung!

Tak boleh la, Papa kena pergi kerja
Nanti kalau tak pergi kerja, nanti mana nak ada duit
Papa pergi kerja nanti dapat duit
Dah ada duit nanti pulak boleh beli toys Kimi
Nanti Kimi dah besar nanti Kimi kena kerja jugak
Cari duit nak kasi isteri Kimi makan
Nak beli susu kat anak Kimi
Semua nak kena ada duit
Nak dapat duit sebab tu kena pergi kerja
*Mak aihhh panjang aku cerita huhu ;p

oooo eh nak beli puting anak Kimi jugak Mamma
*masani sumpah Mamma nak gelak dah tapi tahan lagi
Pastu nak beli katil dua tingkat
Kat atas Kimi tido dengan isteri Kimi
Yang kat bawah tu untuk anak Kimi

oooo makkk aiiiii anak aku!!!
kah kah kah kah
langsung Mamma gelak je hahaha
Tak agak2 kan nak tido kat atas sama isteri dia
kekekeke

DAFTAR TADIKA LAIN PULAK

Hati Mamma at Tuesday, October 11, 2011 0 Tukang Tambah Links to this post
Pagi tadi daftarkan Tadika lain ke Kimi
Tadika bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Sebab sebelumni pernah Mamma kobar2kan kat korang
Yang Mamma nak masukkan Kimi sekolah yang ada ajaran agama

Duduk Wonderkids tak ada pengetahuan agama langsung
Takde la nak kondem Wonderkids tak baguskan ;p
Wonderkids tetap la super best kan hehe
Tapi tu la, mak pak dah tak ajar sangat hal2 agama
Hantar sekolah pun yang tak ada asas agama lagi
Apa nak jadi
*Geleng2 kepala neh ;)

Walaupun gusar
Takut dia tak boleh nak ikut ajaran Bahasa Arab dan aliran agama yang lain
Tapi Mamma dengan Papa cekal kan hati
Kuatkan semangat
Tabahkan hati
*Cess..macam anak nak pi belajar obersea plak khennn ;p
Tukar dia ke Tadika JAIM jugak!

Harap2 semua berjalan seperti biasa
eh eh nak kobar ni
Kimi dah terer buat kira2
Alah bab ilmu hisab lerrr
Impreeessss betul la mak! hehehe
Tumpang gembira
Tak lama lagi nak periksa akhir tahun
Harap dia success

Lepas ni Mamma takde nak gado2 ngan Ms.Lee lagi ler
Gud babai!
kekekeke
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting