Thursday, October 13, 2011

AKHIRNYA LEGA HATI MAK!!!!

Hati Mamma at Thursday, October 13, 2011
Aippp entry ada gambar lak??? ;p
Dalam seminggu lepas entry mana ada gambo kan
Kamera henpon mengjahanam lagi sebenornya keh keh keh

Tapi dah godek2 semalam
Kamera agak waras harini :))
Haiissshhh bukan itu nak diceritakan

Ni hah, dah 3minggu biawak bermaharaja lela dalam PID ni
Geli gelemang kaki tatkala nak memijak masuk PID
Pepagi mari kerja kesan tapak kaki biawak je satu opis
Yewwwwwwww!!!! yucks!

Mula yang taunya biawak tu dalam lubang tandas
Masa Mamma nak masuk toilet dalam PID nak basuh tangan
Sekali nampak ekor ajernya dalam lubang tandas tu
Kepalanya dibenam masuk ke dalam lubang tandas yang berair tu
Terus dari hari tu tak guna tandas pun

Pagi semalam panggil bomba Melaka Tengah
Tapi datangnya cuma amik mozek yang 2kaki x 2kaki
Ditutup aje lubang tandas tu
Aiiiii macam tu Mamma aje pun boleh buat kan
Susah2 je call dalam ketakutan panggil bomba Melaka Tengah

Sekali harini pulak masa lepas lunch
Mamma duduk macam biasa la atas kusi Mamma nak sambung ngintai korang ;p
Sekali ada bunyi2 kat belakang rak yang mana ianya terletak belakang kusi Mamma
Melompat la Mamma terus terbayang biawak tu

Terus call bomba Tangga Batu pulak
Sekali hasilnya

Tak sampai 15 minit dah dapat tangkap
2 ekor biawak ternak ngkoooo
Geli gelemang Mamma tengokkan
Sekarang hati dah mula lega
Tahniah Bomba Tangga Batu :))

Nak pijak lantai PID pun dah konpiden balik dah rasanya
Harap2 lepas ni takde la kejadian serupa ni

*pelik jugak ntah mana datangnya
Opis Mamma bertutup je sebab pasang ekon
Tapi rasanya dari salur tandas yang menghubungkan ke loji kot
Tapi ntah lerrr....

2 Tukang Tambah:

I want to lose weight on October 14, 2011 at 2:01 PM said...

HUWAAA menakutkan

Mohd Shazni. on October 18, 2011 at 10:21 AM said...

da mcm cter aligator tahun 90-an..

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting