Sunday, March 21, 2010

BALING TIN

Hati Mamma at Sunday, March 21, 2010 0 Tukang Tambah
Bangun agak lambat hari neh..maklum la hari minggu..malam tadi merayap sampai rumah dekat pukul 2.00 pagi..Minum pagi pun dah pukul 12.00 tghr. Bangun pagi tadi pulek, dibantainya kencing dek Kimi tilam Mamma..berhempas pulas la Mamma basuh apa yang patut...tak sampai 3 jam selepas bangun, dibantainya kencing dekat car porch pulak...dah tak pasal-pasal car porch Mamma bersih dan berkilat...tapi bukan itu Mamma nak story..Mamma nak story pasal Kimi main baling tin..satu permainan yang sangat tersohor masa Mamma kecik-kecik dollu..



Mainan ni bukan Mamma yang syorkan pada Kimi..
Masa neh Mamma tengah masak, Kimi keluar ikut pintu dapur..
Patutlah Kimi berlari keluar rupanya jiran tentangga ada kat pintu dapur jugek...
So dorang la yang suruh Kimi baling tin yang sengaja disimpan neh untuk dijual..
Dan tu jerk Mamma teringat masa zaman kegemilangan Mamma dalam arena baling tin..hehehe




Kimi membaling bola keciknya lepas tin tu disusun..
6 kali baling baru kena daa....biarpun duduk xsampai 2 jengkal dari tin tu..hak hak hak







Bersepai jugek tin-tin tu dihempuk dengan bola kecik plastik Kimi..
Kimi mendapat tepukan gemuruh laksana ada kat stadium kekdahnya...hahaa







Kimi ulangi langkah yang pertama tadi...
Terkinja-kinja Kimi main..hahahahahaha...






 Selain itu, tanaman Mamma kat belakang rumah..
Bukan berkebun kat FV sajork..
Tapi tetap tak boleh jadi sekaya dalam FV..hehehehe

Saturday, March 20, 2010

BUKAN MACAM TU!

Hati Mamma at Saturday, March 20, 2010 0 Tukang Tambah
Tengah Mamma sebuk berbelog buat entry sebelum ini di bawah tajuk KE KENDURI KAHWIN NAN (dengan penuh komitmen)...Kimi main telefon Mamma..Ambil gambar..tetiba dia suh Mamma senyum...:)..saja nak ganggu Mamma berbelog..




Dengan paksaan Mamma senyum tapi mata tetap kat skrin..(malas nak layan yang betulnya)
Atau lebih tepat..lepas batuk di tangga..hehehehe
Fokus nak siapkan belog la kononnya..
Tetiba Kimi Sound 'Deret'...


Bukan senyum macam tuh!!....
Senyum macam ni...sambil tangan buat 'peaceee'...


Dalam hati Mamma..AIYAKSSS...
PADAN MUKA HAKU...


Ni senyum sambil buat 'peaceee'...
Tapi Kimi dah Zoom In..
Akhirnya 'peaceee' tak nampak jugek...
Tapi Mamma tergelak sangat sebab anak sendiri perbetulkan Mamma...
Konon nak auta dia..

KE KENDURI KAHWIN NAN

Hati Mamma at Saturday, March 20, 2010 0 Tukang Tambah
Pagi hari dah cemerlang!..sebab Mamma dah kemas rumah sehingga menjilat lantai bersihnya...lepas tu nak pergi kenduri Nan..Nan ni anak Kak Yah dan Kak Yah ni pulek Mak Saudara kakak aku (mak lain hokkey) yang duduk Umbai, Melaka..So senang lah balik merayap terus telentang kami anak-beranak sambil tengok konsert AF!..


Nan yang gah dipersandingan..

Balik dari kenduri..
Kami dibekalkan dengan pelbagai buah tangan sampai penuh tangan hokey!..
Lepas makan malam ni tak payah nak masak..khakhakhak..

Lepas tu, kami terus ke Dewan MITC, Ayer Keroh..
Nak jumpa schoolmate Mamma..
Dah janji 3 hari lepas nak jumpa..dia datang buat jualan gudang kat Melaka..

Yang benarnya Metrojaya, bukan dia..hehehe

Masa menunggu dia nak rehat..bosan jugak la..
Sampai Kimi jadik macam hettu!..
Letih dah Mamma nak marah..manusia dah la penuh dewan tuh!


Ni dia Mak Cik Syarifah Rozihezlin a.k.a Mak Cik Rozie...

Dah Kimi buat geng...
Sebelum tu sempat 'paw' En. Papa buku Ben 10..


Minum sajerk..Mak Cik Rozie kata dia kenyang..alahai..
Mamma anak beranak sah-sah la kenyang..
Kan dah makan kat kenduri Nan tadi..isk lupa ka?
Sekejap je jumpa Mak Cik Rozie ni..adalah dalam 1/2 jam..
Sebab dia kena sambung tugas..
Lepas blah jer..kitorang tak terus balik..
Sempat lepak kat luar dewan tu...
Sambil makan keropok lekor ngan Crab Ball goreng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah keluar jalan-jalan..
Takde la jadi macam henni Si Kimi neh...
Tahap kebosanan dah takdek nombor rasanya nih...
Henni keadaan Kimi hari minggu lepas..tak keluar bersiar!
SANGAT TERUKS HOKKEY!
Habis kepala dan kaki disarung dengan plastik lauk Mamma..

Mula tu Mamma tak perasan keadaan Kimi ni..
Sebab kusyuk borak dengan En. Papa sambil tengok TV..
Terperanjat sangat-sangat Mamma bila tersedar Kimi dah jadi macam ini sambil berjoget..
Mamma risau + Ketawa berdekah-dekah jugekk..
Kimi main plastik Mamma yang dalam drawer...
Biasan kalu Mamma nak kasi juadah kat jiran, plastik tu la Mamma guna..

*MORAL : Setiap Weekend, kena keluar bersiar-siar..paling tidak pergi kedai runcit amoi depan taman tu..

Tuesday, March 16, 2010

MATA YANG SEKSI

Hati Mamma at Tuesday, March 16, 2010 0 Tukang Tambah
Mata yang sakitt...semakin menebal dibahagian kanan atas..
Sudah 4 hari yang lalu kena ni (sabtu lepas)..
Nak aje Mamma bantai mc neh..
Dapat 2 hari cukup la..
Tapi tak tergamak pulak sebab PID dah tutup 3 minggu dah..
So datang la keje dengan penuh ikhlas....wawawawa...
Adakah ini dinamakan seksi..

Friday, March 12, 2010

SARAPAN HARI INI

Hati Mamma at Friday, March 12, 2010 0 Tukang Tambah
Macam hari-hari biasa, Mamma memang menyediakan sarapan untuk En. Papa dan Kimi. Hari ini serba ringkas. Macam kat bawah korang tengoklah...paling ringkas pun telur rebus jadilah, asalkan ada sarapan...huhhuu

Mee Goreng dengan taugeh sajork..
Sikit saja Mamma goreng sebab memang tak habis kalu buat banyak-banyak..
Kuantiti mee goreng tu adalah 1/2 peket mee saja dari sepeket mee :)..hasilnya semangkuk mee goreng taugeh untuk sentapan Mamma, En. Papa dan Kimi..

Bersama ini disediakan dengan keropok lekor goreng..
Yang dibeli semasa Mamma balik bermesyuarat hari tu kat Cherating..
Diminum bersama Air Milo 'O' panasshh..

Kimi tengah menyentap Mee tuh..
Untuk makluman, Mee Goreng Taugeh tu habis pada pukul 6.05 minit petang..sekian :)

Tuesday, March 9, 2010

NASIB BAIK

Hati Mamma at Tuesday, March 09, 2010 0 Tukang Tambah
Malam tadi..masa nak naik bas balik Melaka..huhuhu..setiap kali naik bas ada je..hehehe...petang tu (8 Mac 2010), Mamma dah beli tiket nak balik ke Melaka malam ni jam 8.30 malam..siap cek 40 kali lagi kat depan kaunter tu takut sejarah berulang..Okeh beres!!! semua betul... Nak jadi ceritanya pulak, dari rumah Cik Mie nak hantar la kan. Kul 8.00 Mamma dah siap tapi tatau la nape 8.17 baru bertolak ke stesen bas yang mengambil masa lebih kurang 30 minit nak sampai kalau ikut kelajuan biasanya. Apalagi Mamma pecut la kereta tu sampai semua umat (Uwan, Irah, Haneef , Cik Mie dengan Kimi) dalam kereta tu terdiam..sampai je dalam jam 8.35 parking terus depan bas. Baru je Mamma nak turun, satu bas dari syarikat Transnasional bergerak dan Mamma tengok perkataan ke MELAKA..aiyakk...dan paling tak tahan Mamma boleh pulak berlari-lari mengejar bas itu...adoooo...bas tu pulak terus je bergerak tanpa rasa was-was la kot...hehehe..menyedari tindakan tu semacam sia-sia Mamma patah lari balik ke kereta..terjadi la pulak sesi kejar mengejar dengan kereta..hakhakhak..sampai kat trafik, Mamma turun ketuk cermin tingkap driver bas...Mamma buat isyarat berhenti, Mamma nampak macam tak dilayan jer...sampaikan kereta hon-hon dah..malu la jugak seposen..huhu..putus harapan dah Mamma...satu kejutan pulak bila mana Mamma nampak bas tu dah kasi signal ke kiri..melebar senyum la Mamma dengan umat yang kat dalam kereta...lepas satu balak, kalu tak kena beli tiket lain la..kalu ada, kalu tak naik bas haram la cam hari tu...Bila dah duduk tu, Kimi boleh lak cakap...Nasib baik tak kena tinggal..kuat lak tu...malu rasa..Mamma lak rasa bernafas dah macam kerbau dah...dah rilek-rilek dalam bas tu, teringat Mamma kejar bas tadi, malu wehhhh...tobat Mamma! Sampai kul 5.00 pagi..sempat tido dan Kimi ke sekolah sementara Mamma tidur sampai petang..

MESYUARAT & KETERJUMPAAN DENGAN RAKAN LAMA

Hati Mamma at Tuesday, March 09, 2010 0 Tukang Tambah
Start Rabu lepas, Mamma dah cuti balik kampung dengan Kimi sajerk... kami anak beranak balik menaiki kenderaan awam (bas)..sebabnya Mamma kena attend Retreat PID 2010 & Mesyuarat tahunan kat Hotel Lege..Kimi suka sangat la naik bas tu..macam biassa..Mamma pergi ke sana dengan Mak Cik Ezey dari PID Kuala Balah. sempat jugak la Mak Cik Ezey bermalam rumah Uwan barang satu malam untuk menunggu hari bertolak pada hari Jumaat tu. Sempat jugak la lepak hari Khamis tu satu hari sebelum Mamma meninggalkan Kimi dengan Uwannya..



Masa ada kat Cherating, tak ada apa la sangat selain dengan jadual yang ketat..selain tu sempat terjun pool ngan Mak Cik Ezey petang tu..malam dah nak Dinner...Mamma berdaun pisang dengan Mak Cik Ezey & Pak Cik Hadir dari PID Kuala Kurau..berdangdut semasa malam dinner.



Hari last kat Cherating tu, dah nak balik, Mamma sempat singgah jumpa kawan lama masa satu sekolah Menengah (14 tahun lalu tak jumpa) kat cafe kat Bandar Kemaman.
Cafe ni la tempat Mamma berjumpa dengan Mak Cik Siti Juhaida
Kedai Kopi Hai peng
Ni la Mak Cik Siti Juhaida..
Lama suggoh tak jumpa..
Kejap je dah 14 tahun dah..
Lama tak jumpa, cakap le
bat..banyak cerita..



Cakap-cakap tup-tup kan, dah ha
bis dah makanan tu..
Lapo
beb sebab tak lunch dekat hotel..
So, Mak Cik Siti kita la yang belanja...Tenkiu, lain kali belanja lagi boleh?? hehehe
Sempat bergambar sebelum balik..
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting