Tuesday, March 9, 2010

NASIB BAIK

Hati Mamma at Tuesday, March 09, 2010
Malam tadi..masa nak naik bas balik Melaka..huhuhu..setiap kali naik bas ada je..hehehe...petang tu (8 Mac 2010), Mamma dah beli tiket nak balik ke Melaka malam ni jam 8.30 malam..siap cek 40 kali lagi kat depan kaunter tu takut sejarah berulang..Okeh beres!!! semua betul... Nak jadi ceritanya pulak, dari rumah Cik Mie nak hantar la kan. Kul 8.00 Mamma dah siap tapi tatau la nape 8.17 baru bertolak ke stesen bas yang mengambil masa lebih kurang 30 minit nak sampai kalau ikut kelajuan biasanya. Apalagi Mamma pecut la kereta tu sampai semua umat (Uwan, Irah, Haneef , Cik Mie dengan Kimi) dalam kereta tu terdiam..sampai je dalam jam 8.35 parking terus depan bas. Baru je Mamma nak turun, satu bas dari syarikat Transnasional bergerak dan Mamma tengok perkataan ke MELAKA..aiyakk...dan paling tak tahan Mamma boleh pulak berlari-lari mengejar bas itu...adoooo...bas tu pulak terus je bergerak tanpa rasa was-was la kot...hehehe..menyedari tindakan tu semacam sia-sia Mamma patah lari balik ke kereta..terjadi la pulak sesi kejar mengejar dengan kereta..hakhakhak..sampai kat trafik, Mamma turun ketuk cermin tingkap driver bas...Mamma buat isyarat berhenti, Mamma nampak macam tak dilayan jer...sampaikan kereta hon-hon dah..malu la jugak seposen..huhu..putus harapan dah Mamma...satu kejutan pulak bila mana Mamma nampak bas tu dah kasi signal ke kiri..melebar senyum la Mamma dengan umat yang kat dalam kereta...lepas satu balak, kalu tak kena beli tiket lain la..kalu ada, kalu tak naik bas haram la cam hari tu...Bila dah duduk tu, Kimi boleh lak cakap...Nasib baik tak kena tinggal..kuat lak tu...malu rasa..Mamma lak rasa bernafas dah macam kerbau dah...dah rilek-rilek dalam bas tu, teringat Mamma kejar bas tadi, malu wehhhh...tobat Mamma! Sampai kul 5.00 pagi..sempat tido dan Kimi ke sekolah sementara Mamma tidur sampai petang..

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting