Monday, November 19, 2012

BUJANG AQID DEMAM

Hati Mamma at Monday, November 19, 2012 0 Tukang Tambah
1st time Bujang Aqid demam plus batuk berkahak
Dah nak ke lelah pulak
Dah 3 hari sejak pergi KL hari tu
Maybe asyik duk dalam ekon jerk masa kat rumah Cu
 
Malam tadi asyik merengek jerk
Tapi mata pejam
Pastu muntah berkahak
Bagus la kan at least kurang sket sesak kat dada tu
 
Siang tadi lak asyki tidor jer dalam buaian
Abang tolong enjutkan sebab Mamma kemaskan bilik
Alih set katil n almari ke bilik belakang
Sebab set katil baru nak masuk
 
 
Kimi sangat komited jaga adik dia :)
Walaupun kadang2 abang pedajal adik dia sikit2 ;p
 
Susu pun 2 kali jer minum tu pun tak banyak sangat
Malamnya pergi specialist tapi tutup pula
Terpaksa lah kitorang bawak pegi esok jerk

Tapi tadi Mamma ada kasi ubat demam yang nurse kasi masa cucuk 2bulan haritu
Sebab kepala dia macam panas jugak sikit
Mudahan dipermudahkan urusan si bujang kecit ni. ameen.

Wednesday, November 14, 2012

KO JAHAT LA BANG!!!!

Hati Mamma at Wednesday, November 14, 2012 2 Tukang Tambah
Tadi dengar Mamma suh abang gua enjut kan gua
Dalam buaian la mana lagi
Mamma nak pergi mana ntah
Gua dapat buaian ni masa umur gua 26 hari
Kakak Papa yang sedekah kan tuk gua ;p
 
Gua pun apa lagi
Mamma dah blah gua layan la isap tangan
Tengah gua layan isap tangan kan
Sekali gua kena sound ngan abang

Weii adik isap tangan heh..kuarkan
 
Sambil tu abang gua tarik tangan gua

Sebab gua tak berapa nak takut kat abang gua
Gua layan isap tangan lagi
Gua kena sound macam tadi gak
Gua wat keras lagi isap jerk kan
 
Sekali abang gua tarik tangan gua
Pastu dia tindih tangan gua kat belakang macam ni
Terkedu gua
Tak boleh buat apa dah

 
Weh bang ko jahat la bang!!!
Nanti aku besar aku siku ko bang!!!!!
 
Bukak balik tangan gua neh!!!

Monday, November 12, 2012

KONVOKESYEN

Hati Mamma at Monday, November 12, 2012 1 Tukang Tambah
 Tadika pun ada konvo
Korang jangan main2 tau tadika zaman skang hehe
Tak macam zaman Mamma
Tadika pun cabuk je tapi tak pe
Jadi orang jugak ni hah hehehe
 

 
Papa snap gambar time beratur nak naik stage
 

 
Siap macam grad kat U pulak huhu
Teringat Mamma naik stage dulu2
 

Graduan ni dah mula nak cari kerja kosong
Senang hidup Mamma dan Papa kah3
Semoga jadi anak yang soleh ye sayang :)


Dan ini antara cikgu2 JAIM yang banyak mendidik Bujang Kimi secara tak langsung
Tapi guru kelas Bujang Kimi takdek pulak
Dari kiri Cikgu Rosta, Cikgu Fiza dan Cikgu Shila
Yang duduk Cikgu Ati
 
Thanks cikgu2 yang banyak mengajar Izz (panggilan di sekolah)
Yang sangat lasak, banyak sakap, tak duduk diam dan banyak lagi
Kesabaran korang banyak membawa perubahan dalam diri Izz
Thanks again :D

PENYAMPAIAN HADIAH TADIKA JAIM

Hati Mamma at Monday, November 12, 2012 0 Tukang Tambah
Jumaat lepas sekolah kimi ada buat majlis
Mamma datang jugak sebab nak kasi Bujang Kimi suka
Lagipun lepas pantang dan Papa pulak kerja
Inilah kali pertama keluar tanpa Papa lepas pantang
Itu pun tumpang Cik Ayu ;)
 

Sampai je sekolah Bujang Kimi
Bujang Akid dikerumuni feminat-feminat hah
Lepas sorang2 datang tanya ni adik ko ke Izz???
Bujang Kimi kata  Yer laa
 
Masuk dewan cikgu2 lak kerumun
Malu lak Mamma nak snap snap snap kekeke

Dapat aturcara ni
Belek2 nampak nampak nama Bujang Kimi
Sebagai Pelajat Terbaik dalam kelas dia
Baru mak tau
Selasak2 dia ada jugak butir yang dia bawak kekeke
 
nampak tak baca tulisan ni
tak nampak balik awal lah! keke
 
Amik hadiah beg dan botol air serta trofi kemenangan
Hadiah Pelajat Terbaik katanya hehe
Di sampaikan oleh YB Ab Rahaman ADUN Pantai Kundur
 

Lepas tu YB pelawa amik gambar dengan ibu bapa sama dengan dia
Eh Mamma sorang je Ibu bapa yang bergambar
Choiiiii la ibu bapa lain tak ke depan pon huhu
 

 
Kerjasama dari Bujang Akid pulak sangat bagus
Duduk diam sampai balik hehe
 
 
Lepas balik snap trofi kemenangan bercerita haritu dengan trofi penghargaan
 
 
Ada jugak hasil hantar sekolah JAIM tahun ni
Kalau tak asyik kena makan dengan budak2 cina jek hehe
Lagi pun sekolah cina tak banyak aktivti macam sekolah JAIM ni
Bagus jugak kasi anak2 aktif kan
Indi sket

Thursday, November 1, 2012

CUCUK 2 BULAN

Hati Mamma at Thursday, November 01, 2012 0 Tukang Tambah
 Nurse cakap cucuk 2bulan boleh demam
Risau gak Mamma kan
Sekali lepas 2 hari kena cucuk
Alhamdulillah tak demam :))
 
Bujang Akid dah berat 6.7++kg
Erkss patut la berat sangat time nak mandikan dia huhu
Rasa sengal2 tulang lengan tau ;p
Tu yang risau je kalau dia demam
Mana x besar kalau dh sejam sekali meyedut je kejenya ;p
 
 
Bila Bujang Kimi main2 dengan dia
Nampak besar sangat dah Bujang Akid ni
Sedap abang dia main2 ngan dia
Pegang pun sedap :D
 
Kena gomol macam mana pun
Bujang Akid tak nangis
Kadang2 Mama pulak yang risau tengok Bujang Kimi main2 dengan Bujang Akid
Kena gomol
Kena golek
Kena romen cium2 dengan abang dia
 
Naik serabut
Naik rimas Mamma nengoknya plus risau
 
Bujang Akid pulak rilek je
Suka lagi ada
Skang ni dah pandai senyum bila orang agah2
Tidur nak celah ketiak Mamma je
Takmo dah tidur bantal sendirian
Mulut pulak membising ajer
 
Part paling best dah mula tengok mata Mamma dalam2 time menyedut
Tiba2 damai dihati
  Best moment ;))
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting