Sunday, October 14, 2012

PERTANDINGAN BERCERITA

Hati Mamma at Sunday, October 14, 2012

Eh Mamma dah lepas pantang 3 hari lepas :))
Alah cukup hari jer pun nak kecoh kan?
Bukan nya tumbuh sayap kat belakang Mamma pun kalau lepas pantang kan hehe
Bukan nak cerita pasal tu
Ni ha Bujang Kimi ni
3 hari lepas dia masuk pertandingan bercerita bahasa inggeris
Wakil sekolah dia

Akhir Julai lepas cikgu dia dah bagi tau
Persiapan awal sebab Mamma time tu kan tengah mengandung kata cikgu dia
Nanti senang boleh ajar pelahan2 masa pantang nanti kat Terengganu
Mamma macam tak konfiden sangat tapi setuju la jugak
Julai, Ogos, September setiap hari jugak Bujang Kimi kata
Buat apa la masuk pertandingan ni
Mengarut jerk!!!
Padahal dia malas nak menghafal
Tapi dalam pada tu Mamma suruh jugak dia hafal
Tapi main game lagi banyak ;p
**yang ni terpaksa ikut rentak dia kalau tak dia mogok tanak hafal

Tajuk buku tu Little Red Riding Hood
Punya lah pantau anak menghafal cerita
Sampai Mamma sekali ingat cerita ni
Alah cerita serigala makan nenek tu ler
Tiba hari pertandingan
Possing dulu sebelum pergi
Ni je la pakaian yang ada
Masani Mamma cakap ntah boleh menang ke tidak
Dengan ko yang asyik ngan game 20jam sehari ;p
  Video ada jeCik Ayu tolong ambikkan
Sebab Mamma tak pergi
Kalau Mamma pergi tatau la Bujang Kimi camne
Takut dia lagi tak serius
Baik la Mamma tak pergi barulah dia indipendent sket
Plus lagi dengan Bujang Aqid dan cuaca panas

Sekali Bujang Kimi menang tempat kedua
Wooiihhh boleh menang jugak
Ingat takde tempat
 
Bukan tak yakin dengan anak tapi tau sangat yang dia tak pernah nak serius
Suruh berlatih bantai tidur la, main game la
Ada tu dia pergi translatekan kot bahasa melayu pulak
Memnag tak serius kalau suruh berlatih
 
 
Pertandingan dah lepas 3 hari
Hari2 pulak Mamma dengar dia duk bacakan Little Red Riding Hood
Naik menanah pulak telinga neh!!!
Rajin pulak ko baca!
 
**Nanti Mamma upload kan videonya :)

0 Tukang Tambah:

 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting