Thursday, September 29, 2011

HARI LAHIR BUJANG TERUNA YANG KE-5

Hati Mamma at Thursday, September 29, 2011 3 Tukang Tambah
Sambut hari lahir pun atas meja
Besar pangkat!


Selamat hari lahir sayang Mamma & Papa yang ke-5
Pada 11 September 2011 haritu
Tarikh yang mana WTC kat Amerika kena bom!
*sengkek mak meraikan 2harijadi dalam sebulan ;p
Semoga terus sihat, ceria dan dalam rahmatNya

Macam biasa keknya
Kalau tak sememeh tak sah ;p
Dan macam biasa jugap
Kami bukan pemakan kek tegar
Maka kek harijadi sejuring je ;)
Hat ni dari SR tapi lupa nama keknya
Kek ni 1st time kitorang makan, sedap sebab badam dia sejibik2 kat dalam kek tu


Sebelum carik kek, kitorang cari hadiah dulu
Dalam senarai nak kasi macam gambar bawah
Helikopter yang ada remote tu


Tak pun kereta pun yang ada remote

Jenuh gak duk tanya nak yang mana
Tapi bujang tetap tak ada keputusan lagi
Sekali Papa cakap kita pusing2 dulu mana tau bekenan yang lain ;p

Dah pusing sekali dia terpandang kapal terbang
Terus sawan nak kapal terbang
Yang mana terbangkan kena guna tangan sendiri ;p
Tak payah guna remote!

Papa pun sawan jugak sebab tak berapa nak percaya
Gila banyak beza dengan hadiah2 seperti di atas semuanya rangkuman ratus2 hehehe
Kapal terbang ni RM17 je noks!!!

Senyum melebar Papa keluar dari Tesco Melaka
Sambil menuju ke kedai nak makan pulak!


Sampai kedai kami makan-makan bagi menyambut harilahir Kimi
Sampai atas meja dia duduk main dengan kapal terbang dia yang hebat tu ;p
Sambil berkata-kata

Terima kasih Papa, Mamma!
Ini harijadi Kimi yang terhebat pernah Kimi tengok

*amboi skrip 613 sungguh!!

Kapal terbang Kimi tak boleh terbang, tapi boleh jalan tau!!!
*selepas di'on'kan, kapal terbang tu cuma bergerak atas meja je keke

hahahahahahaha
Kimi, Kimi ;D
Semoga Kimi terus gembira :)

**Nanti majlis2 makan2 sempena harilahir keduanya merangkap open haouse rumah Mamma ;)

Wednesday, September 28, 2011

SELAMAT HARI LAHIR PAPA ;D

Hati Mamma at Wednesday, September 28, 2011 2 Tukang Tambah
Yang ke-33 hokeyyy ;p
Pada 27 September 2011
hahahaha

Semalam balik terus pergi Tesco Cheng beli kek
Walaupun keadaan gaji sangat tenat di atas penganiayaan yang berterusan kan
Tapi Mamma pejam mata je pergi beli kek ni
Tapi kek ni bukan dari Secret Recepi macam biasa la kan ;p
Dari kedai yang biasa2 ajewww ;p
Tapi menten sedap Tiramisu ini hehe ;D
Tapi tak apa..bukan itu nilainya untuk hari lahir Papa ;)

Untuk sambutan kami anak beranak sahaja
Kami taruk lilin jugak hehehe ;p

Papa meraikan harijadinya dengan anak dan bini di sisi kekeke


Potong kek sebab Mamma kebulur sangat lunch ;p

Semoga Papa sentiasa dilindungiNya
Semoga rezeki Papa sentiasa melimpah ruan untuk terus tanggung Mamma ;)
Amin


Sebenarnya nak buat suprise
Tapi apa kan daya
Pergi beli kek dengan Kimi
Dah siap pesan kat Kimi jangan bagitau Papa dulu
Sekali sampai rumah Kimi bagitau

Papa, Kimi ada hadiah untuk Papa
Adalah, tak boleh bagitau Papa
Tapi kek tu nanti kita makan ler

Aiyaksssss
Dasar betul mulut Kimi ni tau

**nanti nak post entry birthday Kimi 2minggu lepas ;)

Monday, September 26, 2011

MOKTEH DATANG RUMAH ;)

Hati Mamma at Monday, September 26, 2011 0 Tukang Tambah
Phewww lama tak update blog
Sekarang dah tak jadi blogger tegar
Sebab lepas aje puasa hari tu
Mamma diserang asma dan batuk sampai suara sakit
Mood pun terbang
Minggu ni baru rasa ok sikit
Tapi bukan itu Mamma nak ceritakan

Ni nak cerita pasal semalam
Bilamana rumah didatangi sanak saudara

Seronot bila sedara mara datang bertandang
Menziarahi Mamma yang jauh diperantauan
Ye la, nak tunggu diorang datang susah
Sebab diorang jauh nun di Terengganu
Sementara Mamma menetap di Melaka

Semalam adik kecit dan Idah datang bawak Mokteh sama Mira
Diorang ni tak pernah sampai rumah Mamma sejak 6 tahun Mamma jadi orang Melaka ;p

Harap ada kelapangan diorang sampai lagi rumah Mamma ni

Mamma sempat masak yang simple aje
Sebab Mak Saudara Papa meninggal tengaharinya sebab angin ahmar
Jadi rancangan masak memasak ditunda selepas menziarah si mati. alfatihah.

Masakan simple saja seperti menu


- Ikan goreng
- Sambal Sotong
Pajeri Nanas
- Kobis Masak Lemak Putih
- Sambal Belacan

Cukup untuk mengalas perut sebab malam tadi jugak diorang naik bas balik ke Terengganu
Tujuan Mokteh datang Melaka ni pun singgah je sebenarnya
Hantarkan anak bongsunya Si Mira ke Johor, rumah sewanya di Pasir Gudang
Sebab Mira sudah dapat kerja di sana selepas tamat pengajiannya di UTP

Tu yang Mokteh singgah Melaka
Walaupun sekejap jadi la kan
Terubat jugak rindu kat sanak saudara

Ada kelapangan sila datang lagi Mokteh!
Gambo adik kecit dengan Idah tadop
Sebab Mamma tak amik gambar
Gambar yang ada pun dari album facebook Idah
Kredit to Idah heheh ;p
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting