Tuesday, November 9, 2010

INGAT NASI KERABU TANPA LADY SS DAH ")

Hati Mamma at Tuesday, November 09, 2010 7 Tukang Tambah
Ahad lepas Mamma buat ni
Atas pesanan Cik Lady SS kita nak datang Melaka
Pastu singgah rumah Mamma kan ")

Tapi tengahari tu Cik Lady SS kata tak jadi datang pulak
Adehh Nasi Kerabu progress tahap 8 dah tu
Mana tak nya.. sapa nak makan Cik Nab oiii!!!!
Persiapan dari malam tadi kan
Macam nak buat solok lada, perap ayam rempah, kukus ikan bagai

Mamma kontek beliau, SMS beliau
Dengan penuh kehazaban sebab talipon dah sangap sangat2 dah
Patut celup longkang 18 kali pastu terus hukum buang aje!!
**hihihihi berani ke Ai nak buat camtu dalam duit kering kontang nak ganti baru kan ;p

Kalau buat call tak dengar suara
Kalau SMS pagi, tengahari baru sampai

Sekali tah macamana tah
Jadi datang pulak
Mula kata nak datang 3 orang
Sekali 7 orang pulak
Layaaaannn janji nasi kerabu Ai bukan jadi makanan
ayam sudah!

Ni gambar lepas diorang sesah habis-habisan tau
Masa dorang makan Ai lupa nak amik gambar dorang

Lepas dorang makan
Sembang kencang pulak dengan Papa yang sedia cuti untuk tamu kali ni
Bukan takot kena kidnap dengan korang2 yang besar tau ;p

Mamma pulak kat dapor sebuk membungkus
Untuk top up kat korang buat balik apartment
Motip pembungkusan adalah sebab
Cik Lady SS kita tak makan pon "(
Sebab sakit perot melampau siap muntah taik noks!
Siyan ko sayam ")
Selera hilang sudah

Lepas dorang balik
Baru Mamma makan
Nasi di atas adalah habuan Mamma sepinggan cukup2 ;p
Cukup la tu sebab Papa tak makan kan
*bila la nak berubah ni bang!
Yang selebih lagi pergi labur kat jiran tetangga la hehe

Kimi pulak tidur dari dorang sampai
Sampai la korang balik tak kejut2
Tapi lepas korang balik stat pulak dia bangun
Ingat tak bangun dah
Jenuh jalan jengket2 tau tak kasi bising
Rupanya bangun jugak haishhhhh!!

Gambar dengan Cik Lady SS pun tak ambek jugak
Sebab Cik Lady SS kita ni sebuk ngadap jambs tau
Skang ni nyesal jugak tadok gambor dengan beliau

Dah rasa-rasa nyesal tuh
Rasa nak amik je gambar pintu jambs rumah Mamma tau
Tepek kat entry ni
Kenangan gitu ;p
Pastu bayang la Cik Lady SS kat dalam
woo woooo woooooo

** psst Cik Adik Sayam! thanks datang rumah Ai yang tak seberapa tau
Bak kata bapak yu "haihh murahnya rumah ko!!!" kekeke

SARAPAN DENGAN BEBUDAK NI ")

Hati Mamma at Tuesday, November 09, 2010 4 Tukang Tambah
Sambal bilis untuk Si Bujang Teruna hari ni!!!
kekekeke
Suka la dia makan tadi
Nasi tak tam
bah-tambah
Sam
bal bilis je pat lima kali tambah

Sam
bal bilis siap dengan Nasi Lemak lerr ;p
Pastu siap ada rendang ayam yang 'lepas' kekekeke
Se
bat aje la kan selagi boleh makan
Nasi Lemak di makan bersama depa-depa ni
Se
belah kiri tu adik 'paling kecit' dengan sepupu
Dorang sampai malam tadi
Si adik nak
balik beraya haji di Terenggau jadi lepak rumah Mamma dulu ")
Si Sepupu pulak nak
balik UPM semula hari ni

Sarapan yang agak meriah
Kerana selama ni kami duk makan 3 banak je setiap pagi kan

Si Adik dan Si Sepupu mata bengkak-bengkak
Di paksa bangun makan kekekeke

Monday, November 8, 2010

ADEH BUJANG TERUNA NI

Hati Mamma at Monday, November 08, 2010 5 Tukang Tambah
Dasyat Si Bujang Teruna ni punya penangan!
Minggu lepas hari rabu 3 Nov 2010
Masa amik dia dari rumah Cik Misa
Cik Misa bagitahu yang beg Hakimi koyak

Koyak lagi!!!!
Ko kekoh ke apa beg tu Kimi!!!!
Ni dah 2 butir beg dah tahun ni
Koyak macam dalam gambar
Bukan siket2 punya koyak
Sampai boleh keluar buku seketol-seketol hah

Hari tu dah koyak
Pastu siap beli ganti baru April lepas
Mamma ada cerita kat sini kan
Korang layan lah dulu

Ini November nak kena tukar lagi ke nak oii??
Beg pulak tak nak kalah
Sama je mahal dengan henbeg pelesu Mamma
Asyik je nak ber'Ben-Ten'
Yang ori noks!!!

Gambar atas kiri : Beg baru yang koyak, beso siket dari beg sebelah
Gambar atas kanan : Beg lama yang koyak, kecit siket
Gambar bawah : Kiri beg baru beli April lepas, kanan beg beli awal tahun start sekolah

Masa Mamma buang
Kedua-dua beg ini adalah sangat baru
Sayang kan???
Tapi kalau baiki memang tak boleh sangat dah
Tak tahu nak jahit kat mana

Yang jadi masalahnya
Koyak tu tempat yang sama
Iaitu dimana tempat benang berpaut kat tepi lis tu
Cuma yang bezanya
Yang baru tu koyak tepi
Yang lama tu koyak bawah!

Buat masa ni Mamma tanak beli lagi beg Kimi
Tambah lagi beg dari cap yang sama!
Sangat2 buang duit Ai!!!!
Cukup saja Kimi bawak beg ini

Beg Cap Negeri Melaka
Di mana ianya percuma!!!! kekekeke

Semalam pergi beli groceries kan
Pensil warna ni dia dah hangkut sekali masuk troli
Nasib la ko dengan Papa Kimi oii
Kalau dengan Mamma memang ko tak dapat!

Sebabnya bulan lepas masa beli groceries jugak
Ko beli mende yang sama
Cuma bulan lepas ko amik yang 12 batang
Tapi bulan ni ko up amik yang 24 batang!!!!

Tak sampai sebulan ko duk asek korek korek korek
Sampai kontot semua 12 batang tu

Yang Mamma tekanannya
Beg rosak
Pensil warna baru siap amik kotak besar lagi
Ko tau tak????

Sekolah lagi 2 minggu aje nak cuti!!!!
Bukan 2 minggu lagi nak stat sekolaahhhhh!!!!

Tuesday, November 2, 2010

TERCABUT LAGI

Hati Mamma at Tuesday, November 02, 2010 3 Tukang Tambah
Bukan nak tunjuk yang Mamma ni banyak emas!
Yang ada yang korang nampak aje
Tak ada maknyanya dalam peti besi tu
Tu pun ciput-ciput je saiznya ;p

Dah la ciput kan
Ini cincin asyik buat hal
Batu berlian eh bukan, batu zamrud, eh bukan jugak
Ala batu2 murah aje
Pastu asyik tercabut aje
Masuk kali ni dah 4-5 kali kot Mamma gi taruk batu tu
Letih dah!

Ini cincin tak ingat dapat masa mana keke
Cincin ni beli kat kedai emas kat Terengganu
Lagi sedih bila rantai yang masa batal air sembahyang tu
Pun ikut putus!
Tak sempat amik gambar rantai yang putus tu

Dua-dua barang tu sangat biasa-biasa saja
Sesuai sangat la Mamma pun biasa saja orangnya
*Ni nak bagitau tak rugi la sapa kawen ngan Mamma
Tak payah tunggu cincin belian besar penumbuk macam orang tu kekeke
*lagi nak mengata ko tau hahaha


Ini cincin yang satu lagi
Sama aje rupanya
Tapi ini emas campor dah
Yang kat atas tu emas 916
Kalau ada batu macam ni la rupanya ")

Masa mak nak balik Terengganu lepas Langkawi hari tu kan
Mamma terus je kasi kat Mak
Mintak tolong Mak betulkan kat kedai emas kat Terengganu
Memang kalau rosak hantar kedai kat Terengganu
Lagipun kat sana ramai sangat Melayu yang jadi tokey emas ni

Kat Melaka bukan tak ada
Tapi banyak kedai Cha Ya Nun Alif!
Pastu takut dorang2 ni tarik emas dari barang kita
Lagi la ciput barang Ai
Tak rela Yu!

Monday, November 1, 2010

GILA KENTANG HARI TERAKHIR

Hati Mamma at Monday, November 01, 2010 9 Tukang Tambah
Mana tak gila kentang noks!
Dah la malam tadi tengah syok ngabiskan duit yang cinonit tu (hari ke2)
Masa nak balik lepas shopping kunci keter hilang
Mamma tak cerita lagi yang hari pertama tu kereta sewa kong kan??
Sumpah sungguh tensen

Mamma sewa kancil je
Cukup la bertiga kan
Kimi duduk belakang

Lepas hari pertama kereta kong
Dorang datang tukar kancil jugak
*jangan berangan dia nak kasi avanza! dia banyak stok kancil yang tak sewa lagi hehe


Dah dapat keter lain
Lepas kejadian saket pala semua tu
Malam tu la yang kunci keter hilang pulak
Dorang datang lagi tukar
Tapi kali ni dorang kasi wira ")
1st time datang bercuti kereta tukar hari2 kekeke

Ni hari ketiga
Ingat tak membeli lagi
Rupanya sambung lagi membeli untuk kesekian kalinya
Memang dah gila kentang Mamma kat sana
Dengan nak bondong barang
Dengan Kimi buat peel nak mendukum saja
Dengan stroller yang dah biol2 alam tu
Sebab stroller tu dah kecik, nak tampung bapak Kimi tu

Letih badan tak terkata
Duk pikir camne malam ni nak drive balik Melaka
Dengan jam lebih kurang pukul 12.00 tghmlm
Masa ni redha dah ni

Dalam duk membeli
Lupa la pulak
Semua barang yang dibeli sudah oevrweight!!!
Tengahari tu pergi epot jap
Tambah berat
Jadinya pergi punggah barang untuk timbang dulu
Boleh la dapat agak2 nak tambah berapa kg kan
Sekali timbang
Amik ko 78kg!!
Terbang RM100 untuk tambah lagi 60kg!!!!!!
*beli pyrate pun bagus tau
Berat sedia ada 15kg je
Lagi 3kg hand carry la pulak *3kg ni cuma berat coklat saja ;p

Ni gambar sekitar epot yang kata gila kentang tu!!

Atas : Kimi sedang buat onar guna stroller dia. tak kose dah nak layan.letih!
kiri kanan bawah : Mak tengah baiki2 barang2 yang tak muat troli dah tu
Masa ni nak pergi tambah kg kat kaunter airasia

Gambar ni masa betul2 dah nak balik
Flite jam 9.10 malam
Sampai 2 troli noks!
En. Papa ada 3-4 kotak aje membelinya
*cakap la ko takut kene sekeh ngan papa kan?? ") kekee

Ingat En. Papa tadek nafsu membeli pun tadek la
Rupanya lagi teroks

Masa ni sangat tak larat dah Mamma
Dengan barang kalau dimuat dalam lorii
Memang ngam2 soi kan

Gambar bawah tu pulak
Dalam surau epot
Tengah tunggu flite kitorang solat kat situ
Kimi buat onar dalam surau pulak
Nasib umat tak ramai

Okeh untuk sekian kali lagi
Mamma tak pandang corelle kat sana
*cis! ko sombong ye noks!
Bukan bukan
Sebab kat rumah bukan kata ada 3 set wahai Cik Lady SS
Tapi ada 4 set!
Mungkin bunga aje yang lain
Sampai nak beli cawan yang pecah hari tu pun tak terbeli

Jadinya masa kat sana
Mamma layan Set buffet pyrate!
Kekekkee

Sampai sana Firdaus datang jemput Mamma
Pastu hantar dia ke Bangi semula
Singgah makan kemudia terus bedesup balik Melaka
Bagi mengelakkan mengantuk
Mamma nak beli Pearl cafe
*alah, yang Linda Onn sama Fara AF tu duta dia

Mamma kena minum tu kalau jalan jauh dan nak drive
Memang tak ngantuk
Korang try la

Sekali habis pulak kat pam minyak tu
Terus Mamma rembat Power Root Cafe + Ginseng!!

Sampai rumah dalam pukul 2.30 pagi
Buka pintu terus cari toilet
Muntah kebabo semua!!!

***kat sana saket perot takada "))
Tapi penyakit lain pulak timbul tu

Tenkiu kepada rakan blogger yang mendoakan Mamma sepanjang percutian di Langkawi
Sayang korang muachh muachhh muaaacchhhh

TRAGEDI LANGKAWI ")

Hati Mamma at Monday, November 01, 2010 9 Tukang Tambah
Sampai Langkawai Airport pukul 8.30 pagi
Yesss!! jejak jugak Mak ke Langkawi
Mak tak penah datang tauu ;p

Lagi gambar kat epot huhuhu
Untuk korang

Gambar bawah merupakan
Gambar2 basic ketika berada di Langkawi
Semua orang amik gambo macam ni hahahaha


Bergambar kat tepi tasik sebelah Datarang Lang tu
Hakimi dengan Wan nya
Masa ni petang hari pertama
Lepas Check In rehat2 jap dalam bilik
Petang tu baru kuar jalan2 sementara tunggu malam
Nak krohh krohhhh kat bilik
Letih weiiii

Gambar kat Dataran Lang
Sakan korang yerk

Mamma jugak pic nya tadok tau!


HARI KEDUA
Sarapan kat Hotel
Kitorang lepak kat Grand Continental
3D2N noks!

Lepas sarapan kitorang pusing pulau
Tak turun cuma tengok2 dari dalam kereta je
Hujan pulak
Sampai kat stesen kereta kabel
Ingat nak naik tau
Mak pulak takut plus pulak hujan


Hati Mak kecut la!!!

Makanya cancel la kereta kabel tu
Mak lompat sambil tepuk kaki!
*Tongong stetmen ni!

Kimi pulak meronta2 nak naik tapi hujan
Lepas explain nasib la dia terima dengan baik ")

Lepas tu bawak mak pergi Beras Terbakar pulak
Posing2 lebih kurang
Kitorang blah la

Lepas tu kitorang bongkau pergi ke Makam Mahsuri
Hujan masih renyai2
Sampai je Kota Mahsuri ni kena bayar dah skang ni
Sorang RM5 jerr tapi dulu free
Lagi jerr kan?? ;p

Lepas pusing Kota Mahsuri tu
Tetiba Mamma sakit kepala
Amat-amat tau
Plus lagi bibir Mamma pecah akibat panas cuaca semalam
Perghhh dugaan bercuti tanpa suami tau "(

Terus pusing stereng balik hotel
Plus ngantuk pun yek
Terus nak tidotapi tak boleh pulak
Layan tidur2 ayam je la
Lepas telan panadol 2 ketul

Lepas 3jam kepala tetap pening jugak
Suruh mak picit belakang dengan kepala
Lepas tu hilang saket tu
Agaknya kena hujan pagi tadi tu

Lepas tu kitorang keluar balik
Time untuk menghabiskan duit yang celah bedah hari tu!!
Tadok shot masa shopping!!

Arioss

BERANGKAT KE LANGKAWI TANPA PAPA

Hati Mamma at Monday, November 01, 2010 4 Tukang Tambah
Phewwww
Ni baru nak update pasal holiday ke Langkawi hari tu
Yer la korang
En. Papa kan tak pergi sana
So nak kena drive sorang2 dari Melaka - KL
Dah la tak tidur dari jam 6.45 pagi (25 Okt 2010)
Pastu jam 12.00 tghmlm nak kena drive ke KL epot
Flite jam 7.30 pagi (26 Okt 2010)
Ngantok sangat2 tapi tak mahu tidur siangnya tu

Mak pulak
Masa cakap yang Papa tak pergi
Nampak jugak pucat muka dia
Tapi nampak sangat mak cover cun depan Ai yu!!
Sebab masa tu dah nak tutup pintu kereta dah
Dah nak bertolak sangat2 dah ke epot!
Pastu Mak cakap

Patut la aku tengok dia rilekkkk jeerrr

Mamma tak jawab
Biar je mak layan bluess dia tanpa menantu kesayangan dia ;p

Tapi dalam kereta
Weolls sembang kencang! kekeke

Sebelom ke epot
Kena pergi ke Bangi untuk pick up Firdaus
Siapa Firdaus???!!!!
Nanti dah kompom Ai citer la kat korang ")
Untuk mintak tolong dia pegang kereta
Nak parking kat epot siap duit la dalam pada gaji tadok ni huhuhu

Sampai epot pukul 3.00 pagi

Sepanjang perjalanan Kimi tido je
Sampai epot dia terus bangun
*Mamma kurang minat amik gambo kat epot sebenonya
Malu ler..tapi demi korang yang tersayam, Mamma amik jugak kasi tepek kat blog hehe


Atas Kiri :
Kimi dengan Wan nya yang dah sampai epot
Atas Kanan : Nak amik gambar macamni la gayanya sebab tadok orang nak amikkan ;p
Bawah kiri : Makan2 bubur sambil tunggu flite
Bawah kanan : tungggu dan tunggu

Masa ni mata Mamma rasa cam burung hantu dah
Dark circle tak payah citer le
Muka letih gila
Tunggu next episod pulak
Ni citer baru nak fly to Langkawi ni
Aduuu banyak lagi nak citer ni

Korang sabo sket yerk
*Macam la korang kesah! pang satu kali ")
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting