Showing posts with label Relative. Show all posts
Showing posts with label Relative. Show all posts

Monday, December 13, 2010

6 TAHUN SUDAH BERLALU

Hati Mamma at Monday, December 13, 2010 6 Tukang Tambah
Sila pejam mata
Kusyuk baca ayat2 dibawah
Niat sedekah untuk orang2 yang dikasihi yang telah menghadap Ilahi


Hari ini adalah 7 Muharram 1432H
Genap la 6 tahun Ayah menghadap Ilahi
Sungguh rindu terhadap Ayah
Sekejapnya waktu berlalu

7 Muharram 1432 bersamaan 29 Februari 2004
Tarikh yang cuma hadir 4 tahun sekali

Tiada lagi peluk cium dari Ayah
Tiada lagi gelak ketawa kami bersama
Tiada lagi geselan misai-janggut tajam dari dagu ayah
Tiada lagi cerita2 nakal ketika Ayah kecil didengarkan pada aku
Tiada lagi kemesraan itu
Tiada dan aku merinduinya

Ya, kami sangat rapat
Dan aku pula anak manja Ayah
Salah sorang dari anak emasnya
Apa yang aku minta, pasti akan tertunai ")
Tapi sekarang tiada lagi
Tiada dan aku mengharapkannya

Ayah, Kak Ila tak pernah melupakan Ayah
Setiap hari dan detik
Sampai termimpi-mimpi
Kalau Kak Ila tak period
InsyaALlah 5 buah Al-fatihah akan memenuhi bakul Ayah setiap hari
Itu saja yang Kak Ila mampu untuk mengembirakan Ayah disana

Ayah tahu tak, hari ni hari lahir Mak
Jatuh pada hari pemergian Ayah
Kak Ila dah suruh Mak buat kenduri kat Kampung
Walaupun Kak Ila tak dapat bersama Mak
Semoga kenduri itu mendapat ganjarannya
Dan Kak Ila sedekah kan untuk Ayah di sana
Itu je yang mampu Kak Ila bekalkan untuk Ayah di sana

Semoga Ayah tenang disana
Disamping orang -orang yang beriman
Dan semoga segala kekhilafan ayah diampunkanNya
Amin

Tuesday, November 16, 2010

ADIK KECIT BELANJA BAJU

Hati Mamma at Tuesday, November 16, 2010 2 Tukang Tambah
Rasanya bukan sempena birthday pun
Tapi cuma kebetulan ni

Masa awal sehari birthday Mamma
Ai dengan Adik Kecit pergi shopping
Sekali Adik Kecit kata
La, amik la selai baju, lama dah aku nak belanja ko
Tak payah la *malu gila masa ni

Mana tak nya
Ai tak pernah mintak pape dengan orang
Biasanya Ai ni ditempat memberi dan menyumbang saja
Tak biasa menerima gitu

Dalam pada tak payah
Ai ternampak baju ni

Sekali rege ratusan jugak la
Terus letak balik
Nampak cokia je bajunya kekekeke

Adik kata

Eh la amik la, aku bayar
Memang niat dah ni nak beli ko baju dari Sabah lagi

Dalam hati Ai pulak
Nak tanak nak tanak la kan

Last sekali amik jugak kekeke

Malu sehhh
Tapi tetap la cakap
Thank Yu ! ")

*dialog di atas lebih kurang je
Tak ingat dialong yang ezekli kan "))

Saturday, November 13, 2010

KAMI BERKERABU LAGI ")

Hati Mamma at Saturday, November 13, 2010 4 Tukang Tambah
Adik kecit kan kat rumah
Dia nak belajar masak nasi biru
Pastu boleh la bajet2 nak gegar Sabah lepas ni kekeke

Teringat ada belen bahan2 nasi biru masa Lady SS dtg rumah hari tu
Jadi mula la projek mega kamiorang berkerabu lagi ")
Macam kat bawah


Untuk Papa tetap tidak dilupakan ")
Sambal sotong
Baby Kailan masak sos tiram dengan ikan goreng

Selamat berhujung minggu korang ")

Friday, November 12, 2010

LAKSAM - MUNGKIR JANJI !!!

Hati Mamma at Friday, November 12, 2010 4 Tukang Tambah
Semalam Mamma buat Laksam!
Dah lama sangat nak makan
Pergi beli pasar malam haram nak sedapnya!!

Sorri guys
Semalam kata nak up semalam kan pasal laksam
Tapi sebab bz meyopping kat luar nun
Sampai laptop pun x buka bagai
Malam pulak tido awal gara2 tidorkan Kimi
Dengan Mamma sekali jalan! huhuhu
Jadinya ni baru nak up pasal laksam

Sementara adik kecit ada sini kan
Boleh makan sekali dengan dia sambil bergosip kan
Nak makan dengan Papa mana dia nak makan
Jeling pun tak hingin tau!!

Last sekali buat sendiri
Percubaan pertama akhirnya korang boleh tengok di bawah
Sekali makan terus 2 mangkuk! huahuahua

Gila banyak dapat untuk 3/4 bungkus tepung beras

Segala macam ulam-ulaman!

Cili plus belacan
Ini yang paling asyk!!!
Saya orang melayu bang!!! auwww

Setelah di campor campor
Rupanya yang mengujakan!
hua hua hua

Lauk untuk Papa pulak
Sotong masak rempah sama kacang goreng biasa2!


**Sabor mana yang mintak resepi tu
*Nanti Mamma upkan resepinya yerk!

Tuesday, November 9, 2010

SARAPAN DENGAN BEBUDAK NI ")

Hati Mamma at Tuesday, November 09, 2010 4 Tukang Tambah
Sambal bilis untuk Si Bujang Teruna hari ni!!!
kekekeke
Suka la dia makan tadi
Nasi tak tam
bah-tambah
Sam
bal bilis je pat lima kali tambah

Sam
bal bilis siap dengan Nasi Lemak lerr ;p
Pastu siap ada rendang ayam yang 'lepas' kekekeke
Se
bat aje la kan selagi boleh makan
Nasi Lemak di makan bersama depa-depa ni
Se
belah kiri tu adik 'paling kecit' dengan sepupu
Dorang sampai malam tadi
Si adik nak
balik beraya haji di Terenggau jadi lepak rumah Mamma dulu ")
Si Sepupu pulak nak
balik UPM semula hari ni

Sarapan yang agak meriah
Kerana selama ni kami duk makan 3 banak je setiap pagi kan

Si Adik dan Si Sepupu mata bengkak-bengkak
Di paksa bangun makan kekekeke

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting