Showing posts with label Biz. Show all posts
Showing posts with label Biz. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

DURIAN CREPE (DC)

Hati Mamma at Tuesday, December 11, 2012 0 Tukang Tambah
 
Durian Crepe pencetus fenomena masa sekarang
Kuih atau makanan yang sangat top dan meletup
Mamma pun sibuk dengan oder DC ni
 
Oder untuk kek sudah slow dengan wujudnya DC ;p
Pada Mamma rasa kuih ni sedap tapi tak boleh makan banyak
Cukup 1 keping untuk bertahan 2bulan tak makan ;p
Sebab Mamma bukan peminat durian hehehe
 
Apa2 pun selamat mencari rezeki pada penjual DC
Termasuk Mamma :)
Semoga kita mendapat rezki yang berkat ameen. :)

Friday, June 29, 2012

MINGGU YANG SANGAT MEMENATKAN TAPI BERBALOI

Hati Mamma at Friday, June 29, 2012 0 Tukang Tambah
Memang sant penat
 Dari sabtu lepas sampai la malam tadi
Waktu tidor adalah sekitar jam 2-5 pagi
Sebab sebuk menyiapkan oder cis bedebah! tart yang tak disangka2
Tu la nama rezki Allah kan
Memang tak diduga

Sebenarnya oder dibuka untuk hari raya
Tapi disebabkan permintaan kawan-kawan
Digagahkan jugak membuatnya sebab diorang la penyambung bizz Mamma selamani :)
 Sebab ada diantara mereka nak kasi sedara kawen la
Nak saja2 makan walaupun tak raya lagi

Permintaan banyak untuk perasa blueberry
Strawberry macam kurang sikit dorang ni
Tatau la kenapa
Agaknya dah jemu rasa strawberry kot

Apa2 pun semoga rezki Mamma melimpah ruah dan diberkati
Apa2 pun oder untuk hari raya masih dibuka tapi sudah hampir ditutup kuota nya
Cepat2 sikit mana yang berminat nak oder ;)





Friday, June 1, 2012

MAMMA PUN DAH ADA :)

Hati Mamma at Friday, June 01, 2012 0 Tukang Tambah
Stiker nak lekat kat container kek Mamma nanti la ;)
Cantik dok??

 

Ni contoh Mamma lekatkan kat Cake In Jar
Jatuh cinta tak??? ;p
Barulah nampak sikit internasyonal kan kekekeke
Nak kasi nampak keparat koprat la sikit kekdahnya


Apa lagi meh la  tempah kek banyak2 sikit
hakhakhak

 Mana leh ketinggalan sama Makcik Rehan dengan Mak Cik Ezey
Kekdah korang ada, Mak pun nak kena MESTI ada jugak
kakakakaakkah
 Tetap tanak kalah! ;p


Monday, November 21, 2011

BERSEDIA UNTUK SIBUK

Hati Mamma at Monday, November 21, 2011 1 Tukang Tambah
Seperti kata tajuk :)
Mamma bersedia untuk sibuk menerima tempahan yang menggunung hua hua hua


Ini kerana kad yang tertera tajuk kek dan no telefon Mamma
Akan diedarkan sekitar Melaka
*Marketing Plan katanya :)

Harap success!
Bismillah ;)

Thursday, November 17, 2011

KEK COKLAT KUKUS MAMMA - SILA BELI :)

Hati Mamma at Thursday, November 17, 2011 2 Tukang Tambah
Sekarang Mamma kalut buat ni pulak

Tajuk resepi : Kek Coklat Kukus Mamma :)



Saiz : 6Inci x 6Inci x 2Inci
Harga : RM15 yang kosong tak bersalut coklat macam ni ;)

Yang bersalut coklat macamni RM20 je
Murah meh!

Lai lai lai beli Kek Coklat Kukus Mamma meh! :))

Tempahan buat masa ini cuma tertumpu kepada masyarakat majmuk Melaka dahulu hehehe

Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDILFITRI

Hati Mamma at Tuesday, September 07, 2010 6 Tukang Tambah
Tajuk dah nak raya sangat dah tu
hahahaha

Lagi 2 hari Mamma nak meniaga
Hari ni dengan esok
Harap-harap jualan mencecah ribu-riban la :p

Esok malam plak lepas meniaga
Dalam 3 pagi dah nak blah balik kampong dah
Harap2 jugak selamat sampai

Nasib la rumah Mamma bukan macam tongkang pecah
Walaupun meniaga siang malam
Rumah Mamma menten macam biasa
Macam tadok pape berlaku kekdahnya

Sebabnya lepas berlumuih dengan masak Nasi Biru
Mamma terus kemas je
Takdek la main tangguh-tangguh tu
Itu mencari nahas namanya ;)

Hari tu Mamma duk bising
Langsir tak sangkut elok lagi
Tapi semalam dah setel
Siap gosok lagi langsir tu :))

Malam tadi
Lepas balik makan dari kedai
Kimi terloncat-loncat <<-- mana pernah duk sopan santun dia nih!
Sekali dia tersembam kat car porch
Muka kat simen <<-- baik punya menepek kat simen tuh!
Mamma dengan En. Papa pergi bantai bambu kimi :p

Sekali Papa cakap kat Kimi
Eh Kimi, gigi Kimi patah
Tulah lain kali telompat-lompat lagi sampai jatuh
Toksah la duduk dendiam!

Mau tak melalak satu Taman Pasir Emas
Masa nak tidur tak habis lagi dia melalak
Asyik duk pegang gigi dia sambil cakap
Ni gigi Kimi ni Mamma

Mamma plak cakap
Tu bukan gigi, tu gusi tu ;P
Bantai melalak lagi kakakaka
Pastu suruh dia tidur
Sebab Mamma cakap
Kimi tidurlah! Kalu tidur gigi tu tumbuh balik pagi esok ;P
Menaya si Kimi aje mak pak dia kekekeke

Pagi tadi pulak
Bangun tidur aje
Kimi cakap
Gigi Kimi dah lumbuh Mamma :)) <-- perkataan tumbuh tu 1st time dia dengar pastu agak2 je lah dia sebut hehehe
Dia punya senyum seolah2 baru dapat gigi pelesu yang baru hahaha

Sebelom pergi kerja
Perabihkan menjemur stok baju bajan yang menimbun
Okey bukan malas lagi
Tapinya sebab hujan memanjang
Tu yang menimbun jadinya
Tapi Mak tetap suka hujan biarpun menimbun baju tuh tak kering :p

Dan sekarang ni pulak
Mamma tak sabar rasanya nak pergi meniaga petang ni
Sebab makin dah penghujung puasa ni
Nasi Biru Mak semakin mendapat sambutan
Tu yang duk beharap sangat tu dapat ribu-riban <<-- Takdek maknanya lah!!! Masak nasi biru takat 5kg pun angan cecah ribu piiirraahhh!!! :p

Akhir entry pulak

Mamma, Papa dan Kimi ingin mengucapkan;

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Kepada semua rakan blogger!


Mamma menyusun sepuluh jari dengan hati yang paling tulus
Memohon seribu keampunan sekiranya terdapat kesilapan
Sepanjang kita berborak, bergurau dan kenal ni

Thursday, September 2, 2010

NGANTUK WEIII!!!!!!!!!!!

Hati Mamma at Thursday, September 02, 2010 10 Tukang Tambah
Mak letih nyah!
Tak cukuo tidor!!!
Hari2 duk bangun kul 5.00 pagi
Tido malam plak pukul 12.00 tgmlm

Nasi biru punya penangan
Sadis betul kan???
hahahaha
Apa nak buat sebab mak jugak yang gatal nak meniaga kan????
Harung aje ler

Mak dah ada regular customer yu!!
Suka jugak kan
Ada jugak orang boleh terima nasi biru Mak ni kat tekak dorang
Mak perasan dalam 4-5 orang jugak asyik duk ulang datang beli
Yang lebih2 tatau dah
Sebab ramai sangat umat yang datang PARAM tu
Mana nak ingat sesatu :p

Walaupun tak sehebat Nasi Ayam Linda Onn
Orang beratur kan
Tapi sudah mencukupi untuk percubaan kali ini haha :p

Masa minggu kedua puasa plak kan
Mamma dapat booking untuk Nasi Dagang untuk 100 orang
Tapi sayang kena lepas kan
Sebab orang tu nak raya ke-3

Mamma pulak kat Terengganu masa tu
So tak boleh la nak amik tempahan tu
Kalu tak sonotnyaaaa
Dah berangan yang bukan-bukan dah hahaha :p

Ngantuk lar weii
Aduu lambatnya balik kerja
Bosan tahap gaban dah duk opis ni
Komputer semua rosak mampus jahanam dah
Cuma tinggal satu ketul je
Ni pun duk kelip-kelip tinggal nak mampus jugak

Hati duk runsing
Tingat kat langsir yang dah kering tapi tak sangkut2 lagi
Basuh hari merdeka tu hari
Tadok masa betul nak pasang pin tu
Padahal 2 panel aje pun

Tak semengah rupa rumah Mak tau
Kain langsir yang kering tu
Main sidai2 cam tu je kat grill
Kasi tutup isi dalam rumah hahaha
Dah macam rumah tumpangan bangla/indon dah gayanya
Kat rumah kedai 2 tengkat depan taman Mak tau :p

Raya ni pakai langsir itu la jugak
Taun lepas punya
Tak pelah! Janji ada kain kat setiap panel tingkap rumah Mak
Takdelah telanjang bogel rumah Mak tau :p

Mode : Nak tidor sampai seminggu boleh???? :p

Wednesday, September 1, 2010

ADA BUDAK MENYEBUK!

Hati Mamma at Wednesday, September 01, 2010 2 Tukang Tambah
Ini budak bangun pukul 5.47 pagi tadi
Masa Mamma berposak siapkan nasi biru dengan 10 geng kerabunya
Tahu-tahu dah terjegul kat dapur je..
Sampai Mamma kata

Opocot mak ko!!!!!!!..
Terperanjat Mamma tau!..


Budak ni boleh je sengeh
Katanya nak air

Kasi minum terus suruh dia sambung tidur
Atur dia kencen jap terus tepuk dia kasi tido

Lari sambung ke dapur
Tengah leka lagi
Dia datang dapur lagi kata nak tolong Mamma
Aduh sudah
Nak mengacau la gamak ni

Nak tolong sangat
Kasi dia serai masukkan dalam nasi
Suka la dia kita support dia tolong kita buat nasi biru

Sementara nasi biru masak tu
Mamma terus je masuk bilik nak tidurkan dia semula
Dalam hati

Aduuuu ada yang tak siap barang aku nak meniaga hari ni
Kena layan budak ini la pulak
Napa lah boleh jaga pepagi buta ni

Agak-agak dah tidur
Sekali dia cakap

Mamma, i can see the sun!!!!


Sudahh!!!
Dah terang ni
Dah dekat pukul 7 dah ni
Nanti nak pegi keje lagi kan
Lantak la Mamma nak siapkan yang belom setel lagi kat dapur nun
Tanak tido sudah!

Sampai dapur je
Rupanya budak ni membontot pulak
Tengok nasi dah kering dan masak
Boleh dia kata dia yang masakkan nasi tu
Adehhhh.... yolah!
Tolong campakkan serai aje pon nyeh!

Mamma kekelamkabut jugak
Buat keje sambil belari2 kat trek rasanya
Siap semua terus lari mandi
Pastu pecut keter hantar Kimi!

Monday, August 23, 2010

MARKETING!

Hati Mamma at Monday, August 23, 2010 7 Tukang Tambah
Marketing Department kena ada kalu buat biz kan???
hahahaha

Saja la ko ni nyah!
Ni la orang marketing untuk Nasi Kerabu D'House :p
Korang layan la


Sesuai ke jawatan ni untuk budak ni?
Orang lain siap belajar kat U 4 tengkat nk dapatkan jawatan dalam marketing plan

Tapi yang ni??? <-- biasa la guna kebel hahahaha

p/s : Masa ni En. Papa dengan Kimi datang saja wat sebuk kat PARAM sementara nak tunggu waktu berbuka

Thursday, August 19, 2010

PARAM CHENG PERDANA, MELAKA

Hati Mamma at Thursday, August 19, 2010 11 Tukang Tambah
2 singgitt!!
2 singgittt !!!
2 singgitttt !!!!

hahahahaha

Projek Ramadhan 2010
Mamma jual Nasi Kerabu kat PARAM Cheng Perdana, Melaka
12 minit dari rumah Mamma :)
Dekat aje

Ni dia nasi yang biru itu
Setengah piyuk sekali jual
Tak boleh penuh2 la
Sebab kat tapak PARAM Mamma meniaga tu
Sudah ada 3 tempat nasi biru ini dijual
Persaingan sengit
Tapi alhamdulillah setiap hari nasi biru Mamma licin!

Yang PARAM ni satu hal la kan
Satu hal lagi
Nak announce yang Mamma sudah ada piyuk beso gedabak ini
Sudah lama menjadi idaman hati <-- aporah ko neh! piyuk pun jadi idaman kan?? :p
Takpe, karang senang Mamma nak jamu nasi kat korang nanti :D

Apa???
Apa kelas PARAM???
Adoiii korang neh
Mamma tak kesah pun meniaga mana2
Tak kira kelas ponn :p
Janji duit yang Mamma dapat kat PARAM tu laku jugak kat KLCC
Ngeh3
Lagipun ini adalah minat dan suka2

Suasana gerai Mamma
Masa ni baru sampai kat tapak PARAM
Orang tak ramai lagi
Snap cepat2 :')


Okey nak citer sket
Tapak ni Mamma kongsi 2 orang with my frenz
Kongsi tapak saja
Masakan lain2 la
Maknanya untung asing2 la


Tu yang tengah duduk tu kawan Mamma
Mamma panggil dia Kak Liza saja
Dia meniaga kuih-muih
Pun makan ratus jugak income sehari :p
Sewa tapak RM150 saja
Boleh la kan??

Mamma meniaga tak ada kene mengena waktu keje okeyy
Jangan nak memandai2 kata Mamma ponteng kerja sebab nak meniaga :p

Gigih Mamma masak pepagi tau
Pastu pergi kerja
Waktu lunch kuar solat
Terus angkat barang jualan ke tapak PARAM

Pastu kawan Mamma yang di atas tadi tolong jagakan sekejap
Sementara Mamma kerja semula lepas lunch sampai balik
Waktu balik kerja je
Mamma akan lari terus ke tapak PARAM
Meniaga sampai habis dulu

Tapi yang paling pengalaman rasanya
Bila berbuka puasa kat tapak PARAM tu
Reramai la dengan peniaga lain
Best jugak
Biasanya kalut dengan En. Papa dan Kimi
Kali ni berbuka bujang dengan geng lain
hehehehehe

Kimi??
Dia duduk dengan En. Papa kat rumah kalu En. Papa keje malam
En. Papa pulak akan beli siap2 juadah kat PARAM
Nak berbuka tanpa bini tersayang dia
Kalu En. Papa keje pagi balik pukul 9 malam
Kimi duduk dengan Cik Misa dia la sampai pukul 8.30 malam
Lepas Mamma kemas2 kat PARAM terus lari amik Kimi

Sepanjang Ramadhan 2010
Itulah rutin Mamma
Sekian laporan dari pejabat PID
ha ha
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting