Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, December 14, 2012

HAPPY 60TH BIRTHDAY MAK :)

Hati Mamma at Friday, December 14, 2012 0 Tukang Tambah
Pagi semalam call mak wish birthday mak
Mak sebak-sebak cakap alhamdulillah
Pastu bagitau yang Mamma nak balik 22 Dis 2012 ni
Sebak lagi sambil cakap nak buat nasi dagang
Beras beli masa raya haji lagi tapi tak  buat
 
Mamma  tanya mak nak apa
Mak cakap tanak apa

Mamma main angin mak
Ke mak nak handbag???
 
Mak cakap
Jangan besar sangat jangan kecit sangat
 
Mak mak :)))
Nanti Mamma balik Mamma bawakkan
 
 
Apa2 pun Mamma sayang mak sangat2
 
Semoga Maka sentiasa dilindungi
Diberi kesihatan yang berpanjangan

Diberkati, dirahmati, dimurahkan rezeki, panjang umur, dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Ameen.

Saturday, December 8, 2012

KEK HARIJADI MAMMA HARITU

Hati Mamma at Saturday, December 08, 2012 1 Tukang Tambah
 Kek harijadi Mamma haritu
Sambut dengan keluarga tersayang :)
Semoga Mamma diberkati bersama suami dan anak2
 

 
Sendiri bikin la sejak jadi bakers hebat sejak 2 menjak neh puiiii
Nak kata lawa tak la sangat
Baru belajar kan
Banyak kena perbaiki lagi


Frosting dengan buttercream je
Boleh jugk frosting dengan cheese tapi 1st trial try dengan buttercream je dulu ;)
Sangat2 berpuas hati tau
 


 Keratan rentas kek
Amacam???? Menggoda seh :)

Cake in Jar pun ada
Saja2 try kan mana tau ada market
Lepas dihias mesti cantik
Sesuai untuk hantaran dll


Okeh siap
Sapa2 berminat boleh PM Mamma :)

Tuesday, October 23, 2012

HADIAH BONANZA UNTUK PAPA SEMPENA BIRTHDAYNYA

Hati Mamma at Tuesday, October 23, 2012 0 Tukang Tambah
Birthday Papa 27 Sept lepas sebenarnya
Gambar ada je ni Mamma tepek je la dalam blog ni walaupun dh lewat sebulan kekeke

Dapat hadiah awal 2 bulan dari date sebenar
Amboi amboiii amboiiii Papa
Boleh macam tu ke???

Boleh je sebenarnya sebab phone Papa dah rosak dulu kakaka
Betul benarnya telefon ni Mamma tak cadang nak kasi sebagai hadiah
Cadang nya nak belanja jer sebab Mamma dapat durian runtuh Julai  hari tu
 
Tiba hari jadi Papa
Usha Papa nak hadiah apa
Dia kata tanak apa2
Terus la twist telefon 2bulan lepas Papa anggap hadiah dari ayang jer la yerk
Papa terus je anggukkk kekeke
 

 

Yang jadi bonnzanya Papa dapat hadiah anak lelaki kurniaan ilahi ;)
Dua benda baru dalam hidup Papa
Papa antara yang paling seronok dengan kehadiran Bujang Akid ni
Walau pada mulanya nak anak sorang je
Sampai mak mentua pun perasan kegembiraan yang terbit diwajah Papa :)


Sesi makan2 di harijadi Papa
Takde kek sebab Papa tanak :)
 
Hidangan kami
Cukup untuk perut kecit kami sekeluarga :)
 

 Okey ini stik Mamma
Makan stik u dalam pantang 30 hari!!!
hahaha huru hara sungguh
Mamma amik stik sebab kuah dia black pepper
Daging tu tak habis pun :p
 
 Ini Papa punya
Dia mengidam nak makan udang celup tepung diharijadinya
 
 Ini pun Papa punya
Kue Teow Kungfu
 
 Ini sate Bujang Kimi
 
Apapun semoga kami semakin erat dan diberkatiNya.
Ameen.

Monday, October 22, 2012

BIRTHDAY BUJANG KIMI LEPAS

Hati Mamma at Monday, October 22, 2012 0 Tukang Tambah
 11 September 2012 lepas ni
Mamma baru 14 hari pantang ;)
Tu Bujang Akid terpeleot celah bedah Mamma
Terpeleot takpe janji jangan dibedung!!!
 

 
Perut-perut sakit pun susah payah gak kami laki bini cari kek dia
*bukan ai duduk lam kereta je ke???
 
Tapi ni pun dah lewat beberapa hari dah sebab Papa baru sampai Terengganu masani
Jadinya raikanlah jugak untuk Bujang sorang neh ;p
 


 
Yang pasti ini yang di tunggu Bujang Kimi
Permainan game dari Papa
Mamma tatau nama apa menatam neh
Lebih kurang macam tab jugak lah
 


Okeh
Selamat hari lahir sayang Mamma dan Papa
Semoga menjadi anak yang soleh.ameen.

Monday, November 14, 2011

HARIJADI YANG PENAT

Hati Mamma at Monday, November 14, 2011 2 Tukang Tambah
Kisahan birthday semalam disambut dalam keadaan cukup sederhana ;)
Tapi Mamma sangat gembira walaupun sedikit penat
Sebab dari pagi sampai rumah pukul 7.15 petang baru balik dari kursus insurans
*agak komited disitu ;))

Kek hari jadi Mamma taun ini
Tanpa lilin seperti selalu ;p
Dah semakin tua malu pulak nk tiup2 lilin bagai khennn
*Ustaz Azhar kata dosa pun yerk ;))

Kek Volcano dari Pizza Hut
Sangat yummy rupanya eh siap ada eskrem ;)


Kalau dah kek rasmi dari Pizza Hut
Maka makan2 kami pun kat sanalah
Simple hidangan untuk kami yang bekeluarga dan berbadan kecil2 semua ;p

2 hero Mamma sudah ngap dulu
Love both of u!

Dah kenyang semua
*hidangan kecit je pun tak habis nak makan
Tapi yang licin lincau tak hengat sampai lintang pukang tulang belulang ayam tuh ngeh ngeh


Mak aihhh
Rupa birthday girl kelam meh
Kamera cap ayam khennn
**penat aku mekap tebal2 hahahaha


Semoga Mamma terus di panjangkan umur untuk terus beribadat kepadaNya
Untuk terus mendidik anak Mamma ke jalanMu dan menjadi anak yang soleh
Di murahkan rezeki yang halal dan diberkati di dunia dan akhirat.
.Amin.


Thursday, September 29, 2011

HARI LAHIR BUJANG TERUNA YANG KE-5

Hati Mamma at Thursday, September 29, 2011 3 Tukang Tambah
Sambut hari lahir pun atas meja
Besar pangkat!


Selamat hari lahir sayang Mamma & Papa yang ke-5
Pada 11 September 2011 haritu
Tarikh yang mana WTC kat Amerika kena bom!
*sengkek mak meraikan 2harijadi dalam sebulan ;p
Semoga terus sihat, ceria dan dalam rahmatNya

Macam biasa keknya
Kalau tak sememeh tak sah ;p
Dan macam biasa jugap
Kami bukan pemakan kek tegar
Maka kek harijadi sejuring je ;)
Hat ni dari SR tapi lupa nama keknya
Kek ni 1st time kitorang makan, sedap sebab badam dia sejibik2 kat dalam kek tu


Sebelum carik kek, kitorang cari hadiah dulu
Dalam senarai nak kasi macam gambar bawah
Helikopter yang ada remote tu


Tak pun kereta pun yang ada remote

Jenuh gak duk tanya nak yang mana
Tapi bujang tetap tak ada keputusan lagi
Sekali Papa cakap kita pusing2 dulu mana tau bekenan yang lain ;p

Dah pusing sekali dia terpandang kapal terbang
Terus sawan nak kapal terbang
Yang mana terbangkan kena guna tangan sendiri ;p
Tak payah guna remote!

Papa pun sawan jugak sebab tak berapa nak percaya
Gila banyak beza dengan hadiah2 seperti di atas semuanya rangkuman ratus2 hehehe
Kapal terbang ni RM17 je noks!!!

Senyum melebar Papa keluar dari Tesco Melaka
Sambil menuju ke kedai nak makan pulak!


Sampai kedai kami makan-makan bagi menyambut harilahir Kimi
Sampai atas meja dia duduk main dengan kapal terbang dia yang hebat tu ;p
Sambil berkata-kata

Terima kasih Papa, Mamma!
Ini harijadi Kimi yang terhebat pernah Kimi tengok

*amboi skrip 613 sungguh!!

Kapal terbang Kimi tak boleh terbang, tapi boleh jalan tau!!!
*selepas di'on'kan, kapal terbang tu cuma bergerak atas meja je keke

hahahahahahaha
Kimi, Kimi ;D
Semoga Kimi terus gembira :)

**Nanti majlis2 makan2 sempena harilahir keduanya merangkap open haouse rumah Mamma ;)

Wednesday, September 28, 2011

SELAMAT HARI LAHIR PAPA ;D

Hati Mamma at Wednesday, September 28, 2011 2 Tukang Tambah
Yang ke-33 hokeyyy ;p
Pada 27 September 2011
hahahaha

Semalam balik terus pergi Tesco Cheng beli kek
Walaupun keadaan gaji sangat tenat di atas penganiayaan yang berterusan kan
Tapi Mamma pejam mata je pergi beli kek ni
Tapi kek ni bukan dari Secret Recepi macam biasa la kan ;p
Dari kedai yang biasa2 ajewww ;p
Tapi menten sedap Tiramisu ini hehe ;D
Tapi tak apa..bukan itu nilainya untuk hari lahir Papa ;)

Untuk sambutan kami anak beranak sahaja
Kami taruk lilin jugak hehehe ;p

Papa meraikan harijadinya dengan anak dan bini di sisi kekeke


Potong kek sebab Mamma kebulur sangat lunch ;p

Semoga Papa sentiasa dilindungiNya
Semoga rezeki Papa sentiasa melimpah ruan untuk terus tanggung Mamma ;)
Amin


Sebenarnya nak buat suprise
Tapi apa kan daya
Pergi beli kek dengan Kimi
Dah siap pesan kat Kimi jangan bagitau Papa dulu
Sekali sampai rumah Kimi bagitau

Papa, Kimi ada hadiah untuk Papa
Adalah, tak boleh bagitau Papa
Tapi kek tu nanti kita makan ler

Aiyaksssss
Dasar betul mulut Kimi ni tau

**nanti nak post entry birthday Kimi 2minggu lepas ;)

Monday, December 13, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MAK

Hati Mamma at Monday, December 13, 2010 6 Tukang Tambah
Allah selamatkan kamu
Allah selamakan kamuuuuu
Allah selamatkan kamuuuuuuuu
Allah selamatkan kamuuuuuuuuuuu

Selamat hari lahir Mak
Sayang mak sangat-sangat
Tak ada Mak yang sebaik Mak!
Mak, Kak Ila tak dapat nak balik
Harap2 Mak dapat buat kenduri kesyukuran dengan duit yang Kak Ila kirim tu
Itu hadian dari Kak Ila tahun ini
Harap2 Mak suka

Semoga Mak dikurniakan umur yang panjang
Dan sentiasa sihat

Ini mak saya
Muda lagi kan????

Mak saya baik tau
Saya tuh! ngeeee

Friday, December 3, 2010

MELANCONG KE PD PULAK ")

Hati Mamma at Friday, December 03, 2010 2 Tukang Tambah
Kami pergi sehari selepas birthday Mamma hari tu
14 Novem
ber 2011
Lagipun saja nak
bawak Kimi
Keluar jauh sikit dari rumah tanpa shpping2!
Just relaks2 saja

Kimi orang paling excited!
Se
bab dah plan nak ke PD
Siap
beli set2 baldi bagai konon nak buat castle kat sana nanti ;p
Macam dalam Dora kata Kimi

Kitorang
bertolak pun dah lewat
Saja la keluar lewat tak la panas sangat
Dalam pukul 3.00 ptg
baru gerak

Korang jangan percaya sangat gambar kat atas tu
Senduk masukkan pasir dalam
baldi je lebih
Castle nya entah ke mana hahaha

Kimi sorang je mandi
Air pun tak la dalam
Siap golek2 'dil tul pagal hey"

Cantih dowwhhh pantai sana
Mamma lepak kat area tak ramai orang
Lagipun sepanjang datang PD, tak pernah lepak area sini
Lokasinya atas sikit dari pantai Teluk Kemang yang ramai orang tu


Model syarikat penerbangan
Gaya kena ala-ala ter
bang ;p


Cantik sangat sunset kat PD
Lawa bangett!!!
Ternyata tengah taip ni rasa nak datang lagi PD area 'ini'
*tak tau nama apa area ni ;p

Kamiorang balik dekat nak pukul 7.00 petang jugak
Tak gesa-gesa ke mana-mana
Sangat rileks dan lancar ")

Last
but not least

Harap kami kekal sampai hujung nyawa ")
*Snap by Kimi. potong kepala punya ;p

Sunday, November 21, 2010

KOMPILASI VIDEO PILIHAN - BARU JUMPA KABELNYA

Hati Mamma at Sunday, November 21, 2010 0 Tukang Tambah
Bluetooth lom dapat lagi
Sepah rumah pulak cari kabel usb nak transfer gambar dan video
Ini video adalah khas harijadi Mamma hari tu
Tapi pelik jugak
Se
bab dari telepon C3 ke telepon pekak hari tu
Dapatla
dibluetooth kan
Ye lah pekak aje, takat nak transfer gam
bar tu boleh lagi

Makanya dari telepon pekak guna ka
bel usb je la
Kalu dari C3 guna kabel x dapat sebab kabel dia kena beli lain
Pot dia tak sama pulak dengan yang ka
bel telepon pekak tu
Jadi kena
bluetooh dari C3 ke telepon pekak dulu
Pastu guna ka
bel transfer ke lappy
huhuhuh
banyak koje den!
Pening heh????!!!!! hahaha
*motip Ai marapek2 ni apahal lak duk mengadu dom
ba kat korang ek??

Skang ni
baru teringat
Lappy Mamma
baru lepas format dari Win. XP ke Win. 7 masa 12 Nov hari tu
Tu yang masalah sket kot pasal devices ni
Tapi tak pe, try jugak usahakan


Masa ni amik video time nak keluar makan
Hakimi lepas mandi
Teti
ba datang kat Mamma sambil nyanyi2 lagu birthday
Tersentuh jiwa
batu mak! nak oii!!


Lepas mandi bagai
Kitorang keluar makan meraikan hari Mamma
Sekali lagi Kimi nyanyi
Tapi yang ni dia pulak se
buk nak potong kek
Katanya
birthday dia!



Ai nak masukkan jugak video ni
Sebab selagi tak masukkan
Selagi tu la duk ter
buku kat hati tau
Nak lepas kan rasa
Masukkan jugak walaupun dah seminggu
berlalu

*SEKIAN TAK PERLU NAK KOMEN2
BAGAI ")

*Ni bluetooth punya pasal la ni
Seminggu hidup Ai tak keruan tau
Semua entry tanpa gam
ba. Mana syok!

Tuesday, November 16, 2010

TERIMA KASIH ANIDA

Hati Mamma at Tuesday, November 16, 2010 5 Tukang Tambah
Mamma tengah lepak lepas makan nasI biru yang buat hari tu kan
Mamma dapat bungkusan orenjes gitu
Memang bajet kad birthday
Biasa la memang Mamma tetiap tahun dapat
Tapi dari pemaju rumah, JUSCO etc la ehehe
Tapi tangan tetap la buka kan

Sekali buka
Amik ko
Weii Nida ko kasi rupanya
Aku terkejut sungguh
Tak sangka ko aprishet frienship kita
Ko memang sentiasa ingat kat aku la weiii ;)
Aku shayam ko 43 kali ;p

Shayam sungguh ang kat aku no
kekeke
Anyway thank you banyak2 Nida
Terharu jugak masa dapat kad ko ni
Kad ko sampai awal sehari dari datenya ")
Cantik kad hang ni
Tapi hang lagi cantik
Ko tok sah la bimbang tentang fakta tu kekeke "))

*harap frenship kita berkekalan yerk

SEKITAR HARI LAHIR MAMMA

Hati Mamma at Tuesday, November 16, 2010 2 Tukang Tambah
13 November 2010
Kami tak kemana pagi tu
Lepas kemas rumah
Makan ala kadar
Petang baru kami keluar anak beranak
Adik kecit dah balik Terengganu

Maka kami decide nak makan
Kat Restoran Beriani Power Batu Pahat
Bertempat di TESCO aje pon

Ini kek sponsored by Papa
Cheese Marshmallow Strawberry dari SR
Tak pernah cuba kek ini
Asyik je makan Indulgence tu *eh betul ke eja tu
Sangat biasa je rasanya, lagi sedap Yogurt Cheese tu
Tak apa, janji orang sponsor kita tibai je huhu

Order dah sampai
Mamma makan Nasi Beriani Kambing
Papa makan Nasi Beriani Ayam
Kimi kongsi dengan Mamma

Sebab banyak sangat nasi dia
Yang betulnya nak mintak Nasi Beriani Gam
Tapi dah habis pulak
Makan nasi beriani biasa saja
Lauk2 semua tersorok bawah nasi
Nanti ada kata Ai makan tak berlauk pulak kekeke

Birthday girl yang dah ganyut rupanya hahaha
Dengan Si Bujang Teruna yang tak beradik huhuhu
Pun dah makin membesar
Kali ni tak dek lilin bagai dah
Sebab *******
Malas la nak taip banyak kali kan ;p


Thanx Papa sponsor semua makanan di atas

Semua makanan tidak habis
Sebab tak sendap woiiiiit!!!
Lain kali tobat tak datang dah kekekeke
Dah la nak makan tadi nasi tak masak lagi
Terpaksa tunggu 1/2 jam baru leh makan!!!

Kena round2 dulu kat TESCO
Pastu siap kopak dalam TESCO lagi
Ko punya pasal la ni tau!!!

***Nasib la birthday Ai tau
Jadi Ai berhati mulia hari tu, Lu tak kena marah dengan Ai!!!

Saturday, November 13, 2010

SUDAH TIGA PULUH!

Hati Mamma at Saturday, November 13, 2010 4 Tukang Tambah
Alhamdulillah
Mamma sudah masuk tiga puluh tahun
Syukur atas segala nikmat dan rahmatNya
Semoga ianya berkekalan hendaknya

Thanks kepada yang wish dan doa
Persahabatan yang kamu hulurkan amat bermakna ")

Monday, September 20, 2010

2 SYAWAL HAKIMI 4 TAHUN

Hati Mamma at Monday, September 20, 2010 4 Tukang Tambah
Ok saya dah tau ;p
Mende dah basi
Tapi tapi tapi
Nak jugak tau tepek kat sini

Sementara dah sihat siket ni ;p

2 Syawal lepas bersamaan 11 Sept 2010
Hakimi sudah 4 tahun genap wo woo wooo
* ikut bulan omputih ye hadik2 ;))

Dalam kelam kabut beraya
Mana sebuk nak melayan jem atas jalan
Mana nak lari cari kedai kek buka masa raya2 ni kan

Ingat nak cari kek biasa2 aje
Duit dah tenat katakan ;p
Sekali semua kedai kek yang biasa2 tutup
* raya jugak ke cina2 nih??
Try jenguk kat SR, aik bukak pulak
Makanya kena beli la jugak khennn??

Okay
Kek menten senget
Macam kek Mak Ai taun lepas ;p
Ni gara2 terjatuh lagi dibuat oleh adik kecit Mamma
Tapi dimaafkan sebab dia sponsor separuh kek ni ;p

Kali ni beli kek Ciss! Ko Cheese pulak tapi lupa dah nama penuh kek ni
*Short term memory la katakan ;p
Asek nak telan chocholate aje kalu SR ni kan
Ini adalah 1st time sambut birthday Kimi kat kampong
Dengan cousin's & family Mamma yang tak besar
Ada siap nyanyi2 tau hahaha

Kimi gigil2 potong kek senget ;p
*Mamma perasan yang Mamma sgt kurus
Kerana Nasi biru punya hal neh


Sambutan macam biasa
Tak ada makanan sampingan2 pon
Cuma kek semata kalu sambut kat rumah
*Kalu kat kedai boleh order macam2 ;p
Tak layan nak buat roti jala, puding marbles tengit bagai
Tak reti nak buat nak2 lagi tang tengitnya tu ;p
*MR sila hempuk aku hahaha

Meh Mamma sumbat lam mulut kimi ;p



Sebuk melayan nephew's yang kecit2


Ini budak meraung2 nak tiup jugak lilin 'Abang' haha


Hakimi with his cousin's
Ni sikit aje
Lagi 3 lagi mana pergi tah

Selamat Hari Lahir Sayang Kimi
Semoga kita dipanjangkan umur dan kita dapat meluangkan masa lebih panjang
Semoga anak diberkati dan dilindungi
Serta dimurahkan rezeki. Amenn

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting