Thursday, June 3, 2010

AISKRIM MALAYSA

Hati Mamma at Thursday, June 03, 2010
Tak habis lagi citer pasal cuti hari tu :p
Kimi kan demam
Ada la pulak petang-petang tu kitorang round taman
Petang tu petang bila kan??
Petang Sabtu tuuu (30 Mei 2010)

Round plak dengan motor
Semua pelosok ceruk lorong pun kitorang masuk
Round kann

Sekali TERlalu la pulak lorong belakang rumah
Nampak neber tengah lepak belakang tu
Dah diorang kat situ Mamma berhenti la kan
Say hye hye gitu :)

Diorang tengah makan aiskrim malaysia lagi
Pelawa kat Kimi
Kimi nak la
Mamma cakap

Mamma : Isk tak payah la Kak Timah
Kimi demammm

Cik Timah : OOO demammm..tak nak la ye

Kimi : Nak jugak Mamma (aisshh sian kan)

Sekali laki Cik Timah keluar kasi Kimi sebatang
Perasa jagong koo
Mamma pun terliur
AHAHAHAHA :p

Laki Cik Timah kata
Nah amik satu, nanti doktor kat mesia tutup plak kan?
Hehehe

Mamma : Simpan dulu ek..nanti dah baik demam Kimi makan

Cik Timah : Kimi simpan dulu ekk
Nanti nanti makan ler..

Kimi : Okeyyy

Ni lah aiskrim tu
Mamma simpan dalam peti dulu ler
Kimi demam kalu kasi jugak
Saja carik nahas la namanya kan


Esoknya plak (Ahad)
Mamma buat bubur kacang
Tah tekak rasa nak makan manis kan
Lagi pun dah lama tak makan

Sekali bubur tu tak habis plak
Tu pun dah sedekah kat jiran-jiran dah

Mamma teringat la kat aiskrim malaysia tu
Baik bungkus2 cam aiskrim tu jugak kan

Terus teringat masa kecik selalu beli aiskrim perisa bubur2 ni :)

Dan dan petang ahad tu jugak pergi carik pastik panjang tu
Ikat-ikat jadi aiskrim koo
Sedap lagi

Dapat la 10 batang aiskrim tu
Huhu

Seksa jiwa raga Kimi nak makan
Sebab lepas 2 hari dapat aiskrim tu dari laki Cik Timah kan
Baru la Mamma kasi makan aiskrim tu kat Kimi
Makan sunguh2 koo

Ni makan masa hari Isnin lepas (31 Mei 2010) balik dari rumah Cik Misa
Korang jangan cakap Mamma kejam tau
Cakap dera anak ke apa
Adalah tak baik korang cakap Mamma cam tu :p

Masa dalam 2 hari kena kuarantin tu jangan cakap la
Asyik je Kimi duk buka tutup peti tu
Hati dah tak tahan
Kuningnya menyala-nyala
sluurrrppp

Ada satu masa tu Mamma terlepas pandang
Kimi dah amik aiskrim tu pastu gigit
Siap sorok dalam bilik dia
Pelik juga tetiba rumah Mamma jadi sunyi sepi
Siasat punya siasat
Rupanya dia tengah kokil aiskrim tu

Bocor jugak la aiskrim tu kat hujung dia Kimi gigit
Sempat la rasa jagung dia tu sikit :P
Jadi la....

Licin aiskrim tu Kimi kerjakan
Tak cukup tapi dia tak mintak lain
Mamma try kasi yang perisa bubur lak
Haram dia tanak

Sampai hari ni ada lagi aiskrim bubur tu
Tak de orang nak makan
Kimi plak tak suka perasa bubur
Cessss

2 Tukang Tambah:

Iman's Umi on June 3, 2010 at 11:48 AM said...

Hahaha...sian Kimi...tabah btl menjalani ujian tersebut...

Mamma on June 3, 2010 at 12:42 PM said...

tu ah..nasib baik x ngamok2..sebab demam kot dia dengar kata huhu

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting