Tuesday, March 30, 2010

ADUHAI KIMI

Hati Mamma at Tuesday, March 30, 2010
Hurmm...kali ni Mamma nak kisahkan hal Kimi..banyak sebenarnya yang berlaku..tapi tak tahu mana nak tulis dulu..tapi tak apa, Mamma try susun satu persatu supaya korang semua paham...hehehe
.
.
.
.
BABAK 1
Memandangkan Kimi sekarang ni susah sangat nak tidur awal, maka esoknya bukan main payah nak bangun. Dah bangun siap mandi, boleh la pulak dia pergi tidur balik siap lena yang amat. Bual bicara ini di kutip ihsan dari En. Papa (Papa la yang cerita balik :)..Kejadian ini berlaku ketika menghantar Kimi pergi sekolah atas motor dengan En. Papa..
En. Papa : Huh tu la..kan Papa dah kata tido awal..(En. Papa cakap macam tu sebab dia tido atas moto..very dangerous!)..
tup tup Kimi sambung...
Kimi : Ini tidak..kan dah ngantoks!..
Makanya En. Papa tercengang-cengang la dengan ketahuan (jawapan) Kimi mengenai perkara dialog di atas....terus En. Papa terdiam....huhuuhu (nak cakap apa lagi kan??)
.
.
.
.
BABAK 2
Buat pertama kalinya Mamma beli Jus Minuman erperisa Guava semenjak kahwin dengan En. Papa. Kalau adapun Mamma minum, hanyalah di kedai sahaja tak pun hanyalah mengunyah gula-gula chewy berperisa Guava..hakhakhak..Maka nak dijadikan cerita..Hari pertama Kimi meminum air itu lantas dia bertanya :-
Kimi : Air apa ni Mamma?
Mamma : Air Guava? Kenapa? Sedap tak? (bertimpa-timpa soalan Mamma)...
Kimi : OOoOOoOooO syedapp!..(sambil angguk kepala)
Selang tak lamanya pulak (tak pasti berapa lama, mungkin sehari atau seminggu kekdahnya)....Sedang syok lepak-lepak Kimi meminta air Guava lagi..
Kimi : Mamma! nak air Jaguar...
Mamma : Huh air apa? (betul ke tak aku dengar neh?)
Kimi : Air JA GU AR..
Mamma : Air apa? (nasib baik Kimi tak lempang)
Kimi : Air JAGUAR TU...
Mamm : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..jap eh Mamma amik...kekekeke
Mamma buat air tu sambil tergelak besor..En. Papa pun ada dengar..apalagi kami laki bini ketawakan Kimi sampai Kimi naik bengang..Sampai hari ini, kami menggelarkan air tu Air Jaguar walaupun sebutan Kimi sudah betul. Ada tu pulak, dia pulak cakap dan cuba batulkan kat Mamma :-
Mamma : Kimi nak air Jaguar tak? (Mamma tengah rajin nak buatkan Kimi air ni)
Kimi : Air GUA VA lah! bukan Jaguarrr....
Mamma : Hehehehe...Nak tak????
Kimi : Nakkkkk...hehehe
.
.
.
.
BABAK 3
Semalam masa lepak belakang dapur, tengok-tengok orang pasang kabinet denngan rak kasut kat dapur Mamma (tapi tak boleh pasang sebab salah satu paip kat bahagian dapur tu bocor)..so tengok kontraktor tu pasang rumah Cik Timah je la (rumah jiran kami kat belakang dapur)..Cik Timah buatkan air dan hidangkan keropok ikan goreng ke kontraktor tu untuk disentap..Kimi menyibuk nak air tu, jadi dia minum la secawan..
Kimi : Mamma, Kimi nak air..
Cik Timah : Amik la..Imran (anak Cik Timah) tolong amik cawan kasi Kimi satu..
Dah tuang air dan dia minum ler air oren tu...pastu Kimi berkata dengan cara yang amat bodek sekali terhadap Cik Timah nya itu..
Cik Timah : heheheh..sedap tak air tu? kalau sedap nanti kasi lagi. Kalu tak sedap tak kasi lagi..
Kimi : Uurrmmmm sedap nya air neh...Siap mimik muka bagai
Cik Timah : Membodek la tuh!..hehehehe
banyak lagi tapi Mamma tak hengat!

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting