Tuesday, January 8, 2013

SUDAH MAKIN BIASA

Hati Mamma at Tuesday, January 08, 2013 5 Tukang Tambah Links to this post
Alhamdulillah sudah makin dapat kawal keadaan
Tidak seperti awal2 persekolahan
Serba kalut
Semakin dapat biasakan diri dengan keadaan yang mengcengkam    ;)
Harap semakin pulih dan biasakan diri dengan kesibukan seharian
 
Persekolahan dah masuk hari kelima
Ingat tak lagi Papa kasi RM4 untuk Bujang Kimi buat belanja
Hari2 salak Papa nak RM4! huhuhu
Padan muka abang tau, sapa suruh kasi masa mula2 dulu kekeke
 
Setiap hari tanya Bujang Kimi makan apa kat sekolah
Hari2 cakap makan mee hoon!!!
Wawawawa tau la suka makan mee hoon
Takan hari2 sebat mee hoon nak oiii
Pastu macam pandai sikit air tak beli
Air masak bekal sebotol besar selalunya habis
Memang kuat minum air dari kecit!
 
Tapi ada jugak dia beli air
Rasa Mamma dalam 50sen je kot air tu
Tapi tak selalu jugak
Jadi baki balik sekolah 50sen je
Jadi dia tak dapat nak mengjahanam dengan pakcik askrim, kedai2 sederet kat tepi sekolah
Sebab duit dah tak banyak dah hehehe
 
Sekolah petang Acik Atie yang hantar dan ambilkan
Sekali dengan Danial anak Acik Atie :)
Banyak perkara baru Bujang Kimi belajar tahun ni
Termasuk pergi kelas agama petang, kawan2 dengan budak kampung sekeliling rumah Acik Atie (anak buah Acik Atie) dan pergi mengaji ramai2
Mamma tumpang seronok sebenarnya dengan perkara baru yang Bujang Kimi sedang lalui sekarang
Sangat excited hokay!

Tadi baru guna public phone call Mamma
Dengar suara dia dari corong Mamma gembira
Dah pandai guna pblic phone dengan jayanya
Tapi malas nak melayan pulak Mamma rasa sebab sampai 4-5 kali dia call Mamma
Saru lah! hahahha
Dia pesan suruh bawak ubat gigi dengan cawan sekarang!
Sebab ada nurse datang nak gosok gigi ramai2 kat sekolah
Dia lupa kataya nak bagitau semalam

Mamma cakap jangan call Mamma selalu
Pastu suruh dia pergi makan sebab time rehat masatu
Takut tak sempat dia nak makan pulak
Katanya dia rindu Mamma sangat sebab tu dia call hehehhe
Bujang bujang
Ko cakap yang ko jakun dengan public phone kat senang! :D
 
Bujang Kimi perangainya selalu macamtu la
Perkara baru dalam hidup dia
Biasanya dia akan ulang buat sampai dia bosan
Tapi tak pasti la bila dia na bosan hua hua hua
 
Nasib baik jugak ada Acik Atie tu
Baju sekolah agama sebelah petang tu
Mamma mintak tolong basuhkan sekali untuk pakai esoknya
Sebab kalau Mamma basuhkan tak sempat kering dengan ulang-alik dr opis lg nak jemur angkat baju tu
Senang suruh Acik Atie je la basuh kan keke
Acik Atie mengadu baju sekolah dah macam belacan!
hua hua hua ko hadap lah kak yer kekeke
 
Tapi sekarang ni agak kesian dengan Bujang Kimi
Sepanjang persekolahan
Pukul 9 je dah out sebab letih sangat2 melalui hari2 yang padat :)
Kadang2 tak sempat makan walaupun Mamma tak masak ;p
Makan kedai pun tidor kat meja makan. Siaannnn ;)
 
 
 

Thursday, January 3, 2013

TAK SABAR TUNGGU BALIK KERJA

Hati Mamma at Thursday, January 03, 2013 0 Tukang Tambah Links to this post
Sebab Mamma nak soal Bujang Kimi
Macamne sesi sekolah dia
 
Macam semalam
Petang balik sekolah baru dapat tanya dia
Camne sekolah tadi (semalam)?
 
Dia jawab
 
Beessssttttt
Cikgu ni keluar, ada cikgu lain masuk ;)
Hahahahaha gelak Mamma dengar
Sangat sweet okey
Maklum ler kat tadika
Dari mula sesi kelas sampai la ke balik
Ngadap satu muka je cikgu yang sama je
Jakun pulak Bujang Kimi dibuatnya kekeke

Makan Apa?
Mee hoon goreng 1

Berapa ringgit?
Duit 1
*maknanya seringgit ;p

Pastu beli apa lagi?
Takkan makan mee hoon jer?
Air tak beli?
Kan Along dah bekal air
errrkksssss ;p

Sabar yer sayang
Banyak lagi perkara baru kamu akan belajar ;))

BUJANG KIMI TUKAR PENGASUH SECARA SPONTAN

Hati Mamma at Thursday, January 03, 2013 7 Tukang Tambah Links to this post
Kelam kabut sekolah semalam membuatkan Mamma letih gila semalam
Tak snap gambar Bujang Kimi sangat semalam sebab Papa tunggu dia
Papa tak amik gambar Bujang Kimi semalam
 
Masa lepas Mamma hantar Bujang Aqid rumah pengasuh
Mamma terus desup pergi sekolah Bujang Kimi
Sampai je nampak Papa borak ngan Acik Atie
 
Rupanya dorang tengah borak dengan Acik Atie pasal Bujang Kimi
Acik Atie kata dia boleh tolong jagakan Bujang Kimi
Untuk permudahkan urusan Mamma
Bagi memastikan Bujang Kimi dapat mengaji
Kebetulan kampung Acik Atie ada orang ajar mengaji
Lega sangat2 rasanya bila ulam pucuk bagai dicita mendatang macam ni ;p
*paham2 sendiri lah korang! hehe
 
Rasa gundah gelana sangat kalau Bujang Kimi tak mengaji
Dari umur Bujang Kimi 4 tahun Mamma carikan ustazah untuk ajar Bujang Kimi mengaji
Tapi tak jumpa, kalau jumpa pun tak kena dengan masa Mamma pula
 
Plus pulak  sekolah agama sebelah petangnya dekat dengan rumah Acik Atie
Lalu kot belakang rumah dalam 10minit dah sampai sekolah
Bujang Kimi boleh pergi sekolah agama dengan anak Acik Atie yang sebaya Bujang Kimi
Dari tadika memang dorang sekolah sama
Jadi Mamma rasa takde masalah sangat
 
Ikut hati Mamma tanak antar Bujang Kimi sekolah agama sebelah petangnya
Sebab Sekolah rendah yang sesi pagi tu sudah ada sesi agama
Sebab sesi agama sebelah petangnya sudah ditarik ke sesi pagi
Korang paham takkk??????
 
Tapi pikir2 balik dari tak buat apa2 lepas sesi sekolah pagi baik antar je
Bukan rugi kalau belajar agama kan??
Lepas kelas agama petangnya terus pergi mengaji pulak
Bagus sangat la tu
 
Mamma dengan Papa cuma nak Bujang Kimi tu tanak buas sangat
Pastu banyak sangat mainnya
Naik saru kami laki bini tau dengan peel dia sorang

Lepas borak dengan Acik Atie
Jam tu jugak cakap okey lah
Start petang lepas balik sekolah (semalam)
Acik Atie yang jagakan Bujang Kimi pulak
Siap Acik Atie amik sekolah terus balik rumah dia naik motor ;)
Pastu rileks jap terus gi sekolah agama
Pas balik sekolah agama terus pergi mengaji
 
Memang senang sangat la kerja Mamma jadinya
Seiring dengan niat Acik Atie nak tolong memudahkan urusan Mamma
Alhamdulillah harini rasa tak la sekalut semalam
 
Duduk Universal bukan tak bagus
Cuma mengaji tu ada masalah sikit
 
Lepas borak dengan Acik Atie semalam
Terus kami laki bini desup pergi cari baju melayu putih siap samping
Untuk sesi sekolah agama petangnya pulak
Akhirnya Bujang Kimi sekolah petang jugak ;p
 
 Malam tadi keluar makan
Dalam kereta Bujang Kimi dah lena
Penat sangat dia mengharungi seharian bersekolah semalam
 
Pagi tadi bangun sangat excited nak pergi sekolah
Maklum ler tidor pun awal
 
Masa mintak duit belanja dengan Papa lagilah excited!!
Siap cakap
 
Papa, bak duit 4ringgit!
 
Amboi2, banyak tuh
Semalam tu saja je kasi RM4
 
Papa usik dia bawak RM1 jelah
Terus dia potong
 
Beli 1 kasi duit 1
Terus habis duit
Mana cukup!!
** makud beli 1 tu beli sepinggan
** kasi duit 1 tu maksudnya seringgit la
 
Kami laki bini ketawa dekah2 tau
Terus Papa keluarkan RM2 kekeke
Bawak air masak bekal coco crunch
 
Setiap pagi Papa akan hantar Bujang Kimi gi sekolah naik motor
Tak sampai 5minit sampai la sekolah
Dekat jer
 
Sesi persekolahan dah bermula
Rutin baru Mamma pun seiring juga dengan perubahan masa
Mamma dengan Papa harap sangat
Sesi persekolahan ini merupakan titik perubahan yang besar dalam diri Bujang Kimi
Jadi anak yang lebih berdisiplin, tak nakal lagi, tak banyak main lagi dan banyak lagi la
Semoga permudahkan urusan Papa, Mamma dan Bujang Kimi. amen.

Wednesday, January 2, 2013

HARI PERTAMA SEKOLAH

Hati Mamma at Wednesday, January 02, 2013 0 Tukang Tambah Links to this post
 Sekerat hari yang memenatkan
Mamma masuk kerja 1/2 day hari ni coz setelkan Bujang Kimi masuk darjah 1 pagi tadi
Mamma dengan Papa pergi hantarkan Bujang Kimi pagi tadi
Sebab masing2 nak merasai keterujaan anak masuk darjah 1 ;)
 
Keluar rumah sama2
Tapi sampai sekolah Papa je yang hantar Bujang Kimi masuk kelas
Sebab Mamma rushing hantar Bujang Aqid rumah 'mama' nya
Pastu patah balik datang sekolah Bujang Kimi

Mamma sampai sekolah je dorang dah masuk dan parents duduk luar pagar
Maklum ler sekolah kecik
Dan dibenarkan tunggu dekat kantin
Kantin pulak luar pagar bangunan lain
 
Tanya Papa kasi duit belanja kat Bujang Kimi berapa
Papa cakap kasi RM4
 
Makkk hoiii banyak nya bang!
Papa cakap
Takper, saja je kasi coz nak tengok dia belanja camne
 
Balik sekolah kami saja datang ngendap dia
Walaupun tau dia balik ngan Acik Atie
Saja nak ngendap perilaku anak kat sekolah baru
Kami laki bini teruja okey anak sekolah
Over pulak!
 
Keluar sekolah je Papa terus terkam dan buat audit mengejut ;p
Maklum ler Bujang Kimi memang tatau guna duit
 
 
Sekali tengok ada kat tangan RM3
Rupanya dia belanja RM1 beli mee hoon goreng pastu minum air masak bekal
Dalam hati pandai-pandai
 

 Lepas kena audit tu Bujang Kimi dah tak dapat kawal sikit
Sebab nak belanja duit belen
Mau taknya
Aiskrim, jajan, kopok, ice blended semua duk tunggu kat luar pagar sekolah
Huhuhu
 
Baju jangan cakap dah macam belacan ;p
Sebab tu Mamma belikan baju dia 4 lai, seluar 4 lai dgn sepasang baju melayu putih untuk hari jumaat
Tak payah nak terkejar2 basuh baju sekolah
Siapkan terus baju untuk seminggu
Maklum la Mamma kan wanita berkerjaya!
*Puiiii
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting