Wednesday, December 19, 2012

RASMINYA BOTAK

Hati Mamma at Wednesday, December 19, 2012 4 Tukang Tambah Links to this post
Sabtu lepass pergi botakkan ujang Aqid kat kedai kawan Papa
 
Bujang Kimi potong rambut je
Lepas turn dia, turn adik pulak Mamma nak botakkan
Lepas adik botak
Abang pulak nak mengimol-ngimol nak botak jugak
Nak sama macam adik la kononnya
Tadi tanya dia kata tanak botak
Panggg kan baru tau
 
Mamma dah pandang tukang gunting tu
Nasib baik dia cool
Sekali dia angguk je sambil senyum
 
Kan dah dua kali keje jadinya
Malu gak rasa bila anak buat perangai macamni



Sekali masa separuh botak Si Abang
Mamma dengan Papa dah gelak golek-golek
Sebab kelakar pulak tengok Bujang Kimi kena botak
Sebab tak pernah botak
Last sekali botak masa umur setaun lebih
 
Rasa janggal n kelakar gila
Sampai tukang gunting pun gelak sama
Sekali dia cakap
 
Hah, dah nampak toyol dia
 
hahahahahaha
 
Papa tanak gunting
Masa kat rumah bukan main janji nak botak 3beranak
Papa memang tak sporting tau
Bencilah! ;p
 
Bujang Kimi kepala botak nampak cam ja'at je kekeke
Mata dah la membulat melilau je
Telinga campang semacam kekekeke
Apa2 pun korang ni memang kenkadang buat Mamma pecah perut je ;D
Dengan adik nya pun sama je
Dua kali lima!

Tuesday, December 18, 2012

ALHAMDULILLAH

Hati Mamma at Tuesday, December 18, 2012 2 Tukang Tambah Links to this post
Mati2 Mamma ingat gaji dapat 20hb ni
Rupanya harini dah kuar
Siap ada bonus
 
Walaupun secoet namun syukur tetap bertenggek kat sudut hati
Tambah lagi Bizz Durian Crepe pagi tadi
Sampai pukul 5pg baru tido
 
 
Hamboiiihh harini seronok la jiwa raga kan
Jalan atas duit angin dah neh ;p
**panngg!!!!

ALHAMDULILLAH

Sunday, December 16, 2012

ABANG SAYANG SANGAT2 ADIK TAPI SELALU KENA MARAH

Hati Mamma at Sunday, December 16, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
 Kadang2 mari terfikir
Teruk la Mamma ni asyik nak marahkan Bujang Kimi je
Terpekik terlolong-lolong dari dapur
Padahal budak tu tengah tolong jaga adik dia tuh
Huhuhuhu
Tak patut betul
 
Tengah tolong jaga adik kena marah
Tengah tolong enjut adik dalam buaian kena marah
Apa2 la yang tengah semua kena marah
 
Tapi kalau tak marah takut apa2 kejadian tak diingini
Biasa mintak tolong kalau Mamma nak mandi, kemas rumah dan masak
Time ni memang kemuncak mintak tolong la ni
Kalau sikit2 tu xde hal sangat
 
 
Mau taknya
Mamma tengah masak, tau2 dengar macam orang ketawa
Adikny pulak dengar abbboooo abbbooooooo
Bising-bising pergi la jengah
Dua beradik ni tengah bergomol
Wah wah bukan main suka
Mamma naik hantu
 
Adik dah macam menunggang motor je ;p
 
Bujang Kimi pulak pantang lepas dari mata Mamma
Terus je nak angkat adik dia
Suka sangat nak angkat2 adik dia
Main lak lasak2
Adik pulak melayan bukan main suka


 
Kalau adik tido saja pergi kacau suruh orang tu bangun
Nak main saja keje abang
Masa ni lagi Mamma naik hantu
Tak caya tanya jiran-jiran ;p
 
Tak pun budak tu tengah menyedut nak tido
Si Abang tanya boleh main dengan adik tak?
Tak pun abang tanya, nanti adik bangun boleh main dengan adik tak?
Aiiii adik belom tido lagi dah tanya adik bangun nak main
Adudududududu

 
Yang si kecit ni pulak
Tak perasan ke yang dia tu kecit lagi
Pelik Mamma la
Tak sakit ke abang buat macam tu
 
 
Abang sayang sangat2 kat adik dia
Suka tolong Mamma enjut adik dengan lagu lailahailallahhhhTapi sekarang susah nak dengar sebab buaian dah antar rumah Mama adik (pengasuh)
Kalau nak dengar kalau adik nangis masa jaga dari tido atas katil je
Dia pujuk dengan lagu tu

Abang nya pun
Pujuk memang nyanyi lagu tu jugak
Tapi sampai kampung sebelah pun boleh dengar dia nyaanyi
Berlawan dengan adik nangis lagi kuat
 
Ewah ewah bukan main kamcing korang 2 orang yerk
 
Eh tapi kan berkesan jugak
Adik diam jugak
Kadang2 Mamma akui kuasa abang memujuk adik menangis guna lagu ni berkesan :)
Kalau dalam stroller Bujang Aqid menangis
Mamma cakap je kat Bujang Kimi

Along, adik nak abang ni
 
Siap la abag dia terus nyanyikan lagu lailahailallah
Terus diam je
Abang nya plak tak boleh dengar adik menangis langsung
Tak kira di mana waktu apa
Terus datang je pujuk ;)
 
Ada tu tengah subuh hari Mamma solat
Bujang Aqid nangis
Tetiba dengar abang nyanyi lailahailallah ;p
Dengan mata abang tertutup sambil pujuk adik kekeke
Gelak Mamma tengok
 
 
Kalau cium adik abis basah pipi adik
Sebab dia suka isap pipi dan mulu adik
Lagi kena marah dengan Mamma
Habis basah muka orang tu
Pastu bising bedecup-decup bunyi nya
Kena marah lagi huhu
Mamma pun asyik nak temper je ;p
 

 
Ni gambar masa Mamma mintak tolong nak mandi k apa ntah
Bujang jaga Bujang hehehe
Tapi Mamma perasan
Kalau abang jaga adik sambil main game
Dia kurang perhatian sikit kat adik
Adik pulak masa ni macam kurang kasih sayang jerk kekee
Banyak la melalak-lalak
Time ni Mamma marah Bujang Kimi lagi
Pendek kata manjang kena marah la si abang
Manjang tak kena
Ada tu Bujang Kimi menjawab jugak

Along jaga adik lah ni Mamma
 
Bukan marah apa pun
Dia pergi angkat2 adik dia sambil gomol2 tu je
Tapi lepas kena marah Mamma tak lupa ucap terima kasih ;)
 
 
Bila 2 bujang dah terbanting tau pulak Mamma bosan huhu
 
**semua gambar adalah masa lepak ngan Mamma :)
**Tapi yang kena marah abang buat aksi sama tanpa Mamma

Saturday, December 15, 2012

MAKIN BANYAK AKAL

Hati Mamma at Saturday, December 15, 2012 1 Tukang Tambah Links to this post
Pagi2 nak pergi kerja mesti kelam kabut Mamma dibuatnya
Itu tak masuk lagi Bujang Kimi start sesi persekolahan
Melayan kerenah Bujang Aqid sudah cukup saru
Nasib la Papa ada jer setiap pagi melayan sama
Sebab Papa dah berenti kerja ;)


 Sementara nak siapkan barang2 Bujang Aqid nak keluar kerja
Dia sama lorat jugak
Nak berdukung saja tanak letak bawah langsung
Pastu buat2 merengek menangis padahal airmata tarak pun
Kalau tak dukung pun at least korang duk la tecongok depan mata dia
Sudah cukup tapi kitorang la tak jadi kerja dibuatnya
 
Mamma pulak mana nak siapkan sarapan, baju bajan dia, kasi susu pepagi
Part sarapan manjang jugak la ke laut
Kalut2 pun sempat lagi nak sediakan sarapan kan hehehe
 
At least ada air cicah biskut
Tapi selalu jugak Papa yang sediakan air  untuk Mamma sebelum pergi kerja
Sementara Mamma sediakan sarapan lain
Memang suka sediakan makan minum kat rumah kalau sempat
Makan pun puas hati
Tapi kalau kedua2nya sibuk sampai ke laut  tu yang minum air Papa je
Biasa kalau kedua2 sibuk biasanya Bujang Aqid buat perangai la nak dukung
Kalau dia tidur senang sikit nak siapkan sarapan
Sampai office penat sangat2 dah
Sudah terbayang macamana sesi persekolahan bermula
Super penat!
 
Sekarang ni aktiviti isap tangan dah kurang
Sebab sibuk isap bibir bawah pulak
Mamma perasan sejak 2 minggu lepas
Macam isap sikit2 la
Tapi sekarang ni makin kuat lak dia isap
 
 
Dah macam orang makan gula2 pun yer
Suka je tengok tapi air liur la melenja2 huhu
 
Suka sangat bila ada orang gomol dia
Bila kena cium ke gomol kuat2 pun muka maintai senyum
Suka sangat bercakap bahasa dia
Dah macam borak pulak bila berlawan cakap dengan Bujang Aqid
 
Cepat la dapat duduk
Mamma tak larat nak pegang ko masa mandi!



Friday, December 14, 2012

HAPPY 60TH BIRTHDAY MAK :)

Hati Mamma at Friday, December 14, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Pagi semalam call mak wish birthday mak
Mak sebak-sebak cakap alhamdulillah
Pastu bagitau yang Mamma nak balik 22 Dis 2012 ni
Sebak lagi sambil cakap nak buat nasi dagang
Beras beli masa raya haji lagi tapi tak  buat
 
Mamma  tanya mak nak apa
Mak cakap tanak apa

Mamma main angin mak
Ke mak nak handbag???
 
Mak cakap
Jangan besar sangat jangan kecit sangat
 
Mak mak :)))
Nanti Mamma balik Mamma bawakkan
 
 
Apa2 pun Mamma sayang mak sangat2
 
Semoga Maka sentiasa dilindungi
Diberi kesihatan yang berpanjangan

Diberkati, dirahmati, dimurahkan rezeki, panjang umur, dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Ameen.

Tuesday, December 11, 2012

BUJAG KIMI REQUEST NAK MAIN SALJI

Hati Mamma at Tuesday, December 11, 2012 2 Tukang Tambah Links to this post
 Banyak sangat tengok kartun yang ada salji
Bujang Kimi request nak pergi main salji
Dari cuti sekolah tahun lepas lagi dia nak main
Tapi tak bawak pun

Kalini baru ada kesempatan bawak dia pergi
Masa taun lepas pergi dia kata sebab nak jumpa santa claus
Mau tak nya kat tv manjang je ada kartun cerita krismas pastu santa keluar kasi hadiah
Tak kira hari apa cerita krismas ada je
Tu yang Bujang Kimi terengaruh
Jenuh la jugak Mamma nak explain
 
Mamma dengan Papa pun 1st time nak masuk Snoworld ni
Dapatkan tiket RM25/pax (adult) RM23/pax (child)
Bujang Aqid tak boleh masuk sebab baby sangat
Jadi Bujang Aqid kena duduk dengan Cu kat luar
Nasib Cu ikut ;)
 
 
Sekali masuk dalam 40minit je main saljinya
 
 
Alahai sikitnya masa dia
Tapi lepas masuk tak sabo nak kuar
Bujang Kimi lagi la siap menitik air mata sebab sejuk terlampau
Tangan dah hampir kaku sebab dia buka glove pegang salji dengan tangan
Kebas la tangan dia ;p

 
Thanks Cu sebab temankan kitorang kat kota keriangan ;)
Lepas main snoworld kita terus balik sebab nak naik Bukit Tinggi
Nak jalan2 kat atas sana lak sambil bergambar

Sekali dah nak sampai puncak Bukit Tinggi
Kena turun balik sebab hujan makin lebat
Chooiiii kan buang minyak, masa dan tenaga
 
Lepas tu meroda kat IKEA pulak
Lepas penat memilih barang sikit2
Ber meat ball  yang super duper yummy kat food court IKEA



Super penat sampai tido tanak bangun
Bujang Kimi paling seronok walaupun kat atas sana dia banyak buat hal
Tensen jugak melayan kerenah dia
 
Nak2 cuti sekolah ni, agaknya banyak sangat bersua muka
Manjang kena marah dengan Mamma dan Papa
Kekadang timbul kesian jugak
Asyik kena marah je

Harap lepas sesi persekolahan dah start
Semua akan bertambah baik dan kembali harmoni
Ameen.

DURIAN CREPE (DC)

Hati Mamma at Tuesday, December 11, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
 
Durian Crepe pencetus fenomena masa sekarang
Kuih atau makanan yang sangat top dan meletup
Mamma pun sibuk dengan oder DC ni
 
Oder untuk kek sudah slow dengan wujudnya DC ;p
Pada Mamma rasa kuih ni sedap tapi tak boleh makan banyak
Cukup 1 keping untuk bertahan 2bulan tak makan ;p
Sebab Mamma bukan peminat durian hehehe
 
Apa2 pun selamat mencari rezeki pada penjual DC
Termasuk Mamma :)
Semoga kita mendapat rezki yang berkat ameen. :)

Saturday, December 8, 2012

KEK HARIJADI MAMMA HARITU

Hati Mamma at Saturday, December 08, 2012 1 Tukang Tambah Links to this post
 Kek harijadi Mamma haritu
Sambut dengan keluarga tersayang :)
Semoga Mamma diberkati bersama suami dan anak2
 

 
Sendiri bikin la sejak jadi bakers hebat sejak 2 menjak neh puiiii
Nak kata lawa tak la sangat
Baru belajar kan
Banyak kena perbaiki lagi


Frosting dengan buttercream je
Boleh jugk frosting dengan cheese tapi 1st trial try dengan buttercream je dulu ;)
Sangat2 berpuas hati tau
 


 Keratan rentas kek
Amacam???? Menggoda seh :)

Cake in Jar pun ada
Saja2 try kan mana tau ada market
Lepas dihias mesti cantik
Sesuai untuk hantaran dll


Okeh siap
Sapa2 berminat boleh PM Mamma :)

Friday, December 7, 2012

BUJANG AQID BATUK BERKAHAK

Hati Mamma at Friday, December 07, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Kalut nya Mamma rasa
Sejak masuk kerja seminggu ni lagi kalut
Tak terkejar rasanya
Menambah kekalutan bila susu badan tak der sangat sebab Mamma kurang makan
Kalut la sangatt sampai xsempat nak makan
Pedih rasa masa nak perah susu macam perah kain je Mamma rasa huhu
 
Sejak balik dari KL hari tu
16 Nov, batuk masih duk ada lagi tapi dah under control
Masuk minggu kedua batuk Bujang Aqid makin teruk
Dah nak sampai lelah pulak budak ni
Tambah lagi hujan je tak henti2
Siap pergi neb 3 kali
 
Kali pertama neb baik je tido macam la gambo ni

 
Kalu kedua melalak sampai tak boleh nak amik gambar
Kalu ketiga baik semula
 
Time ni Bujang Aqid teruk ni
Susu pun sekali je sehari
Manjang tidor je
Kejut kasi susu pun tanak minum
Satu harinya pampes pun kering je
Sedih jugak time ni
 
Masuk minggu ni dah minggu ketiga
Payah kan nak hilang sampai 3 minggu ko
Tapi sudah under kontrol
Batuk dah tak ada cuma kahak tu ada sikit2 lagi dalam dada
 
Mamma mandikan dia Mamma sengaja jolok mulut dia kasi muntah
Hamek ko sekali muntah selambak kahak
Time ni Mamma lega sangat2 sebab tengok dia pun macam lega sebab kahak dah keluar
 
Harini dah masuk seminggu duduk dengan babysitter
Semua alhamdulillah lancar
Cuma rasa macam Bujang Aqid kuat menyusu
Stok EBM pulak tak banyak cuma seiring je ngan keperluan dia
 
Babysitter Bujang Aqid nama Kak Limah
Setakat ni rasa okey je
Sebulan RM300 untuk jaga Bujang Aqid
Takper la kan, janji selamat
 
Harini Bujang Aqid ikut Kak Limah pergi rumah saudara dia ada buat kenduri kawen esok
Jadi Kak Limah pergi tolong bawak sekali ler
Dah berjalan dah anak Mamma
Kak Limah bahasakan diri dia sebagai 'mama' untuk Aqid
Dah ada 2 mama pulak Bujang Aqid ;)
 
 Cepat2 la Bujang Aqid sihat

Tuesday, December 4, 2012

DAH START KERJA

Hati Mamma at Tuesday, December 04, 2012 9 Tukang Tambah Links to this post
Selepas 3bulan pantang
Harini baru masuk kerja
Semalam datang kemas opis
Rasa duduk kat kandang cicak pulak
 
Blur sampai petang
Mamma bantai hadap FB je sampai balik!
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting