Tuesday, July 31, 2012

SAKIT BILA RAMADHAN MENJELANG

Hati Mamma at Tuesday, July 31, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Alhamdulillah Mamma dapat puasa macam biasa
Rasa pedih tekak dan kembang tekak dah hilang sejal Ramadhan ni
Hikmah semua tu kan :))
Cuma
Dah seminggu lebih Mamma batuk
Dari jumaat 2 minggu lepas Mamma rasa nak demam tapi tak jadi
Lepas tido kejap demam tu cam tak jadi singgah
Tapi Selsema dan batuk yang singgah

Senin lepas pergi check up dapat MC
Sebab batuk yang menggila dan selsema yang berombak kat dalam hidung
Sampai harini batuk masih lagi duk melekat tapi selsema dah ok
Sampai keras kerentung perut Mamma sebab duk menahan batuk
Sakit beb!!!!! Ada tu sampai terkencing2..adesshhhh

Masa pergi check up hari tu hb tetap low dengan bacaan 10.8 tak gerak2
Berat badan naik cuma 100gm je
Makk!!!! hari tu bukan main mencanak2 naik
Ni tak naik2 pulak 
Sian aku wehhh
Tapi memang patut tak naik sebab selera makan cam kurang dh skang ni
Makan nasi sepinggan je
Kalau amik sesenduk makan sesenduk je
Malas dah nak tambah

Sakit bahagian tapak kaki pulak dah macam apa dah
Sebab berdiri kan
Tak la lama sangat berdiri cuma setakat nak siapkan masak untuk berbuka je pon
Tu pun sakit sampai 2-3 hari
Pastu nak hilangkan kena tidur seharian ;p haha

Sakit bahagian kelengkang pun satu hal
Sakit sangat2 kalau buat kerja banyak2
Sampai payah nak berjalan
Nak2 kalau duduk pastu nak bangun
Memang makan masa ler

Hari tu dah pergi berurut
Tapi tak hilang jugak
Apa lagi mau buat???

Friday, July 27, 2012

RUPA-RUPANYA

Hati Mamma at Friday, July 27, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Bujang tak pose semalam
Ye2 je sahur hahaha
Masa balik Mamma terus lari pergi Universal 
Konon2 nak banyakkan masa dengan bujang yang pose la kan hehe

Sampai je Universal tanya bujang
Along pose tak??
Takkk..
Tapi takde la Mamma marah
Dia kata dia makan lepas balik dari sekolah
Okey la kan pose sekerat hari
Dia mana pernah pose
Saja la ajar2 dia berpose walaupun tak penuh 

Dalam kereta
bujang ada tanya
Kenapa kita kena pose Mamma??
Se
bab tuhan yang suruh nanti masuk syurga
Lagipun kena rasa macamana orang susah tak makan

Kenapa pulak kena hari2 pose??
bosan la.. (ni mesti kes hari pertama pose tu...)
Mana ada hari2..kita pose 30 hari je...30 hari tu sebulan je tauu

Harini pun bujang pose sekerat hari je
Malam tadi pun bangun sahur
Saja nak biasa2kan dia dengan sahur dan seterusnya mempraktikkannya
    

Thursday, July 26, 2012

BUJANG MAMMA PUASA LA ;)

Hati Mamma at Thursday, July 26, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
 Walaupun tak sehebat anak orang yang berusia 5 tahun dah pose penuh
Ramadhan ke-4 bujang baru start pose
Itupun lepas Mamma balik kerja
Nampak je muka Mamma amik dia lepas waktu kerja dalam pukul 5
Meraung2 nak berbuka

Dah takde tenaga neh Mamma!!!! katanya ;p

   Mamma sedaya upaya pujuk kata lagi 2 jam
Airmata mencurah macam kena hempuk dengan basikal!!!!! 
Bawak pergi pasar ramadhan ternampak bunga api diam kejap
Lepas tu datang balik lapar meroyan dia kekeke

Baru 1st time pose terus pose penuh memang la
Sahur pulak makan sosej yang ada atas pizza je sebab masa berbuka hari kelmarin makan pizza

Ramadhan ke-5 terus tanak poser dah bujang sorang ni
Katanga pose membosankan!!!!!

Kebetulan pulak sahur tu Mamma tak terjaga jadi pasrah je la kalau bujang tak pose kan
Balik dari sekolah terus makan bubur lambuk yang sekolah dia kasi kat Universal
Sekolah dia pulak hari2 kasi bubur lambuk dengan biskut
 
Sebagai mak kan, mesti la ai cakap
Iskkk tak baik cakap macam tu nanti tak masuk syurga ;)) 

Mamm ada janji dengan dia
Sehari pose dapat RM1 nanti boleh kumpul beli kereta remote control
Sebab  sekarang ni dia tengah gila kereta remote tu ;p
Tapi hari pertama pose dah dapat RM2 dia kelepet tau ;p

Semalam tak pose maka Mamma tak kasi dia duit nampak macam upset jugak
Kalau nak kena pose la!!!!!

Terus dia cakap esok nak pose lah!!!   
Memang sangat mengcengkam jiwa nak menyuruh bujang sorang ni pose tau

Ini gambar sahur pagi tadi
Haram dia nak buka mata tau
Makan sambil tidur
Tu Mamma gorengkan naget 6 ketul
Se
bab dia kata nak makan naget


  Bujang makan dalam 2 ketul je kot
Mamma siapkan air milo suam 

Suruh makan nasi tanak!!!
Tu sambil mengunyah la tu adehhhh
Macam2 perangai sorang neh

Pergi sekolah tadi dia kata nak pose harini
Siap Mamma pesan jangan
banyak lari2 dan lompat sangat kat sekolah
Mamma pesan lagi balik sekolah pergi Universal, mandi dan terus tido
Harap2 sampai berbuka lah kan ;p
Semoga Allah mencukupkan keperluan bujang berpuasa harini .amin.  

Wednesday, July 11, 2012

KEMBANG DAN PEDIH ANAK TEKAK

Hati Mamma at Wednesday, July 11, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Lepas dah masuk trimester ke-3 ni
Kembang dan pedih tekak datang balik
Nak2 kalau makan pedas dan masam-masam
Letih jugak nak melayan tekak ni

Sekarang ni kena la makan dari sumber tenusu dan sup2 ke
Atau senang cerita yang tak pedas2
Rasa macam budak umur 3tahun pulak

Lepas tu pulak kan dekat tulang pangkal rahim tu sakit gila
Sampai kalu nak berjalan punya la payah nak melangkah
Rasa macam umur 89 tahun la pulak!!!!
Kalau nak bangun tok sah cerita la..memang 30saat masih tak terangkat lagi punggung nya kekeke

Kalau duduk atas kerusi takpe senang je bangun
Cuma tinggal nak melangkah laju2 tidak la kan ;p   
 Makan pulak sekali je sehari skang ni
Pastu terus jengah ke dinner
Kalau tak masak alamak kedai je la ;)
Tengahari tak makan sangat sebab dah kenyang makan pagi

Makan megi cam dah kurang
Tapi suka pulak nak makan jajan atau cikedis, adoiiii
Kan anak kuar dengan macam2 penyakit baru nak menyesal adehhhh
Camne wehhh???!!!!

Hb masih lagi rendah
Walaupun dah ada peningkatan bacaannya tapi masih rendah yakni 10.8 jerk  

 Orang kat dalam sihat2 saja 
Semua ok dan harap2 lepas keluar nanti pun sihat jugak la
Jauh la dari segala penyakit 

Tak sabar nak tunggu orang dalam keluar
Tapi kadang2 datang pulak rasa takut ;p


Tuesday, July 3, 2012

KEADAAN SEMASA MAMMA

Hati Mamma at Tuesday, July 03, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Tak ada pape yang peliknya buat Mamma yang preg dh masuk bulan ke8 ni
 Tapi sangat2 perasan sekeping gambar pun tak ambik 
Tak ada mood langsung nak posing2 amik gambar
 Tapi tak jadi hal pun kan
Sebab itu bukan masalah orang preg! kehkehkeh

Perut Mamma dah membesar
Dah santak sampai ke dada
Kadang2 rasa mengah jugak

Kalau duduk susahnya nak terus
bangun
Kena angkat punggung sebelah pastu gerak perlahan-lahan
Pastu sambung angkat sebelah lagi
Memang berat gila rasanya ;p

Pastu baby pulak bukan main lasak main kat dalam sana
Sekali bergerak sampai terangkat perut Mamma
Dia punya ngilu jangan cakap
Kadang tu sampai Mamma terkeluar 'Ouucchhhh'
Terperanjat ko!!!

5-6 hari lepas kaki bengkak
Kelangsungan dari buat cistat yang berlarutan
Tapi pagi ni kaki dah xbengkak lagi
Dah surut lega la sikit kan ;)

Skang ni  dah tak boleh makan  masam2 dan pedas
Kalau makan jugak siap la lepas makan
Tekak macam pedih dan kembang
Korang pernah tak rasa muntah pedas???
Hah macam tu  la rasa...pedih dan pedas je rasa huhuhu
Walaupun tak muntah sebenarnya tapi rasa dia memang menyengat kat lubang tekak ni
So sekarang ni kalau nk makan kena la amik lauk2 yang tak pedas 
Dan minum aor2 yang tak masam macma milo ke susu ke
Tak macam masa mula2 preg dulu..setiap hari teh limau ais ;))  

Pastu makan macam kurang je skang ni
Sepinggan je tak tambah2 dah  dan sekali sehari jerk
Minggu lepas pergi check up berat badan turun 800gm
Pastu hb maintain rendah dengan bacaan setakat 10.0
Patut la badan rasa panas jer walaupun hujan lebat kat luar sana rupanya itu simptom hb rendah huhu

Dan minggu ni Mamma agak rilek sikit
Ada tempahan kek sebiji ajer
Takder job bosan lak kan?? ;p
Dah ada tak menang tangan dibuatnya :)
Tapi apa yang penting seronok dapat memuaskan hati orang dengan makan2 ni

Okeh!! cau dulu tata ;))
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting